Friday 31 August 2012

Rumah Terbuka

Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Cuti 3 hari.
Tapi lumrah kat bandar ni bila cuti je penuh la jemputan rumah terbuka.
Makan free.
Tak sempat nak lapar la. Hehehe.
Macam2 menu ada.
 
Ini schedule aku.
Antara yang aku ingat la.
Ada jugak yang aku tak ingat sebab jemput mulut masa berselisih jalan.
 
Jumaat.
12 tengahari kat Bangi.
3 petang kat Ampang.
8 malam kat Gombak.
 
Sabtu.
11 pagi kat Port Dickson.
2 petang kat Cheras.
3 petang kat Salak Tinggi.
8 malam kat Senawang.
 
Ahad.
12.30 tengahari kat Sg Way.
2 petang kat Putrajaya.
3 petang pun kat Putrajaya.
5 petang kat Kajang.
 
Penuh dengan acara makan free.
Tapi yang sebelah malam memang awal2 cakap tak dapat nak pergi.
Bila semuanya dah selesai nanti InsyaAllah boleh la.
Apapun TQ atas semua jemputan.
InsyaAllah akan cuba hadir dengan izin-Nya.
 
Azhar
010-2207181
 

Merdeka 2012

Merdeka Merdeka Merdeka!!!!
 
Harini laungan ini hanya sekadar laungan.
Tak sama seperti 55 tahun yang lalu.
 
Dulu laungan ini cukup bermakna.
Penuh dengan pengertian.
Penuh dengan semangat.
Penuh dengan kejayaan.
Penuh dengan kegembiraan.
Namun harini laungan yang sama tak mampu memberi apa2 erti.
Tak mampu beri apa2 semangat.
Tak mampu beri apa2 kejayaan dan kegembiraan.
 
Dulu mereka berjuang bermatian2an.
Mereka berkorban tenaga dan masa.
Mereka pertaruhkan nyawa untuk merdeka.
Mungkin sebab itu pengertian merdeka bagi mereka dan kita masa kini sangat berbeza.
 
Apapun.
Sempena ulangtahun hari kemerdekaan di bulan Syawal yang mulia ni,
jom sama2 kita merdekakan diri kita.
Merdekakan hati kita.
Merdekakan jiwa kita.
Merdekakan fikiran kita.
Merdekakan sifat kita.
Merdekakan budaya kita.
Merdekakan amalan dan tindakan kita.
Mudah2an kita tergolong di kalangan mereka yang diredhai Allah.
 
Salam Merdeka Raya.
 
Azhar
010-2207181
 

Thursday 30 August 2012

Siapa Kata??

Balik dari PPj petang tadi aku terus ke Sg Ramal.
Port biasa Ramal Junction Foodcourt.
 
Dah alang2 sampai sini ingat nak tapau Satay Willy tapi tutup pulak.
Nasi lemak pun tutup sejak ribut besar melanda haritu.
Tak ada rezeki.
Akhirnya kami beralih ke Restoran Yus.
Sebelah je.
 
ATM berjalan seperti biasa tak kira di mana berada.
Hasil dari appointment petang tadi, apa pengajaran yang boleh dijadikan tauladan??
 
Kalau tak tahu, jangan malu bertanya.
Kalau bertanya, jangan salah orangnya.
 
Siapa kata bisnes wajib jual barang??
Siapa kata bisnes kena ketuk pintu rumah orang??
Siapa kata bisnes wajib cari orang??
Siapa kata bisnes mesti keluar modal besar??
Siapa kata bisnes mesti keluar malam??
Siapa kata bisnes kena abaikan family??
 
Kan sayang 3 tahun berlalu macam tu je.
Kalau dari dulu dah bertanya, InsyaAllah dah banyak bezanya sekarang.
Tapi itu bukan ukuran.
Yang penting sekarang dah nampak jalan.
Dah nampak mana yang betul, mana yang salah.
Bersyukurlah pada Allah.
Mudah2an hidup kita akan lebih dirahmati dan diberkati.
Mudah2an kita bisa bantu lebih ramai di luar sana.
InsyaAllah.
 
Azhar
010-2207181
 

Saman PPj

Balik dari klinik tengahari tadi aku singgah bank kejap kat Presint 15.
Nak jadi cerita kereta aku kena saman pulak.
Saman parking.
 
Perbadanan Putrajaya (PPj) punya saman.
Opis lama aku.
 
Finally lewat petang tadi aku dapat la jugak turun PPj.
Dah bertahun tak jejak kaki kat situ.
Kalau ada pun just lalu je.
Kali ni dapat naik opis segala.
Dapat mengimbau kenangan silam.
 
Sampai2 je dah jumpa kawan.
Naik lif jumpa kawan.
Masuk opis jumpa kawan.
Pergi kaunter bayaran jumpa kawan.
Yang jaga kaunter pun kawan.
Nak balik seberang jalan pun jumpa kawan.
Bestnya dapat jumpa kawan2 lama.
Tapi ada jugak yang tak dapat jumpa.
Apapun thanks pada kawan2 yang sudi tolong aku tadi.
 
Saman tetap saman.
Tak kira ex-staf atau tak.
Tak kira kabel besar atau tak.
Saman tetap kena bayar.
Berapa yang aku kena bayar tadi??
 
Azhar
010-2207181


Jom Satay Willy??

