Monday 31 October 2011

Rezeki Penutup Oktober

Syukur Alhamdulillah.
Tengahari tadi aku sempat jugak ke USJ Taipan
walaupun dalam keadaan terkejar2 sikit.
Selesaikan urusan seorang lagi rakan niaga baru aku.
Rakan niaga baru CC Hamid.
Tahniah CC Hamid.
Punch 7 Bio Aura dan 4 Bio Zone Food.
Sekali lagi rezeki datang di saat2 akhir.
Penutup bagi bulan Oktober 2011.
TQ Angie
TQ Akademi Taipan
kerana membuka peluang kepada aku untuk bantu rakan niaga baru ni.
Dengan usaha, bimbingan dan doa yang berterusan
InsyaAllah dia pasti berjaya.
So hari ni tutup buku untuk bulan ni.
Kisah suka duka sepanjang bulan ni dah tinggal sejarah je.
Segala kekurangan akan aku perbaiki.
Tiada lagi cerita Holland, Belgium dan Umrah.
Tahniah kepada semua yang telah berusaha.

Esok buka buku baru.
Buku November 2011.
InsyaAllah akan menjadi bulan yang memberi sinar baru.
Bulan yang lebih cemerlang.
Bulan yang lebih gemilang.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk terus berusaha
sehingga ke puncak kejayaan.

Sunday 30 October 2011

Nak Kahwin

Selesai urusan di Semenyih tadi aku terus ke Kg Sungai Ramal.
Port biasa Satay Willy.
Jumpa anak buah Abg Rahman.
Saiful dan bakal tunangnya Iza.
Mereka berdua bakal mendirikan rumahtangga.
Mereka berniat nak bina masjid.
Tak salah rasanya aku kongsikan peluang perniagaan ni pada mereka.
Aku sendiri pun dulu bermula atas sebab yang sama
ingin mendirikan rumahtangga.
Biar la macam2 orang kata pasal aku dulu
keluar sana sini
jumpa orang sana jumpa orang sini
kejar dunia akhirat lupa
dan macam2 lagi.
Yang pasti aku buat tak tahu je.
Aku tak mati dek kata2 orang.
Aku pun tak hidup dek pujian orang.
Yang aku tahu aku cuma berusaha untuk memperbaiki diri
untuk cari pendapatan tambahan
bagi menampung perbelanjaan perkahwinan aku masa tu.
Majlis kahwin aku pun seerhana je ikut bajet yang ada.
Sekurang2nya aku tak buat pinjaman bank untuk kahwin.

Alamak panjang pulak cerita aku.
Berbalik pada cerita Saiful dan Iza.
Mereka berdua memang dah rancang nak kahwin
cuma belum pasti tarikhnya bila.
Kalau mereka benar2 berminat nak berniaga bersama Akademi
aku memang akan bantu mereka habis2an.
Biar mereka cepat2 boleh bina masjid.
Mana la tahu kot2 Allah bagi aku pahala dari situ.
Cuma 1 je yang mereka duk risau tadi.
Mereka risau dana mereka tak lepas untuk bermula seperti yang aku cadangkan.
Tapi lepas aku terangkan lebih terperinci akhirnya mereka faham.
Mudah2an semuanya akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.
InsyaAllah.

Akhir kata.
Nah ni gambar Satay Willy tadi sebagai penutup bicara. Hehe

Mangsa Tipu

Tengahari tadi seperti yang dijadualkan aku ke Semenyih.
Rumah kawan Abg Rahman.
Dari minggu lepas dia nak jumpa untuk dengar sendiri perniagaan yang Abg Rahman buat.
Tugas aku hanya kongsi je.
Dan seterusnya kalau dia berminat aku dan Akademi akan bantu.
Kalau dia tak berminat pun dia masih boleh menjana pendapatan tambahan dari Akademi.
Macam pelik je bunyinya kan?
Hakikatnya tu la kelainan yang Akademi lakukan.
Abg Azmi dan isterinya.
Mereka sangat berminat untuk berniaga bersama Akademi Taipan.
Mereka minta aku uruskan dana seberapa segera.
Sebelum ni dia sibuk dengan 1 perniagaan lain.
Perniagaan yang berteraskan pembelajaran.
Berpusat di Bandar Tasik Selatan.
Mereka ke sana ke sini balik lewat pagi
letak flyers dalam macam2 akhbar
dan macam2 lagi.
Kata mereka penat yang lebih tapi pendapatan tak seberapa.
Itu cerita pasal mereka buat bisnes.
Cerita pasal mereka kena tipu dengan beli barang pun ada.
Tujuan aku cerita ni bukan nak mengaibkan sesiapa.
Cuma sekadar minta semua lebih berhati2 sebelum terkena.

