Tuesday 30 October 2012

Kelebihan BBplus Kolagen

Lately aku dapat banyak pm kat fb.
Whatsapp pun ada jugak.
Duk tanya pasal kelebihan BBplus Kolagen.
Jujur cakap aku tak berapa reti sangat.
Kelebihan ATM aku tahu la. Hehehe.
Suruh tanya wife aku diorang segan pulak.
Tapi ini je yg aku boleh share.
Ini pun aku dapat dari wall member2 ATM aku.
Harap dapat membantu.
 

BBplus Kolagen.
Untuk 7 Hasil Kulit Yang Cantik dan mengurangkan tanda2 penuaan.
Amat berkesan.

1. Kulit wajah berseri dan cerah.
2. Kulit lebih anjal dan tegang.
3. Kulit lebih halus dan gebu.
4. Kulit lebih lembab.
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus.
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih.
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari.
 
Azhar
019-6696181 / 019-6996181


Ketua Gangster

Seperti yang dijanjikan, aku nak sambung cerita pasal entry sebelum ni.
Pasal sahabat aku yang bernama Haji tu.
Sebenarnya aku kenal dia pun baru lagi.
Itupun sebab bisnes.
Jumpa pun baru berapa kali je.
Tapi setiap kali jumpa, mesti ada ilmu baru yg aku belajar dari dia.
Malam tadi pun dia sempat nasihatkan aku.
Simple je.
Katanya.
 
"Kalau boleh solat Subuh berjemaah.
Dan solat Dhuha jangan tinggal.
Itu umpama tulang belakang kita dalam kehidupan."

Fullstop.
Dia pun tak hurai panjang.

Cuma apa yg aku nak share dalam entry ni sebenarnya pasal kehidupan dia.
Asal usul dia.
Mungkin boleh dijadikan iktibar bagi yg terbaca.
Sebenarnya aku banyak tahu ni pun dari rakan seperguruan dia.
Nak harap dia memang dia tak akan cerita punya.

Asalnya Haji ni beragama Hindu.
Nama betul dia tak payah la aku tulis kat sini.
Dulu dia ni ketua gangster yg sangat terkenal kat Penang.
Geng dia memang besar & pengikut dia pun ramai.
Pukul orang, bunuh2 ni semua memang dah jadi mainan diorang.

Dipendekkan cerita.
Entah macam mana dia dapat hidayah dari Allah untuk mengenali Islam.
Terus jatuh cinta dengan Islam.
Akhirnya dia menganut agama Islam.
Dia mendalami Islam secara menyeluruh dengan seorang Ustaz di salah sebuah Pusat Pengajian Islam terkemuka di Malaysia.
Dekat situ la dia berkenalan dengan isterinya yg juga sedang belajar tentang Islam.
Isteri dia asalnya beragama Buddha.

Alhamdulilah jodoh dari Allah.
Mereka berkahwin & kini mempunyai 4 orang cahaya mata.
Keempat2 anak dia tahfiz.
Rezeki Allah.
Semua anak dia punya kelebihan terutamanya dari segi berbahasa.
Fasih berbahasa Hindi bila bersama keluarga sebelah ayahnya.
Fasih berbahasa Cina bila bersama keluarga sebelah ibunya.
Fasih berbahasa Melayu bila bersama keluarga di rumah.
Fasih berbahasa Inggeris.
Dan yang paling penting fasih berbahasa Arab.

Sejak memeluk agama Islam, dia memilih untuk berniaga sepenuh masa.
Itulah satu2nya punca rezeki dia sekeluarga hingga harini.
Pelbagai dugaan & cabaran yg dia lalui.
Namun dia tetap yakin dengan 9/10 rezeki yang Allah janjikan melalui perniagaan.

Ada jugak aku dengar cerita.
Masa mula2 masuk Islam dulu, pengikut2 gangster dia ramai yg mengamuk.
Mereka tak puas hati dengan Haji sebab tinggalkan group tu macam tu je..
Sampai ada 1 hari tu, pengikut2 ni serbu rumah dia kat Penang tu.
Kapak parang semua lengkap la.
Ugut nak bunuh Haji.
Nyawa bagai telur di hujung tanduk.
Kuasa Allah Haji selamat & masih hidup sampai harini.
Diorang tak jadi bunuh bila Haji cakap sesuatu.
Cuma aku nak minta maaf sangat2 sebab aku tak dapat nak tulis kat sini apa yg Haji cakap tu.
Demi menjaga sensitiviti umum so aku kena silent bab itu.
Yg pasti Haji utuh dengan agama barunya hingga harini.
Malah dia juga merupakan salah seorang pakar dalam perubatan Islam di Selangor.

Itulah serba sedikit cerita pasal kehidupan Haji.
Pada aku dah cukup untuk buat aku jadi "seseorang".
Dah cukup untuk buat aku rasa bersyukur dengan nikmat agama yg Allah bagi.

Moral of the story.
Islam terlalu luas untuk dipelajari.
Kita dilahirkan sebagai Islam.
Seharusnya kita lebih kenal akan Islam berbanding mereka yg lain.
Sekali lagi aku minta maaf kalau entry ni ada menyentuh isu2 yg agak heavy.
Aku tak ada niat pun nak timbulkan isu2 tu.
Sekadar berkongsi cerita.
Mudahan2 dapat dijadikan pedoman buat semua.

Wallahualam.

Intro Sikit

Jam sekarang dah pukul 4 pagi.
Tak terasa pulak macam nak tidur balik.
Yg patut buat InsyaAllah semua dah buat.
So tak tahu nak buat apa lagi.
Maybe jap lagi ingat nak layan buku yg baru beli beberapa minggu lepas.
Tak usik2 lagi. Hahaha.
 
Sebelum tu saje nak intro sikit.
Malam tadi agak istimewa.
Aku ada bisnes appointment dengan seseorang.
Aku panggil dia Haji je.
Memang bertuah la dapat jumpa dia malam tadi.
Aku akan cerita pasal dia next entry ye.
Sebab kalau dah start cerita nanti panjang jadinya.
InsyaAllah.
Kalau aku terlupa ingat2kan la.
 
