Friday 30 March 2012

Restoran Cina Muslim

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Alhamdulillah selesai semua urusan untuk bulan ni.
Urusan kerja selesai.
Urusan akademi pun selesai.
Tinggal nak touch up lagi sikit2 je.

Tadi aku ke USJ Taipan.
Minum2 dulu dengan Abg Nasir dan Abg Hamizul kat Restoran Cina Muslim.
Aku siap tapau lagi.
Janji dengan tauke restoran pukul 10.30 malam aku datang amik makanan tu.
Nak makan masa panas2.
Maklumlah tekak orang mengandung kena la layan.
Lagipun jiran aku pun ada kirim jugak.
Dah lama dia pesan baru malam ni ada rezeki.
Sebelum ni macam2 cabaran yang datang setiap kali aku nak ke USJ.

Malam tadi ada taklimat khas untuk warga akademi.
Yang bagi taklimat pun orang luar.
Memang terbaeekkk la.
InsyaAllah semakin mudah perjalanan lepas ni.
Gambar ada je aku snap tadi tapi maaf la aku tak upload atas sebab2 tertentu.

Buat rakan2 akademi, jumpa anda di Guangzhou.

Azhar
010-2207181

Wednesday 28 March 2012

Isu Gaji Naik 13%??

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Baru2 ni aku pergi minum2 dengan member opis dan bisnes partner aku kat Dengkil.
Terbuka la cerita pasal kenaikan gaji kakitangan awam 13% tu.

Aku memang dah tahu gaji baru tu start bulan depan.
Cuma yang aku tak tahu bila diorang cakap kenaikan 13% tu sebenarnya based on gaji P1T1.
Bukan tangga gaji sekarang.
Betul ke??
Aku memang langsung tak tahu.
Kalau siapa2 yang tahu sila la komen kat bawah ni.
Especially yang kerja unit gaji.
Aku yakin ramai yang nak tahu.

By the way post entry kali ni member aku yang request.
Ikutkan aku malas nak share.
Andainya menimbulkan isu2 yang tak sepatutnya aku mohon ampun in advance ye.

Azhar
010-2207181

Ambil Nafas

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Apa khabar2 rakan2 pembaca??
Terima kasih kerana masih sudi mencemar duli menatap blog yang tak seberapa ni. Hehehe.

Frankly speaking, lately aku memang agak busy sikit.
Biasa la kerja ni dia ada musim2.
Masa busy tu memang busy yang amat la.
Masa tak busy tu siap boleh berangan lagi kat opis. Hahaha.

Rasanya tak sempat nak bernafas la dalam seminggu dua ni.
Aktiviti rutin pun dah banyak yang terbabas.
Dah lama sebenarnya tak baca paper online dan blog rakan2 seperjuangan waktu pagi.
Dah lama tak buka fb or twitter waktu lunch kalau tak keluar demo.
Lebih malang lagi lately kerap jugak la kantoi solat yang sunat.
My bad.
Apa boleh buat.
Saya Yang Menurut Perintah.
Aku betul2 harap ke"busy"an ni akan cepat2 berlalu pergi.

Itu cerita kat opis.
Luar opis lain pulak ceritanya.
Tengahari kelmarin lepak Dengkil dengan bisnes partners aku.
Tapi tak boleh lepak lama sebab aku agak rushing ada meeting petang tu.
Petang tak dapat buat apa la sebab meeting lambat habis.
Sampai rumah pun dah malam.
Kat rumah pun kerja jugak.
Kerja follow up.
Follow up new bisnes partners.
And follow up bank.
Alasan processing jem tak boleh diterima sama sekali.

Semalam pun sama pagi dan petang meeting.
Kerja atas meja tak jalan.
Malam tadi bawa wife pergi urut dengan sorang ustazah ni kat Serdang.
Kesian dia dah 3 hari menahan kesakitan.
Alhamdulillah nampak gaya macam dah semakin okay.

Pagi nanti ada appointment doktor pulak.
Aku betul2 lupa.
Nasib baik la wife ingatkan malam tadi.
Mudah2an semuanya baik2 belaka.
InsyaAllah.
Boss saya masuk lambat ye pagi ni. Huhuhu.

Jam sekarang menunjukkan pukul 4.35 pagi.
Aku nak try lelapkan mata kejap.
Dapat 1 jam pun jadi la.

See u guys.

Azhar
010-2207181


Monday 26 March 2012

Thanks But No Thanks

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Semalam aku tak sempat nak update blog.
Macam2 aktiviti yang aku buat dari pagi sampai malam.
Memang enjoy tapi ada frust jugak la.
Frust sebab tak dapat pergi USJ Taipan jumpa kawan2 yang baru balik dari Vietnam.
Dengar cerita ada ole2 tu yang frust tu. Hahaha.
Lebih frust lagi tak dapat dengar otai2 dari Penang sharing semalam.

Asalnya memang nak pergi.
Bisnes partner aku dari Kuala Kangsar tu, Shahir ada nak bawa kawan dia pergi akademi semalam.
Dah on the way tu dia sms kata tukar lokasi.
Ajak jumpa kat Shah Alam dekat dengan rumah kawan dia tu.

Kami lepak kat kedai mamak je.
Aku share macam biasa.
Cara kawan dia dengar pulak macam luar biasa.
Selesai je dia pun kata..
"Thanks but no thanks.
Bisnes ni tak sesuai dengan jiwa saya.
Saya tak suka jual barang and saya tak suka cari orang."

Hahaha nampak sangat dia tak fokus langsung dengan apa yang aku cerita.
Memang sah2 aku dah bagitahu takde jual barang dan takde cari orang.

Betul kata orang.
Mata yang terbuka belum tentu nampak.
Mata yang tertutup belum tentu tak mendengar.

Wallahualam.

Azhar
010-2207181

Saturday 24 March 2012

Showroom

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Harini agak kepenatan sikit.
Ingat nak tidur awal malam ni.
Rehat cukup2.
Esok nak overtime lagi.

Awal pagi kat Seri Kembangan minum berdua dengan Aidil.
Then ke Sg Besi demo tauke bengkel.
Selesai tu terus ke Putrajaya.
Settle kerja opis sikit.
Dari Putrajaya ke Serdang Raya pulak.
Pergi showroom Honda.
Balik showroom ke Serdang.
Lepas tu McD Tmn Equine.
Last sekali bantal peluk kat rumah. Hehehe.

Jom layan gambar2 kat showroom.
Itu yang paling menarik.
Tempat aku beli kereta aku 2 tahun yang lepas.

Syok la Aidil dan mama dia dapat naik kereta baru.
Tak toleh belakang lagi dah.
Si Aidil ni tegak je berdiri kat tengah2 tu.

Ok la nanti2 sambung lagi.
Nak tidur dulu.
Nak mimpi yang indah2.
Good night.

Azhar
010-2207181

Friday 23 March 2012

Rezeki Terpijak

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Syukur Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan lancar.
Awal pagi tadi aku ada meeting kat opis.
Memang sharp la meeting start.
Dari 8.15 pagi dan habis 12.15 tengahari.
Non stop.
Tak sempat pergi minum pagi dulu.
Tak sempat nak lari solat dulu.