Petang semalam lepas kerja aku ke Kajang.
Jumpa bisnes partner dan abang dia.
Menyelesaikan urusan dana yang sedikit bermasalah..
Namun ATM tetap bantu dengan syarat dia betul2 nak berubah.
InsyaAllah.
 
Selesai tu aku terus shoot balik rumah.
Isteri aku dah masak untuk berbuka puasa semalam.
Ikutkan nak buka luar je sebab malam ada appointment lagi.
Tapi tak sampai hati pulak mengenangkan dia dah susah2 masak dalam2 pantang tu.
 
Lepas buka dan solat aku terus keluar balik.
Sekali lagi ke Bandar Baru Bangi collect dokumen member yang aku jumpa isnin malam tu.
Alhamdulillah masih positif walaupun kelmarin dia buat ona masa on the way ke USJ Taipan.
Aku dah fikir macam2 dah.
Itulah manusia cepat sangat berperasangka.
Aku la tu. Hehehe.
 
Aktiviti harini masih samar2.
Tapi kalau ikutkan ada 1 je appointment petang ni.
Kat Satay Willy, Sg Ramal.
Siapa free jom.
 
Azhar
010-2207181
 

Wednesday 29 August 2012

Matlamat

Semalam aku ada post kat fb.
Aku dalam dilema.
Nak buat salah, tak buat pun salah.
Nak buang salah, tak buang pun salah.
 
Ada jugak la yang sudi komen bagi pandangan masing2.
Ada jugak yang pm tanya details.
TQ guys.
Tapi dalam banyak2 tu ada 1 pandangan yang aku paling suka.
 
Katanya.
"Kita tak akan mampu puaskan hati semua orang.
Yang penting fokus pada matlamat asal.
Itu yang terbaik."
 
 
Simple tapi sangat mendalam maksudnya.
Tak kisah la kalau orang lain tak faham.
Yang penting aku faham.
Keputusan pun dah dibuat semalam.
Semoga Allah melindungi hamba-Nya yang serba kekurangan ini.
 
Azhar
010-2207181

Tuesday 28 August 2012

Hadiah Alya Lagi

Alhamdulillah.
Rezeki datang lagi.
Kali ni hadiah dari uncle Syed dan auntie Fiza untuk Alya.
Siang tadi Syed hantar kat opis.
TQ very much beb.
Hadiah harijadi abah Alya yang baru je lepas tak ada ke?? Hahaha.
 
Mudah2an dah besar nanti Alya jangan lupa kat uncle & auntie ni.
Especially bila Alya tengok entry ni.
Doakan yang terbaik untuk mereka sepertimana abah doakan mereka harini.
InsyaAllah.
 
Azhar
010-2207181
 

Monday 27 August 2012

Kalau Dah Rezeki

Isnin.
Hari penuh dugaan dan cabaran.
Hari penuh kemalasan. Hehehe.
 
Seperti yang di duga kerja memang banyak.
Tak sempat nak buat semua.
Esok sambung lagi.
 
Lunch hour tadi aku sempat lari ke USJ Taipan.
Kali ni aku pergi dengan 2 orang bisnes partner aku, Syed & Abg Shah.
Tu pun agak rushing.
Ada urusan yang masih tergendala.
Aku plan esok malam baru nak settlekan semua.
 
Sebelah malam ingat nak rest je.
Sebab petang tadi pun agak penat sikit.
Penat menunggu. Hehehe.
Tiba2 last minute ada appointment pulak.
Kenalan dari blog.
1st time jumpa.
Bob.
Nama betul aku tak sure.
Dia datang dengan member dia tadi.
Malam esok InsyaAllah akan follow aku ke USJ Taipan.
Mudah2an tak ubah fikiran.
 
Siapa2 yang teringin nak follow malam esok calling2 la.
Mana tahu ada rezeki dapat melancong free ke London & Paris.
Aku dah pernah merasa.
Keseronokan yang tak dapat digambarkan dengan kata2.
Maklumlah free of charge. Hehehe.
 
Azhar
010-2207181
 

Teman Pengganti

Tiba2 rasa nak share lagu ni.
Lagu yang aku terdengar dari fon akak aku 2 minggu lepas.
Rasa tertarik pulak.
Maybe sebab lirik kot.
Sekarang pun dah banyak kali keluar kat radio.
Jom layan.


Sumber : Youtube

Azhar
010-2207181
 

Sunday 26 August 2012

MPH Bookstore, Alamanda

Seperti biasa siang tadi beraya lagi.
Sambung rumah2 yang tak sempat habis semalam.
 
Kali ni kebanyakannya aku terjah je.
Kat mana tayar kereta berhenti, aku call je member2 area situ.
Kalau ada kami singgah.
Tak ada kami jalan tempat lain.
Target tahun ni nak ziarah lebih ramai kawan2 berbanding tahun2 lepas.
Ikut pesan Dato' Fadzilah Kamsah.
Kalau nak tunggu open house jawabnya weekend je la beraya.
 
Petang tadi lepas habis beraya aku singgah Alamanda kejap.
Wife aku nak cari barang.
Aku seperti biasa melencong ke MPH Alamanda.
Wife aku dah habis pilih barang dia akan call aku.
Aku datang bayar je.
 
