Wednesday 30 November 2011

Penutup November

Hari ni hari terakhir November.
Esok dah mula hari baru di bulan baru.

Cepat betul masa berjalan.
Sedar tak sedar dah 11 bulan masa berlalu.
Aku masih ingat lagi
macam2 azam yang aku pasang masa mula2 masuk tahun baru dulu.
Alhamdulillah ada yang dah tercapai.
Tapi masih ada jugak yang belum tercapai.
Baki hanya tinggal 30 hari je lagi.
Aku kena manfaatkan masa yang tinggal ni sebaik2nya.
Kalau tak nanti azam tahun 2012 akan sama je dengan azam tahun ni.

Hari ni merupakan closing date dalam Akademi.
Kini semua urusan bulan November dah berakhir.
Dah pasti macam2 benda yang dah berlaku sepanjang November.
Ada cerita suka dan duka.
Ada cerita gembira.
Ada cerita sedih.
Yang penting tak boleh cepat selesa.
Perjalanan masih panjang.
Segala kekurangan harus diperbaiki segera.

Alhamdulillah sejarah berulang buat kali ketiga berturut2.
Rezeki datang disaat2 akhir.
Kali ni sekali lagi rezeki CC Hamid.
Closing cash lagi hari ni.
Syukur la sempat jugak uruskan dengan stokis petang tadi
walaupun masing2 dalam kesibukan yang teramat sangat.
Kali ni pun CC Hamid yang uruskan sendiri.
Tahniah.
Penutup untuk bulan November.
Disember pasti lebih mantap.
InsyaAllah.
 

Esok Masih Ada

Alhamdulillah aku baru sampai rumah.
Pukul 8.30 tadi aku ke USJ Taipan.
Uruskan beberapa perkara sebelum closing bulan ni.
Punch, buka bil, beli barang, ambil barang dan lain2.
Yang dah bank in awal2 ada.
Yang cash pun ada.
Esok pun InsyaAllah ada lagi.
Mudah2an semuanya berjalan lancar.
Wow macam banyak je duit tu.
Tahniah CC Hamid.
Dah pandai closing dan punch sendiri kat stokis.
Duduk sebelah Pengetua Akademi Taipan lagi.
Ambil semangat untuk terus berjuang.
Ambil aura kejayaan.
Mana tahu 1 hari nanti boleh dapat bonus macam orang sebelah tu.
3 bulan RM1 juta.
Apapun memang rezeki CC Hamid la bulan ni.
Khabarnya banyak close cash.
Esok pun ada sorang lagi.
Tahniah.
Masih ada 2 bulan lagi untuk bawa kawan2 CC Hamid ke Vietnam.
Wish u the best of luck.
InsyaAllah.


Tuesday 29 November 2011

Fridge Magnets

Ini antara koleksi fridge magnets parents aku.
Mereka beli sendiri kat tempat yang mereka lawati.
Bukan kirim pada sesiapa.
Boleh dikatakan tiap2 bulan pergi berjalan.
Dalam negara ada luar negara pun ada.
Kadang2 aku pun tak tahu apa2.
Tahu2 mereka dah sampai sana.
Ada tu tahu2 mereka dah balik.
Minta tolong ambil kat KLIA.

Khabarnya awal bulan depan akan ke Turkey.
10 hari kat sana.
Balik dari Turkey
akan ke Bandung pulak 3 hari lepas tu.
Seminggu lagi kat sana.
Kali ke 3 dah kalau tak salah aku mereka nak pergi Bandung
Seronok shopping la tu agaknya.
Mac tahun depan InsyaAllah akan ke Umrah pulak.
Dah nazar katanya.
Aku doakan mudah2an mereka selamat pergi dan pulang.
Amin

Ini fridge magnet yang mereka beli kat Vietnam.
Baru 3 bulan lepas dia pergi.
Aku anak beranak dapat jugak hadiah kain
yang mereka beli kat sana.
Memang cantik la.
Pink colour lagi. Hehe.
Aku nak pergi tempah baju pun tak sempat2 sampai harini.
InsyaAllah akan tempah untuk pakai raya tahun depan.
Tu pun kalau aku panjang umur la.

Cuma kali ni aku dan isteri dah sepakat.
Kami sendiri yang nak pergi ke Vietnam.
Kami sendiri yang nak shopping kat sana.
Tak nak kirim2 dah.
Kebetulan memang boleh pergi free.
Tak kan tak nak pergi jugak.
Kami nak bawa seberapa ramai kawan2 pergi sekali.
Setakat hari ni memang ada pun yang dah dapat.
Siapa nak join sekali??
Jom??
Call/sms aku.
010-2207181

Monday 28 November 2011

Aku Pun Nak

Wow banyaknya duit.
Duit siapa ni??
Kalu aku kira2 lebih kurang RM8,000 jugak ni.
Duit aku ke??
Yang pasti bukan duit aku.
Aku pun bukan ada duit sangat sebanyak tu.
Ni sebenarnya duit kawan2 aku.
Mereka minta tolong aku belikan Bio Aura, Bio Zone Food dan lain2.

Azhar apa motif ko post gambar ni??
Bukan apa aku just suka2 je.
Saje2 layan perasaan.
Saje2 duk berangan.
Kan best kalau aku boleh dapat gaji sebulan sebanyak ni.
Tapi macam mustahil je.
Aku ni cuma seorang pekerja bawahan.
Gaji berapa la sangat.
Kalau nak dapat macam tu pun makan tahun la.
Kena sambung belajar tinggi2 dulu.
Tambah pengalaman kerja.
Ambil exam itu ambil exam ini.
Dan macam2 lagi la baru boleh dapat agaknya.
Kalau dapat pun masa tu harga barang dah melambung naik.
Gaji RM8,000 masa tu sama je nilai dia dengan gaji RM2,000 sekarang.