3 tahun yang lepas
mereka beli 1 penapis air dari agen sebuah syarikat yang terkemuka di Malaysia.
     Harga penapis air tu RM2,500.
Setelah berminat untuk beli
agen tu minta Abg Azmi sign borang bayaran ansuran bulanan penapis air tu.
Sebulan kena bayar RM70 setiap hujung bulan.
Kalau lewat interest dikenakan.
Bayaran mesti di bank in ke dalam akaun syarikat.
Lepas bayar kena segera fax resit dan sms agen untuk makluman.
Abg Azmi bayar cantik je sampai selesai RM2,500 tu.
Baru2 ni mereka suami isteri nak beli kereta 2nd hand berharga RM19,000.
Tahu2 pinjaman tak lepas sebab nama mereka blacklist RM2,500.
Bila aku siasat2 tadi baru sedar rupanya waktu nak beli dulu
agen tu sebenarnya bagi borang pinjaman Maybank
bukannya borang bayaran ansuran bulanan kepada syarikat.
Mereka je yang tak sedar.
Bayaran RM70 tu sepatutnya bayar kat Maybank
tapi agen tu yang makan tiap2 bulan.
Syarikat yang mereka bank in duit tiap2 bulan tu pun syarikat yang agen tu buka sendiri
untuk mengaburi mata pembeli.

Kesian pulak aku tengok Abg Azmi dan isteri dia tadi.
Selama ni mereka tak sedar yang mereka dah kena tipu.
Sebab tu la bagi aku pentingnya ilmu.
Bukan rugi pun tuntut ilmu ni.
Atleast kita tak mudah diperkotak-katikkan.
Beli barang pun boleh kena tipu.
Apatah lagi kalau nak mula berniaga.
Ini semua kerja2 mereka yang tak bertanggungjawab.

Kita kena la lebih berwaspada.
Kita kena la tambah ilmu di dada.
Kalau bercita2 nak berniaga
berpijak la di bumi yang nyata.
Jangan la terlalu mudah terpedaya.
Takde jalan pintas untuk berjaya.
Mesti kena usaha.




Kuasa Matlamat

Alhamdulillah.
Aku baru balik dari Lot 10.
Bukan Lot 10 kat KL tu.
Ni Medan Selera Lot 10 kat Bangi.
Jumpa 2 orang rakan niaga yang dah lama tak jumpa.
Kini kembali bersedia untuk meneruskan perjuangan
kerana mereka telah mula terasa bahang kenaikan kos sara hidup sekarang.
Bagi mereka duit makan gaji je tak cukup.
Kena ada pendapatan tambahan.
Tahniah aku ucapkan.
Kejap lagi aku nak keluar balik ada temujanji kat Semenyih.
Dia jemput datang rumah dia je.
Kalau sempat aku nak jumpa Abg Din dan Kak Tini dulu kat USJ Taipan.
Nak ambil borang dana panel baru.

Cerita pasal kuasa matlamat.
Semua orang ada matlamat.
Bezanya mereka berusaha atau tak je untuk capai matlamat tu.
Kalau tak usaha jawabnya matlamat tu tinggal matlamat je la.
Impian takkan jadi kenyataan.
Mimpi takkan jadi realiti.