Betul kata orang.
Orang berniaga jugak yang best.
Masa mereka tentukan sendiri.
Pagi hantar anak pergi sekolah.
Lepas tu boleh pergi minum2 dulu sambil baca paper.
Lepas tu balik rumah rehat2 baru pergi berniaga.
Bila la agaknya aku nak dapat merasa macam tu. Huhuhu.

Tengahari pulak aku solat jumaat kat Dengkil.
Member aku, Syed amik kat opis.
Makin senyap aku dengar bunyi enjin kereta Exora dia.
JTX 1000 punya penangan la tu.
Kami lunch dulu kat port biasa before pergi solat.
Aku la makan tak ingat dunia sebab kelaparan 4 jam meeting makan buah je.
Menu makanan sihat katanya. Hehehe.
Nasib baik la tadi masa khutbah mata tak mengantuk dek kekenyangan.
Kalau ikutkan malam tadi pun tidur bukan cukup sangat.
Tapi syukur la mata segar je.
Penangan Garam Buluh pagi tadi agaknya.

Lepas kerja tadi aku cepat2 balik rumah.
Member bank aku dah tunggu sebab nak collect dokumen.
Asalnya nak submit 1 je.
Tiba2 jadi 2 pulak.
Inilah rezeki terpijak namanya.
Petang tadi sampai 1 sampul pos laju.
Ingatkan apa.
Rupa2nya dokumen untuk another new bisnes partner dari Kuala Kangsar.
Weekend haritu aku demo dia masa dia turun KL atas urusan keluarga.


Mudah2an dua2 ni sempat la bulan ni.
Aku harap segala urusan akan dipermudahkan.
Mereka teruja untuk bersama akademi.
Tambah lagi bab melancong percuma tu.

Appointment dengan Abg Rahman petang tadi tertunda lagi sebab dia ada urusan kerja.
Tapi aku dah dapat ganti dengan appoinment lain jap lagi.
Wish me luck.

Azhar
010-2207181

Check Up

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Mata ni tak boleh nak lelap pulak.
Ikut hati rasa nak tidur balik sementara tunggu Subuh nanti.
Tapi mata ni degil pulak.
Dah la awal pagi nanti ada meeting.
Pukul 8.15 pagi dah start.
Persediaan untuk Exit Conference Audit Negara.
Meeting yang betul2 punya next week.
So dah alang2 mata tak boleh nak lelap ni, aku curi masa la 10 minit update blog kejap.

Semalam punya cerita.
Lepas kerja aku terus shoot ke Serdang.
Ada urusan akademi sikit.
Tapi tak lama la.
Tak sampai setengah jam pun.
Selesai semua aku bawa anak isteri layan Nasi Goreng Daging Kunyit dulu 1 round.
Tersandar la Aidil dek kekenyangan.

Pukul 8 malam pulak aku bawa wife check up kat klinik.
Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.
Wife aku la orang yang paling gembira.
Doktor scan kandungan dia malam tadi.
Boleh dikatakan hajat dia termakbul la kali ni, InsyaAllah.
Senyum sampai ke telinga.
Hati pun berbunga2.
Siap minta hadiah bunga lagi.
Tapi aku cakap malam kedai bunga dah tutup. Hahaha.
TQ la doktor siap ada bagi softcopy lagi.

Aku berdoa pada Allah moga semuanya selamat.
Mudah2an semuanya sihat dan segala urusan dipermudahkan.
Masa scan tu aku tengok dari jauh je sebab anak aku si Aidil ni pun bukan main aktif lagi dia.
Sama aktif dengan adik dia kat dalam perut tu.
Yang aku nampak kat screen tu baby duk menguap je.
2 kali pulak tu.
Habis mengantuk la tu agaknya. Hehehe.

Entah kenapa aku rasa termotivasi pulak.
Rasa bersemangat je bila tengok baby tu.
Rasa macam nak terus pergi demo je.
InsyaAllah harini akan aku laksanakan.
Lepas opis hour nanti aku ada 2 appointment.
Bisnes partner aku, Abg Rahman dah inform aku semalam lagi.
Minta aku free kan diri.
Nanti aku akan update lokasi pertemuan.
Siapa free boleh la join.
Tapi kasi call la dulu ye.

Azhar
010-2207181

Thursday 22 March 2012

Belajar Tinggi2

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Semalam result SPM dah keluar.
Aku memang betul2 tak empat nak update.
Tahniah pada adik2 yang berjaya dapat keputusan cemerlang.
Yang kurang cemerlang tu jangan cepat putus asa.
Ini baru permulaan.
Perjalanan masih terlalu panjang.

Biasanya sebelum beberapa hari nak keluar result tu mak ayah yang tak lena tidur.
Duk fikir macam mana la keputusan anak dia nanti.
Arwah mak aku pun macam tu la dulu.
Asal nak keluar result exam je dia yang tak boleh tidur.
Sampai darah tinggi naik la.
Maklumlah mak mana yang tak risau bila dapat anak yang malas nak belajar macam aku ni.
24 jam asyik main je.
Tapi syukur la berkat doa mak, aku ni jadi manusia jugak la sekarang. Huhuhu.

Ni gambar kenangan aku dan arwah mak aku.
Mak aii kurus gila masa ni.
Maklumlah tahun 1999 beb.
Masa ni aku form 5.
Aku dapat Anugerah Sri Cendekia 1999.
Kira macam best student la walaupun tak berapa nak best.
Yang bestnya abah aku pun dipanggil naik pentas bagi anugerah tu kat aku.
Glamour la kami seketika. Hehehe.

Really miss that moment.
Rasanya ini gambar terakhir aku dan arwah mak.
Beberapa bulan lepas tu mak meninggal dunia.
Tak sempat nak hantar aku masuk u.
Doktor kata usus perut mak pecah sebab terlalu banyak makan ubat.
Mak aku pun banyak makan ubat masa tu sebab excited nak hantar aku masuk u la.
Nak kasi kurang sikit sakit lutut dia.
Nak kasi kuat berjalan.
Pantang ada orang kata ubat ni bagus dia mesti beli.
Last2 lain jadinya.
Memang dah tertulis ini semua ketentuan Allah.
Tapi sampai harini aku masih susah nak maafkan diri aku dengan apa yang dah terjadi tu.
Stop la.
Taknak la cerita sedih2.
Kita layan cerita happy2 je.

Berbalik pada cerita SPM tadi, aku nak ucap tahniah la pada yang dah berjaya.
Berjaya atau tak tu perkara ke-2.
Yang penting anda dah usaha sungguh2.
Tak semestinya tak berjaya dalam SPM tu terus tak berjaya dalam hidup.
Cepat2 tetapkan matlamat untuk masa depan.
Belajar tetap kena belajar.
Ilmu tetap kena tuntut tak kira la ilmu apa pun janji bukan ilmu hitam. Hehehe.
Belajar la tinggi2 sampai berjaya bekerja untuk diri sendiri.
Bukan untuk bekerja makan gaji semata2.

Azhar
010-2207181

Wednesday 21 March 2012

Platform Terbaik

Syukur Alhamdulillah.
Rezeki dari Allah untuk hari ni.

