Sekali pandang gambar ni macam takde apa2.
Sebaliknya mempunyai 1001 cerita.
1001 kenangan.
Ini gambar mak aku dengan pakcik aku
kat Hotel Park Royal Bukit Bintang
pada 19 Mei 2000.
Hari Jumaat sekitar pukul 4 petang.
Kami beramai2 ke sana bagi meraikan majlis pernikahan makcik aku.
Zulaidah Atan bersama suaminya Muhammad Rizuan Morris.
Mereka bernikah di Masjid Negara selepas solat jumaat.
Semua saudara mara berkumpul di rumah aku kat Kem PPH Cheras
seawal hari khamis lagi.
Selepas solat jumaat di Masjid Al-Amin.
Kami bersiap2 untuk terus ke Masjid Negara.
Konvoi 3 kereta.
Mak aku seperti biasa asyik nak fikir pasal rumah.
Kemas rumah dulu.
Mak tak suka sepah2.
Katanya bila rumah kemas baru hati tenang nak keluar.
Mak tak suka sepah2.
Katanya bila rumah kemas baru hati tenang nak keluar.
Sampaikan kami dah masuk kereta pun dia masih di luar kereta
duk tenung rumah dari jauh tu berminit2.
Hati kecil aku berkata macam la tak balik sini lagi nanti.
Sampai di Masjid Negara semua naik ke atas.
Ke ruang dalam masjid.
Mak tak bagi aku naik.
Dia minta aku temankan dia kat kereta je.
Sebab dia sakit lutut tak boleh naik tangga sangat.
Berkali2 aku pujuk mak.
Aku nak naik jugak
sebab ni kali pertama aku nak tengok orang bernikah.
Aku janji abis je nikah aku terus turun.
Akhirnya mak akur dengan kedegilan anak dia ni.
Selesai pernikahan, mereka sakan bergambar.
Aku tak tunggu pun.
Aku terus turun teman mak kat kereta.
Kemudian kami semua pergi ke Hotel Park Royal
untuk Minum Petang.
Pengantin lelaki dah booking tempat tu.
Sampai di sana.
Adik2 mak duk seronok berborak dengan mak.
Sambil berjalan nak ke lobi hotel tu pun borak.
Siap berpimpin2 tangan lagi.
Siap berpimpin2 tangan lagi.
Maklumlah jarang jumpa.
Lagipun mak bukan larat sangat berjalan.
Lagipun mak bukan larat sangat berjalan.
Aku pulak jalan je la 2 beradik dengan abg aku
sebab mak dah ada peneman.
sebab mak dah ada peneman.
Kakak aku pulak tak dapat balik.
Dia belajar kat Universiti of Kent, United Kingdom.
Dia belajar kat Universiti of Kent, United Kingdom.
Kami tunggu mak kat dalam hotel.
Tiba2 bila mak masuk dia kata
Amboi anak mak dah lupa kat mak.
Nampak hotel terus lupa mak.
Aku diam je tak cakap apa2.
Sedih pun ada.
Kecik hati pun ada.
Padahal aku takde niat pun macam tu.
Selesai minum petang kami terus bergerak ke Muar Johor.
Majlis Persandingan akan diadakan di Dewan Jubli Intan
pada hari Ahad 21 Mei 2000.
Aku naik 1 kereta dengan abah, mak dan makcik aku yang baru nikah tu.
Macam2 yang kami borakkan.
Bila mak tengah sakit belakang duduk lama kat dalam kereta
seperti biasa aku akan tolong sapukan minyak panas kat belakang dia.
Mak sempat jugak bergurau dengan makcik aku.
Katanya
Ngah ni asyik sakit je.
Takut tak dapat nak pergi kahwin kau Ahad ni.
Lagipun Ngah tak tau nak pakai baju apa.
Tak sempat nak beli.
Ngah pakai baju koyak2 je la boleh tak?
Janji tutup aurat.
Kami semua senyum je.
Suasana di kampung hari Sabtu tu memang ceria.
Semua berkumpul tu yang meriah.
Dah macam hari raya.
Awal pagi abah dah pergi pasar beli barang untuk masak tengahari.
Mak minta tolong abah masak hari tu.
Aku duk tengok TV je.
