Asslamualaikum.
Aku just nak share 1 cerita dari seorang ustazah pada aku dan isteri 2 minggu lepas.
Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada sahabat2 pembaca.
Wasiat Rasulullah SAW kepada Siti Aisyah.
"Wahai Aisyah, janganlah kamu tidur sebelum mengamalkan 4 perkara iaitu..
1) Khatamkanlah Al-Quran.
2) Jadikanlah para Nabi itu yang memberi syafaat bagimu di hari kiamat nanti.
3) Jadikanlah kaum muslimin itu senang kepadamu.
4) Lakukanlah ibadah Haji dan Umrah."
Mampukah kita untuk amalkan 4 perkara di atas ni??
Siti Aisyah lantas bertanya soalan yang sama.
Rasulullah SAW tersenyum seraya berkata..
"Ketika kamu membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali,
itu bererti sudah mengkhatamkan Al-Quran.
Ketika kamu membaca selawat kepadaku dan kepada nabi (yang datang) sebelumku,
itu bererti kamu akan memperoleh pertolongan syafaat besok pada hari kiamat.
Ketika kamu memohon ampunan kepada seluruh orang mukmin,
maka mereka semua senang kepadamu.
Ketika kamu membaca kalimat Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah, Tiada Tuhan Selain Allah dan Allah Maha Besar, maka kamu (sama dengan) melakukan ibadah haji dan umrah".
(Riwayat Bukhari)
4 wasiat ini merupakan pegangan hidup bagi setiap orang yang beriman
dan juga pelindung bagi keselamatan diri di dunia dan di akhirat.
Semoga menjadi amalan dalam kehidupan seharian kita.
No comments:
Post a Comment