Azhar
019-6696181

Monday 29 October 2012

Dugaan Saat Akhir

Harini agak busy kat opis.
Duk siapkan report untuk meeting esok.
Dugaan melanda sebab printer tiba2 problem plak.
Terpaksa minta tolong member2 seunit untuk print segala.
Itulah bahana buat kerja last minute.
Lain kali kena lebih beringat sikit.
 
Semalam punya cerita.
Pagi aku ke Sg Besi rumeh member aku.
Servis Bio Aura.
Dah lebih 3 tahun pakai tapi tak pernah servis.
 
Mula2 datang air tak keluar.
Lepas servis & tukar filter A, B & C terus ok.
Air keluar pun laju je.
Alhamdulillah.
Member aku tu pun bukan main seronok lagi.
Susah nak buat susu anak bila air Bio Aura tak keluar.
 
Petang aku ke Bdr Baru Bangi.
Jumpa member bank aku, Hizam untuk urusan ATM.
Settle tu terus ke rumah abg ipar aku.
Baru dapat baby perempuan.
Tu yg saje pergi ziarah.
Amira Alaisya.
Sedap nama.
Sorry gambar lupa nak snap.
 
Selesai tu aku bawa anak2 jalan kat Taman Permainan sebelah PKNS tu.
Punya la syok main sampai Aidil tak reti nak balik.
Mengamuk2 bila aku ajak balik.
Dalam kereta pun melalak je sampai hampir accident la aku dibuatnya.
Malam pulak patutnya aku layan tetamu kat rumah.
Tapi terpaksa cancel sebab aku ada urusan yg lebih penting kat luar.
Urusan peribadi yg aku tak boleh nak tulis kat sini.
Mudah2an semuanya ok2 belaka.
InsyaAllah.
 
Azhar
019-6696181

Sunday 28 October 2012

Payslip ATM

Tiba2 teringat masa mula2 aku bersama ATM.
Banyak sangat kenangan pahit & manis.
Semua tu banyak mengajar aku erti kehidupan yg sebenar.
 
Banyak benda dah berubah.
Dulu setiap kali bonus company akan post cek.
Excited tunggu cek kat rumah.
Pantang ada posmen lalu mesti nak jengah. Hahaha.
Kalau tak nak post then kena inform Angie awal2 minta tolong hold cek.
Then nanti amik kat stokis je.
 
Lepas tu makin advance.
Bonus straight away masuk dalam akaun bank.
Macam gaji la.
Tiap2 10hb check online je atau cucuk kat bank.
Statement atau payslip company akan post macam biasa.
Penting payslip tu especially time nak buat loan untuk beli aset.
Rumah, kereta atau tanah semuanya boleh.
Sangat laku kat bank.
Aku memang ada pengalaman sikit bab2 tu.
Mula2 tu macam tak percaya je.
Tapi kena percaya jugak sebab itulah hakikatnya.
Kelebihan & keseronokan bersama ATM.
 
Dan sekarang semakin advance.
Statement atau payslip tu pun boleh print online je.
Bila2 masa boleh access & print sendiri.
Tak perlu tunggu company post lagi.
Pendek kata asal 10hb je boleh check bonus online & print payslip sekali.
Memang terbaeekkk lah.
Dah 20 tahun company masih mampu berdiri teguh sampai harini.
Macam2 pembaharuan yg dibuat selaras dengan peredaran zaman.
Sayang pada mereka yg berhenti berusaha.
Sedangkan kalau mereka bertahan mungkin mereka mampu terbang setinggi awan.
Bukan mengikat kaki sendiri di bumi sambil melihat rakan2 seronok berterbangan.
Wallahualam.
 
Azhar
019-6696181

Saturday 27 October 2012

11 Zulhijjah

Sabtu.
27 Oktober 2012 brsamaan 11 Zulhijjah 1433H.
Jam sekarang menunjukkan pukul 2.45 petang.
 
Flashback 3 tahun yg lepas.
11 Zulhijjah 1430H.
Detik & saat ini merupakan detik cemas yg tak mungkin dapat aku lupakan.
Detik di mana isteri aku sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat buat aku.
Dari pukul 1 tengahari masuk lab sampai 8.30 malam baru bersalin.
Alhamdulillah sepanjang tempoh masa tu aku dapat teman isteri aku kat dalam lab.
Aku dapat saksikan betapa besar kuasa Allah menciptakan manusia ke dunia ni.
 
Muhammad Aidil Bin Azhar.
Lahir pada 28 November 2009 bersamaan 11 Zulhijjah 1430H.
Pada hari Sabtu jam 8.30 malam.
Hari bersejarah yg akan dikenang sampai bila2.
Moga kelak Aidil akan menjadi manusia yg berguna.
Moga Aidil menjadi anak yg soleh.
Anak yg taat pada perintah ibu bapa.
Yg paling penting taat pada perintah Allah s.w.t.
 
Azhar
019-6696181

3 Hari Bekerja

Selesai appointment tengahari tadi.
Kali ke-2 jumpa.
1st time haritu sorang.
Kali ni berdua dengan kawan dia.
Alhamdulillah semakin positif & yakin dengan peluang yg dibentangkan.
Kadang2 memang ada yg jenis macam ni.
Suka tanya pendapat & respon kawan2 dulu.
Nasib la kawan jenis open sanggup nak dengar dulu.
Kebanyakannya terus hentam je padahal tak tahu apapun.
 
Bila cerita bab bisnes teringat plak aku pasal kelmarin.
Masa lunch hour aku ke RHB Easycash dengan bakal bisnes partner aku.
 
Urusan dana.
Refer.
Kena tunggu 3 working days.
Kalau bawa ke branch Putra Heights dah settle agaknya.
Nak cancel pun tak boleh sebab dah masuk sistem.
Nak tak nak tunggu je la.
Mudah2an tak ubah fikiran.
Mudah2an tak salah pilih kawan untuk tanya pandangan.
 
Azhar
019-6696181

Friday 26 October 2012

Salam Aidiladha 1433H

Assalamualaikum.
Salam Aidiladha.
 
