28 Julai 2012 bersamaan 8 Ramadhan 1433H.
Hari sabtu yang sangat bermakna dalam hidup aku.
Syukur ke hadrat Allah dengan izin-Nya,
isteri aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.5kg pada jam 3.40 pagi.
Nur Alya Darwisyah
Nama yang isteri aku dah simpan sekian lama.
Sejak mengandung Aidil lagi.
Cahaya mata.
Itulah anugerah dari Allah yang sangat berharga.
Aku betul2 gembira dan bersyukur dengan kelahiran cahaya mata ke-2 ni.
Rezeki dari Allah.
Moga aku dan isteri dapat membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah.
Moga dia menjadi anak solehah.
Taat pada kedua ibubapa.
Dan yang paling penting taat pada perintah Allah.
Dengan lahirnya cahaya mata ke-2 ni, aku rasa lebih bersemangat.
Lebih semangat untuk memperbaiki diri.
Lebih semangat untuk berusaha meningkatkan taraf hidup keluarga.
Yang pasti dia jugak merupakan salah 1 sumber inspirasi dalam hidup aku.
Thank you Allah.
P/S :
TQ pada rakan2 yang wish kat FB.
Maaf aku tak sempat reply 1 per 1.
Allah je yang dapat balas jasa baik kalian.
Azhar
010-2207181
No comments:
Post a Comment