Dalam kesibukan di opis, aku dapat berita gembira dari member bank aku.
Full pakej lagi untuk CC Hamid.
Tahniah.


Bisnes semakin menjadi2.
Dugaan demi dugaan dihadapi dengan tenang.
Tak cepat melatah.
Sentiasa cool je.
Siapa kenal CC Hamid dia tahu la.
Ada je masalah cepat2 dia refer kat trainer2 dalam akademi.
Dia jenis tak pendam sorang2.

Sedar tak sedar DSM dah semakin hampir.
Hanya perlu gandakan usaha je.
Tak payah pandang belakang lagi.
Pedulikkan je apa orang nak kata.
Yang penting buat je.
Biasa la tu adat orang berniaga.
Macam2 orang akan kata.
Itu tak kena, ini tak kena.
Mereka je la yang serba sempurna.

Kalau keje kat opis pun sama je.
Cabaran tetap ada.
Cuma bezanya mungkin dari orang dalam la.
Yang jenis talam 2 muka ada.
Senyum kat depan, tapi tikam belakang.
Fitnah jual nama orang sana sini.
Tutup periuk nasi orang.
Seronok agaknya hidup di sumpah seranah orang.
Gembira agaknya bila tengok orang bertelagah sana sini.
Suka agaknya bile tengok orang lain menderita.
Hidup macam tak ingat 1 hari nanti akan mati.
Macam tak takut balasan Allah kat akhirat nanti.
Alamak sorry beb dah terkeluar topik pulak. Hahaha.

Berbalik pada cerita CC Hamid tadi. Hehehe.
Aku rasa bersyukur sebab dapat buka peluang akademi ni pada dia dulu.
Dan dia pun bersyukur Allah buka pintu hati dia untuk bersama akademi.
Pada dia ini platform terbaik untuk dia bantu rakan2 dia yang lain.

Siapa2 berminat nak tahu pasal akademi boleh call tanya dia.
Tapi no fon nanti aku update kemudian sebab fon dia hilang baru2 ni.
Tak pun boleh refer kat leader dia, Danny.
Kat aku pun boleh.


Azhar
010-2207181

Pasar Malam

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Terima kasih pada yang masih sudi menjenguk kat sini.
2 ke 3 hari ni kat opis aku memang busy yang amat sangat.
Luar opis macam biasa la urusan akademi pulak.
Semalam je sehari suntuk kat luar.
Dekat pukul 1 pagi baru sampai rumah.

Petang tadi aku terpaksa tunda 1 lagi appointment sebab meeting kat opis lambat habis.
Pukul 6 petang pun masih dalam bilik meeting lagi.
Frust jugak tapi takpe la ada hikmah semua ni.

Lepas solat tadi aku terus gerak balik rumah.
Sempat singgah pasar malam dulu.
Dah lama sangat aku tak pergi pasar malam.
Dah lebih setahun rasanya.
Kalau ada pun pasar ramadhan je la last year.

Tapau makanan untuk anak isteri aku.
Aku ajak isteri aku pergi sekali dia taknak pulak tadi.
Tak larat katanya.
Bukan apa orang tengah mengandung ni selera lain sikit.
Tu pasal la aku ajak dia lagi senang cerita.

Seronok je aku tengok orang berniaga.
Suasana tu enjoy je aku rasa.
Majority melayu yang berniaga.
Macam2 makanan ada jual.
Air minuman pun tak kurang hebatnya.
Terasa macam tengah bulan ramadhan pun ada jugak. Hehehe.

Syukur Alhamdulillah.
Masih ramai yang yakin 9/10 rezeki adalah dari perniagaan.

Jom berniaga.
Kalau tak secara full time pun, part time pun kira ok la.

Azhar
010-2207181

Tuesday 20 March 2012

Jual Kereta Bayar Bil Elektrik

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Jual kereta bayar bil elektrik.
Biar betul??

Betul la ni.
Perkara ni berlaku kat JB.
Ada penduduk sampai terpaksa jual kereta sebab nak bayar bil elektrik yang tiba2 melambung tinggi.
Dulu bil sebulan antara RM30 ke RM50 je sebulan.
Start bulan April 2011 bil melambung naik sampai RM800 ke RM2,000 sebulan.

Mak aii tak munasabah tu.
Laporan kepada TNB dah dibuat tapi tak ada apa2 tindakan yang dilakukan.
Bila bil dah tertunggak terus bekalan elektrik disekat.
Kesian mereka terpaksa bergelap dah hampir 2 minggu.
Mudah2an masalah mereka akan selesai seberapa segera.

P/S : Aku pun terasa kebelakangan ni bil elektrik rumah aku memang lain skit. Hehehe.

Azhar
010-2207181

Akademi di Vietnam

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Lately aku memang agak busy yang amat.
Kelmarin (Ahad) aku busy dengan urusan akademi.
Ada 3 appointment termasuk 1 tu servis BA.

Semalam pulak seharian busy dengan urusan opis.
Punya la busy sampai lupa nak return call trainer akademi, Kapt Jai.
Pukul 12 lebih malam tadi dia ada call jugak tapi aku dah pengsan tak ingat dunia.
Ni bangun2 pukul 3 lebih tadi ingat nak call balik tapi takut menggangu pulak.
Tunggu esok je la.
Sorry ye tuan kealpaan amat dikesali. Hehehe.

Harini rakan2 akademi akan terbang ke Vietnam.
Semoga kalian akan enjoy kat sana nanti.
Shopping jangan tak shopping.
And kalau shopping nanti jangan lupa kawan2 di sini. Hahaha.
Aku tak dapat nak join kali ni sebab ada komitmen yang lebih besar kat sini.
Next trip kalau takde aral InsyaAllah aku join.

Next trip April, Holland & Belgium.
Then Jun, Guangzhou.
Free of charge.
Masih terbuka pada semua.
Siapa rasa nak join, kasi call/sms ini no ya.
010-2207181
Azhar

Sunday 18 March 2012

Kau Ibarat Segelas Air

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Wahh tajuk entry kali ni lain macam je.
Mamat jiwang ke. Hahaha.

Sebenarnya nak share 1 cerita.
Balik dari opis tengahari semalam aku ada jumpa sorang member ni.
Kali ke-2 kami jumpa.
Dulu aku dah pernah share pasal akademi tapi dia tak minat.
Aku pun tak paksa.
Rupa2nya bila jumpa semalam baru aku tahu bukan dia tak minat.
Cuma dia tak paham dengan apa yang aku cerita masa tu.

Gelas terbalik.
Inilah gambaran masa 1st time aku jumpa dia dulu.
Dia memang sangat negatif.
Dia dah block dia punya mind masa nak jumpa aku dulu.
So apapun ilmu yang aku share masa tu 1 pun tak masuk dalam kepala dia.
Aku cakap apapun semua dia bangkang.
Sama la macam gambar kat atas ni.
Setitis air pun tak boleh masuk sebab dah tertutup macam tu.
Tuang la air banyak mana pun, memang ke luar gelas jugak perginya.

