Sedar tak sedar 4 tahun dah berlalu.
26 Julai 2008 adalah tarikh bersejarah aku memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
Actually takde apa pun nak share.
Just nak post gambar2 di saat bersejarah tu buat tatapan anak2 di kemudian hari.
Aku terima nikah.
Masa ni Allah je yang tahu betapa gemuruhnya aku.
Tok kadi ni pun macam2 dia tanya aku sebelum akad tu.
Tanya pasal rukun islam, rukun iman dan rukun nikah.
Syukur la aku masih boleh jawab walaupun dalam gemuruh2 tu.
Syukur la dengan sekali akad aku sah bergelar suami orang.
Alhamdulillah.
Seutas rantai leher emas sebagai hantaran.
Dan seutas gelang tangan emas pelengkap hantaran.
Selesai upacara sarung menyarung.
Aku pun tak tahu sebenarnya apa nama upacara tu. Hehehe.
Sujud syukur tanda kesyukuran kepada Allah.
Akhirnya kami disatukan.
Syukur alhamdulillah.
Dialah isteri aku.
Dialah ibu kepada anak2 aku.
Dialah penyeri hidup aku.
Selamat ulangtahun buat isteri tersayang.
Semoga ikatan murni ini akan kekal hingga ke akhir hayat.
InsyaAllah.
Azhar
010-2207181
No comments:
Post a Comment