Harini memang puas la kat MPH tu.
Tak terkejar2.
Boleh pilih buku dengan tenang.
Aidil duk ikut mama dia.
Itu yang aku lagi senang. Hehehe.
Dekat sejam lebih jugak la aku merewang dalam tu.
 
Alhamdulillah dapat beli 3 buah buku.
1 untuk aku.
1 aku hadiahkan untuk wife aku.
1 lagi hadiah untuk Aidil.
Gambar nanti aku upload kemudian.
USB cable tak dapat dijejaki.
 
Overall, enjoy.
Sekian.
Tamat sudah cuti raya aku untuk tahun ni.
 
Azhar
010-2207181


Esok Kerja

Esok dah start kerja.
Ramai la yang liat nak pergi kerja termasuk aku.
Maklumlah dah syok bercuti panjang.
 
Aku sendiri pun sama.
Kalau ikutkan start anak aku lahir bulan lepas sampai ke harini, 3 hari je yang aku kerja.
Itupun termasuk hari jumaat sebelum raya haritu, aku halfday. Hehehe.
Mahunya tak liat nak pergi kerja esok.
 
Tapi itu secara rasmi la yang aku kerja.
Dalam tempoh masa cuti tu, ada jugak yang aku masuk opis jugak walaupun tengah cuti.
 
Entah macam mana la esok agaknya.
Sure banyak kerja.
ATM pun hujung bulan ni dah tentu busy jugak nak closing.
Mudah2an apa yang dirancang berjalan dengan lancar.
InsyaAllah.
 
Kepada rakan2 yang berkaitan, kita jumpa lunch hour esok di USJ Taipan.
 
Azhar
010-2207181
 

Sebatan Dan Tali Gantung

Jam sekarang lebih kurang pukul 4.30 pagi.
Mata aku tak boleh nak lelap balik.
Saje la layan mata kat depan laptop jap.

Awat tajuk entry kali ni lain macam je.
Agak terkeluar topik pulak. Hehehe.
 Saje aku nak share cerita sikit.
Mungkin boleh jadi iktibar untuk kita.
Mungkin jugak boleh buat kita rasa bersyukur.
 
Baru2 ni ada la sembang dengan sorang sahabat ni.
Dia duk bercerita pasal kerja kawan2 baik dia.
Sorang ni bekerja sebagai tukang sebat kat Penjara Kajang.
Sorang lagi tukang gantung sampai mati pesalah yang dah jatuh hukum.
Dengar cerita dia haritu dah buat aku rasa semacam je.
InsyaAllah awal bulan depan aku akan jumpa sendiri dua2 orang tu atas urusan akademi.

Pasal sebatan tu.
Aku penah la tengok video tu masa zaman sekolah dulu.
Orang penjara datang tayang video tu.
Ngeri la kena 20 kali sebatan.
Sampai hancur la kena sebat.
Rupanya sekarang baru aku tahu yang tukang sebat tu pun bukan calang2 orang.
Ada elaun khas.
Kena pergi kursus berbulan2.
Belajar cara nak sebat.
Teknik itu teknik ini.
Kat mana nak sebat.
Rotan macam mana yang digunakan.
Ikrar dan macam2 lagi.
Tak boleh ada silap.
Pendek kata kena perfect la.

Itu 1 bab.
Yang kerja gantung orang sampai mati lagi 1 bab.
Asal dapat tahu je ada orang akan dihukum gantung sampai mati, dia yang tak senang duduk.
Hari2 berdoa minta Allah tenteramkan hati dia.
Hari2 berdoa minta Allah ampunkan dosa dia.
Hari2 berdoa minta Allah selamatkan keluarga dia.
Sebab demi tugas dia terpaksa buat kerja dia.
Kerja gantung makhluk ciptaan Allah sampai hilang nyawanya.
Sampai mati meninggalkan dunia.
Tinggalkan keluarga mereka.
Tinggalkan anak isteri mereka.
Setiap kali lepas selesai kerja tu, berbulan2 dia akan rasa tak aman.
Jiwa tak tenteram.
Kadang2 aku terfikir macam mana la kalau itu tugas aku.
Confirm aku resign.

Aku patut rasa bersyukur dengan kerja aku sekarang.
Kerja kat opis.
Kerja dengan ATM.
Kadang2 aku rasa macam susah.
Tapi hakikatnya ia jauh lebih mudah dari kerja mengambil nyawa orang.
Hidup tak aman biarpun sekadar menjalankan tugas yang diamanahkan.

Wallahualam.

Azhar
010-2207181
 

Saturday 25 August 2012

Beraya Dengan Garam Buluh

Kebelakangan ni tak menang tangan.
Penuh appointment sana sini.
Orang beraya kat kampung dah ramai yang balik sini.
Sure lepas ni lagi havoc.
 
Kelmarin appointment.
Semalam pun appointment.
Penuh dari pagi sampai ke malam.
Harini??
 
Harini wife suruh rehat.
Bukan rehat kat rumah.
Tapi rehat bisnes sekejap sebab nak pergi beraya.
Dia dah tunjuk list.
Banyak jugak rumah nak kena pergi ni.
 
So aku kena bersiap sedia dari sekarang.
Siap sedia apanya?? Hehehe.
 
Minum garam buluh dulu pagi ni.
Minuman kesihatan.
Persediaan untuk makan macam2 juadah hari raya sepanjang harini.
Orang selalu kata mencegah itu lebih baik dari merawat.
Betul la tu.
Berminat nak cuba??
 
