Tuesday, 7 August 2012

Macam2 Aktiviti

Lepas 3 hari berkampung kat hospital, akhirnya discharge jugak hari isnin lepas.
Alhamdlillah baby dan mama dia dua2 okay.

Isnin.
Tengahari tu aku terus bawa mereka ke Serdang.
Wife aku nak berpantang kat rumah mak dia.
Barang semua dah standby dalam kereta.
Tinggal bawa je.
Just petang tu aku try booking tukang urut untuk wife aku.
Alhamdulillah rezeki dapat jugak.
Ustazah dari Darul Syifa'.
Memang wife aku dah biasa berurut dengan dia.
Kali ni urut 3 hari berturut2.

Selasa.
Pagi aku ke Pasar Borong Selangor.
Memborong barang2 dapur khas untuk orang yang sedang berpantang.
Petang pulak ke Kajang.
Personal touch bisnes partner aku yang baru berpindah ke sini semula.

Rabu.
Aku ke JPN Putrajaya.
Buat Sijil Kelahiran dan My Kid anak aku.
Pada aku servis kat situ tip top.
Tak sampai setengah jam semua dah siap.
Dengan My Kid sekali.
Masa aku daftar Aidil dulu My Kid kena tunggu 1 bulan.
Itu pun lepas sebulan aku datang tak siap lagi.
Tunggu lagi 2 minggu.
Thumps up to JPN.
Improve a lot.
Good job.

Selesai urusan kat JPN, aku singgah opis kejap.
Ada beberapa benda urgent yang aku kena buat.
Ingatkan setengah jam boleh settle.
Last2 2 jam jugak aku tersangkut kat opis.
Itupun banyak lagi yang belum settle.
Aku tak boleh nak tunggu dah sebab ada urusan lain.

Khamis.
Pagi tu aku ke CIMB Bank.
Urusan dana ATM.
Kemudian aku ke Bandar Baru Bangi.
Ada appointment dengan Faizal.
Stranger yang aku pernah jumpa beberapa bulan yang lepas.
Hati dah terbuka untuk bersama ATM.
Berkat Ramadhan agaknya.
Settle tu aku sempat shopping sikit barang2 baby kat Manjaku.
Tengah promosi kaw2 punya.
Tu yang rambang mata tu. Hehehe.

Jumaat.
Aku share pada entry seterusnya.
Nak out dulu.
Telinga aku terdengar suara memanggil2 dari Bandar Tun Razak.
LOPA LOPA LOPA!!!!! Hehehe.  
 
TQ pada yang sudi membaca.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...