Sunday, 10 June 2012

Hari Ahad

Assalamualaikum.
Salam Hujung Minggu.

Esok dah start kerja.
Budak2 sekolah pun dah start naik sekolah balik selepas cuti 2 minggu.
Mak ayah yang hantar anak sekolah tu akan bermula balik la rutin biasa mereka.
Itu esok punya cerita.

Harini apa cerita??
Labih baik dari semalam??
Atau lebih teruk dari semalam?? Hehehe.
Apapun tetap kena bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup sehingga saat ini.

Harini jadual aku boleh tahan la.
Tapi tak la se"busy" selalu.

Awal pagi aku dah keluar ke Putrajaya.
Mata memang ngantuk tahap gaban la sebab layan bola.
Dah la frust sebab dua2 team favourite aku kecundang.
Netherlands kalah 0-1.
Portugal pun kecundang 0-1.
Buat penat je aku bersengkang mata.
Lupakan cerita bola seketika.
Dari Putrajaya aku terus ke USJ9 untuk BOP Akademi Taipan.

Aku dan bisnes partner aku, Danny sempat pekena Ubi Kayu dulu.
Abg Nasir dan isteri pun ada.

Danny ambil stok Bio Aura.
Permintaan semakin menjadi2.
Siapa yang tak ambil peluang memang rugi.
Yang dah ambil peluang tapi buat setengah jalan pun sama rugi.
Yang tak rugi adalah orang yang buat dan terus buat tanpa henti.
Yang tak putus asa sampai bila2.

Lewat tengahari sikit aku segera balik rumah.
Ada tetamu datang.
Lepas borak2 dengan tetamu, aku masuk bilik untuk solat zohor.
Then layan Aidil main kejap kat atas katil.
Entah macam mana aku boleh tertidur pulak.
Ngantuk sangat agaknya.
Elok pulak Aidil tak kejut aku.

Petang lepas asar aku terus keluar.
Hantar isteri aku pergi tempah baju kurung dia.
Kain meter yang orang bagi dah bertahun2 tak tempah.
So dapat la tempah 2 pasang tadi.

Aku dan Aidil pun terkena tempiasnya.
Tempah jugak baju melayu untuk hari raya pertama.
Isteri aku yang beria2.
Padahal aku dah cakap tahun ni kita semua beraya kat hospital je.
Aidil nak dapat adik masa2 tu jugak rasanya.
InsyaAllah.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...