2 hari berturut2 wife aku ada appointment dengan doktor.
Rabu kat klinik.
Khamis kat hospital.
Alhamdulillah doktor kata kedudukan baby dah kembali normal.
Dah tak songsang.
Tinggal tunggu masa nak bersalin je.
Kalau ikutkan dah overdue.
So aku just standby je la.
Sebut pasal standby, aku teringat 1 sms dari abah aku semalam.
Katanya.
"Kau jangan lupa barang2 letak dalam bonet siap2.
Minyak kereta tu kena sentiasa penuh.
Bateri hp tu pun jangan sampai habis."
Hehehe baik abah.
Orang yang lebih dulu makan garam dari aku.
Lebih pengalaman dari aku.
Kadang2 aku selalu pandang remeh apa yang abah cakap.
Padahal apa yang abah cakap tu semua betul2 belaka.
Bila dah terkena nanti nak menyesal pun dah tak guna.
Lebih baik ikut je dari awal apa yang abah cakap.
InsyaAllah akan selamat.
Azhar
010-2207181
No comments:
Post a Comment