Syukur alhamdulillah.
Kita masih dipinjamkan usia untuk terus menikmati kehidupan di dunia ni.
Harini 26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433H.
 
 
Selamat Menyambut Hari Raya Qurban.
Keindahan & balasan yg baik selalunya menuntut pengorbanan.
Mudah2an kita semua akan dirahmati & diberkati Yang Maha Esa.
 
Salam Aidiladha.
Ikhlas dari kami sekeluarga.
(Azhar, Amy, Aidil, Alya)

Thursday 25 October 2012

Willy Ohh Willy

Willy lagi.
Syok cerita pasal Sate Willy.
Bukan syok sebab dapat makan je.
Lebih syok sebab banyak dapat contact.
 
Balik dari USJ semalam sempat singgah Medan Selera Kg Sg Ramal.
Dah sampai sini tak sah kalau tak pekena Sate Willy.
Sambil kami makan2 sambil sembang2 bisnes.
Memang syok la.
Abg Shah 1st time kena sate ni.
Memang terangkat katanya.
InsyaAllah lain kali boleh lepak lagi.
 
Yang teringin nak pergi tapi tak tahu jalan2 tu jangan segan2 hello2 je.
Benda baik tak salah untuk di "share" kan.
Bak kata pepatah "Malu bertanya sesat jalan". Hehehe.
 
Azhar
019-6696181

Alhamdulillah Rezeki

Alhamdulillah.
Selesai buka puasa untuk harini.
Dan selesai solat maghrib dengan anak isteri.

Curi masa untuk update blog sikit.
Semalam punya cerita dulu.
Aidil masih tak sihat.
So semalam aku cuti la.
Pagi tu bawa dia jumpa pakar kat Az-Zahrah Bangi pulak.
Lepas minum ubat yg doktor bagi aku tengok makin ok sikit.
Alhamdulillah baru senang sikit hati aku.
 
Lewat petang semalam aku sempat lari ke stokis jap.
Punch untuk 2 orang bisnes partner baru aku.
Abg Shah pun join sekali untuk PS bulan ni.

Shopping barang2 yg kawan2 kirim.
Boleh tahan jugak banyaknya.
Tu yg tersenyum lebaq tu. Hehehe.

Aku pun borong jugak.
Wife aku punya order.
Tak lain tak bukan BBplus Kolagen.
Sana sini duk cari barang ni.
Alhamdulillah rezeki jugak tu.
Siapa2 nak order rojer2 je la wife aku.
Amy
019-6996181
 
Jangan confius dengan no aku lak.
Hampir sama tapi tak serupa.
Azhar
019-6696181

Wednesday 24 October 2012

Skim Cepat Kaya

Selasa.
Full swing kat opis.
Pagi meeting & petang operasi meng"clear"kan atas meja.
 
Lepas kerja aku ke Bistro Seri Kembangan.
Ada 1 bisnes appointment.
Member kerja SPRM.
Demo agak detail jugak la sebab orang dah banyak pengalaman.
Alhamdulillah positif.
 
Katanya.
"Nak berjaya mesti kena usaha.
Tak ada benda yg boleh buat kita cepat kaya tanpa buat apa2.
Ambil rasuah pun bukan boleh kaya.
Kalau betul nak kaya mesti kena berniaga.
Dalam berniaga mesti kena jujur.
Kalau tak jujur bisnes pun tak tahan lama."
 
Aku sangat setuju dengan ayat2 dia.
ATM sediakan bimbingan & tunjuk ajar sepanjang masa.
ATM sediakan platform untuk kita berjaya & kaya.
Yg paling penting, ATM bukan skim cepat kaya. Hehehe.
 
Azhar
019-6696181

Tuesday 23 October 2012

Layan Aidil Demam

Balik dari bengkel siang tadi aku sempat singgah Pejabat Pos kejap.
Pos BBplus Kolagen yg member2 wife aku order.
Produk terhangat di pasaran.
Sana sini orang sebut pasal BBplus Kolagen.
Lepas tu aku drop by kat McD Tmn Equine pulak submit dokumen.
 
Actually aku agak rushing jugak tadi.
Hati jadi tak sedap bila dengar Aidil tiba2 demam panas.
Sampai2 rumah dia tengah tidur.
Pegang badan dia memang panas sangat2.
Terus bawa pergi jumpa doktor kesayangan dia kat Klinik Jameaton.
Alhamdulillah kali ni tak ramai orang.
Tunggu tak sampai 5 minit dah dapat jumpa doktor.
Doktor kata suhu badan dia terlalu tinggi.
Bagi ubat pun kena selang 4 jam or 6 jam je.
8 jam tak boleh sebab panas sangat.
TQ doktor.
 
Sampai2 rumah dah maghrib.
Aku & wife solat, Aidil pun nak solat.
Tapi mulut merengek je.
Yg kelakarnya bila sujud dia terus tak bangun2.
Terbaring terus atas sejadah tak larat nak bangun.
 
Bila orang doa dia pun nak doa jugak.
Tapi larat angkat sebelah tangan je la. Hahaha.
Mata pun tak buka.
 
Habis solat, makan ubat terus dia pengsan.
Kesian aku tengok dia.
Dah lama dia tak demam teruk macam ni.
 
Mudah2an cepat la Aidil sembuh.
Susah abah nak bergerak ke mana2.
Dia nak berkepit je sebelah abah dia masa demam ni.
Asal aku takde sebelah dia merengek.
Tu yg tak tahan telinga ni.
Ni pun dia tengah tidur tu yg dapat update blog jap. Hehehe.
 
Azhar
019-6696181

Monday 22 October 2012

My 181 With JTX 1000

Awal2 pagi tadi aku ke Hulu Langat lagi.
3 hari berturut2 aku ke sana.
Kelmarin family day.
Semalam ziarah pusara arwah mak.
Dan pagi tadi aku ke bengkel kereta.
 
Dah bertahun2 aku jadi customer tetap bengkel ni.
Servis & kualiti kerja sangat memuaskan.
Ramai jugak kawan2 yg aku recommend sini tak lari tempat lain.
Tauke dia cina.
Sikit hari lagi berkhatan la tu. Hehehe.
 
