Wednesday 28 March 2012

Ambil Nafas

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Apa khabar2 rakan2 pembaca??
Terima kasih kerana masih sudi mencemar duli menatap blog yang tak seberapa ni. Hehehe.

Frankly speaking, lately aku memang agak busy sikit.
Biasa la kerja ni dia ada musim2.
Masa busy tu memang busy yang amat la.
Masa tak busy tu siap boleh berangan lagi kat opis. Hahaha.

Rasanya tak sempat nak bernafas la dalam seminggu dua ni.
Aktiviti rutin pun dah banyak yang terbabas.
Dah lama sebenarnya tak baca paper online dan blog rakan2 seperjuangan waktu pagi.
Dah lama tak buka fb or twitter waktu lunch kalau tak keluar demo.
Lebih malang lagi lately kerap jugak la kantoi solat yang sunat.
My bad.
Apa boleh buat.
Saya Yang Menurut Perintah.
Aku betul2 harap ke"busy"an ni akan cepat2 berlalu pergi.

Itu cerita kat opis.
Luar opis lain pulak ceritanya.
Tengahari kelmarin lepak Dengkil dengan bisnes partners aku.
Tapi tak boleh lepak lama sebab aku agak rushing ada meeting petang tu.
Petang tak dapat buat apa la sebab meeting lambat habis.
Sampai rumah pun dah malam.
Kat rumah pun kerja jugak.
Kerja follow up.
Follow up new bisnes partners.
And follow up bank.
Alasan processing jem tak boleh diterima sama sekali.

Semalam pun sama pagi dan petang meeting.
Kerja atas meja tak jalan.
Malam tadi bawa wife pergi urut dengan sorang ustazah ni kat Serdang.
Kesian dia dah 3 hari menahan kesakitan.
Alhamdulillah nampak gaya macam dah semakin okay.

Pagi nanti ada appointment doktor pulak.
Aku betul2 lupa.
Nasib baik la wife ingatkan malam tadi.
Mudah2an semuanya baik2 belaka.
InsyaAllah.
Boss saya masuk lambat ye pagi ni. Huhuhu.

Jam sekarang menunjukkan pukul 4.35 pagi.
Aku nak try lelapkan mata kejap.
Dapat 1 jam pun jadi la.

See u guys.

Azhar
010-2207181


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...