Selambe call 010-2207181.
(Ayat bisnes partner aku, Syed)
 

Bisnes Cuci Kereta

Ni cerita sehari sebelum hari raya.
Baru teringat nak share.
Aku pergi cuci kereta kat port biasa area Taman Equine.
Punya la banyak kereta.
Maklumlah esoknya nak raya.
 
 
Servis kat sini cepat la compared to tempat lain.
Yang penting bersih.
1 kereta 4 orang punya kerja.
2 orang basuh.
2 orang lagi lap dan vacum.
Sebab tu la cepat.
 
Yang aku nak share ni aku sempat la kacau salah sorang dari pekerja dia.
Nama dia Kumar.
Saja aku tanya dia dah berapa lama kerja sini??
Bos bayar gaji berapa 1 hari??
Dia kata gaji ikut kereta.
1 kereta 1 orang dapat RM1.
Biasa 1 hari 30 kereta.
Kalau hari cuti lagi banyak.
 
Kepala otak aku ni dah tak ada lain.
Terus buat kira2 sepintas lalu. Hehehe.
Kata la minimum 1 kereta RM8.
Kalau 30 kereta 1 hari bermakna RM240.
Sebulan RM7,200.
Ini aku kira minimum la.
Aku yakin mesti lebih punya.
Tolak gaji pekerja 4 orang RM3,600.
Ada baki bersih RM3,600.
Belum tolak sewa dan bayar api air.
 
Agak2 berbaloi tak??
Pandangan masing2.
Pada aku ok la.
Kata la bersih dalam tangan RM3,000.
Duduk rumah je dapat RM3,000 ok apa.
Dalam masa yang sama boleh fokus benda2 lain.
Kita ni (aku la) nak dapat RM3,000 bagai nak gila la buat "kerja untuk bos" kat opis.
Bukan kat opis je kadang2 sampai kena bawa balik rumah.
Itu belum campur kena maki hamun lagi.
Hahaha terima je la.
Makan gaji.
Pilihan aku sendiri.
 
Azhar
010-2207181
 

Friday 24 August 2012

Daftar Anugerah

Kelmarin aku terbaca status kat wall FB member ATM aku.
TYI.
Dia post pasal last day untuk daftar majlis anugerah SM SSM kat Menara PGRM nanti.

Seingat aku majority group aku semua dah reply untuk pendaftaran.
Tapi aku rasa tak sedap hati pulak.
Aku terus call HQ.
TQ Michelle sebab sudi tolong check semua group aku yang naik pangkat dari Jan - April 2012.
Memang betul semua dah reply kecuali CC Hamid dan CC Ayub je.
Itupun sebab surat tak sampai2.
Aku pun ada call diorang kelmarin tapi tak dapat2.
Maklumlah tengah beraya kat kampung.
Mungkin tak ada line.
Bukan apa just risau tak sempat daftar je.

Akhirnya aku dengan selambe try sent email kat HQ.
Mewakili CC Hamid dan CC Ayub.
Nak create surat segala memang tak sempat la petang tu.
Sebab kebetulan aku pun ada urusan lain.
15 minit lepas tu aku check fon Michelle dah reply email.
Your request are successful for register.
Syukur alhamdulillah.

Tahniah pada yang bakal naik pentas Menara PGRM 8 September nanti.
Aku doakan moga kalian akan meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ni.
Moga ia akan jadi batu loncatan untuk pergi lebih jauh lepas ni.

Jumpa anda di Puncak Kejayaan.

Azhar
010-2207181

Hamid Maju, Dengkil

Syukur alhamdulillah.
Pagi kelmarin aku berkesempatan breakfast dengan bisnes partner aku, Abg Shah.
Agak lama tak jumpa.
Selalunya borak dalam fon dan sms je.

Teh Tarik Restoran Hamid Maju, Dengkil
Kami decide lepak kat sini je.
 
Abg Shah ni memang sentiasa busy.
Maksud aku busy kerja la.
Raya ni pun dia tak cuti.
Kena kerja sampai 28hb ni.
Anak isteri semua dah balik beraya kat kampung.
Dia tengah bujang la sekarang ni.
Kerja dia memang agak mencabar sikit.
So aku memang sedia maklum la.
Bak kata dia,
"Kerja jaga bangunan dengan kerja jaga orang ni lain Azhar.
Lagi pulak orang2 yang bermasalah macam ni.
Macam2 benda boleh jadi."
 
Macam2 benda yang kami sembang kelmarin.
Pasal kerja masing2.
Pasal bisnes.
Aku ada la buat personal touch sikit.
Update apa2 yang perlu untuk bekalan kemudian hari.
Alhamdulillah petang tu jugak terus nampak hasilnya.
Dan semalam confirm dah dapat hasilnya.
Tahniah tuan.
Terbakar member yang tengah beraya kat Perlis tu dengar berita ni.
Dah tak sabar nak balik untuk gempur sama2. Hehehe.

Betul kata orang.
Ilmu kena praktik.
Kalau tak praktik kita akan lupa dan ia akan jadi sia2.