My 1181 with JTX 1000.
Iklan sikit. Hahaha.
JTX 1000 tu apa enda??
Minyak Enjin atau ramai orang sebut Minyak Itam.
Sama je la dua2 tu.
Dekat 4 jam jugak aku menunggu kat bengkel.
Daripada cakap dengan bos masuk opis lambat sikit last2 cuti terus.
Apa boleh buat tinggal berapa jam je baki waktu kerja.
Tu yg cuti terus.
Lagipun wife aku bagitahu Aidil tiba2 demam panas.
Bagi ubat pun tak jalan jugak.
Kereta aku dah sihat, Aidil pulak yg tak sihat.
Mudah2an Aidil pun akan sihat seperti sediakala.
Amin.
 
Azhar
019-6696181

Platform Terbaik

Petang semalam punya cerita.
Bisnes appointment yg dah tertunda 2 kali.
Petang semalam baru betul2 jadi.
Malam minggu tu sepatutnya jumpa tapi bola punya pasal itu yg tunda.
Katanya TRW dulu kini & selamanya.
Tahniah TRW yg telah berjaya menewaskan ATM.
Kenduri besar la penyokong2 TRW malam tu.
 
Berbalik pada cerita bisnes appointment petang semalam.
Jumpa member2 Yusuf.
Mereka berdua sangat positif.
Tambah pulak masih bujang lagi.
Senang nak bergerak ke sana sini.
Alhamdulillah harini aku dah submit untuk dana.
Aku akan pastikan kesilapan sebelum ni tak akan berulang lagi.
Mudah2an semuanya berjalan lancar.
Mudah2an mereka pun tersilap tanya kawan2 lepas ni.
Mudah2an mereka berjaya mengubah kehidupan dengan platform yg ATM sediakan.
InsyaAllah.

Azhar
019-6696181

Sunday 21 October 2012

Pulut Kuning

Awal pagi tadi aku ke Hulu Langat lagi.
Ziarah kubur arwah mak aku.
Seperti biasa kakak aku tunggu kat sana je.
Dan seperti biasa jugak pukul 8 pagi dah sampai sana.
 
Sekitar kawasan perkuburan arwah mak.
Sunyi & tenang je.
 
Selesai baca Yassin & tahlil, aku & kakak aku pergi mencekik pulak.
Kali ni tak sepert biasa.
Kami tak port mamak.
Pagi tadi kami port kat kedai makan melayu dekat2 dengan Masjid Batu 10.
Makanan boleh tahan sedap.
Macam2 menu ada.
Rezeki Allah akak aku belanja harini.
Aku pekena roti sardin.
Kakak aku mihun soto.
Sedap katanya tu yg aku tapau untuk wife aku sekali.
Tapau jugak mi kari untuk abah.
Masa dah nak balik tu baru aku sedar rupanya ada jual pulut kuning & rendang.
Nampak sedap.
Tapi perut dah kenyang tu yg tak try.
Ada rezeki lain kali ingat nak try jugak.
Bukan senang nak dapat sekarang. Hehehe.
 
Tengahari aku tak ke mana2.
Just duk rumah follow up bakal bisnes partner yg aku jumpa baru2 ni.
Petang pulak ada 1 appointment.
Nanti aku story kemudian.
Dah masuk maghrib nak solat dulu.
 
Azhar
019-6696181

Rumah Anak Yatim Al-Takwa

Semalam aku sempat snap gambar ni.
Rumah Anak Yatim Al-Takwa di Felcra Semungkis Hulu Langat.
Rumah Anak Yatim yg ditimpa bencana tanah runtuh pada Mei 2011 yg lepas.
 
Ini antara gambar masa kejadian dulu.
 
 
Ada yang mengaitkan Rumah Anak Yatim Al-Takwa dengan ajaran sesat Juruzon.
Macam2 versi cerita yg keluar di dada akhbar.
Tak perlulah dipertikaikan.
Sejauh mana kesahihan & kebenarannya hanya Allah yg tahu.
 
Ini antara gambar kenangan penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa.
Al-Fatihah buat semua mangsa.
Sama2 la kita berdoa moga ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman & bertakwa.
InsyaAllah.
 

BBplus Kolagen Lagi

Alhamdulillah dalam kesibukan semalam sempat jugak hantar BBplus Kolagen customer.
Ini dah masuk kotak yg ke-2.
Dia sangat berpuas hati dengan perubahan kulit especially muka dia.
Dia beli dulu pun lepas tengok perubahan kulit muka wife aku setelah seminggu minum kolagen ni.
Secara peribadi aku & wife sangat happy dapat kongsi kebaikan kolagen ni pada rakan2 yg lain.
Itu cerita pasal kolagen.
 
Cerita makan pulak. Hehehe.
Malam tadi aku ke Restoran Wong Solo Bdr Baru Bangi.
Kali ni dengan wife & kakak aku.
Ikutkan aku ada bisnes appointment malam tadi tapi last minute cancel.
Tunda ke petang ni.
InsyaAllah kalau tak ada aral akan jumpa petang nanti.
Berbalik pada cerita Wong Solo.
Menu seperti biasa.
Set Ayam Penyet.
Set Ayam Bakar.
Empal Sapi.
Tempe Goreng.
Air Soda Gembira.
Baik punya nama.
Alhamdulillah rezeki Allah untuk malam tadi.
 
Walaupun minum air Soda Gembira tapi hati tak berapa nak gembira.
Aidil buat perangai pulak.
Melalak sepanjang masa.
Tiba2 je bukan ada orang pukul pun.
Turun kereta terus mengamuk.
Aku siap belikan aiskrim kat kedai sebelah tu lagi nak umpan suruh senyap.
Tapi tak jadi jugak.
Dah la mahal tak hengat.
1 cup kecik tu aku kena sampai RM18.60.
Aidil tetap melalak jugak.
Maka kesabaran aku pun terujilah akhirnya. Hehehe.
 
Azhar
019-6696181

Hari Keluarga

Sabtu.
Pagi2 lagi aku dah keluar ke Hulu Langat.
Sepatutnya berempat tapi last minute Alya & wife aku tak dapat join.
So aku berdua je dengan Aidil.
 
