Monday 30 April 2012

Bersama Rakan2 Akademi

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Terima kasih pada sahabat2 yang masih sudi jenguk entry aku ni.
Awal pagi tadi aku sempat lepak minum dengan bisnes partner aku, CC Azmi.
Port kali ni kat Desa Pinggiran Putra.
Alhamdulillah rezeki awal pagi dapat ole2 dari Muar.
CC Azmi beli masa dia balik kampung kelmarin.
Masuk je opis dapat ole2 dari Penang pulak.
Member opis aku, Ayus bagi.
Banyak tu dia bagi sampai koyak la plastik dibuatnya sebab berat sangat. Hehehe.
Syukur sangat2 memang murah rezeki harini.

Lunch time lepak dengan bisnes partner aku yang lain pulak.
Abg Rahman bersama Tab barunya. Hehehe.
Kami port kat Ali Bistro Presint 15.
Duk uruskan dokumen bisnes partner baru dia.
Mudah2an semuanya berjalan lancar.
Tengah sibuk2 tu tiba2 bos2 dari opis kitorang pun sampai.
Lepak2 minum sekali.
Hebat la Abg Rahman sambil borak2 tu boleh close Bio Zone Food cash sebijik.
Bos tu beli 1.
Untuk kesihatan family katanya.

Petang lepas kerja tadi aku ke Hospital Serdang kejap jumpa member.
Urusan peribadi sikit.
Then ke Pejabat Pos lagi sekali untuk pos barang yang member kirim.
Syukur la Pejabat Pos Mini kat Taman Equine tu buka sampai 8.30 malam.

Baru tadi ni pulak jumpa member aku Iwan kat area rumah aku je.
Dia siap bawa 2 orang kawan dia lagi, Shahir dan Man.
Seronok deal dengan orang yang memang bisnes minded macam diorang.
Semua kerja jadi mudah.

Selesai untuk harini.
Rasa enjoy dengan life aku yang macam ni.
Biarpun ada je kawan yang menjauhkan diri dari aku,
tapi hakikat sebenar lebih ramai kawan yang dekat dengan aku.
Dalam akademi ni rasanye kadang2 hubungan tu lebih rapat dari adik beradik.

Sekarang ni tengah lepak2 je kat rumah.
Layan cerita hindustan favourite arwah mak aku.
Gangga Jamuna Saraswati. Hehehe.

C ya.

Azhar
010-2207181
  

Sunday 29 April 2012

Hartanah 2012

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Lepas subuh pagi tadi wife aku tak dapat nak lelap mata balik.
Aidil pun sama.
So apa lagi misi mencari makan pun bermula.
Kami ke Warung Bukit kat Bangi tu.
Sebelum 8.30 pagi dah sampai sana tapi malangnya terpaksa cari port makan lain.
Parking penuh yang teramat sangat.
100 meter sebelum simpang masuk pun dah bersusun kereta.
Diorang sanggup berjalan jauh asalkan dapat makan kat situ.
Last2 kami makan kat Restoran De Limau Nipis depan PKNS tu.
1st time breakfast situ.
Aku try Nasi Lemak Paru.
Wife makan Roti Telur.
Sorry to say.
Out.
Suku pinggan pun tak boleh nak habis.
Tapi kalau lunch kat situ memang sedap la.
Especially ikan bakar dia memang terbaeekkk.

Sebelum balik tu sempat singgah Manjaku.
Wife aku nak beli barang Aidil sikit.

Pilih jangan tak pilih.

Macam2 ada.

Susu pun serba serbi ada.
Yang paling penting stok sentiasa ada kat sini.
Tu yang best.

Baby Kiko.
Favourite wife aku.

Aidil amik sendiri stok susu dia.

Sampai rumah tadi agak rushing sikit la.
Aku terkejar2 nak ke USJ Taipan pulak.
CC Hamid dan CC Ayub ada tunggu sana.
Lagipun ada Bisnes Preview Akademi Taipan 181.
Malangnya tak sempat nak jumpa.
Aku sempat ke stokis je.
Lepas tu terus ke Sunway Piramid.
Wife aku dan Aidil pun ikut sama.

Pameran Hartanah Bumiputera 2012.
Nama je bumiputera tapi aku tengok yang ramai non bumi tadi.
Ini sebenarnya tujuan utama aku turun Sunway Piramid.
Tengok2 rumah kalau ada yang kena dengan bajet untuk dijadikan aset.

