Saturday, 11 February 2012

Seksa Tak Terhingga

Asslamualaikum.
Salam Sahabat.

 Sebelum ni aku pernah post pasal melengah2kan solat.
Entry kali ni sekadar nak berkongsi sikit tentang seksaan bagi mereka yang meninggalkan solat.
Mudah2an aku dan rakan2 yang sedang baca ni dapat sedikit manfaat dari sini.

Ramai yang tahu solat itu wajib dan adalah berdosa bagi sesiapa yang tak menunaikannya.

Tapi ramai yang tak tahu tentang seksaan sekiranya kita tidak solat.
Aku dapat ni dari sebuah buku yang aku beli beberapa hari yang lepas.
Sekadar ingin berkongsi dengan rakan2 pembaca sekalian.

Ada 15 seksaan semuanya.
6 daripadanya akan diterima di dunia.
3 seksa ketika hendak mati.
3 seksa lagi ketika berada di alam kubur.
Dan 3 seksa lagi di hari kiamat.


Enam (6) seksa semasa hidup di dunia:

1. Umurnya tidak berkat.
2. Allah hapuskan tanda2 orang salih daripada mukanya.
3. Tiada pahala bagi setiap amal yang dikerjakan.
4. Segala doanya tidak diperkenankan Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang2 salih.


 
Tiga (3) seksa ketika hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus

sehingga jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini dia tetap merasa tidak puas.

Tiga (3) seksa ketika di alam kubur:

1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik2kan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mengerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu,

yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata,
"Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga Zuhur,
dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia2kan waktu Zuhur."
Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.

Tiga (3) seksa di hari kiamat:

1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak solat itu ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak solat itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah mengira orang yang tidak solat itu dengan kiraannya yang paling berat

dan terus disumbatkan ke dalam neraka sebagaimana firman Allah yang bermaksud,
"Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...