Hari Keluarga BPK 2012 anjuran J/K Kebajikan & Sukan.
Lokasi kali ni di Singgah Santai Resort.
Ini suasana di kaunter pendaftaran.
 
Emcee hebat untuk harini, En Yazid.
Siapa tak kenal bukan warga PK la tu jawabnya. Hahaha.
 
Aidil breakfast dulu.
Pagi2 dah pekena nasi lemak.
 
Majlis dirasmikan lebih kurang pukul 9 pagi.
Lepas tu macam2 aktiviti la berjalan.
 
Ini antara aktiviti sukaneka yg Aidil join.
Rebut gula2.
Tapi bukan dia rebut pun.
Dia duk amik untuk yg dia nak makan je. Hahaha.
Lepas tu macam2 jugak aktiviti2 lain.
Sukaneka untuk kanak2.
Sukaneka untuk dewasa.
 
Chef CC Azmi.
Orang paling sibuk panggang2 semua ni.
Ayam, pedal, sosej & lain2.
Sangat menyelerakan.
Dia jugak antara orang kuat yg menjayakan program ni.
 
Selain tu ada lagi aktiviti2 lain.
Karaoke, cabutan bertuah & macam2 lagi la.
Ada yg bawa balik basikal.
Ada yg dapat microwave & lain2.
Aku tak bawa balik apa2 sebab tak dapat tunggu sampai habis.
Ada tanggungjawab yg lebih penting kat rumah.
 
Aidil sepanjang dalam perjalanan balik dia tidur je.
Kepenatan agaknya.
Dalam pukul 12 lebih macam tu aku dah sampai rumah.
Alhamdulillah walaupun sekejap tapi enjoy.
 
Azhar
019-6696181

Friday 19 October 2012

Family Day - Singgah Santai Resort

Ini entry aku beberapa minggu yg lepas.
Masa aku & member2 opis buat survey untuk family day.
 
 
Finally ini jugak tempat yg dipilih.
Esok akan berlangsung family day opis aku kat sini.
InsyaAllah aku turun dengan isteri & anak2 aku.
Lepas Subuh kami gerak.
Ikut jadual pukul 8 pagi dah start pendaftaran.
Mudah2an semuanya akan berjalan dengan lancar.
 
TQ to J/K Kebajikan & Sukan kerana menganjurkan event macam ni.
Berkumpul beramai2 sambil mengeratkan silaturrahim.
 
Azhar
019-6696181 
 

Saya Yang Menurut Perintah

Alhamdulillah selesai Subuh berjemaah dengan isteri.
Sementara dia tengah gosok baju aku sekarang ni, aku plak update la sikit2. Hehehe.
 
Patutnya harini aku cuti.
Dah apply kelmarin lagi.
Tapi tak lulus pulak.
1st time dalam sejarah aku mohon cuti tak lulus.
Tak lulus pun sebab ada benda urgent nak kena settle harini.
Pasrah je la.
Saya Yang Menurut Perintah.
 
Tengahari ni aku ada appointment dengan bisnes partner aku, Syed.
Mungkin nak turun HQ ATM kat USJ9.
Solat jumaat kat sana je.
InsyaAllah la tu pun kalau tak ada aral melintang.
Kalau ikutkan banyak benda nak kena uruskan kat sana.
Renew member2.
Nak buka bil new member.
Nak amik barang.
Nak beli barang yg kawan2 kirim.
Filter2 Bio Aura.
JTX 1000.
BBplus Kolagen.
Garam Buluh.
Ada lagi siapa2 nak kirim rojer2 la.
 
Azhar
019-6696181

Nikmat Tahajjud

Firman Allah s.w.t :
"Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud, sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan bangkitkan engkau dengan kedudukan yang baik."
(Al-Isra' : 79)

 
Solat sunat tahajjud merupakan 1 amalan yang agak sukar dilakukan walaupun hanya 2 rakaat.
Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur.
Sebab tu Allah menjanjikan ganjaran yang besar bagi mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata2 untuk mengerjakan tahajjud.

Antara kelebihan dan fadhilatnya ialah :
1. Ditempatkan di akhirat nanti di tempat yang terpuji.
2. Mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.
3. Dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
4. Dikabulkan doa dan permohonan serta diampunkan dosanya.
5. Terhindar daripada segala penyakit tubuh badan dan mencegah daripada melakukan dosa dan kejahatan.
6. Dijanjikan masuk syurga dengan selamat sejahtera.
7. Mendapat syafaat baginya dan ahli keluarganya.
8. Dijadikan orang yang bijaksana dengan dikurniakan pengetahuan yang tinggi.
9. Dibangkitkan dari kubur dengan wajahnya yang putih bercahaya.
10. Diringankan hisabnya.
11. Dipermudahkan baginya meniti shirat (jambatan) seperti kilat.
12. Diberi buku amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak.

Terlalu besar ganjaran yang Allah janjikan.
Alangkah bertuahnya jika kita dan seluruh keluarga kita tergolong di kalangan mereka yg konsisten melakukan amalan ni.
 InsyaAllah.

Member ACCA

Alhamdulillah.
Semalam terjumpa member lama.
Member masa sama2 belajar kat UiTM dulu.
Member ACCA.
Nasrul.
 
 
Actually 1st time jumpa tahun lepas.
Masa tu kat surau baru lepas solat sunat Dhuha berjemaah.
Dia yg tegur aku dulu.
Dia masih boleh cam aku.
Nak harap aku memang kurang daya ingatan la. Hehehe.
Masa tu dah amik contact masing2.
Tapi bila masing2 tukar no terus tak update.
Kebetulan la semalam dapat jumpa balik.
Masa aku tengah on call kat luar bilik meeting dia tegur aku.
Alhamdulillah dapat contact balik.
Sama2 kerja Kementerian Kesihatan.
Bahagian je lain2.
Ada masa nanti calling2 la boleh keluar minum2.
Sembang2.
Tapi kalau dengan dia dah tentu la sembang pasal ACCA. Hahaha.
 
Azhar
019-6696181

Thursday 18 October 2012

Lama Tak Jumpa

Jam sekarang pukul 11 malam.
Aku ambil perluang update blog kejap.
 