IOI Properties Berhad.
Odora Parkhomes.
Teres 2 tingkat kat Seri Kembangan.
Bersebelahan dengan 16 Sierra.
Aku tak tanya harga tadi sebab tahun lepas aku dah pergi showhouse dia.
Masa tu harga RM423,000.
Sekarang sure makin mahal harga dia.

Macam2 jenis rumah ada.
Apartment.
Service Apartment.
Terrace.
Townhouse.
Condo.
Bungalow.
Dan macam2 lagi.

Harga pun depends la.
Tengok jenis rumah dan lokasi.

Ada yang kat Cyberjaya.
Cheras.
Ampang.
Klang.
USJ.
Dan lain2.

Ada 2 level tadi.
Ini level yang 1 lagi.

Memang rambang mata la.
Kalau banyak duit memang best la.
Ada jugak yang terpahat di hati tadi.
Kalau ada rezeki InsyaAllah ada la nanti.

Lepas settle semua tu kami 3 beranak lepak kat Old Town kejap untuk basah2kan tekak.

Wife aku pekena Mihun Goreng.

Roti Pratha With Chicken Curry.
I like. Hehehe.
Aidil makan apa pulak??

Aidil makan dalam mimpi.

Penat berjalan terus pengsan tak ingat dunia.
Tambah pulak dia bangun awal pagi tadi.

Destinasi seterusnya ke PWTC.
Aku nak pergi Pesta Buku.
Macam biasa la macam2 buku ada jual dan yang penting ada diskaun.
Asalnya nak naik LRT je dari Bukit Jalil.
Tapi tiba2 Aidil buat perangai pulak dalam kereta.
Perangai yang betul2 menguji tahap kesabaran aku yang paling maksima. Hahaha.
Then terpaksa cancel PWTC.

Dalam perjalanan balik rumah tu aku dapat call dari stranger.
Tanya pasal BA.
Aku tanya dia kerja mana.
Jusco katanya.
Terus aku memusingkan stering kereta ke Jusco
sambil berkata "kebetulan memang saya nak ke sana ni". Hehehe.
Aku dengan urusan aku.
Wife aku dan Aidil dengan urusan mereka kat dalam Jusco tu.

Mama Aidil shopping lagi.

Kali ni untuk adik kepada Aidil pulak.
Sempat amik gambar lagi tu.

Aikk awat warna pink je ni.
Serba serbi pink la.
Siap ada skirt lagi tu.
Macam confident je mama Aidil ni.
Kang sekali keluar Boboy camne?? Hehehe.

Inilah perjalanan hidup aku harini.
Macam kebetulan pun ada.
Aku yakin ini semua Allah dah tentukan untuk aku.
Syukur Alhamdulillah.

Azhar
010-2207181

Aktiviti Sabtu

Assalamualaikum.
Salam sahabat.

Sambungan cerita hari sabtu dulu.
Balik dari Bunian pagi tu aku plan nak pergi KL area Kg Baru tu.
Tapi atas nasihat kawan2 aku pospon jugak la.
Bersih punya pasal.
Tukar plan.
Aku ke Semenyih.
Bisnes partner baru aku, Abg Azmi kata ada kawan tempat kerja dia nak jumpa.
Teruja tengok bonus pertama Abg Azmi.
Aku on je.
Selesai tu aku terus ke Bdr Baru Bangi pulak.
Jumpa member masa sama2 kerja kat Perbadanan Putrajaya dulu.

Selesai semua apa lagi balik la.
Suara Aidil macam memanggil2 pulak. Hehehe.
Sampai rumah wife kata teringin nak makan rojak mee yang kat Bdr Baru Bangi tu.
Layan je la lagipun memang aku tengah free.
Bdr Baru Bangi sekali lagi.
Pekena rojak mee dan cendol memang terangkat.
Duduk pulak bawah2 pokok camtu memang sesuai la.
Aidil pun bukan main selera lagi makan.

Selesai tu sebelum balik rumah singgah Giant kejap.
Beli stok makanan Aidil.
Nama je stok makanan Aidil tapi nanti mama dan abah dia pun belasah sekali. Hahaha.
Sampai rumah je kebetulan ada tetamu datang jugak.
Serentak.
Tak sempat nak buat apa.
Wife goreng nugget je sambil pekena White Coffee Shake yang aku baru beli tu.
Memang sedap.
Siapa nak try rojer2 la.

