Sunday 6 October 2013

Selamat Kembali - Blogger

Assalamualaikum wbt.
 
Dah berbulan rasanye sy tak update blog ni.
Bukannya tak ada idea.
Bukannya tak ada benda nak cerita.
Then kenapa lama tak update??
Hanya Allah yg tahu.
Biarlah rahsia. Hehehe.
 
Ada jugak yg duk tanya.
Apa cerita blog kau?
Blog kau dah berkubur ke?
Kau dah tak buat bisnes ke sekarang?
Macam2 spekulasi yg timbul.
Apapun jawapan sy itu semua hanya alasan.
Hakikatnya mmg sy tak update.
Thats it.
Sy pun tak berminat utk explain panjang lebar.
 
Past is past.
Yg penting hari ini & akan datang.
Sy akan berusaha utk update secara konsisten.
Mudah2an Allah beri hidayah kpd sy utk update sesuatu yg boleh memberi kebaikan & manfaat kpd semua.
Insya Allah.
 
Azhar
019-6696181

Wednesday 26 June 2013

Jerebu Ahad

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
 
Ahad.
23 Jun 2013.
Sana sini duk bercerita pasal jerebu yg semakin menjadi2.
Aku pun tak terkecuali.
Pagi tu aku ada bisnes appointment dengan Abg Shah kat Dengkil.
Restoran Hamid Maju.
Layan beberapa gambar yg aku sempat snap.
 
Selesai appointment aku singgah opis kejap.
Try settlekan kerja sikit walaupun tak settle2.
Lately kalau free weekend memang aku terpaksa datang opis.
Weekdays masa kerja memang biasanya tak dan nak usik kerja atas meja.
 
Petang aku ada 1 lagi bisnes appointment kat Presint 18 pulak.
Restoran Ali Maju.
Jumpa Abg Nasir.
Geng JTX 1000. Hahaha.
Tengok stiker dah tau.
Macam2 hal yg dibincangkan.
Macam2 isu yg diketengahkan.
 
Layan 3 layer sambil sembang2. Hehehe.
 
Malam tak ke mana2.
Spend masa dengan family.
Tapi bila anak dah start dengan cartoon,
aku pun terpaksa la layan fb & group whatsapp. Hehehe.
 
Azhar
019-6696181

Sunday 23 June 2013

Diamond Night

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
 
Semalam full dgn aktiviti.
Pagi ke McD Tmn Equine.
Jumpa member bank sembang2 pasal dana.
Tengahari ke Putrajaya.
Lunch kat Presint 15 then singgah opis kejap settlekan apa2 yg patut.
Petang pulak shoot ke MIECC, Seri Kembangan.
Diamond Night.

Tiket & cabutan bertuah.
Majlis Makan Malam, Penganugerahan Diamond & Pemenang Tabung Kereta.
Dapat doorgift.
Dapat makan malam.
Dapat raikan usahawan2 berjaya dari seluruh Malaysia.
Dapat tengok show.
Dapat bergambar.
Dapat macam2 lagi la.
Dan yg paling penting dapat semangatttt.

Cari no meja.
Nasib sampai awal.
Sempat solat dulu before cari meja.

Keadaan luar dewan sebelum ketibaan VVIP.
 
Main entrance menuju ke red carpet.
 
Penuh sesak dengan orang2 positif.

Ketibaan VVIP dan diiringi ratusan usahawan jutawan bumiputera.
Menteri KPDNKK tak dapat hadir saat akhir.
Ketua Setiausaha (KSU) KPDNKK ganti untuk perasmian.

Antara menu yg dihidangkan.
 
 
 Sebahagian dari rakan2 seperjuangan.
 
CDM Kartini Mat Yaakob.
Kalau tak tulis nama pun semua orang mesti kenal la.
 
Memang terbaekkk la dinner semalam.
Cuma yg tak bestnye bateri fon boleh kong pulak.
Power bank pun tak ada.
So ini la antara gambar yg sempat di snap.
Yg lain semua kat fon kawan2.
Harap2 diorang shoot la gambar2 yg diorang ada kat whatsapp aku ni. Hehehe.
 
