Semalam seharian aku kat luar.
Awal2 pagi tu dah ke Warung Bunian dengan bisnes partner aku, Syed.
Bincang sikit pasal plan terbaru dia.
Pada aku bakal meletop.
Seminggu 2 kotak JTX 1000.
Means 8 botol la.
Itu baru personal sales je belum cerita bab sponsoring lagi.
Tak sah kalau tak kena Nasi Lemak Bunian.
Memang terbaik.
Makin ramai orang sekarang walaupun terceruk kat hujung dunia.
Settle dengan Syed, aku ke Petronas Presint 18.
Member 1 opis dulu nak BBpus Kolagen untuk mak dia.
Kebetulan dia nak balik kampung semalam tu yg nak bawa sekali.
Dia dapat info pun dari entry aku yg sebelum ni.
Then seperti yg dirancang aku ke opis untuk settlekan kerja sikit.
Lately memang busy tak hengat.
Harap opis hour je macam tak cukup.
Tapi semalam ada masalah teknikal sikit.
Berjam jugak la duk menunggu.
Sampai guard2 kat bawah tu pun semua dah jadi geng aku. Hahaha.
Banyak jugak la info baru yg aku dapat dari diorang.
Tengahari tu pulak aku ke USJ Taipan.
Settlekan macam2 urusan kat stokis.
Buat awal2 lagi senang tak kelam kabut last minute nanti.
Kebetulan masa sampai tu USJ Taipan dipenuhi dengan kereta2 warga ATM 181.
Ini antaranya.
Banyak lagi.
Semalam ATM ada anjurkan 1st Move Programme untuk wanita sahaja.
Seorang Pakar Perunding Imej didatangkan khas untuk semua yg hadir.
Itu yg penuh tu.
Lepas dah balik tu aku terpaksa ke sana balik semula.
Summit USJ.
Last minute call untuk bisnes appointment.
Bisnes partner aku, Abg Karim punya kawan.
Bangsa cina.
Senang pulak dengan diorang sebab tak banyak alasan.
Cuma yg ketara aku boleh nampak diorang ni ada sifat nak tahu.
Especially bab2 bisnes ni la.
Yg best bila share dengan diorang ni aku tetap selit bab2 Islamic tu sikit2.
Berniaga secara Islam la.
Mana tau kot tak lama lagi terbuka hati nak jumpa tok mudim. Hehehe.
Petang pulak spend masa dengan family.
Bawa Aidil jalan2.
Kasi dia enjoy puas2.
Gambar nanti aku upload kemudian.
Kesuntukan masa sebab nak keluar jap lagi ni.
Malam pulak ke McD.
Sesi PT dengan bisnes2 partner dari Selayang.
Aktiviti biasa untuk awal2 bulan ni.
Azhar
019-6696181
No comments:
Post a Comment