Tuesday 11 December 2012

Overtime

Semalam full swing.
Rezeki Allah nak bagi.
Walaupun dalam sedikit kekalutan, namun tetap ada sinar.
 
Actually semalam ada emergency sikit.
Kerja opis pun agak terbengkalai.
Tapi harini InsyaAllah akan cover balik.
Apapun Alhamdulillah semuanya selesai.
 
Ptg semalam aku ke Banting.
Ada bisnes appointment kat sana.
Ikutkan ada 2 appointment tp yg lg 1 terpaksa tunda dulu sebab aku dah ada janji lain.
Servis Bio Aura kat Bdr Tun Razak.
Member minta tolong.
Dah lama sangat tunda.
Khabarnya jiran dia macam berminat nak jadi bisnes patner.
Tapi semalam tak dapat jumpa sebab kerja shift malam.
Settle tu aku ke Mamak Terowong plak kat Presint 9.
Appointment seterusnya.
Member 1 kementerian tapi tak sama bahagian.
 
Itu semalam punya cerita.
Hope harini akan lebih baik dari semalam.
Insya Allah.
 
(Sorry tak upload gambar sebab usb cable tertinggal kat opis. Huhuhu)
 
Azhar
019-6696181

Monday 10 December 2012

Accident

Seawal 3 pagi tadi aku dah bangun.
Siang appointment dgn manusia.
Malam appointment dgn penciptanya.
Bersyukur atas segala nikmat yg diberi.

Dalam pukul 3.30 pagi tu fon aku berbunyi.
Bunyi sms.
Ada 2 sms masuk.
Aku pun jadi tak khusyuk.
Tak sedap hati pun ada.
Jarang org nak sms masa2 macam tu.
Selesai tu cepat2 aku tgk fon.
Abah & sepupu aku yg sms.
Lagi berderau darah aku.
Astagfirullah.
Terkejut aku baca.
Paklong aku accident motor tgh malam td.
Khabarnya agak teruk jugak.
Tgn & jari patah.
Kaki pun cedera agak teruk.
Aku tak boleh nak imagine sbb Paklong pun bukan sihat sgt.
Bila dgr dia accident aku pulak yg kecut perut.
Sekarang masih kat Hospital Batu Pahat.

Aku berdoa mudah2an semuanya selamat.
Mudah2an Paklong cepat sembuh.
Insya Allah.

Azhar
019-6696181

Weekend

Harini dah Isnin.
Rasa cepat je masa berlalu.
Tak terasa pun Sabtu & Ahad.
Patutnya weekend baru ni aku ke Kuala Selangor.
Ada team bulding opis punya.
Tp atas sebab2 yg tak dapat dielakkan, aku tak dapat nak join.
 
Pagi Sabtu baru ni aku ke Hotel De Palma Ampang.
Ada appointment dengan sahabat dari Kelantan.
Patutnya jumpa kul 8.30 pagi tapi jalan jem punya pasal kul 9 baru aku sampai.
 
Dia menginap 3 hari kat hotel ni.
Syukur Alhamdulillah.
Segala urusan dipermudahkan Allah.
 
Selesai tu terus ke Bdr Baru Bangi.
Lunch kat dalam Restoran Rimba Klasik kat dalam PKNS tu.
Makanan kat situ memang sedap2 belaka.
Lupa nak amik gambar sebab sibuk "muhasabah diri".
Lepas makan singgah Manjaku kejap.
Dah alang2 ada kat situ.
Shopping barang2 Alya & Aidil.
Buat stok untuk 2 ke 3 bulan.
 
Pagi semalam pulak aku ke Pasar Borong Selangor.
Beli barang2 dapur sikit.
Kali ni aku pergi sorang je.
Wife & anak2 berehat kat rumah.
Memang aku nak dia rehat je pun.
Seperti biasa ikutkan semalam banyak jugak aktiviti aku.
Tp takpela buat mana yg termampu dulu dalam masa terdekat ni.
Walaupun duk rumah je tp macam2 benda jugak yg aku boleh buat.
Antaranya mengadap fb & whatsapp.
Follow up & set appointment.
 
Sejak bersama ATM, hidup tak pernah sunyi.
Ada je kerja & aktiviti yg nak dibuat.
Alhamdulillah inilah antara nikmat yg aku perolehi bila bersama ATM.
 
Azhar
019-6696181

Saturday 8 December 2012

Klinik Cure & Care 1 Malaysia

 
Klinik Cure & Care 1 Malaysia.
Nama bagi PUSPEN.
Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik.
Maaf kalau tersalah.
Saje amik gambar ni masa aku dtg sini baru2 ni.
Ada bisnes sharing dgn kawan2 yg keje kat dalam ni.
Kebanyakannya ADK.
Basically kat dalam ni memang macam2 bisnes yg mereka buat.
Boleh dikatakan kaki bisnes la.
Alhamdulillah aku diberi peluang untuk berkongsi pasal ATM kat sini.
Yg positif memang positif la.
Yg negatif pulak mmg negatif tak hengat. Hahaha.
Itu lumrah.
 
ATM.
Akademi Taipan Malaysia.
Sebelum ni Akademi Taipan 181.
Dulu Taipan 181.
Berubah mengikut peredaran masa.
Tapi visi & misi tetap sama.
Tak pernah berubah.
Membimbing mereka di luar sana yg ingin mengubah kehidupan melalui perniagaan.
 
Azhar
019-6696181


Friday 7 December 2012

Belajar & Mengajar

Selamat kembali.
Lamanya tak update blog.
Ramai jugak yg duk tanya awat lama tak update.
Busy sgt ke?
Lebih kurang la.
Banyak urusan yg perlu diselesaikan.
 
Banyak benda yg nak di share sebenarnya.
Tapi mana yg penting2 je la dulu.
 
Last weekend aku ada 1 bisnes appointment yg agak menarik utk dikongsi.
Bisnes sharing dgn org yg berpengalaman.
13 tahun menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Melayu.
Bisnes berasaskan makanan.
Maintain sampai sekarang.
 
Katanya bisnes macam ni kena sentiasa meet customer satisfaction.
Nak kasi customer satisfy tu bukan senang.
Customer nak makanan yg sedap.
Masalahnya selera customer lain2.
So apa yg dia buat makanan mesti hari2 sama je rasa.
Tak nak harini lain esok lain.
Customer tak suka.
Itu tips nak dapat regular customer.
Dan yg penting makanan mesti bersih.
Dengan sendirinya kita akan rasa confident utk berniaga.
Confident tu yg buat dia bertahan sampai harini.
Banyak lg yg dia share sebenarnya.
Cuma aku terpaksa stop kat sini dulu sebab ada urusan jap lg.
 
Yg menariknya dia berminat utk bersama ATM.
Dah settle pun semua urusan kelmarin.
Welcome to ATM.
Tak sangka org yg dah berjaya pun masih berminat utk bersama ATM.
Asal jumpa haritu sebab nak beli Bio Zone Food je.
Rezeki dia la.
Allah dah buka pintu hati dia.
 
Pertemuan yg sangat menarik.
Aku belajar dari pengalaman dia.
Dalam masa yg sama aku mengajar dia apa yg aku di ajar dalam ATM.
Nikmatnya hidup.
 
Azhar
019-6696181

Sunday 25 November 2012

Kata-Kata Menteri

24 November 2012.
Tengahari semalam aku ke Stadium Melawati Shah Alam.
Hari anugerah bagi meraikan pemenang pangkat tertinggi dalam bisnes aku.
Memang meriah la.
Artis undangan Shila Hamzah & Dayang Nurfaizah.
Hadiah cabutan bertuah pun boleh tahan mewah.
Proton Preve.
Sijil Simpanan Premium.
Trip ke London & Paris.
Dan macam2 lagi.
 
Aku tak nak la cerita panjang lebar.
Just nak share sikit pasal kata2 Menteri KPDNKK, Dato' Sri Ismail Sabri sebelum perasmian semalam.
 
 
"Tak dinafikan syarikat memang banyak terima anugerah dari dalam & luar negara.
Kalau la ada anugerah bagi menteri yg paling banyak hadir ke majlis anjuran syarikat,
pasti saya pemenangnya.."
 
Itulah antara kata2 beliau.
Beliau ada sebab tersendiri kenapa beliau suka dengan syarikat ni.
Beliau suka mengikuti majlis2 anjuran syarikat.
Beliau suka dengan konsep yg syarikat ketengahkan.
Beliau yakin syarikat akan semakin maju di masa hadapan.
 
Menteri KPDNKK sendiri cakap macam tu.
Sayangnya masih ramai kat luar sana yg tak sedar.
Asyik dengan pandangan mereka yg tak berasas.
Leka dengan kata2 orang sekeliling yg entah apa2.
Bisnes ni skim cepat kaya la.
Skim piramid la.
Itulah.
Inilah.
Dan macam2 lagi.
Mereka rasa mereka lebih tahu dari orang lain termasuk menteri sendiri.

Yg dah buat teruskan buat.
Yg dah lama tak buat, boleh start buat balik.
Yg belum buat, boleh call no kat bawah ni.

Wallahua'lam
 
Azhar
019-6696181

Sunday 18 November 2012

Cuba Lagi

Kebetulan balik dari USJ semalam aku dapat whatsapp dari Kak Zai.
Kenal masa beli susu Aidil kat Billion dalam PKNS Bangi tahun lepas.
Dia promoter untuk susu Nan.
Sembang punya sembang dapat la no fon.
 
Last 2 weeks aku ada whatsapp dia tanya ada tak promosi susu Nan kat mana2.
Lepas tu entah macam mana boleh terbuka cerita pasal kolagen.
Ada la jugak aku tanya2 dia pasal BBplus Kolagen.
Dia tak pernah dengar.
Aku just send gambar wife aku before & after minum BBplus Kolagen.
Tu yg dia nak jumpa semalam.
Kebetulan dia tak kerja.
 
Semalam jugak dengan beraninya aku selambe je try teknik yg CDM Faridah ajar tu.
Padahal tak praktis apa2 pun lagi.
Akhirnya tak berapa nak menjadi.
Mungkin tak berapa confident & teragak2 sikit.
Takpe la next time should be ok la kot.
Petang ni ada 1 lagi appointment.
Boleh la try lagi nanti. Hehehe.
 
Settle appointment semalam sempat beli buku ni.
Teruja pulak tengok cerita kat dalam dia.
 
Untuk Aidil.
Lagu2 yg aku download kat dalam laptop ni boleh kata semua dia dah hafal.
Aku dengan wife aku pun rasa macam nak termuntah dah hari2 lagu yg sama.
Itu yg cari kudap2an baru untuk dia.
 
Azhar
019-6696181

Cara Baru

Salam hujung minggu.
Sedar tak sedar dah hari ahad.
Esok dah start kerja.
 
Pagi semalam aku ke USJ Taipan dengan bisnes partner aku, Abg Shah.
Ada slot khas dengan mentor ATM, CDM Faridah.
 
Sampai2 tu kami pergi minum dulu kat Restoran Ubi Kayu.
Abg Nasir pun ada.
Sembang2 pasal bisnes.
Sembang2 pasal JTX 1000.
Sembang2 macam2 benda lagi la sampai aku pun lupa sebab banyak sangat. Hehehe.
 
Layan Roti Jala je semalam.
Buat alas perut.
 
CDM Faridah bagi tips untuk lebarkan sayap perniagaan.
Menarik & sangat membantu.
Especially yg last sekali masa Kak Dah tunjuk cara dia buat bisnes sharing.
Banyak benda yg boleh aku apply dalam cara aku sharing selama ni.
Hari2 sharing cara yg sama sekali dapat input baru macam ni memang rezeki la.
InsyaAllah lebih booommm.
Dengan syarat kena keluar sharing la.
Tak jadi kalau just duduk rumah layan fb je.
 
Settle semalam aku jumpa Angie kejap.
Ada discussion sikit.
Sambil tu beli2 barang yg kawan2 kirim. 
 
Pendek kata tak rugi pergi semalam.
1st dapat idea baru masa sembang dengan Abg Nasir kat Ubi Kayu.
2nd dapat tips & teknik baru dari Kak Dah.
3rd dapat belajar dari Angie teknik mudah nak closing.
Terbaeekkkk.
 
Azhar
019-6696181

Saturday 17 November 2012

Alahai Pencuri

Cerita minggu lepas.
Pagi ahad tu aku ke Hulu Langat.
Seperti biasa ziarah pusara arwah mak aku.
Seawal 7 pagi aku dah keluar.
Dalam 7.30 dah sampai sana.
Memang saje awal sebab lepas tu banyak urusan lain nak kena buat.
Ikutkan jadual full la haritu.
Tapi akhirnya banyak yg terpaksa ditunda.

Masa on the way balik tu wife aku call.
Katanya balik cepat ada masalah sikit.
Rupa2nya masa aku keluar pagi tu ada pencuri dah standby je.
Mungkin dia dah tahu jadual hujung minggu aku.
Tapi syukur la dia tak dapat amik apa sangat.
Ini semua berkat pertolongan Allah.
At last dia curi yg kat luar2 rumah je.
Apa yg dia curi aku malas nak tulis kat sini.
Yg pasti motif dia mencuri bukan sebab nak duit atau nak jual barang yg dia curi tu.
Dia mencuri atas sebab rasa tak puas hati.
Rasa dengki khianat atau yg seangkatan dengannya.
Aku bukan main tuduh melulu je.
Apa yg aku cakap ni berasas.
Ada fakta.
Cuma siapa punya kerja tu je yg aku tak pasti.

Tapi perbuatan dia tu buat hidup aku hura hara la sekejap.
Semua yg aku plan tergendala.
Lewat petang tu baru semuanya settle.
Apapun aku tetap bersyukur la semuanya kembali normal.
Mungkin itu ujian Allah ke atas hamba yg lemah ni.
Mungkin jugak itu petunjuk dari Allah untuk aku lebih berhati2.

Azhar
019-6696181
 


Thursday 15 November 2012

Sabtu Hujung Minggu

Hujung minggu yg baru ni macam biasa la macam2 aktiviti.
Ikutkan sabtu pagi tu aku kena pergi opis kejap.
Auditor sms minta email softcopy report.
Terkejut jugak aku hari cuti pun dia still kerja.
Tapi aku tak pergi pun sebab ada banyak urusan lain.

Lontong dan Sotong Sambal.
Memang sedap.
Pada aku lontong terbaik kat Pekan Sg Besi.
Aku datang sini dengan wife aku.
Dia nak hantar BBplus Kolagen kat kawan dia.
 
Settle tu kami ke Pasar Borong Selangor pulak.
Wife aku nak cari barang2 dapur sikit.
Nak yg fresh katanya.
 
Udang.
Boleh tahan jugak harganya.
 
Sotong.
Fresh2 belaka.
 
Ikan kerisi.
Sibuk je Aidil dia pun nak pilih.
Bukan dia nampak pun main capai je. Hahaha.
 
Ikan pari.
Masak asam pedas sedap ni. Hehehe.
 
Ayam RM5.80 sekilo.
Sedang2 la harganya.
 
Seperti biasa balik je rumah semua barang2 ni wajib di ozonkan dulu.
Buang segala2 yg tak sepatutnya kita makan.
Syukur la ada Bio Zone Food Purifier.
 
 
Azhar
019-6696181

Pos BBplus Kolagen

Last week masa lunch hour aku sempat lari ke stokis jap.
Aku pergi dengan bisnes partner aku, Danny.
Shopping BBplus Kolagen.
Tambah stok sedia ada.
Permintaan terlalu tinggi sampai stok kat rumah & dalam kereta pun asyik licin je.
 
Tu dia jenuh nak mengisi pos laju punya form.
Dekat 10 tempat jugak la.
Ada yg order 1 kotak.
Ada jugak yg order 2 kotak especially yg repeat order la.
Memang betul2 demam kolagen la sekarang ni.
 
Ada siapa2 nak try calling2 la wife aku.
Aku tolong dia je.
 
019-6996181
019-6696181

Flashback - Breakfast

Flashback.
Jauh jugak nak kena flashback ni.
Mana yg penting2 je la.
Lately memang busy tak hengat.
Tak berapa sempat nak update.
 
Seperti yg aku dah post sebelum ni, last week busy sebab bergelumang dengan auditor.
Isnin pagi tu opening then terus start audit.
Plan asal sampai jumaat je tapi diorang extend sampai minggu ni.
Huru hara juga la dibuatnya.

Kali ni flashback bab breakfast dulu yg minggu2 lepas punya.
Motivasi ni untuk berdepan dengan auditor2 sepanjang hari. Hehehe.

Roti Sardin.
Memang terbaik.
 
Kuih Cik Mek Molek.
Bukan cekodok tau.
Pun sedap.
Menjadi kegilaan member2 opis aku.
 
Ini nama aku tak pasti.
Agak kebaratan sikit.
Yg 1 ni hotdog bersalut telur.
Saje try sebab nak tahu sedap tak.
 
Yg ni tak payah sebut la.
Nampak ikan masin dah tahu Nasi Lemak Bunian.
 
Azhar
019-6696181 

Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah

 
Salam Maal Hijrah 1434H.
Syukur ke hadrat Allah kerana masih berpeluang untuk meneruskan kehidupan hingga ke saat ini.
 Mudah2an akan terus diberi peluang untuk tahun2 yg akan datang.
Semoga kita akan berhijrah ke arah yg lebih baik.
 
Ya Allah.
Dikaulah Tuhanku selamanya.
Pada tahun baru ini aku bermohon kepada Mu.
Semoga dijauhi daripada syaitan & kuncu2nya.
Dan aku memohon pertolongan Mu supaya aku terpelihara daripada nafsu amarah & jahat.
Serta bimbinglah aku akan perkara yg dapat menghampirkan aku dengan Mu.
Wahai Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Saturday 10 November 2012

Minggu Mencabar

Lamanya menyepi.
Hampir seminggu tak menulis kat sini.
Banyak benda nak tulis sebenarnya cuma masa kurang mengizinkan.
 
Minggu yg sangat mencabar.
Hari2 penuh dengan aktiviti.
Kerja + ATM + Family
Memang nampak macam rutin biasa.
Tapi yg jadi luar biasa minggu ni bab kerja tu la.
 
Audit full day.
Kalau dah jadi auditee tu faham2 la.
Kena layan je la apa yg dia nak.
Berpantun entah berapa kerat kali ni aku pun tak pasti.
Meeting lagi.
Kadang2 pagi petang meeting.
Kalau dah nama meeting dah tentu kena buat report.
Kerja last minute lagi.
Tahu nak cepat je tapi hantar lambat.
Kalau boleh main buat macam tu je tak apa la jugak.
Ini jenuh pecah kepala nak kena fikir dulu.
Niat nak minta tolong.
Tapi cara nak minta tolong macam nak cari gaduh.
Sorry teremosi sikit.
Terbawa2 emosi sebelum ni.
Aku tengok muka geng2 aku masing2 pun ketat je.
Duduk dalam opis tapi muka macam duduk dalam hutan nak pergi berperang. Hehehe.
 
Masa kerja pun tak sempat nak duduk kat tempat sendiri.
So kerja atas meja memang tak berusik la.
Kadang2 bawa balik rumah.
Call in pulak tak putus2.
Sampai terpaksa beli charger fon baru la minggu ni letak kat opis.
Kalau ada yg call aku tak jawab tu, aku minta maaf la sangat2.
Bukan tak nak jawab tapi tak sempat nak jawab.
Aku tahu memang ada yg bising call aku tak dapat2.
Sms & wasap pun tak balas.
Apa boleh buat.
Hanya Allah Yg Mengetahui.
Dan macam2 lagi la kalau nak cerita semua tak habis.
 
Urusan ATM seperti biasa.
Demo, PT, closing semua macam biasa.
Cuma ada jugak la yg aku terpaksa cancel appointment sebab aku balik lambat.
Cerita gembira ada cerita tak gembira pun ada.
Nanti aku share lain since ada benda2 menarik yg nak ditulis.
 
Sebelah malam tu kalau aku tak ada apa2 & tak hujan, aku bawa la family keluar.
Makan2.
Window shopping sikit.
Balik tu solat segala terus pengsan.
Biasanya masa tu la aku update blog.
Pagi pun sama.
Pukul 3 ke 4 pagi tu biasanya lepas buat apa2 yg patut aku akan update blog jugak.
Tapi kali ni memang betul2 tak larat.
Pada aku sebenarnya bukan penat badan.
Cuma penat otak asyik kena paksa berfikir lebih dari kemampuan.
Tu yg jadi penat lain macam sikit.
 
Aku amik kesempatan ni nak minta maaf atas keterlanjuran kata2 atau perbuatan yg mungkin ada menyinggung perasaan siapa2 tanpa disengajakan.
Sebagai manusi biasa aku tak boleh lari dari melakukan kesilapan.
Jangan simpan dalam hati ye kawan2. Huhuhu.
 
Apapun aku tetap bersyukur.
Dah tertulis ini antara perjalanan dalam hidup aku.
Syukur atas segala nikmat.
Sabar atas segala dugaan & cabaran.
Besar ganjarannya kelak.
InsyaAllah.
 
Azhar
019-6696181

Sunday 4 November 2012

Manjaku

Selesai cuci kereta tengahari tadi aku ke Sg Ramal Dalam.
Jumpa wife aku punya customer yg nak try BBplus Kolagen.
Dah alang2 sampai area sana wife aku ajak singgah Mydin Kajang.
Dia nak beli Minyak Yuyi 2 kotak.
Buat stok untuk beberapa bulan katanya.
 
Sepanjang jalan hujan lebat.
Masa cuci kereta tu aku dah agak nanti mesti hujan.
Tapi sebab dah kotor sangat tu yg nekad cuci jugak.
 
Air mencurah2 keluar dari bawah.
Air naik agak tinggi jugak la tadi.
Syukur aku dapat keluar dari Kajang tu segera.
Kalau tak silap2 dengan aku tersangkut sama.
 
On the way balik tu wife aku ajak makan kat Wong Solo pulak.
Kat area Bdr Baru Bangi tu.
Sebelum sampai tu kena pulak transit kat Manjaku dulu.
Layan je la.
Untuk anak2 katanya.
Tu yg aku kalah tu.
 
Aidil tukang bawa barang2 yg mama dia beli.
Macam2 barang la.
Susu, pampers, wet tissue, grape water & macam2 lagi.
 
Stok susu Alya.
4 tin untuk lebih kurang 4 minggu.
 
Selesai tu baru pergi makan.
Port kat Restoran Wong Solo.
Ramai betul pelanggan.
Full.
Sampai kena queue.
Yg duduk makan situ queue, yg nak tapau pun queue.
 
Nasi Ayam Penyet.
 
Nasi Ayam Bakar.
 
Alhamdulillah rezeki Allah untuk harini.
Mudah2an diberkati & dirahmati.
 
Azhar
019-6696181

Aidil 3 Tahun

Seperti yg dijanjikan ni gambar2 yg nak di upload.
 
Layan Aidil kat sini.
Dalam Giant Seri Kembangan.
 
Ada lagi gambar2 lain tapi agak blur.
Maklumlah Aidil ni tak reti duduk setempat.
Berlari sana sini.
Then bila ajak balik je merengek.
 
Cepat betul masa berlalu.
Dah besar dah Aidil sekarang.
28hb ni genap 3 tahun.
Makin besar ni makin terserlah perangai dia.
Mudah2an menjadi insan yg berguna di masa hadapan.
 
Azhar
019-6696181

Nasi Lemak Bunian

Semalam seharian aku kat luar.
Awal2 pagi tu dah ke Warung Bunian dengan bisnes partner aku, Syed.
Bincang sikit pasal plan terbaru dia.
Pada aku bakal meletop.
Seminggu 2 kotak JTX 1000.
Means 8 botol la.
Itu baru personal sales je belum cerita bab sponsoring lagi.
 
Tak sah kalau tak kena Nasi Lemak Bunian.
Memang terbaik.
Makin ramai orang sekarang walaupun terceruk kat hujung dunia.
 
Settle dengan Syed, aku ke Petronas Presint 18.
Member 1 opis dulu nak BBpus Kolagen untuk mak dia.
Kebetulan dia nak balik kampung semalam tu yg nak bawa sekali.
Dia dapat info pun dari entry aku yg sebelum ni.
 
Then seperti yg dirancang aku ke opis untuk settlekan kerja sikit.
Lately memang busy tak hengat.
Harap opis hour je macam tak cukup.
Tapi semalam ada masalah teknikal sikit.
Berjam jugak la duk menunggu.
Sampai guard2 kat bawah tu pun semua dah jadi geng aku. Hahaha.
Banyak jugak la info baru yg aku dapat dari diorang.
 
Tengahari tu pulak aku ke USJ Taipan.
Settlekan macam2 urusan kat stokis.
Buat awal2 lagi senang tak kelam kabut last minute nanti.
 
Kebetulan masa sampai tu USJ Taipan dipenuhi dengan kereta2 warga ATM 181.
Ini antaranya.
Banyak lagi.
Semalam ATM ada anjurkan 1st Move Programme untuk wanita sahaja.
Seorang Pakar Perunding Imej didatangkan khas untuk semua yg hadir.
Itu yg penuh tu.
 
Lepas dah balik tu aku terpaksa ke sana balik semula.
Summit USJ.
Last minute call untuk bisnes appointment.
Bisnes partner aku, Abg Karim punya kawan.
Bangsa cina.
Senang pulak dengan diorang sebab tak banyak alasan.
Cuma yg ketara aku boleh nampak diorang ni ada sifat nak tahu.
Especially bab2 bisnes ni la.
Yg best bila share dengan diorang ni aku tetap selit bab2 Islamic tu sikit2.
Berniaga secara Islam la.
Mana tau kot tak lama lagi terbuka hati nak jumpa tok mudim. Hehehe.
 
Petang pulak spend masa dengan family.
Bawa Aidil jalan2.
Kasi dia enjoy puas2.
Gambar nanti aku upload kemudian.
Kesuntukan masa sebab nak keluar jap lagi ni.
Malam pulak ke McD.
Sesi PT dengan bisnes2 partner dari Selayang.
Aktiviti biasa untuk awal2 bulan ni.
 
Azhar
019-6696181

Friday 2 November 2012

Testimoni BBplus Kolagen - SMS

Ini testimoni yg aku dapat sendiri dari customer2 wife aku & member aku sendiri.
Yang ini through sms.
Yg through whatsapp later la.
 
Yg ini dari salah seorang member dari Ipoh, Perak.
 
Yg ini pulak dari Nilai.
 
Benda bagus sana sini orang duk tanya.
Nak cerita detail aku memang tak pandai.
Wife aku yg lebih arif.
Nak try calling2 je la.
 
Azhar
019-6696181 / 0196996181

Jumaat Punya Cerita

Hari yg agak busy.
Awal2 pagi tadi member2 dari Medical Device ajak minum.
Tapi tak dapat nak join sebab ada meeting awal2 pagi tu.
Settle meeting pukul 10.30 pagi, solat kejap lepas tu sambung lagi meeting lain plak.
Dari pukul 11 sampai la 12.30 tengahari.
 
Solat jumaat pulak kat Dengkil.
Pukul 1.40 petang dah habis solat.
Memang cepat la.
 
Bio Aura Hi-Tech Water System.
Masjid kat Dengkil ni pun guna penapis air ni.
 
Lunch pun kat port biasa dengan bisnes partner aku, Syed.
Alhamdulillah dapat pencuci mulut pisang. Hehehe.
Dah lama tak makan pisang.
Ingatkan kena bayar rupanya free je.
Kalau kat kedai mamak 1 biji dia dah kira 50 sen. Hahaha.
 
Kalau dah dengan Syed apa lagi sembang JTX 1000 la.
Macam2 tips la dia bagi aku.
Esok dia nak ke stokis borong JTX 1000 lagi.
Pecah panggung la.
Aku nak jugak join tapi macam tak boleh je sebab kena pergi opis.
Ada kerja nak kena settle.
Tapi kalau ada rezeki nak pergi jugak.
Sebab wife aku punya stok BBplus Kolagen dah nak habis.
Minggu depan punya order pun dah berderet.
Ramai betul orang order kat dia.
Aku pun macam tak percaya je.
Apapun itulah dinamakan rezeki dari Allah.
Syukur Alhamdulillah.
 
Azhar
019-6696181

Thursday 1 November 2012

November Sudah Tiba

Semalam pagi bawa Alya appointment 3 bulan.
Selesai tu aku ke Puncak Alam.
Ziarah rakan sekerja yg meninggal dunia.
Petang tu sampai2 terus ke Pejabat Pos.
Janji harus ditepati.
Post BBplus Kolagen kawan2 & customer wife aku.
Orang yg kerja kat Pejabat Pos tu pun dah kenal kitorang.
Hari2 muka yg sama pos pun benda yg sama. Hahaha.
 
Harini pun sama.
Tengahari tadi ke Pusat Latihan BSN kat Bangi.
Hujan lebat sepanjang jalan.
Sorry Danny.
Aku curi gambar ni kat wall dia.
Ke sana tadi sebab nak hantar BBplus Kolagen jugak.
Member masa kerja kat KL dulu kirim.
Hantar by hand je sebab dah dekat.
Alang2 dia ada training kat sini.
Lagi pun memang kebetulan aku dan Danny ada urusan lain kat sana.
TQ boss nanti nak repeat order bagitau je la jangan segan2.
 
Settle semua urusan kami lunch kat Dengkil.
Port biasa.
Sambil makan sambil sembang.
Sembang pasal Korea.
Bertambah semangat nak pulun.
Pasang target untuk bulan baru.
Mudah2an segala yg dirancang akan dipermudahkan.
InsyaAllah.
 
Malam ni pulak kalau tak ada aral akan ke Nilai.
Jumpa group aku kat sana.
Awal bulan ni biasanya busy bab2 ni la.
Walaupun busy tapi enjoy.
Hasil pun insyaAllah berbaloi2.
 
Azhar
019-6696181

Tinggal Kenangan

Malam Selasa baru ni aku dapat 1 berita sedih.
Rakan sekerja merangkap sahabat baik aku telah kembali ke rahmatullah.
Lebih mengejutkan arwah sihat je sebelum ni tak ada sakit apa2.
Tambah pulak usia arwah masih muda dalam awal 30-an.
Ini semua kehendak Allah.
Sampai masanya kita yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Tidak sesaat awal & tidak juga sesaat lewat.
Tepat masanya kita akan pergi meninggalkan dunia buat selama2nya.
 
Mohd Fahrul bin Ahmad.
Atau lebih dikenali dengan nama Bob.
Rakan 1 unit aku di Bahagian Kewangan Perbadanan Putrajaya.
Sepanjang setahun aku di sana, dialah orang yg paling banyak spend masa kerja dengan aku.
Minum pagi sama.
Lunch sama.
Minum petang pun sama.
Kalau tengah banyak kerja, OT pun sama especially musim gaji.
Confirm tengah malam baru balik.
Kadang2 tu esok paginya baru balik.
Kalau ada event opis weekend memang confirm aku dengan arwah terlibat sama.
Uruskan apa2 je yg melibatkan kewangan.
 
Rapat punya pasal, masa aku & wife baru nak berkenalan pun arwah pernah jadi orang tengah.
Masa hari aku bertunang pun, arwah sudi datang dengan tunang dia.
Banyak sangat la kenangan yg tak mungkin aku dapat lupakan.
Tak sangka begitu cepat arwah pergi buat selama2nya.
 
Masjid Felda Kg Bukit Cerakah, Puncak Alam.
Tempat jenazah disolatkan semalam.
 
Ahli keluarga, saudara mara & rakan2 yg memenuhi tanah perkuburan.
Masa aku sampai semalam arwah tengah nak dikebumikan.
Aku agak lewat sebab sebelum tu ada appointment anak aku kat klinik.
Tapi alhamdulillah dapat jugak tengok arwah buat kali terakhir.
 
Di sinilah bersemadinya jasad arwah.
Semoga arwah tenang di sisi Allah.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yg beriman.
Takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga arwah.
Kepada rakan2 yg terbaca entry ni, sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.
Semoga bahagia di sana.
InsyaAllah.

Tuesday 30 October 2012

Kelebihan BBplus Kolagen

Lately aku dapat banyak pm kat fb.
Whatsapp pun ada jugak.
Duk tanya pasal kelebihan BBplus Kolagen.
Jujur cakap aku tak berapa reti sangat.
Kelebihan ATM aku tahu la. Hehehe.
Suruh tanya wife aku diorang segan pulak.
Tapi ini je yg aku boleh share.
Ini pun aku dapat dari wall member2 ATM aku.
Harap dapat membantu.
 

BBplus Kolagen.
Untuk 7 Hasil Kulit Yang Cantik dan mengurangkan tanda2 penuaan.
Amat berkesan.

1. Kulit wajah berseri dan cerah.
2. Kulit lebih anjal dan tegang.
3. Kulit lebih halus dan gebu.
4. Kulit lebih lembab.
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus.
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih.
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari.
 
Azhar
019-6696181 / 019-6996181


Ketua Gangster

Seperti yang dijanjikan, aku nak sambung cerita pasal entry sebelum ni.
Pasal sahabat aku yang bernama Haji tu.
Sebenarnya aku kenal dia pun baru lagi.
Itupun sebab bisnes.
Jumpa pun baru berapa kali je.
Tapi setiap kali jumpa, mesti ada ilmu baru yg aku belajar dari dia.
Malam tadi pun dia sempat nasihatkan aku.
Simple je.
Katanya.
 
"Kalau boleh solat Subuh berjemaah.
Dan solat Dhuha jangan tinggal.
Itu umpama tulang belakang kita dalam kehidupan."

Fullstop.
Dia pun tak hurai panjang.

Cuma apa yg aku nak share dalam entry ni sebenarnya pasal kehidupan dia.
Asal usul dia.
Mungkin boleh dijadikan iktibar bagi yg terbaca.
Sebenarnya aku banyak tahu ni pun dari rakan seperguruan dia.
Nak harap dia memang dia tak akan cerita punya.

Asalnya Haji ni beragama Hindu.
Nama betul dia tak payah la aku tulis kat sini.
Dulu dia ni ketua gangster yg sangat terkenal kat Penang.
Geng dia memang besar & pengikut dia pun ramai.
Pukul orang, bunuh2 ni semua memang dah jadi mainan diorang.

Dipendekkan cerita.
Entah macam mana dia dapat hidayah dari Allah untuk mengenali Islam.
Terus jatuh cinta dengan Islam.
Akhirnya dia menganut agama Islam.
Dia mendalami Islam secara menyeluruh dengan seorang Ustaz di salah sebuah Pusat Pengajian Islam terkemuka di Malaysia.
Dekat situ la dia berkenalan dengan isterinya yg juga sedang belajar tentang Islam.
Isteri dia asalnya beragama Buddha.

Alhamdulilah jodoh dari Allah.
Mereka berkahwin & kini mempunyai 4 orang cahaya mata.
Keempat2 anak dia tahfiz.
Rezeki Allah.
Semua anak dia punya kelebihan terutamanya dari segi berbahasa.
Fasih berbahasa Hindi bila bersama keluarga sebelah ayahnya.
Fasih berbahasa Cina bila bersama keluarga sebelah ibunya.
Fasih berbahasa Melayu bila bersama keluarga di rumah.
Fasih berbahasa Inggeris.
Dan yang paling penting fasih berbahasa Arab.

Sejak memeluk agama Islam, dia memilih untuk berniaga sepenuh masa.
Itulah satu2nya punca rezeki dia sekeluarga hingga harini.
Pelbagai dugaan & cabaran yg dia lalui.
Namun dia tetap yakin dengan 9/10 rezeki yang Allah janjikan melalui perniagaan.

Ada jugak aku dengar cerita.
Masa mula2 masuk Islam dulu, pengikut2 gangster dia ramai yg mengamuk.
Mereka tak puas hati dengan Haji sebab tinggalkan group tu macam tu je..
Sampai ada 1 hari tu, pengikut2 ni serbu rumah dia kat Penang tu.
Kapak parang semua lengkap la.
Ugut nak bunuh Haji.
Nyawa bagai telur di hujung tanduk.
Kuasa Allah Haji selamat & masih hidup sampai harini.
Diorang tak jadi bunuh bila Haji cakap sesuatu.
Cuma aku nak minta maaf sangat2 sebab aku tak dapat nak tulis kat sini apa yg Haji cakap tu.
Demi menjaga sensitiviti umum so aku kena silent bab itu.
Yg pasti Haji utuh dengan agama barunya hingga harini.
Malah dia juga merupakan salah seorang pakar dalam perubatan Islam di Selangor.

Itulah serba sedikit cerita pasal kehidupan Haji.
Pada aku dah cukup untuk buat aku jadi "seseorang".
Dah cukup untuk buat aku rasa bersyukur dengan nikmat agama yg Allah bagi.

Moral of the story.
Islam terlalu luas untuk dipelajari.
Kita dilahirkan sebagai Islam.
Seharusnya kita lebih kenal akan Islam berbanding mereka yg lain.
Sekali lagi aku minta maaf kalau entry ni ada menyentuh isu2 yg agak heavy.
Aku tak ada niat pun nak timbulkan isu2 tu.
Sekadar berkongsi cerita.
Mudahan2 dapat dijadikan pedoman buat semua.

Wallahualam.

Intro Sikit

Jam sekarang dah pukul 4 pagi.
Tak terasa pulak macam nak tidur balik.
Yg patut buat InsyaAllah semua dah buat.
So tak tahu nak buat apa lagi.
Maybe jap lagi ingat nak layan buku yg baru beli beberapa minggu lepas.
Tak usik2 lagi. Hahaha.
 
Sebelum tu saje nak intro sikit.
Malam tadi agak istimewa.
Aku ada bisnes appointment dengan seseorang.
Aku panggil dia Haji je.
Memang bertuah la dapat jumpa dia malam tadi.
Aku akan cerita pasal dia next entry ye.
Sebab kalau dah start cerita nanti panjang jadinya.
InsyaAllah.
Kalau aku terlupa ingat2kan la.
 
Azhar
019-6696181

Monday 29 October 2012

Dugaan Saat Akhir

Harini agak busy kat opis.
Duk siapkan report untuk meeting esok.
Dugaan melanda sebab printer tiba2 problem plak.
Terpaksa minta tolong member2 seunit untuk print segala.
Itulah bahana buat kerja last minute.
Lain kali kena lebih beringat sikit.
 
Semalam punya cerita.
Pagi aku ke Sg Besi rumeh member aku.
Servis Bio Aura.
Dah lebih 3 tahun pakai tapi tak pernah servis.
 
Mula2 datang air tak keluar.
Lepas servis & tukar filter A, B & C terus ok.
Air keluar pun laju je.
Alhamdulillah.
Member aku tu pun bukan main seronok lagi.
Susah nak buat susu anak bila air Bio Aura tak keluar.
 
Petang aku ke Bdr Baru Bangi.
Jumpa member bank aku, Hizam untuk urusan ATM.
Settle tu terus ke rumah abg ipar aku.
Baru dapat baby perempuan.
Tu yg saje pergi ziarah.
Amira Alaisya.
Sedap nama.
Sorry gambar lupa nak snap.
 
Selesai tu aku bawa anak2 jalan kat Taman Permainan sebelah PKNS tu.
Punya la syok main sampai Aidil tak reti nak balik.
Mengamuk2 bila aku ajak balik.
Dalam kereta pun melalak je sampai hampir accident la aku dibuatnya.
Malam pulak patutnya aku layan tetamu kat rumah.
Tapi terpaksa cancel sebab aku ada urusan yg lebih penting kat luar.
Urusan peribadi yg aku tak boleh nak tulis kat sini.
Mudah2an semuanya ok2 belaka.
InsyaAllah.
 
Azhar
019-6696181

Sunday 28 October 2012

Payslip ATM

Tiba2 teringat masa mula2 aku bersama ATM.
Banyak sangat kenangan pahit & manis.
Semua tu banyak mengajar aku erti kehidupan yg sebenar.
 
Banyak benda dah berubah.
Dulu setiap kali bonus company akan post cek.
Excited tunggu cek kat rumah.
Pantang ada posmen lalu mesti nak jengah. Hahaha.
Kalau tak nak post then kena inform Angie awal2 minta tolong hold cek.
Then nanti amik kat stokis je.
 
Lepas tu makin advance.
Bonus straight away masuk dalam akaun bank.
Macam gaji la.
Tiap2 10hb check online je atau cucuk kat bank.
Statement atau payslip company akan post macam biasa.
Penting payslip tu especially time nak buat loan untuk beli aset.
Rumah, kereta atau tanah semuanya boleh.
Sangat laku kat bank.
Aku memang ada pengalaman sikit bab2 tu.
Mula2 tu macam tak percaya je.
Tapi kena percaya jugak sebab itulah hakikatnya.
Kelebihan & keseronokan bersama ATM.
 
Dan sekarang semakin advance.
Statement atau payslip tu pun boleh print online je.
Bila2 masa boleh access & print sendiri.
Tak perlu tunggu company post lagi.
Pendek kata asal 10hb je boleh check bonus online & print payslip sekali.
Memang terbaeekkk lah.
Dah 20 tahun company masih mampu berdiri teguh sampai harini.
Macam2 pembaharuan yg dibuat selaras dengan peredaran zaman.
Sayang pada mereka yg berhenti berusaha.
Sedangkan kalau mereka bertahan mungkin mereka mampu terbang setinggi awan.
Bukan mengikat kaki sendiri di bumi sambil melihat rakan2 seronok berterbangan.
Wallahualam.
 
Azhar
019-6696181

Saturday 27 October 2012

11 Zulhijjah

Sabtu.
27 Oktober 2012 brsamaan 11 Zulhijjah 1433H.
Jam sekarang menunjukkan pukul 2.45 petang.
 
Flashback 3 tahun yg lepas.
11 Zulhijjah 1430H.
Detik & saat ini merupakan detik cemas yg tak mungkin dapat aku lupakan.
Detik di mana isteri aku sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat buat aku.
Dari pukul 1 tengahari masuk lab sampai 8.30 malam baru bersalin.
Alhamdulillah sepanjang tempoh masa tu aku dapat teman isteri aku kat dalam lab.
Aku dapat saksikan betapa besar kuasa Allah menciptakan manusia ke dunia ni.
 
Muhammad Aidil Bin Azhar.
Lahir pada 28 November 2009 bersamaan 11 Zulhijjah 1430H.
Pada hari Sabtu jam 8.30 malam.
Hari bersejarah yg akan dikenang sampai bila2.
Moga kelak Aidil akan menjadi manusia yg berguna.
Moga Aidil menjadi anak yg soleh.
Anak yg taat pada perintah ibu bapa.
Yg paling penting taat pada perintah Allah s.w.t.
 
Azhar
019-6696181

3 Hari Bekerja

Selesai appointment tengahari tadi.
Kali ke-2 jumpa.
1st time haritu sorang.
Kali ni berdua dengan kawan dia.
Alhamdulillah semakin positif & yakin dengan peluang yg dibentangkan.
Kadang2 memang ada yg jenis macam ni.
Suka tanya pendapat & respon kawan2 dulu.
Nasib la kawan jenis open sanggup nak dengar dulu.
Kebanyakannya terus hentam je padahal tak tahu apapun.
 
Bila cerita bab bisnes teringat plak aku pasal kelmarin.
Masa lunch hour aku ke RHB Easycash dengan bakal bisnes partner aku.
 
Urusan dana.
Refer.
Kena tunggu 3 working days.
Kalau bawa ke branch Putra Heights dah settle agaknya.
Nak cancel pun tak boleh sebab dah masuk sistem.
Nak tak nak tunggu je la.
Mudah2an tak ubah fikiran.
Mudah2an tak salah pilih kawan untuk tanya pandangan.
 
Azhar
019-6696181

Friday 26 October 2012

Salam Aidiladha 1433H

Assalamualaikum.
Salam Aidiladha.
 
Syukur alhamdulillah.
Kita masih dipinjamkan usia untuk terus menikmati kehidupan di dunia ni.
Harini 26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433H.
 
 
Selamat Menyambut Hari Raya Qurban.
Keindahan & balasan yg baik selalunya menuntut pengorbanan.
Mudah2an kita semua akan dirahmati & diberkati Yang Maha Esa.
 
Salam Aidiladha.
Ikhlas dari kami sekeluarga.
(Azhar, Amy, Aidil, Alya)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...