Azhar
010-2207181

Siap Sedia

Raya ketiga punya cerita.
Aku tak ke mana2.
Plan asal nak balik Johor.
Tapi tak berani nak ambil risiko.
Then ada la terfikir nak pergi Pahang kejap.
Beraya dan ziarah orang sakit.
Pun tak jadi jugak.
Akhirnya duduk rumah je.
 
 
Study level sales.
Tengok2 apa yang patut.
Susun appointment untuk minggu depan.
Touch up tools sikit.
Maklumlah seminggu rehat kan. Hehehe.
Takut nanti huru hara pulak jadinya.
 
Tak sabar rasanya nak turun padang.
Nak gempur habis2an.
Matlamat utama nak share peluang ni kat rakan2 seramai mungkin.
Mereka nak atau tak itu terpulang.
Yang penting mereka faham.
 
Azhar
010-2207181
 

Thursday 23 August 2012

Malu Berniaga

Masa beraya kat Sg Tangkas baru2 ni, aku sempat la borak dengan sorang pakcik ni.
Orang berniaga.
Macam2 perniagaan dia dah buat.
Orang macam ni aku tak boleh tengok je.
Mesti kena sembang2.
Mana tahu boleh dapat tips berguna dari pengalaman dia yang lepas2.
 
Dia ada bagitahu aku pasal projek terbaru dia.
Dah 30% jalan dah pun.
Dari apa yang dia cerita, kalau betul2 jadi memang mantap la.
Cuma itu perancangan jangka masa panjang dia.
Aku doakan mudah2a berjaya.
 
Kat sini aku bukan nak cerita pasal bisnes dia.
Aku just nak share tips yang dia cerita kat aku.
Tips untuk berjaya kalau nak berniaga.
Katanya "orang kita" ni sebenarnya boleh pergi jauh kalau betul2 berniaga.
Cuma kena buang 2 benda.
 
1) Buang rasa malu berniaga
"Orang kita" kebanyakannya malu nak berniaga.
Malu dengan "orang sekeliling" yang cakap mereka macam2.
Buat apa nak malu.
Berniaga nak sorok2 sampai bila nak berjaya.
Berniaga kan sumber rezeki yang halal.
Malah 9/10 rezeki dari berniaga.
Jangan ambil port sangat apa orang nak kata.
 
2) Buang sifat PHD
Perasaan hasad dengki.
Kena faham orang yang berjaya tu bukan tiba2 je berjaya.
Mereka pun kena usaha.
Mungkin mereka pun dah beberapa kali jatuh tapi tetap bangun dan berusaha.
Sebab tu mereka berjaya.
Bila kita tengok orang lain berjaya, patutnya kita contohi dia.
Bukan sihir dia.
 
Itulah 2 benda yang dia share kat aku.
Aku just tulis kat sini sebagai peringatan untuk diri sendiri.
 
Azhar
010-2207181
 

Bio Aura Raya

Masih lagi dalam mood raya.
Hari raya kedua baru ni kami sekeluarga meneruskan aktiviti ziarah-menziarahi.
Mula2 kami ke Seksyen 5, Bangi.
Rumah baru.
Baru je masuk minggu lepas.
Besar dan cantik.
 
Tak lengkap kalau tak ada Bio Aura.
Alhamdulillah rezeki di hari raya.
Closed cash.
 
Mungkin memang rezeki hari raya.
Tahun lepas pun sama.
Raya kedua jugak.
Tapi kat Batu Pahat la.
Pukul 8 pagi aku dah terpacak kat rumah customer tu.
Dia minta pasang Bio Aura sebelum orang Baraan (Marhaban) sampai.
 
Seterusnya kami ke Sg Tangkas, Kajang.
Mak mertua aku punya adik beradik majority duduk situ.
Ada dekat 10 buah rumah kalau tak salah.
Sebelah menyebelah je.
So alang2 raya terus la.
 
 
Dari 1 rumah ke 1 rumah.
Punya la kenyang sampai dah tak boleh nak masuk.
Nak jalan pun tak larat.
Itu pun nasib baik ada tuan rumah yang keluar beraya.
Kalau tak, berpantun la jawabnya.
 
Sebelum maghrib tu kami dah balik rumah.
Malam tu aku pengsan dek kekenyangan yang amat.
Anak2 aku pun sama pengsan tak ingat dunia.
Penat sangat la tu agaknya.
Yang penting dia enjoy.
Dapat berkumpul ramai2 jumpa sepupu sepapat dia.
Itulah antara kelebihan hari raya.
Dapat mengeratkan silaturrahim.
InsyaAllah.
 
Azhar
010-2207181
 

Zaman Pemerintahan Jepun

Apa kes tiba2 nak cerita pasal zaman pemerintahan Jepun pulak ni??
Sebenarnya aku nak share sikit apa yang berlaku masa aku beraya hari pertama baru ni.
Seperti yang aku tulis dalam entry sebelum ni, aku ada pergi beraya dekat Taman Sri Andalas.
 
Gambar masa beraya kat sana.
 
Dipendekkan cerita aku duk layan la borak dengan tuan rumah.
Nenek yang dah berusia hampir 90 tahun.
Tapi alhamdulillah masih kuat berjalan ke sana sini.
Cakap pun masih bersemangat.
Lebih2 lagi bila bercerita pasal zaman pemerintahan Jepun.
Kalau nak cerita semua memang tak dapat la kan.
Panjang beb.
Dipendekkan cerita aku ketengahkan yang berkaitan je la.
 