Ini baru betul.
Kena buka.
Baru la ilmu boleh masuk.
Nak buat tak nak buat belakang kira, yang penting kasi faham dulu.
Kalau kita buka minda kita macam ni baru la ilmu masuk.
Baru la boleh tuang air.
Nak kasi penuh pun boleh.

Kesimpulannya.
Nak buka atau nak tutup tu terpulang la pada anda.
Yang pasti aku akan share peluang ni pada siapa2 je.
Tahniah Bob sebab dah buka minda sebelum jumpa aku semalam.
Selamat datang ke Akademi Taipan 181.

Siapa2 yang beminat nak tahu boleh call/sms aku.
Azhar
010-2207181

Masa Dan Duit

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Tajuk entry aku kali ni "Masa dan Duit".
Tiba2 je terasa nak tulis pasal benda ni.

Selasa lepas aku attend 1 course ni kat Cyberview Garden, Cyberjaya.
Syok jugak dapat ramai kawan2 baru.
Ada yang dari Kelantan.
Ada yang dari Labuan dan lain2.
Waktu break tu biasa la lepak2 borak macam2 hal dengan kawan2.

Tiba2 ada sorang member opis aku ni tanya.
En Azhar weekend sy tgk kat fb busy eh??
Tak penat ke??
Tak sempat lagi aku nak jawab, dia dah jawab dulu. Hehehe.
Tapi zaman sekarang ni memang macam tu la kan.
Kena pilih nak masa ke nak duit.
Kalau ada masa, takde duit.
Kalau ada duit, takde masa.

Kalau korang nak pilih yang mana??

Sebenarnya aku sangat setuju dengan apa yang dia cakap tu.
Cuma yang aku nak tambah sikit kat sini, sekarang memang takde masa sangat.
Tapi akan datang belum tentu lagi.
Dengan syarat dari sekarang kena all out sampai betul2 jadi.
Sampai 1 tahap nanti masa ada, duit pun ada.
Macam mana caranya??
Semuanya dah di ajar dalam akademi.
Tinggal kena percaya dan buat je.

Wallahualam.

P/S : Tq la pada member opis yang telah mencetuskan topik entry ni. Hehehe.

Azhar
010-2207181

Saturday 17 March 2012

Biar Betul Akademi??

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.
Salam Hujung Minggu.

Apa yang biar betulnya??
Apa yang akademi buat??

Public Bank
10 Mac 2012
RM5,995.28
Wow banyak tu duit masuk.
Ini salah 1 bonus warga baru Akademi Taipan.

CIMB Bank
9 Mac 2012
RM7,112.80
Ini pun salah 1 bonus orang baru dalam akademi.
Kalau makan gaji payah jugak nak dapat macam ni.

CIMB Bank.
9 Mac 2012
RM11,307.55
Ini pun bonus salah seorang warga akademi.
Baru setahun bersama akademi dah berjaya dapat pendapatan 5 angka sebulan.
Qualified melancong pun dah macam2 tempat dah.
Hujung bulan ni ke Vietnam.
Bulan depan ke Belgium & Holland pulak.


Ini pun salah seorang warga baru akademi.
Income 9 bulan pertama bersama akademi dah cecah RM157,065.55
Luar biasa kan??

Akademi Taipan membentuk insan biasa menjadi luar biasa.
Semuanya bukan mustahil.
Yang penting harus berani berubah.
Beri peluang pada diri sendiri untuk berubah.
Buang ego jauh2.
Akademi sedia membantu.

Call/sms.
010-2207181

Impian bakal menjadi kenyataan.
Mimpi bakal menjadi realiti.
InsyaAllah.

Friday 16 March 2012

Simpan Gaji Bersih

Payslip.
Masing2 ada payslip.
Kerja kerajaan ada payslip.
Yang kerja swasta pun ada payslip.

Aku bukan nak cerita pasal payslip.
Aku just nak cerita pasal gaji bersih kita semua.
 
Cuba ambil payslip masing2 dan tengok berapa gaji bersih kita sekarang.
Itulah gaji yang kita terima lepas tolak komitmen2 dalam payslip.
Luar payslip tak kira lagi.

Biasanya apa kita buat dengan gaji bersih kita tu??
Bayar kereta.
Bayar rumah.
Bayar PTPTN.
Bayar bil elektrik, astro dan internet.
Beli barang2 rumah.
Belanja dapur.
Bagi mak, ayah, mertua dan lain2.
Isi petrol.
Belanja sekolah anak2.
Makan pakai anak2.
Bayar gaji maid atau pengasuh.
Dan macam2 lagi la.
Berapa baki yang tinggal??
Agaknya berapa yang kita boleh simpan sebulan
dalam ASB atau Tabung Haji atau apa2 je la lepas tolak semua2 ni.
RM100 sebulan??
RM300 ebulan??
RM500 sebulan??
Atau tak simpan langsung??

Meh sini aku nak war2kan 1 berita baik pada semua.
Akademi ada 1 formula yang mana kita boleh simpan semua gaji bersih kita tu
dalam ASB atau Tabung Haji atau lain2.
Gaji bersih yang kita dapat tu tak perlu usik walau 1 sen pun.
Kita simpan semuanya.
Agak2 best tak kalau dapat buat macam tu??

Habistu nak belanja macam mana??
Nak bayar hutang pakai duit mana pulak??
Call/sms je aku.
Nanti aku terangkan formula tu.
Pasti tak menyesal.
Pastikan simpanan anda melebihi RM100,000 setahun tanpa perlu buat loan.
InsyaAllah.

Azhar
010-2207181

Jambatan Ilmu

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Jam dah hampir2 pukul 5 pagi.
Aku malas nak tidur balik.
So saje nak share buku2 yang aku sempat khatam dalam masa muhasabah diri beberapa hari ni.
Tapi masih ada yang dalam proses nak khatam.
Tinggal sikit je lagi.

Yang ni dah khatam kali ke-2.

Ini baru khatam kali pertama.
Menarik jugak.
Penuh dengan unsur2 motivasi.

Yang ni akan khatam kejap lagi.
InsyaAllah.
Rupa2nya masih banyak benda yang selama ni aku belum tahu.
Kadang2 benda yang mudah pun aku selalu terlepas pandang.

Inilah antara benda2 yang aku biasa buat masa anak isteri tengah tidur.
Orang kata membaca itu jambatan ilmu.
Pada aku betul la tu.
Mudah2an ilmu yang aku dapat dari bacaan2 ni dapat dipraktikkan.
InsyaAllah.

Azhar
010-2207181

Thursday 15 March 2012

Patah Kaki

"Rumah terbakar nampak asapnya.
Hati terbakar siapa yang tahu.."

Kata2 Karam Singh Walia yang sangat sesuai dengan aku. Hahaha.

Welcome back.
Rasa macam dah lama je tak update blog.
Tak sangka ramai jugak yang tanya mana menghilang.
Sepi je tengah sedih ke kereta kena hentam kelmarin.
Apapun tq la pada yang concern.
Alhamdulillah ada jugak pengunjung setia blog aku ni. Hehehe.

Sebenarya takde la sedih pun.
Panas hati tu ada la sikit.
Tapi tu pun takde la lama mana.
Balik rumah tengok muka anak isteri terus lupa masalah.
Cuma dalam sehari 2 ni sempat jugak la muhasabah diri.
Maklumlah baru je renew roadtax insurance tup2 berdentum pulak.
Tertanya2 jugak.
Ini balasan atau dugaan.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Aku redha.

