Sabtu.
Pagi2 lagi aku dah keluar ke Hulu Langat.
Sepatutnya berempat tapi last minute Alya & wife aku tak dapat join.
So aku berdua je dengan Aidil.
Hari Keluarga BPK 2012 anjuran J/K Kebajikan & Sukan.
Lokasi kali ni di Singgah Santai Resort.
Ini suasana di kaunter pendaftaran.
Emcee hebat untuk harini, En Yazid.
Siapa tak kenal bukan warga PK la tu jawabnya. Hahaha.
Aidil breakfast dulu.
Pagi2 dah pekena nasi lemak.
Majlis dirasmikan lebih kurang pukul 9 pagi.
Lepas tu macam2 aktiviti la berjalan.
Ini antara aktiviti sukaneka yg Aidil join.
Rebut gula2.
Tapi bukan dia rebut pun.
Dia duk amik untuk yg dia nak makan je. Hahaha.
Lepas tu macam2 jugak aktiviti2 lain.
Sukaneka untuk kanak2.
Sukaneka untuk dewasa.
Chef CC Azmi.
Orang paling sibuk panggang2 semua ni.
Ayam, pedal, sosej & lain2.
Sangat menyelerakan.
Dia jugak antara orang kuat yg menjayakan program ni.
Selain tu ada lagi aktiviti2 lain.
Karaoke, cabutan bertuah & macam2 lagi la.
Ada yg bawa balik basikal.
Ada yg dapat microwave & lain2.
Aku tak bawa balik apa2 sebab tak dapat tunggu sampai habis.
Ada tanggungjawab yg lebih penting kat rumah.
Aidil sepanjang dalam perjalanan balik dia tidur je.
Kepenatan agaknya.
Dalam pukul 12 lebih macam tu aku dah sampai rumah.
Alhamdulillah walaupun sekejap tapi enjoy.
Azhar
019-6696181
No comments:
Post a Comment