Wednesday, 22 August 2012

1 Syawal 1433H

1 Syawal 1433H.
Seluruh umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri.
Aku juga tak terkecuali.

Cuma bagi aku ada sedikit perbezaan kali ni.
Aku hanya menyambut hari raya di sini.
Tak jalan jauh dan tak balik kampung.
Agak sedikit janggal.

Lepas solat Subuh pagi tu aku terus siap2 untuk ke Hulu Langat.
Ziarah pusara arwah mak.
Kali ni aku berseorangan.
Kakak dan abang aku ada di Johor.
Abah aku tak berapa sihat.
Disebabkan rasa rindu yang amat pada arwah, aku pergi jugak.
Rasa sayu je bila berada di sisi pusara mak.
Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa.
Kenangan bersama arwah mak terbayang2 kat minda aku.

Selesai bacaan yasin dan tahlil aku terus ke Masjid Al-Amin kat Kem PGA Cheras.
Pukul 8 pagi aku dah sampai masjid tu.
Masjid tempat arwah mak aku disolat jenazahkan.
Masa aku sampai tu tengah takbir raya.
Sekali lagi terasa sayu je kat hati ni tak tahu kenapa.

Kemudian aku terus bergegas balik rumah ambil anak isteri aku.
Bawa mereka beraya ke Serdang.
Rumah mertua aku.
Adik beradik semua berkumpul kat situ.

Nur Alya Darwisyah

Muhammad Aidil

Semuaya serba pink.
Warna tema pilihan mama mereka.
Dengan aku pun terjebak sama. Hehehe.

Aktiviti raya seperti biasa.
Bersalam-salaman.
Bermaaf-maafan.
Makan2.
Kemudian ziarah menziarahi saudara mara dekat.
Tahun ni yang jauh tak dapat nak pergi.

Tengahari tu beraya rumah pakngah.
Adik kepada ayah mertua aku.
Kat Serdang jugak.
Kemudian kami ke Taman Sri Andalas.
Aku nak jumpa abah aku kat situ.
Nak salam abah.
Nak minta ampun kat abah.
Nak bagi abah duit raya.
Syukur alhamdulillah kerana masih berkesempatan untuk lakuakan semua itu.

Petang tu pulak aku ingat nak pergi beraya kat rumah CDM Faridah.
Tapi hajat tak kesampaian.
Dah agak lewat dan cuaca pun tak mengizinkan bagi aku yang bawa bayi dalam hari.
Ada rezeki nanti InsyaAllah nak pergi jugak.
Teringin sangat nak tengok rumah Kak Dah yang very the cantik tu.

Malam kami rest je kat rumah.
Tak beraya mana2.
Esoknya baru sambung raya lagi. Hehehe.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...