Alhamdulillah dah selamat sampai rumah.
Hari yang sangat menakjubkan.
Bagi aku la.
Bagi orang lain mungkin tak. Hehehe.
Malam tadi dapat tidur tak sampai pun 2 jam.
Lepas tu penuh dengan aktiviti sepanjang hari.
Awal pagi tu aku dah bangun buat apa2 yang patut.
Lepas tu sahur dan solat subuh terus.
Pukul 6.30 pagi layan 30 Minit Bersama Ustaz Don.
Pukul 7 pagi layan Tanyalah Ustaz.
Siaran langsung dari Shah Alam.
Topik yang sangat menarik.
Persoalan Di Alam Barzakh.
Antara yang sempat aku dengar ustaz tu kata kalau ikutkan Imam Ghazali,
malam tadi kemungkinan besar adalah malam Lailatul Qadar.
23 Ramadhan bersamaan malam Sabtu.
Wallahualam.
Hanya Allah yang tahu.
Tapi kalau betul malam tadi adalah malam Lailatul Qadar,
beruntung dan bersyukurlah pada siapa yang membangunkan malam tadi.
Apapun sama2 la kita berdoa semoga diberi kesempatan untuk bertemu Lailatul Qadar tahun depan.
Aku tak dapat layan Tanyalah Ustaz smpai habis sebab nak ziarah pusara mak aku.
Aku tak dapat layan Tanyalah Ustaz smpai habis sebab nak ziarah pusara mak aku.
Seperti biasa sebelum pukul 8 pagi aku dah ada kat sana.
Tanah Perkuburan Islam di Hulu Langat.
Kebersihan kawasan perkuburan ni dijaga dengan baik.
Aku difahamkan ada AJK surau berdekatan yang bertanggungjawab menjaga kawasan ni.
Kebersihan kawasan perkuburan ni dijaga dengan baik.
Aku difahamkan ada AJK surau berdekatan yang bertanggungjawab menjaga kawasan ni.
Di sinilah jasad arwah mak aku disemadikan.
Aku sentiasa berdoa semoga mak berada dalam keadaan tenang dan ditempatkan dikalangan hamba2 Allah yang beriman.
Tahun ni merupakan tahun ke 12 aku beraya tanpa mak di sisi.
Kenangan dan saat2 akhir bersama arwah masih segar dalam ingatan aku.
Actually aku dah pernah share dulu saat2 akhir arwah mak di dunia ni.
Entry yang bertajuk Duka Di Saat Suka bertarikh 21 September 2011.
Al-Fatihah buat arwah mak.
Hajah Zaminah Binti Atan.
Rasanya aku kena stop dulu.
Aku akan sambung cerita pasal misi LOPA ke Sabak Bernam pada entry seterusnya.
Aku kena keluar kejap ada urusan di Serdang.
Apapun TQ pada yang sudi baca.
Selamat Berbuka Puasa.
Azhar
010-2207181
No comments:
Post a Comment