Remuk hatiku umpama remuk keretaku ini. Hehehe.

Alhamdulillah petang semalam dah hantar masuk klinik.
Tak boleh tunggu lama sebab pintu belakang ternganga takut nanti masuk air.
Itupun berjalan ke mana2 semua orang duk pandang.
Tu yang segera hantar tu.
InsyaAllah esok keluar.
Patah jugak kaki dibuatnya bila takde kereta ni.
Susah nak ke mana2.

Syukur urusan dipermudah.
Malam semalam aku dapat jugak attend 1 appointment kat Bangi.
Pergi dengan leader aku, Abg Hamizul.
Dia datang ambil aku kat rumah.
Brother ni minta datang sebab minta tolong service BA dia.
Kiranya dia ni user la.
Alhamdulillah dari user kini dah bertukar jadi usahawan bersama Akademi Taipan.

Sampai rumah aku pun dah dekat 11 malam.
Tu pun Abg Hamizul lepak lagi kat rumah aku sampai pukul 12 lebih.
Kami duk bincang tentang gerak kerja seterusnya.
Terima kasih kepada isteri tercinta sebab sudi goreng keropok dan buat air milo panas. Hehehe.
Bertambah celik mata kami dibuatnya.

Harini dalam sejarah.
Sekali lagi urusan dipermudahkan Allah.
Mula2 aku ingat nak cuti tak pergi kerja sebab transport takde.
Alhamdulillah abg ipar aku, Abg Mahadi sudi tumpangkan aku naik moto dia.
Wahh seronok rupanya kena angin pagi.
1st time dalam hidup aku pergi kerja naik moto.
Zaman belajar dulu lain la.
Rasa macam nak naik moto hari2 je.
Balik tadi pun sama abg ipar aku kasi tumpang.
Terima kasih banyak2 bang.
Allah je yang dapat balas jasa baik abg sekeluarga.

Rasanya cukup sampai kat sini dulu.
Ada kerja akdemi sikit nak kena buat.
Nanti aku kasi sambung lagi.

Azhar
010-2207181

Tuesday 13 March 2012

Tunggu, Tunggu Dan Tunggu

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Malam tadi aku jumpa sorang member yang aku pernah demo tahun lepas.
Lewat jugak la kami jumpa tapi lepak pun tak lama.
Dia tanya aku masih dengan akademi ke??
Ke dah ada lubang bisnes lain??

Jawapan aku tetap sama dari dulu sampai harini.
Kalau kawan2 ada peluang bisnes lain tunjuk la kat aku.
Aku memang jenis open je.
Kalau ia boleh bagi aku lebih dari apa yang aku dapat dengan akademi,
aku janji aku akan join dengan serta merta.
So far belum ada lagi.
Kebanyakannya lebih banyak omong2 kosong.
Fakta dan bukti takde.
Tak berpijak di bumi yang nyata.

Berbalik pada member yang aku jumpa malam tadi.
Masa aku mula2 share peluang kat dia dulu memang dia excited sangat nak buat.
Demi masa depan keluarga katanya.
Tapi bila balik dalam masa 24 jam je dia dah ubah fikiran.
Esok pagi2 sms aku kata nak fikir dulu.
Apa2hal dia akan call.
Seminggu masih fikir.
Sebulan masih fikir.
Setahun pun masih fikir.
Banyak betul benda dia kena fikir.
Mungkin dia tak sedar.
Semakin lama dia fikir, semakin kurang dia buat.
Setakat fikir je tak boleh nak bagi apa2 pun.
Yang penting kena buat sebenarnya.
Masa tetap berjalan.
Masa takkan tunggu dia sampai habis fikir.
Tak salah nak fikir tapi kena tengok jugak apa benda yang kita duk fikir tu.
Biasanya kalau kita fikir sorang2 ni, kita berperang dengan diri sendiri je.

Cuma sebenarnya kadang2 orang cakap nak fikir tu alasan je.
Sorry la kalau member aku tu ada terbaca entry ni.
Sekadar nak share kata2 dari sorang mentor aku.
Kita boleh bagi 1001 alasan untuk tidak berjaya.
Tapi untuk berjaya hanya ada 1 alasan iaitu jangan ber"alasan".

010-2207181

Monday 12 March 2012

Happy Birthday 1181

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Alhamdulillah.
Sedar tak sedar dah 2 tahun masa berlalu.
Dah 2 tahun jugak la aku bergantung pada kereta aku ni ke sana ke sini tak kira masa.
Banyak betul jasa dan bakti dia pada aku.
Semalam genap la usia dia 2 tahun.
Happy Birthday to my WTN 1181.

Siang tadi buat pertama kalinya aku settlekan insurans and roadtax aku sendiri.
Tahun2 sebelum ni aku pakai agen je.
Tahun ni aku buat sendiri.
Bukan apa boleh jimat banyak beb.
Bila settle sendiri takde la kena bayar agen punya komisen 10% tu.
Beza dalam RM200 lebih jugak la.
Kalau beli susu anak aku berkotak2 boleh dapat tu. Hahaha.

Settle semua siang tadi.
Takde la susah mana pun.
Selama ni duk buta2 bagi kat agen.
Bukan la nak kata rugi tapi apa salahnya berjimat.
Tambah pulak insurans dah naik 25% kan awal tahun ni.
So sendiri mahu ingat la.
Gaji naik 13% tapi insurans naik 25%.
Macam mana tu??
Tapi tetap kena bersyukur la siapa nak bagi 13% tu.

Berbeza dengan akademi.
67% company bagi.
1st month je dah boleh dapat minimum 21%.
Lebih kurang RM4,500 jugak la.
Ni belum start buat apa2 lagi dah dapat banyak ni.

Tak percaya ke??
Meh sini call/sms.
Aku kasi cerita foc tak bayah bayar apa2.

010-2207181

Sunday 11 March 2012

Badminton All England

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Rasa cepat je masa berlalu.
Sedar2 esok dah Isnin.
Dah start kerja balik.
Macam tak terasa je Sabtu dan Ahad.

Alhamdulillah macam2 benda yang aku dapat selesaikan dalam 2 hari ni.
Semalam la full sehari suntuk.
Harini tak la busy sangat.
Biasa2 je.
Sebelah pagi aku dengan urusan akademi.
Petang tadi aku spend masa dengan family.
Bawa anak dan wife aku jalan2 kat Ampang.
Alang2 tu singgah rumah abah aku kat Pandan Indah.
Kakak aku masak special katanya.
Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
Kami terjah je la.
Bukan main seronok lagi anak aku dapat jalan2.
Tambah pulak dapat jumpa atuk dan cik Inda dia.
Bertambah happy la dia.

Dah penat jalan2 dan main, apa lagi si Aidil ni pengsan la.
Ni gambar yang cik Inda dia ambil.
Aku tak dapat nak snap gambar sebab kamera tak bawak pulak harini.
Dalam sibuk2 dengan family tadi,
ada pulak saudara yang tanya pasal BA dan BZF.
Alhamdulillah rezeki datang tanpa disangka2.
Cash and carry. Hehehe.

Ni baru je sampai rumah.
Nak layan Badminton All England sambil makan burger yang ditapau dalam perjalanan balik tadi.
Match yang dinanti antara jaguh negara Dato' Lee Chong Wei vs Lin Dan.
2 musuh tradisi di arena badminton dunia..
Mudah2an Dato' Lee Chong Wei akan menang malam ni.
Sekaligus dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Perang Bank

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Malam tadi aku sempat lepak2 dengan member bank aku.
Contact biasa aku la.
Kami jumpa pun sebab dia kata ada benda penting nak bagitahu.

Cuaca malam yang sejuk tu tiba2 terasa panas pulak bila dengar cerita dia.
Ada 2 member aku yang dia tengah uruskan jadi delay pulak.
Patut boleh settle paling lewat Selasa ni.
Tapi nampak gayanya makan minggu jugak la sekarang.
Ini semua angkara 1 bank yang tersangat lah popular 1 ketika dulu.
Nama bank tu tak payah la aku sebut kat sini.
Macam2 syarat baru la yang dia keluarkan sekarang.
Dulu aku cuba sabar lagi dan malas nak ambil port sangat.
Tapi sekarang boleh bikin hilang sabar dibuatnya.

Mula2 nak dapatkan settlement dari bank tu kena bayar cash RM50 dulu.
Ok ikut je la.
Tak berapa lama lepas tu keluar syarat baru.
Lepas dah bayar RM50 kat kaunter kena tunggu 1 minggu pulak baru dapat settlement tu.
Ada tu yang sampai 2 minggu.
Itupun kena datang bank collect sendiri.
Ada certain branch tu dia post je tapi lagi lambat la.
Padahal benda boleh dapat tak sampai 5 minit je pun.
Tapi nak buat macam mana terpaksa ikut jugak la.
Last month ada syarat baru lagi.
Before nak dapat settlement tu owner kena mengadap branch manager dulu.
Aku dah start tak boleh terima la syarat yang ni.
Tapi syukur la tak semua branch macam tu.

Aku faham sekarang ni persaingan hebat.
Dia terpaksa bersaing dengan bank2 lain,
tapi jangan la keluarkan syarat macam dia berurusan dengan budak2 sekolah tadika pulak.
Semua orang sama2 nak cari makan so faham2 je la.
The best man win la kan.

Ini member bank aku.
Dia yang banyak tolong aku selama ni.
Kerja dia memang tip top la.
Aku senang berurusan dengan dia.
Gambar ni 2 minggu lepas masa kami lepak kat Presint 16.
Masa ni dia ada tunjuk aku 2 flyers dari bank yang dulunya top ni.
Aku ada copy dia cuma tak sampai hati nak tunjuk kat sini.
Kelakar pun ye jugak.
Terang2 dia kutuk 2 bank yang tengah jadi pesaing hebat dia sekarang.
1 tu dia tulis M**B.
Dan 1 lagi dia tulis K*H.
Siap ada asterink2 yang tak tahan tu.
Kalau fakta yang dia tulis betul tu takpe lagi.
Ini memang terang2 la dia main tulis je tak study betul2 dulu.

Terbaru punya cerita malam tadi la.
Member aku ni cakap ada masalah sikit dengan 2 orang yang aku submit minggu lepas.
Tu yang kami jumpa tu.
Dulu dia boleh tolong aku dapatkan settlement tu dalam masa yang sangat cepat.
Macam mana cara dia buat tu tak penting.
Yang penting tetap ikut prosedur bank tu.
Tapi minggu lepas hq dapat detect branch yang member aku guna ni banyak keluarkan settlement.
So lepas ni branch tu dah tak boleh keluarkan settlement lagi.
Tak weird ke bunyinya??

Come on la.
Jangan la guna taktik2 dan syarat2 yang macam ni.
Menyusahkan semua orang la.
Kalau rasa dah tak boleh pergi, tukar la strategi.
Kalau dah rasa yang ni tak boleh nak makan,
fokus la kat mortgage ke apa ke yang long term punya basis.
Daripada duk buat macam ni makin ramai customer lari ada la.

Sorry la ye entry kali ni ke arah luahan perasaan sikit.
Harap jangan ada pihak yang tersinggung terutama rakan2 aku yang kerja kat bank tu.
Aku minta maaf sangat2 kalau korang ada terasa hati dengan entry aku kali ni.
Anggap je la ni luahan hati dari salah seorang customer. Huhuhu.

Saturday 10 March 2012

Bonus Besar

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Syukur alhamdulillah masih dipanjangkan umur sehingga saat ini.
Dan terima kasih Allah kerana membuka pintu rezeki pada aku dan rakan2.

Alhamdulillah harini online bonus dah masuk.
Kalau cimb semalam lagi dah dapat rasanya.
Apapun tahniah pada semua rakan2 dalam akademi.
Inilah hasil dari usaha kita semua sepanjang bulan lepas.

Berapa banyak dapat bulan ni??
Bertambah ke berkurang dari bulan lepas??
Tak kisah la dapat berapa pun yang penting kena syukur.
Allah bagi rezeki tu setimpal dengan usaha yang kita lakukan.
Kalau nak lebih kena usaha lebih lagi.
InsyaAllah 10 April depan mesti tersenyum lebih lebar. Hehehe.

Ok guys i gotta go.
Thanks pada yang sudi baca.
Ada 2 appointment petang ni.
3.30 petang jap lagi kat Balakong.
5.30 petang kat Presint 16, Putrajaya.
Pagi tadi 2 urusan akademi dah selesai.

By the way, siapa nak join jap lagi calling2 ye.
010-2207181

Friday 9 March 2012

Si Buta

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Tengahari tadi lepas solat Jumaat aku minum2 dengan member aku Syed kat cafe Anjung.
Tiba2 aku ternampak seorang yang agak tua dan buta tercari2 arah masuk ke dalam cafe tu.
Pergerakannya terbatas.
Bergantung pada tongkat setiap kali melangkah.
Dia tetap berjalan walau kadang2 terlanggar benda2 kat depan dia.
Kemudian ada seseorang yang datang membantu.
Pimpin dia dan bawa ke arah makanan.
Dia meraba2 mencari makanan yang dia nak sambil terus dibantu.
Kemudian dia duduk betul2 kat depan aku.

Jelas aku dapat lihat betapa sukarnya dia demi menyuap sesuap makanan ke mulut sendiri.
Macam mana dia pilih makanan??
Macam mana dia nak kira duit sebelum bayar??
Dia tak nampak apa2pun.
Aku tertanya2 sendiri.
Dalam hati aku terdetik.
Nak makan pun dah macam ni punya susah,
macam mana la agaknya dia menjalani kehidupan seharian.
Kehidupan di dalam dunia kegelapannya.