Best part.
Company announced our next trip.
Free of charge.
 
GOLD COAST, Here We Come.
Hehehe.
 
Azhar
019-6696181

Nisfu Syaaban

 
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata,
Ya Muhammad,
pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka,
maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !"
 
Kata saya (Nabi Muhammad) :
"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
Dia (Jibril) menjawab:
"Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat,
maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan,
maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
 
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca :
"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha."
Kitab Zubdatul Wa'idzin.
 
Inilah doa yang dibaca pada malam NISFU SYAABAN :
"Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, Engkau catat di dalam buku catatan celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis."
 
- Petikan MAINS -

Saturday 22 June 2013

Macam-Macam Demam

Assalamualaikum.
Salam Syaaban.
Rasa sekejap je masa berjalan.
18 hari lagi Ramadhan.
Ramai yg dah mula buat persiapan.
 
Wahh dah macam pantun la pulak. Hahaha.
 
Ramai yg dah tempah baju raya.
Tempah kuih raya.
Shopping baju raya, kasut raya & segala2 yg ada perkataan raya.
Tapi tu semua bukan persiapan Ramadhan la.
Persiapan Syawal namanye. Hehehe.
Apapun selamat menyambut Ramadhan & Syawal yg bakal tiba.
Insya Allah.
 
 
Actually dah lama tak update kat sini.
Walaupun tahu betapa pentingnya update hari2.
Lately memang tersangatlah busy.
Kat opis dengan kerja la, demam audit.
Asyik2 audit sebab wabak penyakit berjangkit.
Kena panggil "doktor" baru ok rasanye.
Itu kat opis.
Kat luar demam BV plak.
Tak menang tangan layan permintaan BV.
Yg nak generate income dgn BV pun tak kurang hebatnye.
TQ ATM 181 sebab sentiasa membantu.
Kat rumah demam family la. Hehehe.
 
Apapun hidup perlu diteruskan.
Perjuangan tak mungkin akan berakhir.
TQ pada semua yg sentiasa beri sokongan.
Tahniah pada semua yg kekal atas landasan.
Bertemu kalian di Puncak Kejayaan.
 
Azhar
019-6696181

Saturday 4 May 2013

Cerita Pasal Buku

Assalamualaikum.
Selamat Sejahtera.

Harini 4 Mei 2013.
Esok hari Pilihanraya Umum ke-13.
Dah ramai yg balik kg halaman utk jalankan tanggungjawab masing2.
Dgr khabar jem sana sini.
Apa boleh buat sabar je la.
Layan la radio Ikim ke, ceramah agama ke, lagu nasyid yg berunsur ketuhanan ke.
Insya Allah tenang. Hehehe.
 
Entry kali ni just nak share sikit pasal buku.
Actually dalam sebulan dua kebelakangan ni aku suka sgt beli & baca buku.
Mungkin terkesan dgn mentor aku CDM Kamarudin.
Mmg kategori ulat buku la.
Tak pernah la kat tgn dia tak ada buku.
Sepanjang masa dgn buku.
Kat fb pun dia ada buat page.
Namanya Rumah Buku.
Boleh search kat fb & klik like utk follow.
Aku tak dapat la nak ikut cara dia.
Time management aku masih fail lagi. Hehehe.
Tak apa la.
Slowly.
 
Biografi Muhammad Bin Abdullah.
Antara koleksi terbaru aku.
Sangat menarik.
Penuh dgn kisah baginda nabi bersama para sahabat.
Daripada baginda lahir hingga wafat.
Jujur cakap aku ni dulu kalau bab2 sejarah ni memang tak la.
Result subject sejarah aku dulu pun ke laut.
Sebelum ni jenis buku yg aku minat pun yg berunsur motivasi.
Lain2 tu biasa2 je.
Tapi lately lain pulak.
Aku minat gila baca cerita2 sejarah.
Dalam buku ni mmg detail termasuk la kisah peperangan pada zaman baginda.
 
As-Syamail Al-Muhammadiyah.
1 lagi buku antara koleksi terbaru aku.
Yang ni mmg aku dah lama cari.
Selalu dgr ceramah Ustaz Don banyak kali sebut pasal buku ni.
Alhamdulillah rezeki dapat jumpa.
Buku ni banyak cerita mengenai baginda nabi berdasarkan hadis2 sahih.
Pun sgt best & bermanfaat.
Atleast apa je yg kita buat ikut cara baginda nabi dah dapat pahala.
Kalau tak baca tak tahu.
 
Ni 1 lagi.
Israk Mikraj.
Perjalanan baginda nabi menuju ke Sidratul Muntaha.
Kalau baca kat internet banyak kontroversi.
Buku ni lengkap dgn tinjauan dari sudut saintifik di sebalik kontroversi2.
Aku belum sempat baca lagi.
Maklumlah time management fail. Hehehe.
Kalau dah baca nanti aku akan share sikit2 kat sini.
Insya Allah.
 
Azhar
019-6696181

Thursday 2 May 2013

Video Istimewa

Assalamualaikum.
Selamat Sejahtera.
 
Straight to the point.
Entry kali ni aku nak post 1 video yg sgt istimewa.
Aku tgk live dgn mata kepala aku sendiri masa video ni dirakamkan.
Hampir menitis air mata.
Terus terbuka pintu hati.
Terus jatuh cinta.
Terus mencuba.
Subhanallah.
Tak terungkap dgn kata2.
 
 Jom sama2 luangkan sedikit masa.
Layan video ni.
 
 
Sejak guna BV ni dah banyak perubahan yg berlaku dalam family aku.
Ada yg boleh cerita.
Ada yg tak boleh cerita.
Especially bab kesihatan la.
Syukur sgt2 kat Allah.
 
Bio Velocity Sleep Mate.
Teknologi Cahaya Matahari dari Ilahi.
 
Sesiapa yg berminat nak dapatkannya,
call / sms / wechat / whatsapp / dll
 
Azhar
019-6696181

Wednesday 1 May 2013

Hormati Ilmu & Orang Yang Memberi Ilmu

Assalamualaikum.
Selamat Sejahtera.
 
Just to share.
Baru2 ni aku ada attend 1 kursus di sekitar Bangi.
Kursus 2 hari.
Free of charge.
1 sen pun tak kuar duit poket sbb opis yg bayar.
 
Kursus Menterjemah Motivasi Diri.
Penceramah, Tuan Haji Abdul Wahid aKa Eagles (nama samaran).
 
Antara peserta yg hadir.
Lebih kurang 20 orang semuanya.
 
Frankly speaking penceramah ni biasa2 je.
Low profile.
Penyampaian pun biasa2.
Tp pengalaman sgt luas bukan setakat kat Malaysia malah di luar negara.
Cuma maaf cakap la.
Yg aku nak tulis ni bukan pasal penceramah kursus ni.
Tp pasal sebahagian peserta kursus ni.
Sardis (sedih).
 
Langsung tak hormat penceramah.
Orang tu tgh bagi ilmu dalam majlis ilmu.
Bersungguh2 dia cuba bantu & bagi ilmu sebaik mungkin.
Tp kita sebahagiannya buat endah tak endah je.
Datang ikut suka.
Keluar masuk pun ikut suka.
Orang tgh bagi ilmu kat dalam, dia seronok sakan sembang kuat2 kat luar.
Ketawa berdekah2 kat luar dewan sampai kat dalam pun dengar.
Kalau tak suka sekalipun pun atleast respect la sikit.
Kalau niat attend kursus semata2 nak cukupkan 7 hari kursus pun agak2 la.
Majlis ilmu ni.
Penuh dgn para malaikat yg mendoakan kita.
Kursus ni pun more to pembangunan peribadi & sahsiah diri.
Banyak benda kot yg boleh dipraktikkan.
Bukan sekadar dalam opis malah lebih besar lg dalam kehidupan.
Banyak faedah yg kita boleh dapat.
Jgn la bajet diri tu bagus sgt sampai langsung tak hormat ilmu.
Agak2 kalau anak2 kita dapat tengok perangai kita yg macam tu apa dia kata????
Cuba fikir sekejap.
 
