28 Julai 2012.
2 minggu yang lepas.
Hahaha nampak sangat dah lama aku tak update blog.
Tarikh yang telah mencipta sejarah dalam hidup aku.
Seperti yang aku dah share dalam entry sebelum ni.
Hari kelahiran cahaya mata ke-2, Nur Alya Darwisyah.
Actually entry kali ni khas untuk anak2 aku.
Aku saje share kat sini aktiviti2 yang aku buat sepanjang hari bersejarah tu.
Untuk rujukan anak2 aku kemudian hari nanti.
Pada aku ini je benda paling mudah yang mampu aku buat.
Nak buat buku khas untuk sejarah keluarga aku memang tak la.
Mudah2an senang sikit anak2 aku nak baca apa yang aku tulis kat sini bila mereka dah dewasa nanti.
Mungkin mereka akan baca sekali lalu je.
Tapi aku yakin mereka akan betul2 baca bila aku dah takde kat dunia ni nanti.
Berbalik pada cerita asal tadi.
Lebih kurang pukul 2.30 pagi aku terima call dari isteri aku kat hospital.
Dia dah nak masuk lab.
Tak sempat sahur dan tak sempat apa2 aku terus hantar Aidil kat rumah makcik dia.
Then aku bergegas ke hospital.
Dalam pukul 3 pagi aku dah kat dalam lab.
Alhamdulillah kali ini sekali lagi aku berpeluang untuk menyambut bayi comel yang baru dilahirkan ke dunia.
Tak dapat nak gambarkan betapa aku bersyukur dan kagum dengan kekuasaan Allah.
Insaf pun ye jugak.
Betapa sukar dan sakitnya saat isteri aku melahirkan seorang bayi.
Macam tu jugak la kesakitan arwah mak aku disaat melahirkan aku kat dunia ni.
Tak terbalas rasnya jasa ibu yang melahirkan kita ke dunia.
Selesai semua urusan, dalam pukul 8 pagi aku terus ke Ampang.
Tanam uri Alya kat sebalah uri abg Aidil dia.
Dekat pukul 10 pagi jugak la selesai.
Rehat2 dan solat kejap lepas tu aku balik ke rumah ambil Aidil.
Nak bawa ke hospital tengok adik dia.
Sebelum tu sempat singgah ambil mak mertua aku kejap.
Dia pun tak sabar nak tengok cucu perempuan dia yang baru lahir.
Sampai je hospital, rupa2nya member aku dah tunggu kat lobi.
Nak kata 1 opis tu bukan.
Kira 1 kementerian la.
Ita dari Bahagian Akaun.
Dia datang dengan suami dan anak dia.
TQ for coming.
Terkejut jugak aku.
Dah bertahun2 berurusan dalam fon je.
Jumpa pun sekali dua je tu pun kebetulan dalam meeting.
Tiba2 boleh sampai.
.Thanks buddy.
Masa ni ipar duai aku pun ada jugak cuma lupa nak snap gambar.
Kakak dan abg aku.
Abg aku bersama isteri dan anak2 dia.
Kami 3 beradik je.
TQ sudi luang masa untuk datang.
Kebetulan masa ni bapa mertua aku pun ada sekali.
Dapat la berkenal2an.
Lebih kurang pukul 5.30 petang macam tu aku nak balik dah.
Badan pun terasa penat yang amat.
Maklumlah tak sahur apa2.
Tiba2 abah aku pulak call sedang dalam perjalanan katanya.
Terus tak jadi nak balik.
Duk tunggu kat surau dengan Aidil.
Solat asar dulu.
Aku solat berdua je dengan Aidil.
Aidil melayan perasaan sorang2 sementara menunggu atuk dan nenek dia.
Masa ni aku dah tersandar kat tepi dah.
Penatnya hanya Allah je yang tahu.
Tapi happy sebab dapat cahaya mata baru.
Dekat pukul 6 lebih baru atuk dan nenek dia sampai.
Penat punya pasal sampai aku bawa naik salah tingkat.
Confident je siap call wife aku lagi tanya kenapa tukar katil tak bagitahu.
Padahal aku yang tersalah tingkat. Hahaha.
Dalam perjalanan balik tu aku tapau je makanan untuk berbuka.
Tapau makanan aku dan makanan Aidil sekali.
Lepas solat maghrib, mandikan Aidil dan suap dia makan, kami 2 beranak terus pengsan tak ingat dunia.
Nasib baik tengah malam tu wife aku call kejut bangun solat isyak dan terawih.
Itupun dia call rumah.
Call hp aku tak jawab2. Hahaha.
Apapun aku betul2 happy haritu.
Setiap saat yang berlalu merupakan sejarah penting dalam hidup aku.
Azhar
010-2207181
No comments:
Post a Comment