Ya Allah betapa bersyukurnya aku.
Aku lebih sempurna jika dibanding dia.
Aku masih mampu melihat.
Masih sihat tubuh badan.
Masih ada kekuatan dan ada daya.
Tak sama dengan hamba Allah yang buta tadi.
Dirinya keseorangan, tidak sempurna pada penglihatan.
Namun dia tetap berusaha ke hadapan tanpa kenal erti susah dan putus asa.
Dia tetap berjuang untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Melihat kepada si buta tadi, aku tiba2 bersemangat.
Entah roh apa yang masuk dalam badan aku tadi aku pun tak tahu.
Orang yang buta pun masih mampu berjuang.
Biarpun dalam kegelapan dia tetap terus berjalan.
Halangan2 di hadapan dia anggap sebagai cabaran.
Kalau dia boleh, kenapa pulak aku tak boleh.
Aku masih punya kemampuan untuk berusaha.

Terima kasih Allah kerana membuka mataku.
Terima kasih Allah kerana memimpinku.
Terima kasih Allah kerana mempertemukan aku dengan si buta tu.

Kepada rakan2 seperjuangan khususnya rakan2 akademi baru dan lama,
usahlah berputus asa.

Pertama.
Itu bukan sikap seorang usahawan.
Jika rasa putus asa, sedarlah bahawa kita mampu bangkit kembali.
Lihat mereka yang serba kekurangan terutama yang cacat anggota.
Mereka tetap berusaha untuk ke atas dan ke depan.
Jika kita yang sempurna ni berputus asa,
maka sama je dengan orang yang tidak bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan.

Kedua.
Kita perlukan seseorang seperti rakan dan ahli keluarga yang boleh menyokong kita.
Atau sekurang2nya menasihati jika kita ada melakukan sebarang kesilapan.
Umpama orang yang memimpin si buta tadi.
Syukur la dalam akademi kita sentiasa dibimbing.
Namun sebaik2 pemimpin adalah ALLAH s.w.t.

Ketiga.
Kita perlukan bekalan.
Umpama tongkat yang membantu si buta itu.
Antara bekalan yang penting dalam bisnes kita ni adalah
ilmu, rakan, mentor, team, network dan produk yang berkualiti.

Kesimpulannya.
Jika kita berasa berputus asa, luangkanlah masa untuk bermuhasabah diri.
Mungkin rasa itu adalah isyarat bahawa ada kesilapan yang telah kita lakukan.
Kita sebenarnya tidak layak berputus asa kerana Allah telah memberikan pelbagai anugerah pada kita. Teruskan berusaha dengan gigih.
Sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah.
Mudah2an kita akan berjaya bukan saje di dunia, malah di akhirat kelak.
InsyaAllah.

Thursday 8 March 2012

Pengumuman Untuk Kakitangan Awam

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Aku nak share ni pun rasa macam dah ketinggalan zaman.
Sana sini dah sebut pasal benda ni.
Aku ingat aku la antara orang terawal yang tahu
sebab aku pun terjebak pergi PICC pagi tadi untuk Perhimpunan Khas dengan PM.

Tak sempat pun lagi keluar dari PICC, dah ramai kawan2 yang sms pasal pengumuman tu.
Berderet2 sms masuk.
Bukan main pantas lagi berita tersebar.
Tu belum cerita kat FB lagi.
Hahaha memang kakitangan awam ni betul2 effective dan effecient la.
Memang sesuai gaji naik 13%.

So rasanya tak perlu la aku tulis detail pengumuman tu kat sini.
Sebab for sure ramai yang dah tahu.
Layan summary je la.

Mudah2an semuanya berpuas hati.
Terima la dengan hati yang terbuka.
Mudah2an rezeki yang diterima akan lebih berkat.

Berkhidmat untuk negara.
Azhar
010-2207181



Selamat Hari Wanita

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan,
atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah hatinya,
tempat dimana cinta itu ada..”


Di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya.
Betapa besar erti seorang wanita dalam kejayaan seorang lelaki.
Keindahan dan kecantikannya terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya.
Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya.

Fitrah seorang wanita.
Lebih cepat menangis berbanding lelaki.
Jika wanita menitiskan air mata menangis,
sebenarnya ada sesuatu yang tak mampu diluahkannya dengan kata-kata.
Air mata adalah pengganti.
Wanita adalah kejadian yang terindah yang dicipta bagi melengkapi kekurangan lelaki.

Oleh kerana istimewanya wanita di mata seorang lelaki,
aku nak ucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia.
Terutamanya wanita yang telah melahirkan aku ke dunia ini.
Yang sanggup melayan kerenah aku sepanjang membesarkan aku iaitu ibuku.
Hajah Zaminah Bt Atan.
Tak lupa juga kepada wanita yang telah berjaya mencuri hati aku.
Yang telah bertakhta dalam hati aku selama ini iaitu isteriku yang tercinta.
Amellia Bt Ab Jalil.

Selamat Hari Wanita Sedunia 2012



Inspired Video

Tengahari semalam masa on the way dari opis ke McD Equine untuk urusan akademi,
aku terlayan la lagu ni kat radio.
Sekali dengar macam takde apa2.
Tapi bila dengar lirik dia betul2, naik semangat pulak.
Ada unsur2 motivasi.
Demo semalam pun terus sign.
Boleh dikatakan close la, InsyaAllah.
Jom layan.


 Kepada rakan2 di Akademi Taipan, teruskan perjuangan.
Bertemu anda di Pentas Bukit Jalil 2012.

010-2207181

Wednesday 7 March 2012

Trademark 181

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Saje nak share.
Semalam aku call tauke Restoran Al-Ritzwath yang aku baru dapat nombor minggu lepas tu.
Ingat nak order untuk tapau.
Datang sana tinggal ambil je.
Tapi dia tak jawab pulak.
Cuma bila aku dah sampai tu dia tanya yang ada call tadi nombor awak ke??
No 181 tu??
Aku cakap la memang aku yang call tapi dia tak jawab.
Dia kata tak sempat nak jawab.
Tapi dia dah agak memang aku yang call sebab no fon belakang tu 181.
Sama dengan no plat kereta 181 jugak.
Itu yang dia tahu.
Wahh terbaeekkk la.
181 semakin dikenali.

Jom warga Akademi Taipan 181.
Kita lebarkan lagi sayap 181.
Biar sampai setiap jengkal tanah ada 181.
Proud to be 181.

010-2207181

Tuesday 6 March 2012

Salam Takziah

Tiap2 yang hidup pasti akan mati.
Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali. 

Salam takziah buat sahabat baik aku, Nizam
diatas pemergian ibunya yang tercinta petang semalam.

Aku betul2 terkejut bila dapat berita ni awal pagi tadi.
Itu pun Aprap (member Nizam) sms katanya pukul 10 pagi dijangka kebumi.
Tergamam pun ye jugak.
Tak tahu la kenapa.
Mungkin sebab aku pernah lalui saat2 macam ni 11 tahun yang lepas.

Aku memang kenal arwah mak Nizam ni.
Dulu masa zaman sekolah selalu tumpang berehat kat rumah dia.
Arwah mak Nizam ni memang baik yang amat sangat.
Itu yang terasa jugak bila dapat berita sedih ni.

Syukur la aku berkesempatan untuk pergi ziarah jenazah pagi tadi.
TQ to my bos, Puan Haryani yang bagi pelepasan aku ke sana.
Jasa baiknya akan aku kenang sampai bila2.