Antara ceritanya.
"Atok tak boleh dengar kalau ada isteri sekarang yang merungut kata susah nak jaga anak.
Zaman atok dulu anak berderet2.
Dulu mana ada pampers.
Mana ada seluar getah.
Mana ada lampin.
Anak2 kecik ni kalau nak buang air macam tu je la.
Lebih2 lagi bayi.
Kita ni sampai nak solat pun tak boleh.
Kain ni asyik kena najis dia je.
Sampai kadang2 habis semua kain kena najis.
Kalau nak membasuh pulak kena tunggu esoknya.
Pukul 6 pagi dah kena beratur.
Memang susah la.
Sekarang ni hari2 doa minta Allah ampunkan dosa kita tak solat dulu.
Entah Allah terima ke tidak tu tak tahu la.
Tapi kalau zaman sekarang ni tak ada alasan kalau tak boleh solat.
Semua kemudahan dah ada."
 
Wallahualam.
 
Yang baik dijadikan tauladan.
Yang kurang baik dijadikan sempadan.
 
Azhar
010-2207181


1001 Kenangan - Kem PPH

Blok apa ni??
Gambar ni aku snap masa hari raya pertama baru ni.
Lepas selesai solat sunat Aidilfitri.
Aku lalu sini sekejap.
 
Blok G4 di Kem PPH Cheras.
Sekarang dikenali sebagai Kem PGA.
Kat sini la aku dibesarkan.
Sejak aku lahir hingga usia aku 19 tahun, aku menetap di sini.
Terlalu banyak kenangan.
Yang manis ada.
Yang pahit pun ada.
Kalau nak cerita kat sini sampai ke sudah tak akan habis.
Yang pasti, aku tak mungkin dapat lupakan tempat bersejarah ni hingga akhir hayat aku.
 
Kalau ada kawan2 kem yang terbaca entry ni, contact2 la aku.
 Blok G4/3/5
 
Azhar
010-2207181
 

Wednesday 22 August 2012

1 Syawal 1433H

1 Syawal 1433H.
Seluruh umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri.
Aku juga tak terkecuali.

Cuma bagi aku ada sedikit perbezaan kali ni.
Aku hanya menyambut hari raya di sini.
Tak jalan jauh dan tak balik kampung.
Agak sedikit janggal.

Lepas solat Subuh pagi tu aku terus siap2 untuk ke Hulu Langat.
Ziarah pusara arwah mak.
Kali ni aku berseorangan.
Kakak dan abang aku ada di Johor.
Abah aku tak berapa sihat.
Disebabkan rasa rindu yang amat pada arwah, aku pergi jugak.
Rasa sayu je bila berada di sisi pusara mak.
Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa.
Kenangan bersama arwah mak terbayang2 kat minda aku.

Selesai bacaan yasin dan tahlil aku terus ke Masjid Al-Amin kat Kem PGA Cheras.
Pukul 8 pagi aku dah sampai masjid tu.
Masjid tempat arwah mak aku disolat jenazahkan.
Masa aku sampai tu tengah takbir raya.
Sekali lagi terasa sayu je kat hati ni tak tahu kenapa.

Kemudian aku terus bergegas balik rumah ambil anak isteri aku.
Bawa mereka beraya ke Serdang.
Rumah mertua aku.
Adik beradik semua berkumpul kat situ.

Nur Alya Darwisyah

Muhammad Aidil

Semuaya serba pink.
Warna tema pilihan mama mereka.
Dengan aku pun terjebak sama. Hehehe.

Aktiviti raya seperti biasa.
Bersalam-salaman.
Bermaaf-maafan.
Makan2.
Kemudian ziarah menziarahi saudara mara dekat.
Tahun ni yang jauh tak dapat nak pergi.

Tengahari tu beraya rumah pakngah.
Adik kepada ayah mertua aku.
Kat Serdang jugak.
Kemudian kami ke Taman Sri Andalas.
Aku nak jumpa abah aku kat situ.
Nak salam abah.
Nak minta ampun kat abah.
Nak bagi abah duit raya.
Syukur alhamdulillah kerana masih berkesempatan untuk lakuakan semua itu.

Petang tu pulak aku ingat nak pergi beraya kat rumah CDM Faridah.
Tapi hajat tak kesampaian.
Dah agak lewat dan cuaca pun tak mengizinkan bagi aku yang bawa bayi dalam hari.
Ada rezeki nanti InsyaAllah nak pergi jugak.
Teringin sangat nak tengok rumah Kak Dah yang very the cantik tu.

Malam kami rest je kat rumah.
Tak beraya mana2.
Esoknya baru sambung raya lagi. Hehehe.

Azhar
010-2207181

Maaf Atas Kesulitan

Malam ni aku baru sedar.
Kebanyakan photo yang aku publish kat dalam ni dah hilang.
Photo2 yang aku upload dari dulu sampai sekarang semuanya hilang.
So aku minta maaf la kalau ada yang view tapi tak appear gambar.

Frust pun ya.
Tension pun ya.
Tapi apa boleh buat benda dah jadi.
Syukur la aku ada backup semua photo2 tu dalam laptop.
Ada masa nanti aku edit la balik.
Tapi bukan sekarang la sebab banyak lagi benda penting lain yang aku kena buat.