Aku sendiri ada matlamat, ada impian dan ada cita2.
Tapi tak perlu la nak cerita kat sini
sebab aku rasa lebih kurang sama je dengan orang lain
sama ada dari segi material atau bukan material.
Rakan2 niaga aku pun ramai yang ada matlamat masing2.
Matlamat sebenar mereka buat bisnes ni.
Macam2 matlamat la semua lebih kurang sama.
Cuma ada 1 yang agak pelik sikit.
Pelik bagi aku la tapi bukan bagi dia.
Rakan niaga aku Danny tu.
Antara matlamat utama dia nak tambah pendapatan sampingan
sebab nak beli lens kamera kesayangan dia.
Minggu lepas dia ajak pergi Sungai Wang tengok lens tu.
Makk aii lens je harga sampai RM35,000 tu.
Pelik betul aku.
Dengan RM35,000 tu macam2 benda lain aku boleh buat.
Tapi dah minat punya pasal dia peduli apa.
Yang dia tahu dia akan dapatkan jugak sebelum Mac 2012.
Rembat je Danz.
Aku tahu memang dia "hantu" kamera.
Sanggup turun KL waktu hujan tengah lebat semata2 nak ambil gambar waktu hujan.
Tak ke pelik namanya tu?
Cuma aku cakap kat dia rajin2 la tengok gambar lens tu.
Dengan geng2 aku yang lain aku cakap benda yang sama.
Tampal gambar apa yang diimpikan tu kat sebelah katil ke
atau kat mana2 yang senang nak tengok.
Hari2 tengok sebagai motivasi.
1 hari nanti mesti dapat jugak.
InsyaAllah.
Sama macam kisah kehidupan Conrad Hilton
tokoh lagenda dalam bidang perhotelan.
Kini ada cawangan hotel di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Semasa zaman kemelesetan ekonomi pada tahun 1929 dulu
perniagaan dia jatuh terjunam
sehingga keadaan kewangan dia sangat kritikal.
Hotelnya dilelong dan kedai dobinya dicagarkan.
Bahkan dia terpaksa pinjam duit budak security guard untuk beli makanan.
Sehinggalah 1 hari dia terlihat foto Hotel Waldorf
yang sangat gah masa tu dengan 6 dapur
200 orang tukang masak
500 orang pelayan
dan 2000 buah bilik.
Bersebelahan hospital dan landasan keretapi persendirian.
Beliau potong foto tu dan tulis di atasnya
"Best Of The Best".
Mula2 dia simpan foto tu dalam dompet je.
Kemudian dia simpan di bawah pelapik cermin mejanya.
Setiap kali dia tukar meja yang lebih besar
dia tetap letak foto tu kat bawah sisipan kaca meja.
18 tahun kemudian pada bulan Oktober 1949
Conrold Hilton telah berjaya membeli Hotel Waldorf.
Begitulah hebatnya kuasa matlamat.
Sasaran sangat jelas.
Fokus.


Saturday 29 October 2011

Hairstyle

Petang tadi lepas selesai urusan bisnes
aku bawa anak aku pergi gunting rambut.
Memang dari minggu lepas dah plan nak pergi tapi tak jadi je.
Aku agak sibuk sikit kebelakangan ni.
Sebelum gunting rambut tadi terpaksa bawa dia pergi McD kejap.
Kena bagi dia enjoy2 dulu.
Kalau tak nanti confirm dia melalak time orang tu duk gunting rambut dia.
Dah 2 ke 3 kali  aku kena.
Berpeluh2 la tukang gunting tu dibuatnya.
Tempat Permainan kat dalam McD
Sundae Vanilla
New Hairstyle
Cute ke?
Duk sengih je.
Bukan main suka lagi Aidil dengan rambut baru dia.
Balik je rumah tadi mandi2 dan terus tidur.
Penat sangat la tu agaknya awal pulak dia tidur malam ni.
Semoga dibuai mimpi2 yang indah.




100


100.
Apa yang 100?
RM100 ke?
100 orang ke?
Hehe sebenarnya 100 posts la.
Sedar tak sedar dah 100 post rupanya aku duk bebel dalam blog ni.
Maaf lah ye kalau dalam mana2 entry tu aku ada buat sesiapa terasa.
Yang penting aku takde niat pun.
Mungkin ayat2 aku tu tak berapa nak sesuai.
Maklumlah baru belajar menulis kat sini.
1 pengalaman baru yang agak menarik dalam hidup aku.

Kadang2 ada jugak orang tanya apa faedah aku buat blog2 ni.
Entah la aku pun tak tahu nak cakap macam mana.
Aku just share je apa2 yang aku rasa boleh di share.
Apa yang aku buat.
Apa yang aku fikir.
Pandangan aku.
Persepsi aku.
Perjalanan hidup aku.
Bak kata mentor aku Kamaruddin Mamat
"keturunan kita akan rasa bangga kalau ada sejarah hidup keluarga mereka."