Tiba2 mak datang bawa buah kegemaran aku.
Buah pisang.
1 sisik pulak tu suruh aku makan.
Aku tak pernah makan sebanyak tu.
Lepas tu mak bersandar kat belakang aku.
Sakit belakang katanya.
Kemudian dia bertukar posisi baring pulak.
Baring 1 bantal dengan abg aku.
Pelik betul perangai mak haritu.
Manja semacam je.
Dalam pukul 3 kami selesai makan beramai2.
Lepas solat zohor aku sambung tengok TV balik.
Tiba2 aku dengar bunyi riuh rendah kat dapur.
Makcik aku menjerit2 menangis.
Aku berlari ke dapur.
Aku tengok mak tengah terbaring atas pangku abah.
Aku tengok mak tengah terbaring atas pangku abah.
Abah ajar mak mengucap 2 kalimah syahadah.
Mak ikut mengucap.
Sayup je aku dengar suara mak.
Aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku waktu tu.
Aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku waktu tu.
Kaku.
Lidah pun kelu.
Air mata ni tiba2 je mengalir keluar.
Tak dapat nak ditahan2.
Kami tunggu ambulans tak sampai2.
Kami dah abis baca Yassin pun ambulans masih tak sampai.
Kami dah abis baca Yassin pun ambulans masih tak sampai.
Akhirya abah ambil keputusan bawa mak ke hospital Muar naik kereta je.
Mak baring atas riba aku kat seat belakang.
Aku pegang tangan mak sejuk je.
Denyutan nadi masih terasa.
Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa.
Mudahan2 mak selamat.
Sampai di bulatan Muar kami berselisih dengan ambulans.
Dekat situ jugak abah berhenti dan kami angkat mak
masuk dalam ambulans.
Dalam ambulans pun aku masih pegang tangan mak.
Dengan harapan mak akan lebih kuat.
Tiba2 aku dapat rasa tangan mak terkulai jatuh.
Allah je yang tahu perasaan aku waktu tu.
Sampai di hospital
doktor kata mak tak dapat diselamatkan.
Mak dah tiada.
Mak dah tiada.
Mak dah pergi meninggalkan aku buat selama2nya.
Aku tak dapat kawal perasaan.
Aku dah menghuru-hara kan keadaan di wad kecemasan tu.
Aku hampir2 mencederakan diri aku sendiri.
Mujur abah dan doktor dapat kawal aku.
Aku tak dapat kawal perasaan.
Aku dah menghuru-hara kan keadaan di wad kecemasan tu.
Aku hampir2 mencederakan diri aku sendiri.
Mujur abah dan doktor dapat kawal aku.
Aku tak mampu terima hakikat
yang aku kehilangan insan paling istimewa dalam hidup aku.
Mak pergi di saat aku sedang belajar mengenal kehidupan yang sebenar.
yang aku kehilangan insan paling istimewa dalam hidup aku.
Mak pergi di saat aku sedang belajar mengenal kehidupan yang sebenar.
Baru aku sedar.
Rupanya
Rupanya
Mak dah tau dia takkan balik lagi ke rumah yang dia tenung tu.
Mak dah tau dia tak sempat nak tengok adik dia bersanding.
Mak dah tau dia akan pakai kain kafan je
pada majlis persandingan adik dia nanti.
Kain putih yang di koyak2 je tanpa sebarang jahitan.
Kain putih yang di koyak2 je tanpa sebarang jahitan.
Mak dah tau itu adalah kali terakhir dia dapat makan masakan suami dia.
Mak dah tau lepas ni dia tak dapat nak bagi aku makan pisang lagi.
Mak dah tau lepas ni dia tak boleh duduk bersandar
dan baring sebantal dengan anak2 dia lagi .
Hari ini.
Takde lagi kasih sayang mak.
Takde lagi belai manja mak.
Takde lagi gurau senda mak.
Takde lagi masakan istimewa mak.
Semuanya tinggal kenangan.
Sebagai anak aku sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang soleh.
Itulah yang mak selalu pesan dulu.
Salah 1 amalan yang berkekalan bila mak dah takde nanti adalah doa anak yang soleh.
Aku berdoa agar roh mak dicucuri rahmat.
Aku berdoa agar mak ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
Amin.
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment