Sunday 17 March 2013

Jaga Ibu

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera.
 
Betul kata orang.
Mencegah itu lebih baik dari merawat.
Ramai yg setuju dgn kenyataan tu.
Cuma malangnya tak ramai yg buat macam tu.
Tak ramai yg ambil serius pasal perkara tu.
Antara alasan paling glamour lg popular adalah disebabkan kekangan wang ringgit.
Pendek kata bab kesihatan tak ada duit.
Bila bab gajet2 terkini tiba2 je ada duit turun dari langit.
 
Petang tadi aku diberi kesempatan berjumpa seorang sahabat baru dirumahnya.
Sekitar Serdang.
Dia & adik-beradik lain tgh sibuk jaga ibu mereka yg terlantar sakit kanser.
Katanya sel kanser merebak terlalu pantas.
Kini dah tahap 3.
Kos beli ubat mencecah RM15 ribu sebulan.
Sekarang mereka sedang berusaha mendapatkan bantuan & sumbangan dari badan2 tertentu.
Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.
Dari cara mereka bercerita, aku dapat bayangkan betapa mereka berharap ibu mereka cepat sembuh.
 
Aku hanya mampu berdoa yg terbaik utk keluarganya.
Ini semua ujian dari Allah.
Maka kepada Allah jugalah kita memohon pertolongan.
 
 
Aku minta maaf banyak2 kalau ada yg tersinggung dgn entry kali ni.
Aku tak ada niat utk kecilkan hati siapa2.
Apatah lg pasal wang ringgit.
Apa yg aku cuba nak sampaikan kat sini adalah pasal kesedaran.
Kita kena terima hakikat bahawa tahap kesedaran kita especially dalam bab kesihatan ni sgt mendukacitakan.
Mudah2an mulai hari ini kita akan berubah.
Kita mula sedar bahawa kesihatan tak dapat diukur dgn nilai ringgit.
 
Wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...