InsyaAllah aku akan teruskan menulis selagi termampu.
Terima kasih kepada keluarga, saudara mara, rakan2, rakan2 Akademi
dan terutamanya isteri aku yang menyokong benda baru yang aku buat ni.
Aktiviti yang boleh mengisi masa lapang aku.
Kalau ikutkan tak sampai pun 2 bulan aku duk ber blogging ni.
Masih banyak benda yang boleh dan harus aku belajar.
Terima kasih kepada semua yang sudi jenguk blog aku ni.
Setakat ni dah cecah 5,043 views.
Thanks guys.

Ketuk Pintu

Semua orang berhak untuk berjaya.
Tiada orang lain selain diri sendiri yang harus melakukannya.
"Apabila mengetuk pintu dengan cukup lama,
pastinya kita akan mengejutkan seseorang disekitarnya.
Oleh itu ketuklah pintu kejayaan dengan bersungguh2,
pasti kita akan berjaya menyedarkan kejayaan yang sedang nyenyak tidur dalam diri kita."
Henry Wardsworth Longfellow

Friday 28 October 2011

Happy Birthday Aidil

Sebenarnya birthday anak aku lambat lagi.
28 November nanti baru genap 2 tahun.
Semalam kebetulan je mertua aku ada buat makan2 sikit kat rumah dia
so isteri aku tumpang sekaki la.
Kalau ikutkan 28 November tu nanti dah ada plan lain.
Aku nak ke Sabah.
Ada urusan perniagaan kat sana.
Alang2 tu bercuti la sekali bawa anak isteri.
Tu pun kalau jadi la.
InsyaAllah.

Semalam sebelum maghrib aku dah sampai rumah mertua aku.
Selain acara makan2
mertua aku ada la buat bacaan yassin, doa selamat dan solat berjemaah sekali.
Untuk keluarga2 je.
Biasanya buat sebulan atau 2 bulan sekali.
Solat maghrib dan solat hajat berjemaah.
Kali ni aku ditugaskan untuk mengetuai solat dan bacaan yassin.
Makan time.
Macam2 menu ada.
Sedap2 belaka.
Jom cuci mata.
Selesai makan baru acara potong kek bermula.
Acara yang dinanti2kan oleh kanak2.
Kek Oren
Kenapa kek gambar Barbie pulak ni?
Birthday boy ke birthday girl?
Haha panjang ceritanya.
Sepatutnya kek tu gambar muka anak aku.
Last minute dapat call kata tak sempat nak buat.
Tukar gambar Angry Bird.
Atas masalah yang tak dapat dielakkan tukar lagi.
Yang ada tinggal Barbie je.
So belasah je la.
Masuk perut jugak kan.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Semua orang happy.
Yang penting dapat berkumpul ramai2.
Mengeratkan silaturrahim.

Dalam pukul 9.30 malam macam tu aku ke Restoran Maulana.
Jumpa Danny dan CC Hamid.
Kami duduk borak2 sambil bincang2 apa yang patut.
Rancang kerja untuk next month
biar lebih sistematik
biar lebih fokus.



Thursday 27 October 2011

Tak Sabar Tunggu Esok

Sebenarnya aku tak sabar2 nak tunggu esok.
sebab banyak benda yang aku dah rancang nak buat.
Banyak benda yang nak diselesaikan.
Semuanya benda yang best2
yang happy2
yang enjoy2.

Pagi esok kat opis ada mesyuarat yang memang aku tunggu2.
Banyak isu yang harus dibangkitkan.
Dah terlalu lama simpan.
Dah terlalu lama takde jalan penyelesaian.
Tengahari pulak sebelum solat jumaat nak bawa bakal rakan niaga pergi Maybank.
Transfer pakej.
Petang pulak lepas kerja nak bawa abg ipar pergi USj Taipan.
Swap pakej.
Malam memang aku free.
Ingat nak bawa anak aku pergi Funfair kat Ampang
Tu pun kalau tak hujan la.
Mudah2an semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Itu cerita pasal esok.
Hari ni takde cerita apa sangat.
Biasa2 je.
Sekarang ni aku masih di rumah mak mertua aku.
Baru balik dari jumpa Danny dan CC Hamid kat Maulana Sri Serdang.
Memang dah dekat dengan rumah mertua aku.
Kami bincang apa2 yang patut.
Sebenarnya dari maghrib tadi aku dah ada kat sini.
Ada buat majlis sikit.
Untuk keluarga2 je.
Majlis yang tak dirancang.
Nanti la ada masa aku share kemudian.
InsyaAllah aku akan upload gambar sekali.
  

