Friday, 3 February 2012

Kenangan Terindah

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Harini last day kerja.
Lepas ni cuti yang agak panjang.
Rabu depan baru start kerja balik.
Aku pun dah susun jadual aku baekkk punye.

Tengahari tadi aku dan bisnes partner aku Syed solat jumaat di Masjid UPM.
Dari semalam lagi dia dah sms aku kata nak tumpang.
Sebelum solat tu sempat la aku bawa dia pusing2 Serdang.
Takde tujuan pun.
Just nak imbas kembali kenangan2 indah dan tempat2 bersejarah beberapa tahun yang lepas.

Sebenarnya banyak kali jugak aku fikir tadi sebelum nak share ni.
Berbelah bagi hati ni.
Tapi takpe la ni dah jadi sejarah hidup aku.
Perjalanan hidup aku.
Sekurang2nya anak aku tahu tempat2 bersejarah abah dan mama dia
sebelum dia dilahirkan.

Ni kedai serbaneka Super 99.
Sebelah JPN Serdang.
Nampak macam takde apa2.
Tapi membawa 1001 kisah dan kenangan dalam hidup aku.
Kedai ni masih baru.
Dulu kat sini kedai kasut Hypershoes.

So apa yang sejarahnya???
Sebenarnya kat sini la aku mula berkenalan dengan wife aku.
13 Jun 2006.
Wife aku kerja kat sini.
Supervisor dia tu sepupu aku, Nurul.
Memandangkan aku dan wife aku ni masih single mingle masa tu,
so Nurul ni plan nak kenalkan kami berdua.
1st time aku datang sini dengan abg kepada Nurul ni, Sham.
Niat di hati nak intai2 je calon yang nak dikenalkan kat aku.
Aku tengok dari luar kedai je.
Akhirnya nampak jugak.
Terus berbakul2 aku menyumpah si Nurul ni.
Dalam hati aku kata,
"Sengal punya Nurul.. Ada ke budak cina dia nak soh aku buat bini..."
Masa tu wife aku masih free hair.
Memang aku mati2 ingat cina mula2 tu.
Tapi bila dah start bercakap baru aku tahu melayu rupanya. Hehehe.
Bermulalah detik2 percintaan antara 2 insan.
Cewahh ayat tak boleh blahhh.

Kita hanya mampu merancang.
Segalanya Allah yang tentukan.
Syukur Alhamdulillah.
Memang dah jodoh.
Kami bertunang setahun kemudian, 28 Julai 2007.
Dan berkahwin setahun lepas tu, 26 Julai 2008.
Dengan itu berdukacitalah syaitan sebab gagal memisahkan kami.

Ini surau kat depan Hypershoes tu.
Surau tempat aku biasa solat dan berehat sementara nak tunggu wife aku rehat or habis kerja.
Banyak kenangan surau ni.

Kedai makan sebelah surau tadi.
Tempat kami biasa port selain KFC dan McD kat sebelah depannya.
Makanan macam2 pilihan.
Lauk kampung yang special tu.
Pastu murah pulak.
Maklumlah students UPM ramai makan kat sini.
Sebelah malam pun kedai makan ni buka jugak.
Makin malam makin ramai la yang lepak.

Itulah serba sedikit cerita dulu2.
Kalau nak cerita semua sampai esok pun tak habis.
Sampai sekarang pun kami pasti singgah sana kalau ada kat area situ.
Terlalu banyak kenangan2 indah yang aku tak mampu lupakan sampai bila2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...