Personally aku mmg jarang dapat peluang attend kursus yg macam ni.
Tahun 2010 ada sekali kat Putrajaya.
2011 pun sekali kat KL.
2012 langsung tak ada.
So bila sekali2 dapat peluang macam ni mmg aku akan manfaatkan betul2.
Lagi2 ilmu utk dunia & akhirat macam ni.
Rugi besar kalau sia2kan macam tu je.
 
Petikan dari kata2 Prof Dr Muhaya.
Kalau diberi peluang kita sepatutnya hadir kursus/seminar yg menyumbang kepada pembangunan sahsiah diri berbanding pembangunan kerjaya.
 
Wallahu'alam.
 
Aku minta maaf kalau ada rakan2 yg terkecil hati dgn ayat2 di atas.
Sekadar luahan hati utk kebaikan kita bersama di masa hadapan.
 
Azhar
019-6696181

Kembali & Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum.
Selamat Sejahtera.
 
Lamanye tak menulis kat sini.
Kalau ikutkan ramai jugak kawan2 yg tanya.
Kelmarin masa kursus pun ada member tanya.
Malam tadi masa kat USJ Taipan pun ada jugak yg tanya.
Mulut aku ni spontan je menjawab "terlalu busy kebelakangan ni".
Dalam masa yg sama hati kecil berbisik itu cuma alasan.
Betul kata org mulut boleh menipu tp hati takkan boleh menipu.
Cuma hakikatnya kalau hati betul2 bersih mulut pun takkan boleh menipu.
Wallahu'alam.
 
Actually aku dah lama tak menulis kat sini mmg bersebab.
Jujur cakap mmg sengaja tak nak tulis.
Bukan tak ada idea.
Bukan tak ada masa.
Bukan tak ada aktiviti yg nak dikongsi.
Ikutkan banyak je benda yg boleh ditulis tp mmg aku yg pilih utk tak tulis.
 
Macam mana nak cakap eh.
Susah nak cerita.
Kalau nak cerita pun sampai esok pun tak abis.
Later la.
Cuma yg pasti lepas ni aku akan start menulis balik.
Content & pendekatan je la yg sedikit berlainan.
Sahabat2 semua doa2kanlah.
 
Harini.
Tanggal 1 Mei 2013.
Selamat bercuti buat semua warga Malaysia.
Selamat Hari Pekerja.
 
 
Tak kira la sama ada kita bekerja dgn orang atau bekerja sendiri, semoga kita menjadi pekerja yg cemerlang.
Semoga apa kerja yg kita lakukan di dunia ini menjadi ladang pahala buat kita di akhirat kelak.
 Insya Allah.
 
 Azhar
019-6696181

Sunday 17 March 2013

Jaga Ibu

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera.
 
Betul kata orang.
Mencegah itu lebih baik dari merawat.
Ramai yg setuju dgn kenyataan tu.
Cuma malangnya tak ramai yg buat macam tu.
Tak ramai yg ambil serius pasal perkara tu.
Antara alasan paling glamour lg popular adalah disebabkan kekangan wang ringgit.
Pendek kata bab kesihatan tak ada duit.
Bila bab gajet2 terkini tiba2 je ada duit turun dari langit.
 
Petang tadi aku diberi kesempatan berjumpa seorang sahabat baru dirumahnya.
Sekitar Serdang.
Dia & adik-beradik lain tgh sibuk jaga ibu mereka yg terlantar sakit kanser.
Katanya sel kanser merebak terlalu pantas.
Kini dah tahap 3.
Kos beli ubat mencecah RM15 ribu sebulan.
Sekarang mereka sedang berusaha mendapatkan bantuan & sumbangan dari badan2 tertentu.
Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.
Dari cara mereka bercerita, aku dapat bayangkan betapa mereka berharap ibu mereka cepat sembuh.
 
Aku hanya mampu berdoa yg terbaik utk keluarganya.
Ini semua ujian dari Allah.
Maka kepada Allah jugalah kita memohon pertolongan.
 
 
Aku minta maaf banyak2 kalau ada yg tersinggung dgn entry kali ni.
Aku tak ada niat utk kecilkan hati siapa2.
Apatah lg pasal wang ringgit.
Apa yg aku cuba nak sampaikan kat sini adalah pasal kesedaran.
Kita kena terima hakikat bahawa tahap kesedaran kita especially dalam bab kesihatan ni sgt mendukacitakan.
Mudah2an mulai hari ini kita akan berubah.
Kita mula sedar bahawa kesihatan tak dapat diukur dgn nilai ringgit.
 
Wallahualam.

Monday 25 February 2013

Sabtu & Ahad

Sabtu & ahad.
Seperti biasa penuh dgn aktiviti.
Layan je la beberapa gambar yg sempat di ambil.
 
Teh tarik lg.
Discusssion with my leader.
 
Cuci kereta.
Dah 2 minggu jugak rasanya tak cuci.
 
Personal touch with my group.
BV.
Car fund.
Shanghai.
 
Perjuangan tetap diteruskan walau hujan lebat mencurah2.
Hujan membawa rahmat.
 
BV di sana sini.
Semua orang nak tahu pasal BV.
Nak rasa aura BV.
Nak melancong dgn BV.
Nak tamabh sumber pendapatan dengan BV.
 
ATM ada jawapannya.
Kasi picit no kat bawah ni.
 
P/S : Ada lg gambar yg tak dpt di upload atas sbb2 keselamatan. Huhuhu.
 
Azhar
019-6696181

ATM ~ Bio Velocity

Minggu lepas.
Isnin sampai Jumaat.
Masih minggu yg agak busy walaupun auditor telah berlalu pergi.
Kat opis boleh dikatakan tiap2 hari ada meeting.
Kerja atas meja agak terbengkalai sikit la.
Sikit je.
Tak banyak pun yg terbengkalai tu.
Kena mention betul2. Hehehe.
 
Petang pulak lepas kerja tu straight away urusan bisnes plak.
Bisnes apa lg kalau bukan bisnes dgn ATM.
BV BV BV.
Ada jgk baru2 ni member tanya.
Bisnes lama dah tak buat ke??
Hehehe aku mana ada buat bisnes lain.
Masih bertahan dgn bisnes yg sama.
Dulu, kini & selamanya. Hahaha.
Insya Allah.
 
Masa bisnes ni tak menentu.
Kadang2 sampai malam.
Kadang2 tak.
Kalau tak tu aku lepak rumah je la.
Bisnes online lak.
Bisnes yg sama jugak cuma medium je lain.
Sambil2 je suka2 isi masa lapang.
Tp alhamdulillah hasil memberansangkan jugak.
 
 Asal appoinment je teh tarik.
Ada member2 suruh boikot.
Tapi sorry bro masih belum mampu utk boikot.
 
Ini pulak pasal BV.
Bio Velocity.
Produk yg tgh meletop2 kat pasaran sekarang.
Gambar kat atas ni hasil lukisan seorang saintis yg beli BV kat aku.
Dia eplain kat aku macamana sebenarnya BV tu berfungsi.
 
BV bukan sekadar bantu dari segi kesihatan.
Malah dapat bantu dari segi kebebasan kewangan.
Semuanya dibimbing oleh mereka yg terlatih dalam Akademi Taipan Malaysia (ATM).
High benefits coming.
Best time to join.
 
Azhar
019-6696181

Insya Allah

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Skrin ni aku captutre tadi dari wall fb sahabat sekolah menengah aku dulu, Akmal.
Since last week baby dia admit kat IJN.
Last week aku ada call dia tp tak dapat borak panjang sbb keadaan tak mengizinkan.
 
Tujuan aku post ni untuk mohon sahabat2 & kenalan aku yg terbaca entry ni utk sama2 berdoa akan kesejahteraan & kesihatan baby Raidh.
Mudah2an Allah perkenankan doa kita buat baby yg masih kecil ni.
Hati ni agak tersentuh setiap kali baca post ibunya pasal baby Raidh.
Mungkin sbb aku sendiri pun ada anak2 yg masih kecil.
 
Apapun, Akmal moga kau & suami tabah.
Allah Maha Besar.
Sama2 kita berdoa mohon kepada Nya.
Semoga baby Raidh diberi kekuatan utk terus berjuang.
Mudah2an baby Raidh akan cepat sembuh & kembali seperti sedia kala.
Insya Allah.
 

Wednesday 20 February 2013

Nasi Goreng Pedas

Terbaekkk.
Tiba2 terasa nak share.
Ini salah 1 makanan wajib setiap kali aku turun Johor.
Nasi Goreng Pedas Melampau2. Hahaha.
 
Actually tauke dia ni ada bagitau nama warung dia ni.
Tapi aku tak ingat pulak.
Sebab dah dekat sebulan baru nak update.
Ini la jadinya.
 
Alhamdulillah masa turun Johor 26 Januari lepas, rezeki la dapat merasa nasi goreng ni.
Selalunya ada je halangan.
Tutup la.
Hantar rombongan pengantin la.
Anak sunat la.
Ada kenduri kahwin la.
Kali ni mmg betul rezeki la.
Kami konvoi 2 kereta.
Makan sampai lebam.
Aku punya piawai pedas paling maksima.
Ada yg sederhana pedas.
Ada yg biasa2.
Ada yg langsung tak pedas.
Tapi sorry to say.
Yg kategori tak pedas tu pun still pedas jugak sebenarnya.
So just imagine la kalau pedas melampau2 tu macam mana.
Rasanye lepas makan tu kalau ada orang letak puntung rokok kat mulut aku,
boleh menyala la rokok tu. Hahaha.
 
Lokasi dia kat Tongkang Pecah, Batu Pahat.
Nak describe detail tu aku berapa pasti la.
Cuma yg aku ingat tauke dia cakap warung dia tu ada fanpage kat fb.
Try la search & like kalau boleh jumpa.
 
Apapun.
TQ pada sepupu aku Baim yg belanja kami semua malam tu.
Moga bertambah murah rezeki hendaknya.
 
Azhar
019-6696181

Monday 18 February 2013

Rumah Terbuka Cina

Sabtu lepas.
Siang celebrate birthday abah.
Malam pulak attend jemputan rumah terbuka member sempena Chinese New Year.
Ah Fock & wife dia Ah Mei.
 
Every year dia mesti jemput aku 1 family beraya kat rumah dia.
This year seminggu sebelum dia dah inform.
Kena kosongkan jadual la.
 
Antara menu yg dihidangkan.
Macam2 jugak la.
Main dishes ada.
Side dishes pun ada.
Layanan VVIP.
Terbaeekkk. Hehehe.
 
TQ Ah Fock & Ah Mei.
Siap dapat angpau lg.
 
~ Gong Xi Fa Cai ~
 
Azhar
019-6696181

Selamat Harijadi Abah

18 Feb 2013
Ulangtahun harijadi abah yg ke-65.

Happy birthday abah.
Celebrate in advance.
16 Feb 2013 hari Sabtu yg lepas.
 
Aturcara majlis bermula dengan bacaan doa selamat oleh aku sendiri.
Special request from abah.
Then bermulalah upacara yg dinantikan oleh kanak2.
Potong kek.
 
Tiup jgn tak tiup.
Anak2 dah tak sabar nak makan kek.
 
Hadiah harijadi istimewa dari kami utk abah.
Bio Velocity Sleep Mate.
Pelapik Tilam Berteknologi Sulaman Cahaya Matahari. 
 
Abah kata baru pegang pun dah rasa lain.
Aura cahaya matahari ciptaan Allah.
Kita manusia hanya mampu berusaha.
Segala2nya atas kehendak Nya.
 
Abah & makngah.
 
Amboi bukan main lagi si toncet ni dengan atuk dia.
Sengih memanjang.
 
Makan time.
Antara menu yg disediakan.
Kali ni semuanya home made.
Celebrate kat rumah je.
Lebih meriah rasanya.
 
Abah tak sabar2 rasmikan BV ni.
Syok punya pasal terus terlena.
Yg ajaibnya senyap je abah tidur kali ni.
Apa lg kelainan yg abah rasa akan aku share di entry yg lain. Hehehe.
 
Apapun.
Happy Birthday Abah.
Mudah2an abah dikurniakan kesihatan yg baik.
Mudah2an abah dipanjangkan lg usia.
Mudah2an abah lebih dimurahkan rezeki.
Mudah2an abah kekal bahagia dunia dan akhirat.
Insya Allah.
 
Azhar
019-6696181

Sunday 17 February 2013

Kenangan Bersama Arwah

Flashback sikit.
Jumaat baru ni aku solat jumaat di Surau Presint 9, Putrajaya.
Maaf tak ingat pulak nama surau tu.
Kali ni sebelum pukul 1 tengahari aku dah sampai situ.
Surau masih lengang.
Parking kereta pun senang.
 
Actually entry kali ni aku bukan nak cerita pasal solat jumaat kat situ.
Aku just nak cerita pasal seseorang.
Aku asyik terkenangkan dia masa aku mula2 sampai kat surau tu kelmarin.
Banyak kenangan dengan dia kat situ.
Sekitar tahun 2006 & 2007 dulu aku dengan dia selalu solat jumaat kat situ.
Kadang2 naik kereta hitam aku.
Kadang2 naik kereta putih dia.
Lepas solat kami lepak minum kat mamak.
Kalau tak sempat, minum kat cafe bawah opis je.
 
Semua tu kini tinggal kenangan.
Macam tak percaya yg dia dah pergi buat selama2nya.
Macam tak percaya yg dia dah meninggal dunia dalam usia yg muda.
Rasa hiba je sepanjang aku kat surau tu kelmarin.
Terbayang2 saat berjemaah dengan arwah kat situ.
 
Fahrul Rizal atau aku lebih senang panggil Bob.
Gambar ni masa Majlis Pertunangan aku tahun 2007 dulu.
Arwah Bob antara rakan opis aku yg dapat hadir masa tu.
Arwah mmg rapat dengan aku.
Malah family aku pun senang dengan sifat arwah yg sgt peramah.
Setap kali tengok gambar ni rasa sayu je.
 
Aku sentiasa berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat.
Juga ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yg beriman.
 
Al-Fatihah

Thursday 14 February 2013

Kita Tidur, Dia Kerja

Alhamdulillah.
Baru selesai urusan PT dengan group di McD tadi.
Matlamat semakin jelas.
Susun gerak kerja utk misi seterusnya.
 
Flashback.
Siang tadi aku sempat closing kat USJ9.
Terkejar2 jugak la tapi alhamdulillah dipermudahkan.
 
Cash ada.
Credit card ada.
Authorization form pun ada.
Semuanya BV BV BV.
 
Bio Velocity Sleep Mate.
Tidur berkualiti sepanjang malam.
Pendek kata tidur nyenyak la.
Kita tidur, BV bekerja utk badan kita.
Mmg syokkkk.
 
Semunya member2 dah booking.
Macam goreng pisang panas.
 
Angkut jangan tak angkut.
Kasi penuh kereta dengan BV.
Dengar cerita bawa BV dalam kereta pun ada kesan pada kereta.
Betul ke???
Wallahualam.
Kuasa Allah.
Cahaya matahari anugerah Allah.
 
Bio Velocity.
Teknologi Sulaman Cahaya Matahari.
 
Azhar
019-6696181
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...