Wednesday 26 October 2011

Dah Banyak Pengalaman

Tengahari tadi aku ada temujanji kat Restoran Ali Bistro P15 Putrajaya.
Janji nak jumpa pukul 12 tengahari
tiba2 pukul 11 pagi CC Hamid sms kata orang tu dah sampai.
Kelam kabut aku dibuatnya.
Rakan Akademi aku Hadi pun ada sekali.
Dari malam tadi dia dah bagitahu
yang dia nak join sekali kalau aku ada jumpa siapa2.
Aku sampai je sana tadi Danny dan CC Hamid dah tunggu.

Abg Samlan.
Berusia lebih kurang 40 series kalau tak salah aku.
Sangat peramah.
Punya pengalaman yang sangat luas dalam bidang perniagaan.
Boleh kata semua perniagaan yang ada kat Malaysia ni dia dah buat
tapi takde 1 pun yang berjaya.
Abg Samlan
Abg Samlan dan Hadi

Katanya
dah tak larat nak taja orang.
Dah tak larat nak jual barang ke sana sini.
Duit yang keluar lebih banyak dari duit yang masuk.
Hari ni terbuka hati untuk dengar sendiri peluang perniagaan ni
sebab CC Hamid yang ajak.
Kalau orang lain mungkin dia tak datang.
Dia dah fobia dengan bisnes2 ni
sama macam Hadi jugak.

Banyak jugak soalan yang dia tanya tadi.
Alhamdulillah dia sangat positif.
Dia minta aku tolong uruskan dana seberapa segera.
Dia tertarik dengan konsep perniagaan yang Akademi ketengahkan.
Tak sama seperti perniagaan2 yang dia buat sebelum ni.
Syukur pada Allah sebab dah buka pintu hati dia untuk duduk dan dengar.
Ada separuh orang nak dengar pun takut.
Padahal dengar je bukan suruh buat pun.
Aku cuma sekadar boleh tunjuk peluang je.
Tak paksa pun nak buat atau sebaliknya.
Tapi bagi aku sebenarnya mudah je
mungkin Allah masih belum buka pintu hati mereka untuk dengar.
Aku tak rugi apa pun.

1 lagi nak dijadikan cerita
rupanya waktu kami dah balik tadi
ada sorang kawan sepejabat CC Hamid sms dia. 
Katanya cerita apa kat Ali Bistro tadi.
CC Hamid baca sms tu pun lepas sejam kawan dia tu hantar.
So takde rezeki la nak jumpa hari ni.
Kalau tak boleh sekali jalan je tadi.
Takpe la.
InsyaAllah esok tengahari boleh jumpa semula. 

Tahniah

Malam tadi aku sampai rumah lebih kurang pukul 12.30 malam.
TQ CC Hamid sebab tumpangkan aku.
Aku tak boleh nak drive sebab injured sikit.
Mula2 ingat dah sampai rumah malam tadi nak terus update blog
tapi mata ni bagai di gam2 pulak tak larat nak bukak.
So lepas solat Isyak terus tumbang.

Alhamdulillah majlis ilmu di USJ malam tadi berjalan seperti biasa.
Tahniah kepada semua yang hadir.
Semakin hari semakin ramai.
Tahniah juga pada rakan2 niaga aku yang tak jemu2 datang untuk menambah ilmu
Danny dan CC Hamid.
Dan tahniah pada rakan niaga aku yang paling baru
yang panas2
yang sudi datang malam tadi
Mohd Riduan.
Dia baru je sah bergelar Sales Manager dalam Akademi Taipan petang semalam.
Tahniah kepada CC Hamid yang telah membuka peluang hebat ni pada Riduan.
Aku masih ingat lagi hari pertama aku berjumpa Riduan
lebih kurang seminggu yang lepas.
CC Hamid cakap kat Riduan
"Kalau saya nak fikir untung dah lama saya jual barang2 saya kat Wan.
Dapat jugak duit tiap2 bulan.
Tapi kenapa saya tak jual barang kat Wan?
Kenapa saya minta En Azhar kongsi peluang perniagaan ni kat Wan?
Sebab saya nak tolong Wan.
Tambah pendapatan bulanan.
Tambah simpanan tiap2 bulan.."
So siapa2 yang CC Hamid duk promote barang tu paham2 la ye
CC Hamid tak berminat nak tolong korang. Hehe..