Actually aku dah check dengan member2 yang pakar kenapa boleh jadi macam ni.
Tapi tak apa la.
Tak perlu aku share kat sini.
Aku pasrah je.
Ini semua ada hikmahnya.
Semoga Allah bagi aku kekuatan untuk terus menulis kat sini.

Azhar
010-2207181

Tuesday 21 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.
Salam Lebaran.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan2 yang beragama Islam.
Maaf zahir dan batin.
Mudah2an Aidilfitri kali ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.


Kepada semua rakan2 jemput la datang ke rumah.
Jangan tunggu open house sebab tahun ni tak buat rasanya.
Isteri masih dalam pantang.
Tapi kalau nak datang jangan lupa call dulu takut kami keluar pulak.
Pantang tetap pantang.
Pantang orang jemput datang beraya InsyaAllah kami sampai je. Hehehe.

Azhar
010-2207181

Saturday 18 August 2012

Iftar - De Palma Hotel Ampang

Beberapa jam lagi dah masuk waktu berbuka.
Hari terakhir puasa.
Maka sah lah dalam sejarah sejak tahun 2005.
Ini 1st time dalam bulan puasa aku tak berbuka kat De Palma Hotel, Ampang.
Hotel favourite aku.
Pada aku best of the best la tempat ni.
Makanan banyak dan sedap2.
Surau pun selesa.
Dan macam2 faktor lain.

1st time berbuka kat situ pakcik aku yang belanja.
Rashid Sibir.
Dia dan krew2 dia memang selalu berbuka kat situ agaknya.
Masa tu saudara2 rapat aku dari Batu Pahat pun join sekali.

Start dari tu la memang tiap2 tahun aku tak pernah missed.
Dari single sampai dah bercouple.
Dari couple sampai bertunang.
Dari bertunang sampai dah beristeri.
Dari beristeri sampai dah ada anak sorang.
Masih konsisten berbuka puasa kat situ lagi.
Masa anak ke-2 ni je tak dapat nak pergi sebab isteri aku dalam pantang. Huhuhu.

Untuk mengubati kekecewaan,
jom layan gambar2 kenangan berbuka puasa kat sana tahun lepas.

Aidil sabar menunggu makanan.

Sempat posing dulu.

Macam2 menu ada.
Yang bestnya makanan ala2 kampung pun banyak kat sini.

Macam2 jenis kuih-muih.
Aku pun tak reti nak menyebut.

Lauk2 yang agak heavy.

Tak reti nak komen.
Layan gambar je la.
Lagipun dah lama sangat tak berapa nak ingat.

My favourite.
Siput sedut masak lemak cili api.

Tak ingat. Huhuhu.

Heavy punya menu lepas selesai solat maghrib.

Ulam-ulaman.

Pencuci mulut.

Jeruk dan yang seangkatan dengannya.

Ada persembahan.
Kebetulan masa ni pulak ada artis datang.
Nama aku tak ingat pulak.
Takde rezeki tahun ni aku nak pergi.
Tahun depan panjang umur InsyaAllah pasti pergi.

Azhar
010-2207181

Shopping Saat Akhir

Semalam tersinggah Jusco Equine lagi.
Isteri aku nak pergi farmasi.

Tiba2 terlencong kat sini.
Farmasi dah bertukar jadi Baby Kiko.
Kalau dah warna pink tu sah2 la untuk Alya.

"Murah2 ni bang.
Ada potongan 50%.
Selalu baju macam ni tak dapat harga macam ni.
Tengah promosi ni."

Ayat standard.
Aku dah hafal dah pun. Hahaha.

Sambil2 jalan tu nampak baju Aidil pulak.
Ayat yang sama tak perlu la aku ulang lagi.
Tak lari tetap Baby Kiko.

Aidil dapat buku baru Upin Ipin dia terus senyap duduk dalam trolley.
Dia dah tak ambil port dah apa mama dan abah dia nak buat.
Dia duk khayal dengan dunia dia.

Siap mewarna lagi.
Bukan warna pun aku tengok.
Conteng2 ada la.
Tak seni langsung. Hehehe.
Tapi tak kisah la janji dia diam.

Ini 1 bab.
3 minggu lepas harga RM75.90 je.
Tapi semalam masa aku nak borong dah naik RM82.90.
Apa kes??
Cepat betul harga naik.
Tapi apa boleh buat.
Nak tak nak kena beli jugak.
Alya nak ikut abg Aidil dia minum susu ni jugak.
Buat2 backup selain "susu asli".
Nasib baik la susu ni yang dia sesuai.
Kalau kena yang harga sampai RM130 setin masak jugak aku dibuatnya.

Kesudahannya barang yang dicari kat farmasi tak jumpa.
Barang2 lain yang jumpa.
Apa boleh buat.
Aku pasrah. Hahaha.

Azhar
010-2207181

New Born, Alya

Alhamdulillah.
Semalam terima bungkusan dari Pos Malaysia.
Pengirimnya sahabat lama aku.
Sahabat zaman belajar kat UiTM dulu.
Normah Kamaruddin.

Hadiah untuk new born aku, Alya.
Adoi segan gila aku.
Siap berpos bagai.
Anak dia dah nak setengah tahun rasanya pun aku tak sempat pergi tengok lagi.
By the way, TQ so much beb.
InsyaAllah raya nanti akan diusahakan untuk jumpa kau, atuk & yusri.
Nak collect duit raya pulak.