Sebelah malam pulak aku keluar dengan biras aku, Abg Fendi.
Kami lepak kat Restoran Beryani Gam Johor.
Dia pekena Beryani Kambing.
Aku pekena Beryani Ayam Merah.
Lepas tu masing2 tersandar.
Tapi memang enjoy la sebab kami sama2 orang bisnes.
Sama2 orang positif.
Cerita2 negatif takde sama sekali.

Ehh macam dah panjang pulak entry kali ni.
Nanti senang2 sambung lagi.
TQ la pada yang sudi  baca apa yang aku duk merepek kali ni.

Azhar
010-2207181

Kenapa Aku Menulis??


Kenapa aku menulis di sini??

Menulis kerana itu cara aku memberitahu diri.
Menulis kerana itu cara aku memahami erti.
Menulis kerana ia dan diri sudah sebati.
Malah menulis kerana itu cara aku menentang mati.
Agar pada suatu hari nanti, aku tidak mati oleh sebuah kematian.
Tulisan tinggal sebagai rakaman.
Rakaman tentang kehidupan.
Kehidupan yang menjadi cermin untuk setiap pembaca mencari diri.

Saturday 28 April 2012

Sembang Pagi

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Harini pukul 7.30 pagi aku dah keluar rumah.
Pukul 8 dah janji nak jumpa CC Hamid dan CC Abg Mat kat Warung Bunian.
Patutnya CC Azmi pun ada sekali tapi dia ada hal pulak kena balik Muar.
Pagi tadi aku saje je keluar awal sikit sebab nak isi minyak dulu.

Jumpa pagi tadi bukan apa just nak sembang2 bisnes je.
Dengar cerita pengalaman masing2.
Ada yang manis, ada yang kurang manis.
Ada cerita gembira, tak kurang jugak yang tak berapa gembira.
Itu semua perkara biasa.
Kalau nak berjaya memang kena lalui benda2 macam ni.

Seperti biasa kalau dah sampai bunian mesti kena tapau nasi lemak untuk anak isteri aku.
Ada je gambar2 yang aku amik tadi.
Tapi malas pulak nak post kali ni.
Takut nanti ada sms masuk marah2 lagi. Hehehe.
Aku post gambar makanan dikata riak dan takbur.
Post gambar anak pulak dikata menunjuk2.
Bangga dengan pinjaman sementara yang Allah bagi.
Adeh confuse aku.
Tak terfikir pun sampai ke situ.
Macam yang aku selalu cakap la ini semua untuk tatapan anak aku bila aku dah takde nanti.
Atleast dia tahu serba sedikit apa yang abah dia buat sementara hayat ada.

Tapi takpela aku terima teguran tu dan aku amik dari sudut positif.
Cuma advice aku untuk dia pulak.
Lepas ni tukar la profile picture kat FB tu.
Senyuman tu memang cantik/hensem.
Tapi takut nanti orang kata riak pulak menunjuk2 wajah cantik/hensem
yang Allah pinjamkan sementara tu.

Wallahualam.

Azhar
010-2207181

Friday 27 April 2012

Penutup Guangzhou

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Alhamdulillah selesai closing untuk bulan ni.
Nak kata closing betul pun tak jugak.
Still ada 3 hari lagi.
Macam2 keajaiban boleh jadi.
InsyaAllah.

Tengahari tadi aku sempat ke USJ Taipan dengan bisnes partner aku, Syed.
Sampai2 je aku terus ke stokis dulu buka bil dan lain2 urusan.
4 set Premium Beautiful.
4 Bio Zone Food.
Dan 3 Bio Aura pelengkap pakej ke Guangzhou.
Tahniah pada CC Hamid.

Blackcurrant Spirulina.
Pati air minuman kegemaran anak aku.
Memang saje beli untuk tambah stok anak aku.

White Coffee Shake.
1st time minum masa dinner minggu lepas.
Rasa sedap pulak tu yang try beli tadi.
Beli 2 kotak terus senang kalau tetamu datang rumah.

Selesai urusan kat stokis tengahari tadi, ingat nak makan dulu.
Tapi tak sempat so terus pergi solat Jumaat.
Lepas solat baru melantak.
Makan kat Restoran Ubi Kayu.
Layan jugak makanan2 dia.

Masa kat stokis tu ada la juga beli barang yang orang kirim.
Ingat nak pos laju terus lepas makan tu tapi tak sempat pulak.
Queue panjang sangat kat pejabat pos sebelah Ubi Kayu tu.
Ingatkan lepas kerja petang tadi nak terus pergi pejabat pos kat Tmn Equine.
Last2 kena tahan kat opis sampai pukul 7 lebih.
Terbantut segala perancangan.
InsyaAllah esok kalau ada rezeki aku pos la.

Alhamdulillah bisnes semakin rancak.
Sana sini orang call tanya pasal kehebatan barang.
Tapi lebih ramai yang call untuk tahu pasal Akademi Taipan.
Untung mereka yang masih bertahan.

Siapa2 yang berminat untuk bersama kami, boleh la rojer2 aku.
Nanti kita kasi set 1 appointment.
20 minit je.
Tak minat takpe.
Takde siapa yang paksa.

C ya.

Azhar
010-2207181
  

Promosi Astro

Wow kempem sempena PRU jugak ke ni?? Hehehe.
Astro buat promosi.
Boleh layan semua channel kecuali astro first.
Start harini sampai 6 May 2012 nanti.

Btw TQ astro.
Kira ok la ni.
Atleast customer ada idea sikit channel2 tu apa cerita.
Lepas promosi nanti kalau rasa nak sambung sendiri mahu ingat la.
Bak kata astro no money no talk. Hehehe.

Azhar
010-2207181

Thursday 26 April 2012

Special For You

Special order and special delivery.
For one and only.
My wife.

 Syukur pada Allah kerana menganugerahkan dia untuk aku.
Kerana dia aku kenal erti tanggungjawab.
Kerana dia aku kenal erti kepimpinan.
Kerana dia aku kenal erti perjuangan / jihad.
Dan kerana dia aku tak pernah kenal akan putus asa.

Hahaha jiwang karat la pulak.
Saje je sekali2 buat surprise untuk wife.
Nak tengok wajah terkesima dia bila ada orang datang rumah hantar bunga.
Malangnya tak dapat nak tengok sebab masa member tu datang, aku ada urusan bisnes kat luar.

Buat apa nak cerita benda2 ni kat sini??
Memang taknak cerita pun.
Ni baru mukadimah. Hehehe.
Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal benda ni.
Aku nak buat promosi sikit je.

Sambutan Hari Ibu dah tak lama lagi.
Apa kata buat surprise sikit kat ibu tersayang.
Kalau takde ibu, ibu mertua pun apa salahnya.
Bakal ibu mertua boleh jugak.
Confirm dia dah tak pandang calon menantu lain. Hehehe.

Nak order jangan la last minute takut banyak tempahan masa tu.
Service dia memang tip top la.
Harga pun berpatutan based on kita punya bajet.
Penghantaran pulak sampai depan pintu rumah.
Memang terbaekkk.

Aku promote ni bukan apa.
Sebab ramai kawan2 yang tanya since wife aku tag gambar ni kat FB aku.
Lagipun orang yang buat ni member aku dari kecik.
Apa salahnya tolong member.
Sharmila nama dia.
Alhamdulillah sekarang dah jadi usahawan berjaya.
Husband dia pun member aku dari kecik jugak.
Senior dari aku setahun kalau tak salah.

Siapa2 nak order rojer2 la aku.
Nanti aku send no fon member aku ni.
Tak berani nak tulis kat sini sebab tak minta permission dia lagi.

P/S : Tak sabar nak order lagi untuk bisnes partners aku yang akan diraikan tak lama lagi.

Azhar
010-2207181

Flashback

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Sedar tak sedar esok dah hari Jumaat.
Pada aku minggu ni merupakan minggu yang sangat mencabar.
Dugaan demi dugaan.
Ujian demi ujian.
Kesibukan yang terlampau.

Aku cuba flashback.
Isnin dan Selasa patutnya aku kena pergi kursus.
Tapi keadaan tak mengizinkan.
Banyak benda nak kena settle kat opis.
Dalam sibuk2 tu lunch time sempat lari lagi ke KL.
Urusan akademi.

Closing for Guangzhou.
Full pakej.

Petang patutnya ke Dengkil tapi tak jadi.
Aku yang terpaksa tunda atas sebab2 teknikal.

Esoknya lepas kerja balik rest dulu.
Malam ke Summit USJ.
Sebelum tu singgah Puchong jap jumpa member bank.
Semuanya urusan akademi.

Semalam full.
Lepas kerja ada 2 appointment kat area Serdang.
11 malam baru sampai rumah.
Itupun sebab aku dah penat sangat.
Ada je member ajak pergi minum2 kat mamak tengah malam tu.
Kalau aku on jawabnya pukul 1 pagi tak balik lagi.
Dah la awal pagi tadi ada meeting yang boleh tahan besarnya.
Sehari suntuk la sampai petang tadi.
Tak sempat nak buat apa2 benda lain.
Lunch time pun duk opis je siapkan report.
Syukur la rezeki datang.
Member opis tapaukan burger ayam special.
Memang time tu aku tengah kebulur pun sebenarnya. Hehehe.
Terima kasih banyak2 ye.
Jasa kalian akan dikenang selamanya.

Tadi pukul 7 baru sampai rumah.
Tengok2 ada tetamu kat rumah.
Tapi tak lama lepas tu semuanya balik.
Malam Jumaat agaknya masing2 nak baca Yassin.
Kejap lagi ni ada lagi tetamu lain pulak nak datang.
Nak kena standby dulu apa2 yang patut.

C ya.

Azhar
010-2207181

Wednesday 25 April 2012

Ceritu Lucu

"3 adik beradik kembar sedang berbincang mengenai masa depan di dalam perut ibunya.
Sorang berkata bila dah besar dia nak jadi Pegawai DBKL
sebab banyak sampah makanan dibuang merata2 dalam perut ibunya.
Sorang lagi berkata dia nak jadi Pegawai TNB
sebab selalu gelap takde bekalan elektrik dalam perut ibunya.
Dan sorang lagi berkata dia nak jadi Pegawai Polis
sebab nak siasat siapa budak kepala botak
yang selalu keluar masuk dalam perut ibunya dan meludah sesuka hati.."

Hahaha cerita ni aku dapat dari email yang member aku forward.
Maaf la kalau tak berapa sesuai untuk bacaan umum.
Buta2 je aku terkena.
Bikin aku ketawa.
Tapi dalam lucu2 yang tak berapa lucu tu, masih ada pengajarannya.

1) Hidup mesti ada matlamat atau cita2.
Kecik2 lagi dah ada matlamat.
 Pegawai DBKL, Pegawai TNB mahupun Pegawai Polis tu semua cita2 mereka.

2) Matlamat mesti ada sebab. Baru la betul2 jelas nampak apa yang kita nak.
Nak jadi Pegawai TNB mesti ada sebab.
Nak jadi Pegawai Polis mesti ada sebab.
Nak jadi Businessman pun mesti ada sebab.

3) Matlamat dah jelas. Mesti ada cara untuk capai matlamat tu.
Contohnya nak berjaya jadi businessman mesti kena ada cara.
Caranya mudah je.
Jom bersama Akademi Taipan 181.
Ilmu, mentor, strategi, bimbingan semuanya tersedia dalam akademi.
Bukti pun dah terhidang di depan mata.
Tinggal hanya perlu percaya je.
Percaya pada diri sendiri.
Percaya pada potensi diri.
Dan yang paling utama percaya pada Allah yang memberi rezeki.

Azhar
010-2207181

Tuesday 24 April 2012

Wisel Penamat

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Wisel penamat ke Guangzhou semakin dekat.
Tinggal beberapa hari je lagi.
Masih belum terlambat untuk fight.
Kalau tak fight tersangatlah rugi.

Hahaha dah macam pantun 4 kerat pulak.

Sebelum wisel penamat berbunyi.
Jom kita pulun habis2an.

Best beb 3 in 1.
Melancong dapat.
Duit bonus automatik dapat.
Pangkat pun confirm dapat.
Tak percaya, cuba la fight.

Azhar
010-2207181

Monday 23 April 2012

Tabung Dah Penuh

Ini tabung kat rumah aku.
Beli kat Ayer Hitam tahun 2008 kalau tak salah.

Seperti biasa balik je rumah tadi terus nak simpan syiling dalam tabung.
Tau2 tak boleh nak masuk dah.
Rupa2nya dah penuh.
Apa lagi aku dan wife pun mulakan misi mengira duit tabung.

 Aktiviti mengeluarkan duit tabung.
Ini kali ke-3 kira duit tabung semenjak kewujudannya kat rumah aku.
Berat beb tabung ni.
Tabung je yang berat.
Isi dia takde la berat mana pun. Hehehe.

10 sen ada.
20 sen ada.
50 sen pun ada.
Aku memang suka kumpul syiling.
Siapa yang rapat dengan aku tahu la.
Kalau pergi makan atau beli barang2 dapat la baki syiling.
Kalau lalu tol yang dekat2 ni pun aku bayar cash je sebab nak baki syiling.
Kalau long distance tu baru pakai touch n go.
Dan hasil syiling yang paling banyak sekali aku dapat dari Alamanda. Hahaha.
Time nak bayar parking je aku sumbat note RM10.
Padahal parking RM1.50 je.
Berdentang denting la bunyi baki duit syiling jatuh lepas tu.
Orang yang lalu lalang pun usha aku semacam je. Hehehe.

Member2 tanya jugak buat apa kumpul syiling banyak2??
Sebenarnya ini salah 1 sumber simpanan untuk anak aku.
Walaupun tak la banyak mana tapi kira ada la sikit.
Buat tambah2 dalam akaun ASD dia selain dari bonus bulanan akademi aku.

Buat masa ini Aidil la yang dapat sepenuhnya setiap kali kira tabung.
Bila dah ada adik nanti kena bahagi 2 la ye Aidil?? Hehehe.
1st time dulu dapat la dalam RM900++.
2nd time tu kurang sikit dalam RM800 je.
Tak sampai rasanya dalam RM700++ je.
Yang kali ni wallahualam.
Aku memang dah kira tadi tapi tak tepat la.
Esok baru nak bawa pergi bank tengok berapa dapat.
Rezeki Aidil lagi la kali ni.
Nasib dia baik sebab tabung penuh sebelum adik dia lahir. Hehehe.

Dah ada anak macam ni la.
Semua benda anak 1st.
Keinginan aku pun terpaksa tolak tepi dulu.
Takpe la ini yang terbaik yang mampu aku lakukan buat masa ni.
Esok lusa belum tentu aku ada lagi.
Yang penting aku dah lakukan yang terbaik untuk dia sepanjang hayat aku.

Azhar
010-2207181

Battleship

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Alhamdulillah semalam lepas selesai urusan akademi kat PJ,
aku spend masa dengan anak dan isteri aku pulak.
Bawa diorang jalan2.
Sampai bengkak la kaki wife aku semalam.
Lepas ni kena banyak2 rehat pulak.

Seperti biasa lunch dulu.
Baby dalam perut dah menendang2.
Yang luar perut pun apa kurangnya.
Tak sabar2 nak tunggu makanan sampai.

Nasi Goreng Tomyam Bangkok.
Nama dahsyat.
Rasa pun boleh tahan.

Nasi Goreng Daging Kunyit.
Pada aku kureng sikit la. Hehehe.

Amboi sedapnya Aidil makan.

Kenyang perut mata pun layu la.
Perangai siapa la agaknya dia ikut ni. Hahaha.

Aidil dah nampak sasaran dia.
Orang dulu2 kata kereta control.
Bukan dia pandai main pun.
Gimik je lebih.

Nak beli selipar Angry Bird pulak.

Kalau dah sarung kat kaki tu memang tak dapat la nak buka balik.
Terus pakai la jawabnya.

Apa kes pulak ni??
Mengamuk nak main boling.
Nak amik bola boling tu sebenarnya.
Dia tak tahu bola tu je dah sama berat dengan dia.

Ingat semalam aku memang nak main seround.
Dah lama sangat tak main boling rasanya.
Tapi lane penuh pulak.
GMI ada buat tournament.

Aktiviti seterusnya apa lagi kalau bukan movie time.
Kali ni layan Battleship.
Seperti biasa amik couple seat kasi Aidil selesa sikit.
Memang best la cerita dia.
Puas hati.
Siapa2 belum tengok aku rasa pergi la tengok.
Enjoy.

Sebelum balik tu wife aku sempat shopping kat Anakku dulu.
Cari barang2 baby sikit.
Nanti senang2 repeat balik sebab tak boleh lama.
Aku dapat call ada appointment last minute.
Rezeki jangan ditolak.
Abg Rahman punya contact.
Penangan kelmarin punya dinner agaknya.

Yang penting semua enjoy.
Charge semangat bagi memulakan minggu yang sangat mencabar.
Azhar
010-2207181

Sunday 22 April 2012

Uptown & Downtown

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Kat KL ni mcm2 ada.
Uptown ada.
Downtown pun ada.
Tapi aku bukan nak cerita sangat pasal uptown mahupun downtown.
Aku just nak cerita pasal peniaga2 yang berniaga kat situ.