Tahniah Riduan.
Awal bulan depan akan dapat bonus bersamaan 4 bulan gaji.
Siapa2 yang berminat nak dapat bonus awal bulan depan masih sempat lagi.
Boleh call atau sms aku segera
010-2207181.
InsyaAllah hari ni jugak kita boleh jumpa kalau tak clash dengan jadual.
Tapi memang rezeki Riduan la datang malam tadi.
Terus dapat bawa balik semangat yang luar biasa hebat.
Perkongsian pengalaman rakan2 baru dalam Akademi.
Kata2 keramat dari Pakar Motivasi Faridah Mohd Ali.
Dan berkenalan rapat dengan otai merangkap jutawan Kamaruddin Mamat.
Danny, Abg Nasir, Riduan dan CC Hamid
Faridah Mohd Ali.
Pakar Motivasi Akademi Taipan.
Jutawan Akademi Taipan 181.
Telah 9 tahun bersama Akademi.
Semangat tak pernah luntur walau apapun rintangan yang mendatang. 
 
Itu semalam punya cerita.
Hari ni cuti umum sempena Deepavali.
Happy Deepavali aku ucapkan pada kawan2 atau pembaca yang meraikannya.
Seperti biasa pada hari2 cuti macam ni aku tetap bekerja.
Ada beberapa temujanji yang akan dilaksanakan.
Mudah2an dengan izin Allah segalanya dipermudahkan.
  

Tuesday 25 October 2011

Petua Tun Dr Mahathir

Artikel ni aku dapat dari email yang aku terima tahun lepas.
Cuma kali ni aku dah edit2 sikit la
mengikut mesej yang aku cuba nak sampaikan.
Yang penting entry aku kali ni takde kene mengena dengan 
isu politik, isu perkauman atau yang seangkatan dengannya.
Pandang dari sudut yang positif.
Mudah2an dapat buka minda kita semua.
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Siapa yang tak kenal beliau.
Bapa permodenan Malaysia.
Telah berjaya membawa perubahan besar kepada negara kita.
Berjaya mengeluarkan kereta berjenama sendiri
dari Proton Saga sehinggalah Gen-2 yang berenjin Campro.
Wujudnya Putrajaya dan Cyberjaya.
Begitu juga kejayaan rakyat Malaysia di zaman pemerintahannya.
Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia dengan kapal layar.
Datuk Malik Maidin berenang menyeberangi Selat Inggeris.
Ekspedisi Gunung Everest.
Terjun di Antartika
dan macam2 lagi.

Apakah rahsia beliau sehingga berjaya memotivasikan penduduk Malaysia
melakukan semua tu?
Kalau dulu sebelum merdeka
bangsa Melayu tak yakin dengan diri sendiri
sampai nak buat sebatang jarum pun tak mampu.
Tapi sekarang bukan setakat jarum
satelit pun dah ada yang jadi milik negara.
Apa rahsianya?
Ada 1 petua hebat daripada beliau.
Beliau percaya bangsa Melayu boleh berjaya
apabila mereka percaya mereka boleh berjaya.
Kata2 yang beliau sering ungkapkan
"Kita tak boleh berjaya jika kita mengatakan kita akan gagal."
 

