Assalamualaikum.
Salam Hujung Minggu.
Kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu seluruh dunia.
Khususnya buat isteri aku yang sentiasa berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik.
Juga buat ibu mertua yang banyak membimbing kami sekeluarga.
Dan terutamanya buat ibu tercinta yang telah pergi selama2nya.
Tiada pengganti di dunia ini.
Hanya Allah yang tahu betapa aku rindu kasih sayang ibu yang terlalu istimewa dalam hidup aku.
Al-Fatihah buat mak, Zaminah Bt Atan.
Aku masih ingat lagi 1 masa dulu.
Aku baru darjah 1 kalau tak salah.
Kakak aku plan nak buat surprise untuk mak sempena hari ibu.
Kami 2 beradik ni bukan ada duit pun.
Simpan sikit duit belanja sekolah dan petang tu pergi kedai yang paling glamour kat kem tu.
Kedai Supaya.
Beli biskut je.
Itu yang termampu.
Punya la excited nak buat surprise siap sorok biskut dalam baju.
Sampai je kat rumah aku pun dengan spontannya cakap kat mak.
"Mak jangan pandang kitorang ye..
Mak tengok je tv tu..
Kitorang tak beli apa2pun.."
Mak aku yang tengah khusyuk tengok tv pun terus muka pelik je.
Tak pasal2 aku kena sound dengan kakak aku. Hahaha.
Dah kantoi.
Ye la masa tu kecik nak buat surprise mana aku pandai.
Aku ni kan jujur orangnya. Hehehe.
Akhirnya masa bagi biskut yang dah siap balut tu kat mak, mak pun gembira la.
Anak2 buat surprise kan.
Tapi tak tahu la betul2 gembira atau buat2 gembira sebab dah tahu. Hehehe.
Itulah antara kenangan yang aku masih ingat masa hari ibu.
Aku pun tak tahu kenapa dalam banyak2 kenangan itu yang masih fresh dalam ingatan aku.
Padahal masa tu aku kecik lagi.
Apapun.
Love u mak.
Miss u so much.
Segalanya tinggal kenangan.
Hanya doa yang dapat mengubat kerinduan hati ni.
Kepada yang masih punya ibu.
Hargailah ibu sementara dia masih ada.
Hormatilah dia sepanjang masa.
Bukan sekadar sempena hari ibu je.
Pengorbanan ibu membesarkan kita memang tiada bandingannya di dunia ni.
Selamat Hari Ibu.
No comments:
Post a Comment