Monday, 13 February 2012

Kenduri Lagi

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Saje2 nak upload gambar masa pergi kenduri kahwin Sabtu yang baru lepas ni.
Lepas kursus kat USJ Taipan tu, aku terus ambil wife dan anak aku pergi kenduri tu.
Kelmarin kenduri sebelah perempuan.
Semalam kenduri sebelah lelaki kat Banting.
Yang semalam aku tak dapat nak join sebab dah ada banyak appointment.

Amboi comelnya.
Dah macam ustazah pilihan.
Fiqah.
Umur baru 1 tahun 1 bulan.
Anak buah aku.
Dan musuh ketat kepada anak aku.
Pantang nampak Fiqah dekat aku, mula la Aidil duk tolak2 si Fiqah ni.
Asal jumpa je mesti bergaduh.
Tak boleh dekat la.

Gambar pengantin takde.
Gambar makanan yang ada. Hehehe.

Antara menunya :
Nasi
Ayam Goreng Brempah
Rendang Daging.
Sotong Kering Masak Merah
Ikan (nama tak ingat)
Dan macam2 lagi.
Kali ni pakai katering je.
Sekarang ni mana2 pun kenduri kebanyakannya pakai katering.
Mudah dan tak penat.
Cuma semangat gotong royong macam2 dulu2 tu makin kurang la.

Aku takde apa pun nak cerita sebenarnya.
Just nak ucap Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai.
Semoga akan kekal bahagia di dunia dan di akhirat.
Tahniah kerana berani berubah dan berhijrah.
Berhijrah ke dunia perkahwinan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...