Saturday, 18 February 2012

Jual Beli Bayi

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Baru2 ni aku ada terbaca paper pasal kes jual beli bayi.
Kenapa la sampai jadi macam ni.
Pada aku sama je la dengan kes buang bayi.
Tak kesian ke kat bayi tu. 

Menurut kajian, antara puncanya adalah harga dan permintaan bayi yang tinggi.
Sindiket penjualan bayi ni memang dah lama wujud.
Cuma sekarang ni dah semakin menjadi2 sebab permintaan yang terlalu tinggi
terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat.
Seorang bayi boleh mencapai harga melebihi RM20,000 berdasarkan kesempurnaan
dan kecerahan warna kulit.
Harga menjadi lebih tinggi sekiranya disertakan dengan dokumen pengenalan diri.
Contohnya Sijil Kelahiran masa kelahiran..
Kebanyakan bayi dijual pada lingkungan umur satu hingga tiga bulan.
Namun ada juga kanak-kanak berusia sehingga enam tahun turut dijual.

Sekadar gambar hiasan.

Sindiket ini mempunyai perancangan yang sangat teliti.
Bagi menghasilkan bayi yang sihat demi mendapatkan nilai jualan yang tinggi,
ibu2 yang sedang hamil ni akan dijaga dengan rapi di pusat penjagaan haram mereka.
Antara yang dihantar ke pusat penjagaan haram ini biasanya terdiri daripada
gadis yang mengandung anak luar nikah
dan juga wanita warga asing yang tidak mahukan bayi kandungan mereka.
Mereka sanggup menjual bayi mereka untuk mendapatkan wang.

Mana la pergi pegangan hidup mereka sampai sanggup jual anak untuk dapatkan wang.
Lepas tu wang tu buat apa??
Enjoy.
Buat makan.
Serupa la macam makan anak sendiri.
Sindiket haram ni pun harus dibanteras dengan segera
bagi mengelakkan kegiatan tidak bermoral ni dari terus berleluasa.

Sebenarnya aku tak dapat nak bayang macam mana kehidupan anak2 kita akan datang
kalau pegangan agama mereka tak kuat.
Iman mereka tak kuat.
Hidup dalam zaman yang sangat mencabar.
Semoga Allah pelihara hati mereka ke jalan yang diredhai Allah. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...