Friday, 19 October 2012

Nikmat Tahajjud

Firman Allah s.w.t :
"Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud, sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan bangkitkan engkau dengan kedudukan yang baik."
(Al-Isra' : 79)

 
Solat sunat tahajjud merupakan 1 amalan yang agak sukar dilakukan walaupun hanya 2 rakaat.
Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur.
Sebab tu Allah menjanjikan ganjaran yang besar bagi mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata2 untuk mengerjakan tahajjud.

Antara kelebihan dan fadhilatnya ialah :
1. Ditempatkan di akhirat nanti di tempat yang terpuji.
2. Mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.
3. Dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
4. Dikabulkan doa dan permohonan serta diampunkan dosanya.
5. Terhindar daripada segala penyakit tubuh badan dan mencegah daripada melakukan dosa dan kejahatan.
6. Dijanjikan masuk syurga dengan selamat sejahtera.
7. Mendapat syafaat baginya dan ahli keluarganya.
8. Dijadikan orang yang bijaksana dengan dikurniakan pengetahuan yang tinggi.
9. Dibangkitkan dari kubur dengan wajahnya yang putih bercahaya.
10. Diringankan hisabnya.
11. Dipermudahkan baginya meniti shirat (jambatan) seperti kilat.
12. Diberi buku amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak.

Terlalu besar ganjaran yang Allah janjikan.
Alangkah bertuahnya jika kita dan seluruh keluarga kita tergolong di kalangan mereka yg konsisten melakukan amalan ni.
 InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...