Seperti biasa harini agak busy kat opis.
Pagi buat report pasal meeting semalam.
Petang pulak ada meeting lagi.
Pukul 6 lebih baru habis.
Solat asar dulu then terus ke Restoran Darussalam Presint 9 Putrajaya.
Lepak2 minum dengan member2 opis kejap.
Lepak berempat.
Pekena roti canai bersama teh tarik dikala hujan lebat memang mengiurkan. Hahaha.
 
Dalam 7.30 aku gerak dah.
Diorang masih lepak sana lagi.
Aku tak boleh lama sebab dah ada appointment lain pukul 8.30 malam.
Kat Restoran Al-Rizwath.
Sempat singgah solat maghrib jap kat Petronas Seri Kembangan.
Appontment tadi dengan bisnes partner aku yg dah sekian lama tak jumpa.
Dah kembali segar untuk beraksi semula.
Just buat personal touch je tadi.
Alhamdulillah dah nampak jalan.
Jom sama2 kita bantu mereka2 kat luar sana yg tengah tercari2 peluang.
Mudah2an boleh mengubah kehidupan & masa depan.
InsyaAllah.
 
Azhar
019-6696181 


WhatsApp

 
WhatsApp Messenger.
Dunia di hujung jari.
 
Salah 1 medium perhubungan masa kini.
Boleh chatting or send text dengan mudah.
Bukan setakat text je, image & video pun boleh.
Free of charge.
As long as ada internet.
Bayar pun internet je la. Hehehe.
 
Bukan setakat communicate 1 to 1.
Group pun boleh.
Boleh create group and chat.
Memang sangat sesuai especially dengan member2 bisnes aku.
Senang nak update apa2 perkembangan.
Sangat membantu.
Senang nak communicate.
 
Siapa2 yang guna WhatsApp ni, can say hi to me.
Aku memang on 24/7.
 
Azhar
019-6696181

Wednesday 17 October 2012

Tragedi Oktober

Dah berapa hari tak update blog.
Tak sempat nak update sebenarnya.
Jangan kata update, nak baca blog kawan2 pun tak sempat.
Busy yg amat kebelakangan ni.
Syukur la wife aku sangat memahami.
 
Waktu siang memang busy kat opis.
Bulan Oktober memang macam ni.
Aku dah boleh agak dah.
Kerja kat opis tak pernah habis.
Meeting tak sudah2.
Report macam2 jenis report tak payah cerita la.
Report yg tak pernah wujud pun tiba2 ada je tahun ni.
Tak menang tangan nak buat.
Dah jarang la dapat balik on time.
Itupun kerja still tak siap jugak.
Kadang2 sampai kena bawa balik rumah.
 
Itu bab kerja then ok la.
Busy pun busy kerja.
Ada jugak terpaksa busy dengan benda2 bodoh.
Benda2 yg tak sepatutnya berlaku.
Benda yg pelik2 je.
Benda yg sampai kiamat pun aku tak mampu nak fikir.
Itu yg kacau kerja tu.
Atas meja serabut.
Kepala pun kadang2 serabut.
Penat nak fikir.
 
Tapi syukur la aku bersama ATM.
Itulah antara aktiviti yg boleh menghilangkan stress kat opis.
Sebelah malam biasanya aku spend masa dengan member2 ATM.
Member lama ada member baru pun ada.
Share peluang bisnes bersama ATM.
Itu lebih fun.
Tak pressure.
Santai2 je.
 
Azhar
019-6696181


Monday 15 October 2012

Weekend Yang ??????

Alhamdulillah.
Weekend yg sangat busy.
Full dari pagi sampai malam.
Aikk kenapa alhamdulillah plak kalau busy??
Suka ke busy??
Yes sangat suka.
Busy untuk diri sendiri dengan busy untuk bos sangat berbeza.
 
Kelmarin (sabtu) full dari pagi sampai malam.
Pagi ke Presint 16 Putrajaya jumpa isteri aku punya member.
Then lepas hantar dia balik aku terus ke Jenjarom.
Dah alang2 sampai sana daripada 1 terus jadi 2 appointment.
Petangnya sampai je rumah isteri aku ajak ke Bdr Baru Bangi pulak.
BBplus Kolagen punya penangan.
Malam pulak aku ke Satay Willy jumpa group ATM aku dari Nilai.

Semalam (ahad) pun sama.
Pagi aku ke Warung Bunian dengan bisnes partner aku, Abg Mahadi.
Konvoi 2 kereta penuh.
Then aku spend masa dengan family jap bawa anak2 main kat tempat permainan Masjid Putra.
Kat bawah tu.
Tengahari tu lepas selesai solat & lunch, aku ke Nilai pulak.
Jumpa bakal bisnes partner aku, Solihin & geng2 dia.
Alang2 sampai sana sekali lagi lepak2 dengan group Nilai aku yg lain kat sana.
Malam keluar lagi tapi dekat je la.
Gerai Teh O Beng jumpa bisnes partner aku, Abg Man & isteri untuk PT.

Dua2 hari tu sampai je rumah pengsan tak ingat dunia.
Tambah pulak badan pun tak berapa sedap.
Bangun kul 3 pagi pun just settlekan apa yg patut je pastu sambung pengsan balik.
Tak dan nak buka laptop.
Tak dan nak update blog.
Tengok FB pun kat fon je.
Ni pun menggagahkan diri buka jugak laptop jap.
Update blog jap sebab ada bisnes partner dah duk tanya2.
Tapi sorry la disebabkan faktor masa aku upload gambar kemudian je ye.
Sekarang baru pukul 4.45 pagi.
Sempat 1 jam lagi untuk pengsan sebelum Subuh. Hehehe.

Azhar
019-6696181

Friday 12 October 2012

Bonus Bulan Ini

Tahniah buat semua warga ATM.
Ramai yang tersenyum lebar harini.
Bonus dah masuk.
Ada yg dapat 4 angka.
Ada yg dapat 5 angka.
Yg dapat 6 angka pun ada.
Bergantung pada usaha masing2.
 
