Thursday 3 January 2013

Dugaan & Cabaran

2/1/2013.
Semalam.
1st day kerja di tahun baru.
 
Pagi2 dah mengadap jem.
Biasa la tu 1st day sekolah.
Sampai2 opis pagi semalam PC aku boleh kong pulak.
Sebelum ni ok je.
Tak menunjukkan tanda2 nak rosak pun.
Habis semua kerja tergendala.
Padahal banyak kerja nak kena siapkan.
Tempoh AKB pun sampai 7 Januari je.
Isnin depan.
Report macam2 report nak kena buat.
So agak struggle jugak la.
Time2 ni la PC nak buat hal.
Bengong aku seketika dibuatnya.
 
Tengahari masa lunch time sempat berbisnes.
Lepas lunch kat cafe bawah, aku jumpa bisnes partner aku.
Abg Shah dari Dengkil.
Dia dah tunggu kat lobi opis aku.
Ada discussion untuk next projek dalam masa terdekat ni.
Mudah2an semuanya berjalan lancar.
 
Berbalik pada cerita PC tadi.
Pukul 3.30 petang baru otai repair komputer sampai.
Lepas check semua katanya mainboard problem.
2 ke 3 hari jugak baru boleh settle.
Kena masuk bengkel dulu.
Parah jugak camne nak kerja kalau PC takde.
Tiba2 terasa macam nak apply cuti di saat2 kritikal ni. Hehehe.
 
Tapi aku bersyukur sangat2.
Semua rekod dan data2 dalam tu berjaya diselamatkan.
Yg lain2 tu akan difikirkan kemudian.
 
Azhar
019-6696181

Terubat Rindu

Tahun baru jadi pengubat rindu.
Akhirnya bertemu kembali dengan kereta yg terlalu banyak berjasa kat aku.
 
Inilah kereta yg aku beli masa aku mula2 dapat kerja kerajaan dulu.
Bulan 8 tahun 2006.
Dan aku jual pada bulan 5 tahun 2010.
Hampir 4 tahun berkhidmat dengan aku.
 
Semalam duk belek2 kereta masih lagi dalam keadaan baik.
Malah bertambah baik.
TQ la pada empunya kereta ni sekarang walaupun mmg sah bukan milik aku lg.
Dapat tengok semalam rasa terubat rindu.
Itu yg terus suruh Aidil posing atas kereta tu. Hehehe.
 
Azhar
019-6696181

Wednesday 2 January 2013

Aktiviti Tahun Baru

1/1/2013
Semalam.
1st day di tahun 2013.
Sepatutnya aku ke opis tp disebabkan kemalasan yg melampau maka tak jadi la.
 
Pagi semalam aku just lepak rumah je.
Susun schedule & tgk apa2 yg patut.
Update mana2 yg tertinggal.
Maklumlah lately agak busy yg di luar tabii.
 
Tengahari aku ke Restoran Wong Solo.
Bawa family & mertua aku makan2 kat sana.
Dah lama tak bawa wife aku spend masa dengan mak dia.
Aku layan set ayam bakar.
Wife aku layan set ayam penyet.
Aidil & mertua aku layan set ayam goreng.
Syukur alhamdulillah rezeki Allah utk tengahari tu.
 
Settle tu drop mertua aku kat rumah dia then terus shoot ke Ampang pulak.
Jumpa family & parents aku.
Sembang2 kosong je.
Tak sampai 15 minit sembang kami decide nak ke Sentul pulak.
Nak ziarah pakcik aku.
Lately dia tak berapa sihat.
Kerap keluar masuk hospital.
Selama ni tak berkesempatan nak pergi ziarah.
Since ada kelapangan semalam tu yg terus pergi tu.
 
Pak Uda.
Selang sehari kena buat dialisis.
Dengar cerita dia buat hati ni rasa sayu je.
Terasa macam sakit sama.
Aku berdoa mudah2an Pak Uda cepat sihat & kembali cergas seperti sediakala.
Insya Allah.
 
Malamnya aku lepak Pandan Indah.
Again dengan family aku.
Just nak spend masa together.
Dekat tgh malam jugak la baru sampai rumah.
Penat tapi enjoy.
Salah 1 nikmat berkeluarga. Hehehe.
 
Azhar
019-6696181


Jom ke Shanghai

Terbaru.
Seminar seberang laut ke Shanghai.
5 hari 3 malam.
Fully sponsored.
 
Ramai jugak yg whatsapp tanya.
Dapat free je ke tak payah buat apa2.
Kalau aku jawab ye aku bohong la tu.
Free memang la free.
Tapi usaha kena la ada.
Dalam dunia ni mana ada rezeki nak datang macam tu je.
Mesti kena usaha.
Cuma bezanya kat sini bukan usaha sorang2.
Kita sama2 usaha.
Bermula dari 1/1/2013 hingga 30/4/2012.
ATM target sorang dapat 2 tiket.
Yg penting kena usaha.
Usah bermimpi nak dapat kalau tak usaha.
Kalau taknak usaha boleh duduk rumah je tengok Adam Hawa. Hehehe.
 
Siapa2 berminat nak join boleh hello2.
Kalau tak join tapi sekadar nak tahu pun boleh hello2 jugak no kat bawah ni.
 
Azhar
019-6696181


Tuesday 1 January 2013

2013

 
Kepada keluarga, sanak saudara, guru2, jiran2, rakan2 dan sahabat blog semua.
Aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013.
Semoga lembaran baru ini akan memberi sinar baru dalam hidup kita semua.
Semoga segala azam & cita2 kitq akan menjadi kenyataan.
Semoga segala apa yg kita lakukan sepanjang 2013 ini dapat memberi syafaat kpd kita di akhirat kelak.
Insya Allah.
 
Azhar
019-6696181
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...