Thursday, 15 March 2012

Patah Kaki

"Rumah terbakar nampak asapnya.
Hati terbakar siapa yang tahu.."

Kata2 Karam Singh Walia yang sangat sesuai dengan aku. Hahaha.

Welcome back.
Rasa macam dah lama je tak update blog.
Tak sangka ramai jugak yang tanya mana menghilang.
Sepi je tengah sedih ke kereta kena hentam kelmarin.
Apapun tq la pada yang concern.
Alhamdulillah ada jugak pengunjung setia blog aku ni. Hehehe.

Sebenarya takde la sedih pun.
Panas hati tu ada la sikit.
Tapi tu pun takde la lama mana.
Balik rumah tengok muka anak isteri terus lupa masalah.
Cuma dalam sehari 2 ni sempat jugak la muhasabah diri.
Maklumlah baru je renew roadtax insurance tup2 berdentum pulak.
Tertanya2 jugak.
Ini balasan atau dugaan.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Aku redha.

Remuk hatiku umpama remuk keretaku ini. Hehehe.

Alhamdulillah petang semalam dah hantar masuk klinik.
Tak boleh tunggu lama sebab pintu belakang ternganga takut nanti masuk air.
Itupun berjalan ke mana2 semua orang duk pandang.
Tu yang segera hantar tu.
InsyaAllah esok keluar.
Patah jugak kaki dibuatnya bila takde kereta ni.
Susah nak ke mana2.

Syukur urusan dipermudah.
Malam semalam aku dapat jugak attend 1 appointment kat Bangi.
Pergi dengan leader aku, Abg Hamizul.
Dia datang ambil aku kat rumah.
Brother ni minta datang sebab minta tolong service BA dia.
Kiranya dia ni user la.
Alhamdulillah dari user kini dah bertukar jadi usahawan bersama Akademi Taipan.

Sampai rumah aku pun dah dekat 11 malam.
Tu pun Abg Hamizul lepak lagi kat rumah aku sampai pukul 12 lebih.
Kami duk bincang tentang gerak kerja seterusnya.
Terima kasih kepada isteri tercinta sebab sudi goreng keropok dan buat air milo panas. Hehehe.
Bertambah celik mata kami dibuatnya.

Harini dalam sejarah.
Sekali lagi urusan dipermudahkan Allah.
Mula2 aku ingat nak cuti tak pergi kerja sebab transport takde.
Alhamdulillah abg ipar aku, Abg Mahadi sudi tumpangkan aku naik moto dia.
Wahh seronok rupanya kena angin pagi.
1st time dalam hidup aku pergi kerja naik moto.
Zaman belajar dulu lain la.
Rasa macam nak naik moto hari2 je.
Balik tadi pun sama abg ipar aku kasi tumpang.
Terima kasih banyak2 bang.
Allah je yang dapat balas jasa baik abg sekeluarga.

Rasanya cukup sampai kat sini dulu.
Ada kerja akdemi sikit nak kena buat.
Nanti aku kasi sambung lagi.

Azhar
010-2207181

2 comments:

  1. dugaan.
    untuk meniaga lebih besar lagi.
    taja lebih ramai lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...