ATM bukan skim cepat kaya.
ATM bukan skim piramid.
ATM bukan sistem binari.
ATM bukan 4D (Duduk Diam Dapat Duit).
Nak berjaya bersama ATM mesti kena usaha.
Nak kaya bersama ATM mesti kena bertindak.
Kalau nak berjaya & kaya tapi tak nak buat apa2 jangan cari ATM.
Kami tak mampu nak bantu orang macam tu.
 
ATM.
Akademi Taipan Malaysia.
Kepakaran kami adalah dalam membantu mereka
yg ingin menjana pendapatan tambahan melalui perniagaan.
Especially bagi mereka yg tak tahu nak buat bisnes apa,
yg tak ada pengalaman dalam dunia bisnes & yg kurang berkemampuan dari segi modal.
 
Call la kalau anda adalah orang seperti di atas.
Kami hanya berkongsi peluang.
Keputusan tetap di tangan anda.
 
Azhar
019-6696181

Thursday 11 October 2012

Minggu Ini

Sedar tak sedar esok dah jumaat.
Cepat betul masa berlalu.
Aku macam tak percaya je.
Mungkin sebab terlalu busy kat opis & luar opis minggu ni.
Tu yg tak terasa.
 
Pagi semalam sepatutnya aku ada seminar kat opis.
Seminar Pendidikan Kesihatan.
Khabarnya ustaz2 dari Darul Syifa' pun ramai yg datang.
Malangnya aku tak dapat nak join.
Bebanan tugas kat opis.
Lagipun petang aku ada training sistem.
Tak boleh tak pergi.
 
Lepas kerja aku terus ke Restoran Al-Azwath.
1st bisnes appointment untuk semalam.
9 malam pulak 2nd appointment kat McD Equine Park.
Nampak gaya semuanya positif.
Harini pun masih positif.
Cuma dokumen je belum submit lagi.
 
Harini pun ada 1 appointment malam ni.
Berminat nak tahu pasal ATM.
Port malam ni kat Presint 16 Putrajaya.
Member2 Putrajaya yg free jom la lepak sekali.
8.30 malam kat sana.
InsyaAllah.
Apa2 calling2 ya.
 
Azhar
019-6696181


Wednesday 10 October 2012

Hero & Heroin

Aidil & Alya.
Hero & heroin aku.
Sumber inspirasi aku.
Sumber kekuatan aku.
Pencetus semangat aku.
 
Setiap kali tengok gambar ni, macam2 benda yg main kat fikiran aku.
Macam2 benda yg aku nak buat untuk mereka berdua.
Kalau nak cerita semua memang sampai ke sudah tak habis.
Yg pasti aku akan buat yg terbaik untuk mereka.
Aku akan beri yg terbaik untuk mereka.
Pendek kata segala apa yg terbaik tu memang untuk mereka berdua je la. Hahaha.
 
Terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan mereka untuk aku.
Alhamdulillah.
 
Azhar
019-6696181


Monday 8 October 2012

Naik Tangga

Alhamdulillah.
Apa yg dirancang semalam kebanyakannya menjadi kenyataan.
Sebelah siang penuh dengan urusan ATM.
Malam pulak aku free je.
Duk mengadap buku tulisan Ustaz Ismail Kamus buat kali ke-2.
Dari lepas Isyak sampai ke awal pagi tadi.
Langsung tak buat benda lain.
Laptop pun tak usik.
Tu yg blog tak update.
 
Harini pulak siang busy dengan urusan opis.
Petang ada meeting.
Tak sempat nak buat benda lain.
Malam ni patut ada appointment dengan Abg Rahman.
Tapi cancel last minute.
Member tu ada urusan lain.
So terus on appointment dengan sifu aku, Abg Hamizul.
Port kat area2 rumah aku je.
Banyak benda nak di sembang.
Banyak benda nak di update.
Semuanya pasal bisnes.
Kalau ada yg sesuai untuk dikongsi, aku akan update kemudian.
 
Sebut pasal kongsi teringat pulak cerita tengahari tadi.
Aku lepak lunch dengan sorang tauke berbangsa cina.
Memang suka lepak dengan dia sebab banyak benda aku boleh belajar especially pasal bisnes.
Pelajaran untuk harini.
 
"Kalau mahu naik tinggi mesti guna tangga.
Perlahan2 naik itu tangga.
Baru boleh duduk lama2 dekat atas.
Jangan sekali2 naik helikopter.
Sekali u jatuh banyak sakit.
Nanti sudah tak tahu macam mana mahu naik lagi."
 
Faham ke??
Tak faham pun buat2 faham la.
Kira macam peribahasa jugak la tu. Hehehe.
Ini kira ok la kalau tak faham boleh baca ulang2.
Aku tadi jenuh nak ingat apa dia cakap.
Dah la cakap laju gila.
Siapa kenal dia tahu la cara dia cakap macam mana. Hahaha.
 
Azhar
019-6696181


Sunday 7 October 2012

BBplus Collagen

Alhamdulillah.
Akhirnya jumpa juga penyelesaian kepada masalah selama ni.
 
BBplus Collagen.
Repair, Rebuild & Renew.
 
Sejak mengandung Aidil, isteri aku ada masalah kulit sikit.
Nak kata alahan bukan.
Macam2 doktor kami dah jumpa.
Doktor pakar pun kami dah jumpa.
Diorang cuma boleh kata mungkin pembawakan bayi dalam kandungan.
Lepas bersalin ok la tu.
Tapi tak jugak.
Macam2 usaha kami dah buat.
Ubat tak payah cerita la.
 
Sampai la beberapa minggu lepas aku tergerak hati nak beli 2 kotak BBplus Collagen ni.
Kasi isteri aku cuba.
Walaupun hati kecik tak berapa yakin.
Sebelum ni dah macam2 collagen kami beli.
Yg serbuk, yg jus, yg pil, yg koko & macam2 lagi.
Semuanya tak menjadi.
 
Tapi syukur alhamdulillah 3 hari lepas minum BBplus Collagen ni,
aku dah boleh nampak beza kat muka isteri aku.
Dia sendiri lagi la rasa macam2 perubahan.
Yg best tu jiran2 pun duk tanya pakai apa.
Tak ada pakai2 kak, minum je. Hehehe.
 