Monday 24 October 2011

Apam Balik

Balik dari kerja petang tadi
aku sempat jugak singgah beli apam balik kegemaran isteri aku.
Dah 4 hari berturut2 pergi tak dapat2.
Tadi baru dapat.
Tu pun kena tunggu lama.
Waktu aku sampai tu ada la 2 orang tengah tunggu.
Lepas order aku terus pergi solat Asar dulu kat surau sebelah tu.
Dah selesai solat pun apam balik masih tak siap lagi.
Aku duk lepak pulak minum kat warung sebelah gerai dia.
Sampai dah habis teh tarik aku pun masih tak siap lagi.
Aku berdiri pulak kat depan dia takut2 dia terlupa
tapi dia ingat je.
Tunggu sekejap katanya.
Rasanye dah lebih setengah jam aku menunggu.
Waktu tengah tunggu tu pun handphone aku tak henti2 berbunyi.
Member bank call update aku apa2 yang patut.
Rakan niaga call nak set temujanji.
Bakal rakan niaga pun call tanya status dana.
Isteri aku pun tak kurang hebatnya duk call jugak nak tanya status apam balik dia.
Berderet2 la.
Rupanya brother apam balik tu duk pasang telinga je.
Habis je aku cakap telefon dia terus tanya,
buat bisnes ke?
Bisnes apa?
Takkan aku nak cerita waktu dia tengah berniaga.
So cuti Deepavali ni aku dah set masa dengan dia.
Sebelah pagi la sebab petang sampai malam dia berniaga.
Mudah2an ada perkhabaran gembira.
InsyaAllah.




Handphone Cedera

Siang tadi aku siapkan kerja je kat opis.
Tak keluar ke mana2.
Lunch hour pun tak keluar jugak.
Kalau ada pun tadi just pergi Anjung je
member bank aku datang nak collect dokumen beberapa orang bakal rakan niaga aku.
Alhamdulillah bab tu kira selesai la.
Masih ada yang belum selesai.
Kena selesaikan minggu ni jugak sebab masa permainan dah nak tamat.
Masuk je bulan baru nanti dah kira baru punya cerita.
Kerja tetap kerja.
Ada yang nak kena jumpa.
Ada yang nak kena follow-up.
Ada yang baru nak bagi dokumen.
Ada yang masih duk menunggu berita lulus atau tak.
Ada yang nak transfer
dan macam2 lagi
InsyaAllah akan diusahakan semuanya seberapa segera.

Walaupun hari ni aku tak kemana2
duk opis je
tapi handphone aku tak berhenti2 bunyi
tak berhenti2 bekerja.
Boleh kata setiap 5 minit la dia bunyi.
Yang sms ada
yang call pun ada.
Bateri aku daripada penuh sampai empty la.
Nasib baik Norli Adilah ada
charger dia la yang jadi mangsa. hehe
Tapi bagi aku ni memang lumrah la setiap kali hujung bulan.
Setiap kali masuk waktu kecederaan
handphone aku pun cedera la.
Semua orang akan menggila kerja terutama member2 bank aku.
Tapi syukur la aku dapat banyak berita gembira dari mereka tadi.
Rakan2 niaga aku pun masing2 sibuk sana sini.
Semua ni sementara je.
Kita penat pun sementara je.
Lepas ni akan bergembira.
InsyaAllah.

Sunday 23 October 2011

Birthday Arif Dani

Alhamdulillah
sempat jugak aku bawa anak isteri aku pergi rumah abg aku.
Ada birthday party anak buah aku Arif Dani.
Ulangtahun Hari Lahir yang ke-4 tahun.
Abg aku ada 3 orang anak.
Yang ni kiranya anak ke-2 abg aku la.
Ramai jugak tetamu yang datang.
Adik beradik
saudara mara
dan jiran2 terdekat.
Birthday Cake Arif. Jari siapa la kat atas tu yang nak curi2 makan.
Arif bersama hadiah2nya.
Arif dan abahnya.
Mama Arif.
Arif dan Cik Inda nya.
Anakku Aidil bersama buah betiknya.

Menu semalam boleh tahan sedapnya.
Kebanyakan tetamu yang datang makan bertambah2.
Khabarnya Cik Inda yang masak.
Wah hebat2.
Tahniah.
Boleh tempah lain kali.


Pintu Gol

Sana sini cerita pasal bola.
Terengganu lawan Selangor.
T-Team lawan N9.
Khabarnya final nanti N9 lawan Terengganu.
Kalau ada kesempatan aku layan kat rumah je nanti.
Cerita pasal tengok perlawanan bola ni
tak kisah la tengok kat stadium atau tengok kat rumah je
aku dah boleh bayangkan kedua2 pasukan akan begitu ghairah beraksi
bersemangat
merebut, menggelecek, menyepak, menangkis, menendang, menolak bola ke sana ke mari
dengan mempamerkan skill2 yang terbaik.
Tapi aku tak boleh nak bayangkan kalau mereka bermain tanpa pintu gol.
Takde pintu gol kat atas padang.
Macam mana tu??
Mustahil kan??
Kalau takde pintu gol apa tujuan mereka beraksi begitu hebat.
Tiada tujuan
Tiada matlamat
Tiada jaringan gol.
Tiada pemenang.