Daun sireh daun keladi.
Tahun depan jangan lupa bagi hadiah lagi. Hahaha.

Azhar
010-2207181

Friday 17 August 2012

Ramadhan Terakhir

InsyaAllah esok hari terakhir puasa.
Mudah2an hari terakhir puasa untuk tahun ni tapi bukan hari terakhir puasa dalam hidup aku.
Moga Allah beri aku peluang untuk mencari Lailatul Qadar pada tahun depan.


Hari terakhir puasa pada tahun ni merupakan hari yang sangat istimewa bagi aku.
Sebab ia jatuh pada hari ulangtahun kelahiran aku.
Syukur alhamdulillah.
Aku masih mampu bernafas sehingga ke saat ini.
Terima kasih kepada family, saudara mara & rakan2 yang mendoakan kesejahteraan aku selama ni.
Hanya Allah yang mampu balas jasa baik kalian.

Dan tak lupa terima kasih kepada abah, kakak dan isteri aku yang ada bagi hadiah in advance.
Hahaha dah macam bagi speech la pulak.
Abah bagi kain songket 1st day puasa haritu.
Kakak bagi shirt 3 hari lepas.
Dan isteri aku bagi cahaya mata pada 28 Julai yang lepas.
Syukur sangat2.

Pada ramadhan yang istimewa ni, aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk semua.
Aku juga berdoa moga ini bukan ramadhan terakhir buat aku.

Azhar
010-2207181

Mood Raya

Sekarang ni semua orang tengah mood raya.
Aku masuk opis pagi tadi pun sunyi sepi je.
Ramai dah start cuti.
Yang datang opis pun tak boleh nak buat kerja apa.
Duk pasang lagu raya.

Kalau buka fb semua duk update pasal raya.
Packing barang la.
Servis kereta la.
Shopping raya la.
On the way balik kampung la.
Dan macam2 lagi.

Masing2 enjoy je aku tengok.
Maklumlah raya setahun sekali kan.
Masa ni la nak berkumpul adik-beradik, saudara-mara semua.

Tahun ni aku tak ke mana2.
Isteri dalam pantang so tak boleh nak jalan jauh.
Kalau tak dah tentu raya pertama aku kat Melaka.
Raya kedua kat Kajang.
Raya ketiga kat Johor.
Memang raya sakan.
Tahun ni rehat.
Tapi InsyaAllah raya tetap meriah tambah lagi degan kelahiran ahli keluarga baru.
Nur Alya Darwisyah.

Apapun malam ni jangan lupa tengok pengumuman raya.
Mana la tahu kot2 bukan Ahad.
Tiba2 esok dah raya.
Wahh sejarah la raya pertama jatuh pada birthday aku. Hahaha.

Azhar
010-2207181

Thursday 16 August 2012

ATM??

Kebelakangan ni ramai sangat kenalan2 duk tanya apa tu ATM??
Ada yang sempat jawab aku jawab la.
Ada yang sempat jumpa aku jumpa.
Kebanyakannya nak jumpa lepas raya nanti.
So aku decide untuk cerita la secara ringkas kat sini apa tu ATM.

ATM stand for Akademi Taipan Malaysia.
Berpusat di USJ Taipan dan mempunyai cawangan di serata Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.
Kepakaran kami adalah dalam membantu mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan melalui perniagaan khususnya bagi yang kurang berkemampuan dari segi modal dan ilmu tentang perniagaan.
Kami menyediakan platform peniagaan terbaik mengikut keselesaan masing2.
Kami juga melatih dan membimbing setiap warga ATM untuk berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak.
Dalam masa 6 tahun ini, ATM telah berjaya melahirkan hampir 90 orang usahawan bergelar "OKB".
Orang Kaya Baru.
Atau mungkin juga Orang Kaya Bertakwa.
InsyaAllah.


Itu serba ringkas tentang ATM.
Lebih lanjut, boleh call/sms aku untuk temujanji.
Mungkin call/sms itu bakal mengubah seluruh kehidupan anda.
Impian bakal berubah menjadi kenyataan.
Mimpi bakal berubah menjadi realiti.

Tuah ayam nampak di kaki.
Tuah manusia hanya Allah yang tahu.

Azhar
010-2207181

Wednesday 15 August 2012

Aidil Solat??

Gambar2 kat hospital haritu.

Sebenarnya masa aku snap ni Aidil duk ikut sorang pakcik depan dia tengah solat.
Dia nampak je pakcik tu nak solat terus dia pergi ambil sejadah dan bentang.
Dia ikut je apa yang pakcik tu buat dari belakang.
Aku rasa pakcik tu pun tak khusyuk solat kalau dengar bacaan2 anak aku ni. Hehehe.

Aku dah duduk tepi masa ni.
Tu yang dapat snap.
Nak tergelak aku tengok.
Masa rukuk yang paling kelakar.
Tangan macam tengah pusing throttle motor. Hahaha.
Tapi gambar aku tak dapat snap.

Ini la 1st time aku dapat tengok Aidil solat.
Selalunya dia kat belakang aku so memang aku tak nampak la.
Tak apa la Aidil InsyaAllah nanti dah besar sikit abah ajar cara solat yang betul ye. Hehehe.

Azhar
010-2207181

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...