Aku ada terbaca dalam paper harini pasal wawancara wartawan dengan peniaga2 kat sana.
Ramai yang kata barang2 yang dijual semua cikai2.
Barang2 yang takde brand.
Cap ayam.
Peniaga2 ni pun mengakui benda2 tu.
Cuma apa yang mereka tegaskan mereka tetap mementingkan kualiti walaupun takde brand.
Sebab tu ramai orang masih beli sebab kualiti terjaga.
Kebanyakan barang diimport dari China dan Thailand.
Macamana pulak pendapatan peniaga2 kat sana??
Range pendapatan bersih mereka antara RM3,000 hingga RM35,000 sebulan.
Wow banyak tu.
Yang berniaga aksesori hp pun boleh dapat RM35,000 sebulan.
Yang urut2 tu pun boleh cecah RM30,000 sebulan.
Kalau musim hujan tak ramai pengunjung sangat dapat la bersih dalam RM3,000 sebulan.

Itulah rezeki orang berniaga.
Kadang2 banyak, kadang2 sikit.
Kadang2 ramai pelanggan, kadang2 langsung takde pelanggan.
Yang pasti mereka tetap berniaga hari2.
Tak boleh nak frust2.
Tak boleh nak give up.
Kalau give up memang confirm takkan berjaya.

Aku ni pun salah sorang dari pengunjung tetap uptown dan downtown ni.
Kalau uptown biasa aku pergi kat Danau Kota tu.
Kalau downtown aku pergi yang kat Cheras atau The Mines.

Apa sebenarnya yang buat ramai orang suka pergi shopping tempat2 macam ni agaknya??
Terlalu subjektif.
Depends on individu.
Kalau tanya aku definitely la sebab harga dia tak mahal.
Then banyak choice.
Bukan 1 barang je, macam2 barang ada.
Segala barang la ada.
Tak payah nak pergi kat banyak tempat.
Pergi uptown segala benda boleh dapat.
Environment memang la agak crowded sikit tapi still santai.
Lepas penat beli barang boleh lepak2 minum pulak.
Kat situ ada, luar dari kawasan situ pun ada.

Moral of the story.
1) 9/10 rezeki dari berniaga. Make sure halal.
2) Persaingan tu penting untuk kita lebih berjaya.
Jangan bomoh2 kalau ada pesaing datang. Hehehe.

Azhar
010-2207181

Malam Anugerah

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Malam tadi berlangsungnya Anugerah Gilang Gemilang bagi meraikan
Pemenang Tabung Kereta, Double Diamond Manager (DDM) & Diamond Sales Manager (DSM).
Dalam erti kata lain anugerah bagi meraikan mereka yang tidak pernah putus asa.

Acara berlangsung di Dewan MIECC, Seri Kembangan.
Rasanya memang lebih 5,000 orang yang datang.
Jalan nak masuk The Mines tu punya la jem tak hengat.
Nak cari parking lagi 1 hal.
Tapi syukur la sempat sampai on time.

Antara table2 di bahagian depan stage.

Aku duduk semeja dengan CDM2 dari luar KL.
CDM Hamka dari Melaka.
CDM Fazlan, CDM Faridah Bollywood dan pasangan.

Abg Nasir dan Abg Rahman pun ada.

Ist round punya santapan dah terhidang atas meja.
Macam2 lauk ada.

Ayam, daging, ikan, udang, sayur semua ada.
Makan je jangan malu2.
Kalau malu nanti lapar. Hehehe.

Sambil makan sambil dihiburkan dengan peresembahan artis Crossfire.

Sempat berposing dekat celahan buluh2 ni.
Apa kes ada buluh pulak??

Sebab aku adalah pengguna tegar Garam Buluh. Hehehe.
Siapa nak try boleh call aku.
Rasa dulu baru tahu.

Abg Rahman bersama anak buahnya dan tab barunya.
Tab yang baru dibeli sebelum datang dinner malam tadi.
Tak sempat charge 8 jam lagi tu. Hehehe.

Itulah serba sedikit cerita di sebalik tabir anugerah malam tadi.
Bersama akademi memang enjoy.
Ramai kawan2 baru yang kita boleh jumpa.
Berminat, boleh la call aku.
1 hari nanti anda jugak akan diraikan di atas pentas ini.
InsyaAllah.
Kami hanya share peluang, keputusan tetap di tangan anda.

Azhar
010-2207181


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...