Saturday, 7 January 2012

Lepas Geram

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Alhamdulillah aku dah sampai rumah.
Seharian kat luar.
Ke sana ke sini berkongsi cara menjana pendapatan tambahan
bersama Akademi Taipan.

Pada aku 2012 memang tahun transformasi.
Tahun perubahan.
Kalau dulu semua orang kena berubah.
Tapi sekarang wajib berubah.
Nak tak nak mesti berubah.
Kalau tak jawabnya susah nak hidup dalam keadaan yang sangat mencabar ni.
Akan datang lagi la.
Sejujurnya kita sendiri dah boleh rasa betapa susahnya sekarang.
Kalau kita masih tak nak buat apa2,
jawabnya anak2 kita nanti akan lebih susah dari apa yang kita rasa harini.

Tapi syukur la sebab sebenarnya aku rasa ramai yang dah sedar.
Nak senang kena usaha sendiri.
Tak boleh nak bergantung pada ehsan kerajaan semata2.
Kalau kerajaan tak bagi nanti berbakul2 menyumpah kerajaan.

Sekarang ni kami di Akademi Taipan memang tak menang tangan.
Sana sini orang panggil minta kongsi peluang.
Utara, Barat, Timur dan Selatan semuanya tercari2 peluang.
Aku sendiri pun terasa tempiasnya.
Walaupun kebelakangan ni agak sibuk kat opis
tapi semangat ni membara2 je nak turun padang
untuk sama2 rakan2 Akademi gempur 1 Malaysia.
Panas je telinga aku dengar mereka ke sana ke sini kongsi peluang bisnes.
Jumpa orang sana jumpa orang sini.
Close sana close sini.
Untungnya mereka sebab masa mereka yang tentukan sendiri.
Itulah kelebihan orang berniaga berbanding aku yang makan gaji ni.

Harini aku betul2 lepas geram.
Terus lupa sekejap urusan opis.
Patutnya kena singgah opis kejap tadi.
Nak prepare apa2 yang patut sebab Audit Negara nak masuk Isnin depan.
Tapi memandangkan last week dah all out kat opis siang malam.
So siang tadi aku memang lupa diri terus la.
Masa untuk bisnes bisnes dan bisnes.
Awal pagi kat P16 Putrajaya.
Kemudian ke Desa Pinggiran Putra.
Lepas tu ke Putrajaya balik.
Selesai tu ke Serdang pulak.
Rehat jap bawa anak isteri lunch kat Taman Equine.
Lepas tu sambung lagi bisnes kat Kajang.
Dan penutup siang tadi kat Bdr Baru Bangi.
Pukul 6.30 baru sampai rumah.
Nak upload gambar internet slow pulak.
Tengok la malam sikit kalau internet laju aku upload gambar sikit.

Esok pun sama.
Awal pagi Cheras.
Kemudian USJ Taipan.
Lepas tu Sg Chua, Kajang.
Dan petang di Ampang.
Mudah2an semua yang dirancang akan menjadi kenyataan.
InsyaAllah.

Buat rakan2 yang tunggu aku kat opis tadi,
aku minta maaf banyak2 ye sebab aku terlupa diri tadi. Huhuhu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...