Aku sampai Taman Kota Cheras pagi tadi dalam pukul 10 lebih sikit.
Masa tu jenazah baru lepas dimandi dan dikafankan kat surau area situ.
Alhamdulillah aku sempat sama2 solat jenazah bersama jemaah2 lain.
Bertuahnya arwah sebab penuh ruang surau pagi tadi.
Terharu aku dengar bacaan imam yang mengetuai solat tadi.
Besar sungguh rahmat Allah kepada arwah.
Suami sendiri yang mengimamkan solat.

Selesai semua urusan jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Cheras.
Allah je yang tahu macam mana perasaan aku masa tengok jenazah dikebumikan.
Teringat arwah mak aku dulu.
Tambah pulak bila tengok wajah sedih Nizam dan adik beradik yang lain,
lagi la aku rasa sebak.
Dah tentu ujian ni terlalu berat untuk mereka terima. 

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Sebelum balik tadi aku sempat jumpa Nizam dulu.
Bila dengar suara dia menangis tadi betul2 buat aku rasa sayu.
Aku dapat rasakan kesedihan yang dia tengah lalui.
Betapa susahnya nak terima hakikat hidup tanpa seorang ibu.
Hidup tanpa kasih sayang ibu.
Hidup tanpa senyum tawa ibu.
Allah Maha Kuasa.
Ini semua ketentuan dari Nya.
Sebagai hamba Nya kita harus redha.

Buat Nizam dan semua ahli keluarga, aku nak ucapkan takziah.
Banyakkan bersabar dengan ujian ni.
Banyakkan berdoa pada Allah.
Banyakkan membaca Al-Quran.
Banyakkan bersedekah untuk arwah.

Dan buat rakan2 yang sedang baca entry ni,
sama2lah kita sedekahkan fatihah untuk arwah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba2 Allah yang beriman.

~ Al-Fatihah ~



Tiket Guangzhou

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Jam sekarang lebih kurang pukul 4 pagi.
Mata aku tak boleh nak lelap balik.
Fikiran tengah ligat plan aktiviti2 untuk sepanjang harini.
Nampak gaya macam full sampai malam.
InsyaAllah.
Penutup malam nanti di USJ Taipan.
Siapa free malam nanti jom join sekali.
Kita nak bongkar rahsia macam mana nak dapat 2 tiket ke Guangzhou secara percuma.

Semalam banyak aktiviti yang aku buat.
Antaranya servis group aku.
Fokus pada Guangzhou ni.
Fight untuk 2 tiket.

Sebelah pagi jumpa CC Hamid.
Macam2 yang kami bincangkan.
Kebetulan Abg Nasir pulak datang dengan member opis dia.
Makin rancak la perbincangan kami.

Tengahari pulak aku jumpa member opis lama.
Hantar minyak enjin JTX 1000.
Repeat order kali ke-2.
Hari Selasa nak servis kereta katanya.
Siap tanya boleh ke buat duit kalau fokus minyak enjin ni.
Ramai dah kawan2 dia tanya pasal benda ni.

Sebelah petang pulak jumpa CC Azmi.
Kami lepak kat Taman Warisan.
Macam2 yang dibincangkan.
Cerita kerja ada.
Cerita bisnes pun ada.
Dalam perancangan nak turun Muar.
Ada member sana dah tanya.

Malam pulak aku free je takde apa2 appointment.
Duk layan family kat rumah.
Lagipun wife baru nak sihat so kena tengok2 jugak la.

Those yang rasa nak tahu pasal free trip ke Guangzhou ni boleh call/sms aku.
010-2207181

Monday 5 March 2012

Penonton Vs Pemain

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Boleh ke penonton vs pemain??


Mana boleh bro.
Pemain vs pemain la.
Mana boleh pemain vs penonton.
Bak kata orang dulu2 tak jantan la.
Tak jumpa buku dengan ruas.

Pemain tu pemain la.
Penonton tetap penonton.
Yang nak duk layan apa penonton nak cakap tu buat apa.
Buang masa.
Penonton kebanyakannya memang hebat mengkritik je.
Semua benda tak betul.
Kritikan dia tu mengalahkan jurulatih pemain tu sendiri.
Yang peliknya dia tetap duduk kat bangku penonton jugak.
Kalau betul hebat sangat kenapa tak turun padang sama2 jadi pemain.

So kepada para pemain teruskanlah permainan.
Tak payah la duk sedih dengan kritikan penonton.
Tak payah la nak down dek kata2 penonton.
Tak payah amik port langsung pun takpe.
Yang penting teruskan usaha.
Teruskan latihan.
Teruskan belajar dari pemain2 yang dah berpengalaman.

Penonton tak akan rasa apa yang pemain rasa sebab mereka tak berada kat atas padang.
Yang paling penting mereka tak akan dapat apa yang pemain dapat
sebab mereka tak berani pun nak beraksi kat atas padang.
Mungkin mereka takut cedera.
Mungkin jugak mereka takut penat.
Atau sebenarnya lebih tepat lagi mereka takut kalah. 

Kesimpulannya.
Penonton pulang dengan kepuasan.
Pemain pulang dengan kejayaan.
Pilihan di tangan anda.

010-2207181

Menipu Atau Ditipu

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Petang semalam aku ada bisnes appointment dengan member wife aku kat Old Town.
Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu member tu tak sampai2.
Sesat agaknya.
Call tak jawab2.
SMS apatah lagi.

Benda2 macam ni kami dah biasa.
Asam garam dalam berniaga.
Selalunya orang kata orang2 bisnes ni selalu tipu orang.
Tapi yang kami ni selalu kena tipu macam ni takde pulak orang nak kata. Hehehe.
Tapi takde hal la ada hikmah semua ni.
Apa hikmahnya??
Hahaha jom layan hikmahnya.


Inilah hikmahnya.
Kami dapat makan dengan amannya.
Macam2 yang kami belasah semalam.
Antaranya seperti gambar di atas ni.

2 tahun lepas pun aku pernah kena sekali lebih kurang kes macam ni.
Tapi lagi hebat la.
Appointment pukul 12 tengahari kat Kota Bharu, Kelantan.
Bisnes partner aku dah set appointment dengan member dia kat sana.
Pukul 4 pagi aku dah gerak.
Masa berhenti solat Subuh tu aku siap call lagi bagitahu aku dah on the way.
Dia kata ok.
Member dia pun ok je.
Tahu2 dah sampai Kota Bharu member dia kata cancel pulak.
Ada urusan lain.
Ini baru betul2 dugaan.
Dulu aku selalu dengar trainer2 Akademi je yang kena macam ni.
Akhirnya aku pun merasa jugak.
Dah alang2 sampai sana, apa lagi kami shopping la.
Bisnes parner aku tu bawa pusing2 Kota Bharu.
Macam2 tempat la kami pergi.
Memang enjoy la shopping sakan.
Kalau tak buat bisnes tak merasa la nak jalan2 macam tu.

Itulah antara pengalaman berharga dalam hidup aku.
Nak kecewa pun tak guna benda dah jadi.
So enjoy2 je la.
Bukan senang nak dapat peluang macam tu.

010-2207181

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...