Wednesday, 25 January 2012

Urusan Dunia Akhirat

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Hari ni sepatutnya aku dah start masuk opis.
Tapi disebabkan masalah kesihatan aku dapat MC pulak.
2 hari pulak tu.
Doktor suruh rest cukup2.
Tapi nak kata rest tak rest sangat la.
Macam yang aku cakap la banyak benda nak kena selesaikan harini.

Walaupun tak semua benda aku dapat selesaikan tadi,
tapi sekurang2nya ada jugak la progress.
Pergerakan agak terbatas sebab tak boleh nak drive.
Tapi syukur la Allah permudahkan segala urusan aku harini.

Tengahari tadi member MBSB datang rumah.
Patutnya jumpa kat luar tapi nak buat macam mana kan.
Alhamdulillah la dia jenis tak kisah.
Lagipun dah macam kawan2.
Hampir 3 tahun aku berurusan dengan dia.
Boleh kata tiap2 minggu mesti ada jumpa dia.
Setengah jam lepas dia balik member CIMB pulak datang atas urusan yang sama.
Dah nak closing ni terpaksa la kejar jugak.
Tak lama lepas tu abg ipar aku pulak datang.
Syukur sangat2 dia sudi nak tolong aku uruskan 1 urusan penting di Masjid UPM.
Urusan akhirat.
Kebetulan dia cuti harini.
Terima kasih banyak2 bang.
Allah je yang dapat balas jasa baik abg.

Kat opis apa cerita la agaknya.
Aku pun tak sempat nak call opis.
Tapi tadi ada jugak la member opis call tanya pasal kerja.
InsyaAllah kalau semuanya ok aku datang la esok.
Tapi kalau tak ok kita jumpa Jumaat la.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...