Sepatutnya ini semalam punya entry.
Tapi baru pagi ni berkesempatan menulis kat sini.
Aktiviti sementara menanti azan subuh berkumandang.
Pagi semalam cuaca agak luar biasa.
Rupa2nya hujan rahmat nak turun dengan lebatnya.
Syukur la masa tu aku dah sampai opis baru hujan lebat.
Sampai2 opis aku terus ke PICC naik kereta jabatan untuk event APC 2011 tu.
Terasa macam pelumba di jalanraya.
Sekejap je dah sampai.
Sempat breakfast lagi kat cafe sementara menunggu tetamu VVIP sampai. Hehehe.
Pelancaran Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 & APC 2011, KKM.
Dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai.
Cantik cover ni.
Buat kenang2an.
Sijil anugerah.
Pun sama buat kenang2an.
Ini yang paling best.
Dapat RM1,000.
Buat kenang2an jugak ke?? Hahaha.
Mustahil.
Selesai event, pilot ajak makan luar.
Aku, En Syed, Diyana & Lia on je.
Dia bawa pergi Restoran Selera Utara kat Dengkil.
Terbaeekkk lah.
Aku tak tahu pun kat Dengkil ada branch.
Yang aku biasa pergi kat Ampang je.
Apa lagi semalam kami pekena ikan bakar la.
(Again so sorry lupa ambil gambar)
TQ bro bawa port baru.
Next time boleh repeat lagi.
Tapi lepas bulan puasa la.
Azhar
010-2207181
No comments:
Post a Comment