Tuesday, 30 October 2012

Ketua Gangster

Seperti yang dijanjikan, aku nak sambung cerita pasal entry sebelum ni.
Pasal sahabat aku yang bernama Haji tu.
Sebenarnya aku kenal dia pun baru lagi.
Itupun sebab bisnes.
Jumpa pun baru berapa kali je.
Tapi setiap kali jumpa, mesti ada ilmu baru yg aku belajar dari dia.
Malam tadi pun dia sempat nasihatkan aku.
Simple je.
Katanya.
 
"Kalau boleh solat Subuh berjemaah.
Dan solat Dhuha jangan tinggal.
Itu umpama tulang belakang kita dalam kehidupan."

Fullstop.
Dia pun tak hurai panjang.

Cuma apa yg aku nak share dalam entry ni sebenarnya pasal kehidupan dia.
Asal usul dia.
Mungkin boleh dijadikan iktibar bagi yg terbaca.
Sebenarnya aku banyak tahu ni pun dari rakan seperguruan dia.
Nak harap dia memang dia tak akan cerita punya.

Asalnya Haji ni beragama Hindu.
Nama betul dia tak payah la aku tulis kat sini.
Dulu dia ni ketua gangster yg sangat terkenal kat Penang.
Geng dia memang besar & pengikut dia pun ramai.
Pukul orang, bunuh2 ni semua memang dah jadi mainan diorang.

Dipendekkan cerita.
Entah macam mana dia dapat hidayah dari Allah untuk mengenali Islam.
Terus jatuh cinta dengan Islam.
Akhirnya dia menganut agama Islam.
Dia mendalami Islam secara menyeluruh dengan seorang Ustaz di salah sebuah Pusat Pengajian Islam terkemuka di Malaysia.
Dekat situ la dia berkenalan dengan isterinya yg juga sedang belajar tentang Islam.
Isteri dia asalnya beragama Buddha.

Alhamdulilah jodoh dari Allah.
Mereka berkahwin & kini mempunyai 4 orang cahaya mata.
Keempat2 anak dia tahfiz.
Rezeki Allah.
Semua anak dia punya kelebihan terutamanya dari segi berbahasa.
Fasih berbahasa Hindi bila bersama keluarga sebelah ayahnya.
Fasih berbahasa Cina bila bersama keluarga sebelah ibunya.
Fasih berbahasa Melayu bila bersama keluarga di rumah.
Fasih berbahasa Inggeris.
Dan yang paling penting fasih berbahasa Arab.

Sejak memeluk agama Islam, dia memilih untuk berniaga sepenuh masa.
Itulah satu2nya punca rezeki dia sekeluarga hingga harini.
Pelbagai dugaan & cabaran yg dia lalui.
Namun dia tetap yakin dengan 9/10 rezeki yang Allah janjikan melalui perniagaan.

Ada jugak aku dengar cerita.
Masa mula2 masuk Islam dulu, pengikut2 gangster dia ramai yg mengamuk.
Mereka tak puas hati dengan Haji sebab tinggalkan group tu macam tu je..
Sampai ada 1 hari tu, pengikut2 ni serbu rumah dia kat Penang tu.
Kapak parang semua lengkap la.
Ugut nak bunuh Haji.
Nyawa bagai telur di hujung tanduk.
Kuasa Allah Haji selamat & masih hidup sampai harini.
Diorang tak jadi bunuh bila Haji cakap sesuatu.
Cuma aku nak minta maaf sangat2 sebab aku tak dapat nak tulis kat sini apa yg Haji cakap tu.
Demi menjaga sensitiviti umum so aku kena silent bab itu.
Yg pasti Haji utuh dengan agama barunya hingga harini.
Malah dia juga merupakan salah seorang pakar dalam perubatan Islam di Selangor.

Itulah serba sedikit cerita pasal kehidupan Haji.
Pada aku dah cukup untuk buat aku jadi "seseorang".
Dah cukup untuk buat aku rasa bersyukur dengan nikmat agama yg Allah bagi.

Moral of the story.
Islam terlalu luas untuk dipelajari.
Kita dilahirkan sebagai Islam.
Seharusnya kita lebih kenal akan Islam berbanding mereka yg lain.
Sekali lagi aku minta maaf kalau entry ni ada menyentuh isu2 yg agak heavy.
Aku tak ada niat pun nak timbulkan isu2 tu.
Sekadar berkongsi cerita.
Mudahan2 dapat dijadikan pedoman buat semua.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...