Repeat order.
Ramai yg nak cuba lepas tengok perubahan isteri aku.
Malam tadi pun selesai lagi 2 kotak.
Tetamu datang rumah dia nampak ada stok terus beli.
Padahal tu stok isteri aku tu. Hahaha.
Harini akan pergi beli lagi.
InsyaAllah dalam masa terdekat aku akan post gambar before & after.
 
Ada yg tanya (lelaki la) apa tu collagen??
Perempuan mesti tahu.
Aku malas nak cerita panjang lebar kat sini.
Bukan orang baca sangat pun.
Tengok je gambar kat bawah ni.
Apa fungsi BBplus Collagen.
 
 
 Kepada yg masih ragu2, advice aku cuba je dulu.
Tak cuba tak tahu.
 
Berminat boleh la call isteri aku.
Nak call aku pun boleh.
Amy 019-6996181
Azhar 019-6696181


Saturday 6 October 2012

Tunda Esok

Tengahari tadi aku tak ke mana2.
Duk rumah je sambil tunggu abang aku & family dia nak datang.
Tapi tak jadi.
Then aku decide untuk keluar jumpa bisens partner aku, Farid.
Dah lama nak jumpa tapi tergendala je.
Alhamdulillah akhirya dapat jugak jumpa.
Buat Personal Touch.
Matlamat dah semakin jelas.
Tinggal buat je.
 
Selesai tu aku ada appoinment dengan bakal bisnes partner aku, Solihin.
Kami nak ke Easycash.
Tapi last minute dia kena masuk kerja pulak.
Tunda esok.
 
Rezeki lewat petang tadi.
Masa tengah lepak2 tiba2 dapat jemputan minum petang kat rumah kakak ipar aku.
 
Ada jemput2 dan sambal ikan bilis.
Ada goreng pisang.
Kena pulak dengan teh panas.
Memang terangkat. Hehehe.
 
Malam ni sepatutnya aku jumpa sifu aku, Abg Hamizul.
Pun terpaksa tunda ke esok sebab ada tetamu datang rumah.
Mudah2an apa yg dirancang esok akan berjalan dengan lancar.
InsyaAllah.
 
Azhar
019-6696181
 


Pasar Borong

Awal pagi tadi aku dah keluar.
Bawa Aidil & isteri aku breakfast then singgah pasar borong beli barang dapur sikit.
Topup sikit2 je sebab semalam dah beli kat Giant.
 
Breakfast di Restoran Bintang Bistro.
Rasa macam dah lama je tak spend masa dengan family kat luar.
Padahal tak pun.
Last 2 weeks dah ke Cameron Highland.
Last week ke Johor.
Cuma this week agak busy yg melampau.
Tu yg rasa macam dah lama tak spend masa sama.
Siang kaw2 punya busy kat opis.
Malam pulak busy dengan urusan ATM.
Kadang2 balik rumah pun diorang dah tidur.
Tapi takpe la sementara je semua ni.
 
Selesai brekfast kami ke pasar borong Selangor.
Niat nak beli barang sikit2 je.
Tapi bila tengok semua segar2 tu yg tak tahan tu. Hahaha.
Beli ayam, daging, udang, sotong, ketam, ikan selar, ikan tenggiri, ikan kerisi dan ikan pari.
Yg lain2 barang kering je.
Stok untuk 1 ke 2 minggu.
Kenapa nak kena tulis semua benda2 alah tu.
Hahaha saje nak eksyen sikit.
Aku dah tak macam dulu.
Dulu haram 1 apa pun aku tak tahu benda2 ni.
Tak kenal pun macam mana rupanya especially ikan.
Tahu makan je.
Sekarang ni kadang2 aku yg tunjuk kat isteri aku.
Siap dah tahu cara nak tengok ikan tu segar or tak.
Hahaha bunyi macam riak la pulak.
Tapi jujur cakap bab sayur aku masih fail lagi.
Setiap kali nak beli sayur kena ada strategi la untuk mengelak dari berlaku kesilapan.
Macam mana strategi tu??
Biarlah rahsia.
Tak rela untuk memalukan diri sendiri lebih2kat sini. Hehehe.
 
Azhar
019-6696181 


Bajet 2013

Ini hari rabu punya cerita.
Petang lepas kerja aku ke Bintang Bistro.
Malam pulak ke Restoran Al-Azwath.
Seperti biasa urusan ATM.
Misi ke Korea.
 
Sebelah malam tu yg agak menarik untuk di share kat sini.
Aku ada appointment dengan sorang member aku ni kat Al-Azwath.
Dia bawa kawan dia sorang.
Aku pun datang dengan bisnes partner aku sorang, Man.
 
Dipendekkan cerita misi ke Korea terpaksa dibatalkan.
Tiba2 diorang duk berdebat pasal Bajet 2013.
Itu salah ini salah.
Itu betul ini betul.
Yg paling hangat bila cerita bab bonus kerajaan.
Bukan main semangat lagi dia duk bercerita.
Hujan gerimis keluar dari mulut dia pun dia tak sedar.
Nasib baik la oblong aku agak jauh dari dia. Hehehe.
 
Susah nak cakap sebenarnya.
Masing2 ada pandangan tersendiri.
Pada mereka pandangan mereka la yg paling betul.
Kesimpulan yg aku buat hasil dari perdebatan diorang malam tu adalah orang kerajaan tak layak dapat bonus 1 setengah bulan gaji (setengah bulan dah dapat before raya haritu).
Sebabnya orang kerajaan bukan ada kerja sangat.
8 pagi punch in then 5 petang punch out.
 
Aku pun malas nak komen panjang.
Soalan aku mudah je.
Pernah ke kerja kerajaan??
Jangan hanya pandai cakap kalau diri sendiri tak pernah merasa.
Sama jugak dalam ATM.
Bukan main hebat lagi duk bercakap macam2 pasal ATM kat kerusi penonton.
Sedangkan gelanggang pun tak pernah pijak.
 
Wallahualam.
 
Azhar
019-6696181
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...