Begitu juga dalam kehidupan.
Mesti ada matlamat
mesti ada cita2
mesti ada impian.
Kalau tak buat penat badan je.
Usaha bagai nak gila sekali pun hanya sia2
sebab takde tujuan
takde hala tuju.
Bak kata pepatah yang aku pernah dengar.
"Seinci menyimpang, rugi seribu tahun,"

Saturday 22 October 2011

Adik Beradik

Petang tadi aku ke Restoran Yus lagi.
Aku yang ajak jumpa kat situ.
Ini kali ke-3 aku share bisnes kat situ.
Kali pertama waktu aku share kat CC Hamid dan CC Azmi bulan lepas.
Alhamdulillah mereka berdua dah menjadi2 pun sekarang.
Kali ke-2 waktu aku share kat Mai dan Meg kelmarin.
Alhamdulillah petang tadi mereka berdua dah bagi dokumen lengkap kat aku.
Kali ni aku jumpa adik kandung rakan niaga baru aku, Yusof.
Hari ni jumpa adik dia.
Esok jumpa 2 orang lagi kawan dia kat Desa Petaling pulak.
InsyaAllah takde aral melintang aku on jer.
Tahniah Yusof.
Mohd Riduan
baru berusia 19 tahun.
Bekerja di salah sebuah hotel kat KL.
Dah setahun bekerja kat situ.
Dia berminat nak tahu pasal perniagaan ni sebab dia tak percaya
yang abg kandung dia boleh minat berniaga.
Aku cerita serba ringkas je tadi sebab kesuntukkan masa.
Yang penting dia faham.
Ada jugak dia tanya soalan sikit2 tadi.
Yang mengejutkan aku
selesai je share dia terus bagi dokumen2.
Rupa2nya dia dah standby semuanya sebelum jumpa aku.
Esok tinggal submit je.
Tahniah Wan kerana memilih 9/10 rezeki yang Allah sediakan. 


Warung Bunian

8.30 pagi tadi aku ada temujanji
sepatutnya kat Desa Pinggiran Putra
tapi waktu aku dalam perjalanan tadi CC Azmi minta tukar lokasi.
Dia bagi direction aku ikut je.
Akhirnya sampai jugak.
Warung Bunian.
Tempat yang agak terpencil
jauh ke pendalaman.
Jalan sempit kiri kanan lalang je
tu pun muat2 lalu 1 kereta je.
Parking agak susah jugak.
Tapi yang pelik ramai betul manusia makan kat situ.
Tak tahu la manusia ke bunian.
Penuh.
Makanan memang boleh tahan sedap.
Aku pun tak sempat nak tanya tauke warung atau orang2 kat situ
nape nama warung ni Warung Bunian. 
Kalau ada siapa2 teringin nak pergi situ bagitahu la.
Kena bawa aku sekali.
Kalau tak confirm sesat.. hehee

CC Azmi
CC Haji Mat

Tujuan aku ke sana untuk kongsi peluang perniagaan
kat kawan CC Azmi.
Dah lebih 15 tahun mereka berkawan.
CC Abg Mat
ada orang panggil Haji Mat.
Salah sorang CC di Kementerian tempat aku bekerja.
Orangnya agak serius.
Tak berapa banyak cakap.
Sekali2 ada bertanya jugak kalau nak lebih jelas
especially tentang isu halal haram
tentang agihan pendapatan
tentang isu penindasan dalam perniagaan
tentang konsep bimbingan
tentang produk
tentang pakej mengerjakan Umrah
dan macam2 lagi.
Alhamdulillah Abg Mat berminat.
Malah dia teruja dengan konsep yang Akademi ketengahkan.
Isnin ni aku akan uruskan dana perniagaannya.
InsyaAllah rasanya takde masalah.
Dah berpuluh2 tahun dia berkhidmat
dan sehingga kini masih belum ada sebarang komitmen dengan mana2 institusi kewangan.
Mudah2an segala urusan akan dipermudahkan.
Bersama2 kita berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...