Sunday, 17 June 2012

Selamat Hari Bapa


Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

17 Jun 2012.
Selamat Hari Bapa buat semua bapa di seluruh dunia.


Sempena hari bapa ni, aku nak tanya sesuatu.
Apa yang kita tak tahu tentang seorang bapa atau ayah???

Mungkin ada yang pernah terbaca teks2 kat bawah ni.
Tapi yang penting ia sangat bererti bagi kita yang masih punya insan bergelar bapa.
Jom sama2 kita renungkan.

Mungkin ibu lebih kerap menelefon kita dan menanyakan keadaan kita setiap hari.
Tapi tahukah kita sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita??

Semasa kecil, ibulah yg lebih sering mendukung kita.
Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah yang selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu jangan minum ais!!".
Tapi tahukah kita bahawa ayah sangat risau??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam.
Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!".
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita.
Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya.
Maka kita telah melanggar kepercayaannya.
Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan penuh kerisauan.

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah dan kolej untuk belajar.
Di saat kita memerlukan itu dan ini untuk keperluan kuliah,
ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak dan beliau memenuhinya.
Saat kita berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untuk kita.
Ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang, a
yah sangat berhati2 merestuinya.
Dan akhirnya saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangannya,
ayah pun tersenyum bahagia.
Mungkin juga kita tak tahu bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis.
Ayah menangis kerana sangat gembira dan bahagia.

Setelah itu ayah hanya menanti kedatangan kita bersama cucu2nya yang sesekali datang.
Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak kuat, ayah tetap berdoa.
"Ya Allah. Kau selamatkanlah anak menantuku, cucu2ku dan seluruh keturunanku.
Kau berikanlah aku kesempatan untuk bertemu dan menatap wajah mereka yang sangat aku rindui."

Selamat Hari Bapa.
Semoga ini bukan kali terakhir aku dapat mengucapkannya buat abah aku.

Kami sayang abah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...