Assalamulaikum.
Salam Sahabat.
Jam sekarang dah pukul 5.20 pagi.
Mata ni macam tak boleh nak lelap balik.
Tiba2 rasa macam nak share 1 cerita yang aku terbaca minggu lepas.
Penuh iktibar kalau kita betul2 menghayatinya.
Kisah tentang seorang usahawan dengan malaikat.
Pada suatu hari, seorang usahawan yang sangat berjaya telah terjatuh di bilik mandi.
Akhirnya beliau disahkan lumpuh 1 badan.
7 malam terlantar di ICU, masih tiada tanda2 positif.
Dan pada malam tu, beliau didatangi seorang Malaikat dalam dunia Rohnya.
Malaikat memulakan bicara..
"Kalau dalam waktu 24 jam, ada 50 orang yang berdoa buatmu, maka kau akan hidup.
Tapi jika sebaliknya, itu bererti kau akan meninggal dunia."
Dengan yakin beliau menjawab..
"Kalau hanya mencari 50 orang, itu mudah saja".
Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang semula 1 jam sebelum waktu yang dijanjikan.
Tepat pukul 11 malam keesokannya, Malaikat tersebut kembali semula.
Dengan yakin beliau bertanya kepada Malaikat..
"Adakah esok pagi aku sudah pulih?
Pasti ramai yang mendoakan aku.
Aku usahawan berjaya.
Aku punya lebih dari 2000 orang pekerja.
Kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan sesuatu yang sukar".
Dengan lembut si Malaikat berkata..
"Anakku, aku sudah berusaha mencari suara hati yang berdoa buatmu.
Tapi hingga saat ini hanya 3 orang sahaja yang berdoa buatmu.
Sementara waktu untukmu hanya tinggal 60 minit sahaja.
Rasanya mustahil kalau dalam masa terdekat ini ada 47 orang yang berdoa buatmu".
Si Malaikat terus menunjukkan layar besar umpama TV siapakah sebenarnya 3 orang yang berdoa itu.
Di layar itu terlihat wajah duka isteri dan 2 orang anak kecil yang sedang berdoa dengan khusyuk.
Jelas kelihatan titisan air mata membasahi pipi mereka.
Kata Malaikat..
"Aku akan memberitahumu, kenapa Allah suka memberikanmu peluang kedua.
Itu kerana doa isterimu yang tidak henti2 berharap agar kamu segera sembuh".
Si isteri terus berdoa..
"Ya Allah, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik.
Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami.
Aku tahu dia tidak jujur dalam pernigaannya.
Dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk menunjuk2 semata2.
Tapi Ya Allah, tolong pandang anak2ku yang telah Engkau kurniakan.
Mereka masih memerlukan seorang ayah.
Dan aku tidak mampu membesarkan mereka seorang diri".
Biarpun setelah isterinya berhenti berdoa, namun air matanya semakin deras mengalir di pipinya.
Melihat peristiwa itu, tanpa disedari air mata beliau pun mengalir.
Timbul rasa kesal yang amat dalam.
Selama ini dia bukanlah suami yang baik dan ayah yang boleh menjadi contoh bagi anak2.
Dan malam ini baru dia sedar betapa besar cinta isteri dan anak2 kepadanya.
Masa terus berjalan.
Hanya tinggal 10 minit lagi.
Melihat masa yang makin suntuk, semakin menangislah usahawan tadi.
Penyesalan yang sungguh luar biasa tapi malangnya semua sudah terlambat.
Tak mungkin dalam masa 10 minit ada 47 orang yang akan berdoa untuknya.
Dengan nada cemas dia bertanya..
"Apakah tiada antara pekerja2ku, sahabat2ku, rakan2 bisnesku, saudara mara ku yang berdoa buatku?"
Jawab si Malaikat..
"Ada beberapa yang berdoa buatmu tapi mereka tidak ikhlas.
Bahkan ada yang mensyukuri penyakitmu itu.
Itu kerana selama ini kamu sombong, ego dan bukan pemimpin yang baik.
Bahkan kamu sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah".
Si usahawan tertunduk lemah dan pasrah.
Malam ini adalah malam terakhir buatnya.
Dia minta waktu seketika untuk melihat anak dan isterinya buat kali terakhir.
Air matanya bertambah deras melihat anak2 dan isterinya tertidur di sisinya.
Ketika jam menunjukkan pukul 12 malam, tiba-tiba si Malaikat berkata..
"Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu.
Kau tidak jadi meninggal dunia kerana ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 12 malam".
Dalam kehairanan dan tidak percaya, beliau bertanya siapakah 47 orang itu?
Sambil tersenyum Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi beberapa bulan lepas.
Bukankah itu Rumah Anak Yatim? Kata si usahawan..
"Benar anakku, kau pernah memberi bantuan kepada mereka beberapa bulan yang lalu.
Walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk menunjuk2 dan untuk menarik perhatian orang ramai".
"Pagi tadi, salah seorang anak yatim tersebut terbaca tentang kamu di akhbar.
Setelah melihat gambar, dia yakin usahawan itu adalah kamu.
Orang yang pernah menolong mereka.
Dan akhirnya anak-anak yatim di situ sepakat berdoa buatmu.
Bersyukurlah kerana kamu masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia yang sementara ini".
Moral yang kita boleh dapat dari kisah di atas :
1) Doa sangat besar kuasanya.
Tiada batasan kerana kita sentiasa boleh berdoa walau di mana dan tak kira masa.
2) Jika kita tiba2 teringat seseorang sahabat lama / keluarga, maka berdoalah buat mereka.
Mungkin juga di saat kita mengingatinya, dia sedang memerlukan bantuan doa kita.
3) Disaat kita berdoa untuk orang lain, kita mampu mendapat kekuatan baru dan menyedari kebesaran Allah di atas setiap yang berlaku.
Wallahualam.
menarik..
ReplyDelete