Monday 8 October 2012

Naik Tangga

Alhamdulillah.
Apa yg dirancang semalam kebanyakannya menjadi kenyataan.
Sebelah siang penuh dengan urusan ATM.
Malam pulak aku free je.
Duk mengadap buku tulisan Ustaz Ismail Kamus buat kali ke-2.
Dari lepas Isyak sampai ke awal pagi tadi.
Langsung tak buat benda lain.
Laptop pun tak usik.
Tu yg blog tak update.
 
Harini pulak siang busy dengan urusan opis.
Petang ada meeting.
Tak sempat nak buat benda lain.
Malam ni patut ada appointment dengan Abg Rahman.
Tapi cancel last minute.
Member tu ada urusan lain.
So terus on appointment dengan sifu aku, Abg Hamizul.
Port kat area2 rumah aku je.
Banyak benda nak di sembang.
Banyak benda nak di update.
Semuanya pasal bisnes.
Kalau ada yg sesuai untuk dikongsi, aku akan update kemudian.
 
Sebut pasal kongsi teringat pulak cerita tengahari tadi.
Aku lepak lunch dengan sorang tauke berbangsa cina.
Memang suka lepak dengan dia sebab banyak benda aku boleh belajar especially pasal bisnes.
Pelajaran untuk harini.
 
"Kalau mahu naik tinggi mesti guna tangga.
Perlahan2 naik itu tangga.
Baru boleh duduk lama2 dekat atas.
Jangan sekali2 naik helikopter.
Sekali u jatuh banyak sakit.
Nanti sudah tak tahu macam mana mahu naik lagi."
 
Faham ke??
Tak faham pun buat2 faham la.
Kira macam peribahasa jugak la tu. Hehehe.
Ini kira ok la kalau tak faham boleh baca ulang2.
Aku tadi jenuh nak ingat apa dia cakap.
Dah la cakap laju gila.
Siapa kenal dia tahu la cara dia cakap macam mana. Hahaha.
 
Azhar
019-6696181


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...