Tapi syukur Alhamdulillah la
Allah bagi aku rezeki tambahan dalam Akademi.
Kalau usaha betul2 dan sungguh2
memang boleh dapat lebih dari gaji sebulan.
Gaji 1 tahun pun InsyaAllah boleh dapat dalam masa 1 bulan.
Tapi kalau buat main2 atau tak sungguh2,
jangan kata 1 bulan
suku bulan gaji pun belum tentu dapat.
Tak perlu tengok jauh la.
Aku tengok Abg Din dan Kak Tini pun dah cukup.
Mereka berdua ni antara yang rapat dengan aku sekarang.
Kalau ikutkan pendapatan mereka lebih kurang RM300,000 sebulan.
Maknanya RM300,000 dalam masa 30 hari.
Kalau aku pecahkan sehari je pendapatan mereka dah RM10,000.
Wow banyak tu.
Aku ni kalau dapat RM8,000 sebulan pun dah punya la bersyukur.
Inikan pulak RM10,000 sehari.
Macam tak masuk akal.
Tapi tu la hakikatnya.
Rezeki yang Allah bagi dalam perniagaan.
Mereka bersabar dengan karenah manusia.
Mereka terus berusaha walaupun terpaksa melalui pelbagai dugaan dan cabaran
selama 11 tahun bersama Akademi.
Dan akhirnya itulah hasilnya.

Aku tak kisah apa orang nak kata.
Aku akan terus berusaha seperti mereka.
Kalau ikutkan ramai je kat luar sana yang tak berjaya.
Melambai2 memanggil aku untuk sama2 tidak berusaha.
Tapi syukur la Allah pilih aku.
Allah bagi contoh2 yang jelas kat depan mata kepala aku.
Supaya aku buka mata aku ni luas2 untuk melihat.
Supaya aku gunakan akal fikiran aku ni untuk memilih.
Contoh orang berjaya ada.
Contoh orang gagal pun ada.
Tinggal aku je yang perlu pilih nak ikut yang mana.
Kalau tanya budak sekolah sekalipun
rasanya mereka tahu nak pilih yang mana.
Wallahualam.






Sunday 27 November 2011

Nasib Tak Mahal

Alhamdulillah
aku dah selamat sampai rumah.
Mudah2an titisan hujan rahmat
yang mengiringi perjalanan pergi dan pulang aku sepanjang malam ni
akan membawa sinar kejayaan dalam hidup aku.
Cewahh ayat tak hengat.
Dah macam ayat member aku a.k.a penulis novel yang aku kagumi
Damya Hana.

Sambung cerita entry sebelum ni.
Petang tadi aku bawa anak isteri jalan2
cari makan dan cari barang.
Sebenarnya tak tahu nak pergi mana pun.
Tak ada hala tuju.
Kenapa boleh jadi macam tu??
Sebab matlamat tak jelas.
Nak makan apa pun tak pasti.
Nak cari barang apa pun tak betul2 pasti.
Itu yang jadi meraba2 sikit tu.
Masa pun terbuang macam tu je.

Dari Jusco ke Giant.
Dari Giant ke PKNS Bangi.
Dari PKNS Bangi ke Manjaku.
Kat Jusco beli kasut isteri aku.
Kasut lama dah tak boleh pakai katanya.
Sementara dia duk cari tu
aku dan Aidil sepeti biasa la merewang kat MPH.
Anak aku yang mula berlari masuk ke situ.
Yang pelik tu dia tahu pulak mana nak cari buku ABC dia.
Selesai di Jusco kami ke Giant pulak teringin nak makan Nasi Goreng Ayam.
Sedap makan kat situ.
Tapi tutup pulak so kami terus ke PKNS Bangi pekena Mi Sup panas2
kat Foodcourt tingkat 3 tu.
Dah alang2 ada kat Bangi
lepas selesai makan kami terus tu Manjaku.
Cari hadiah harijadi untuk anak aku.
Aku tak tahu nak beli apa sebenarnya.
So aku biarkan dia pilih sendiri.
Tengok la apa yang dia suka.
Yang penting tak lari dari bajet aku. Hehehe. 
Anak aku minat basikal pulak.
Warna biru jugak yang dia minat.
Orang tua2 kata romantik.
Kalau dah besar nanti mesti romantik macam abah dia agaknya. Hehehe.
Nasib baik dia tak pilih yang ni.
RM299 tu harga dia.
Ada 1 lagi kereta Mercedez aku lupa nak ambil gambar
sebab terkejut tengok harga punya pasal.
RM599 tu.
Dah macam bayar kereta betul pulak tiap2 bulan.
Syukur la akhirnya ini yang dia pilih.
Takde la mahal sangat.
Duit tu boleh pergi ke tempat lain. Hehehe.
Boleh buat2 tambah dalam buku simpanan dia.
Untuk kegunaan dia pada masa depan nanti.

Semangat Baru

Hari ni jadual agak penuh.
Dari awal pagi aku keluar
dan baru kejap tadi ni sampai rumah.
Kejap lagi ni nak keluar balik ada temujanji kat The Mines.
Kalau ikutkan badan macam tak berapa nak larat.
Tapi semangat punya pasal aku akan pergi jugak la.
Tambah pulak dapat suntikan baru.
Azam tahun baru.
Matlamat baru.
Semangat baru.
Mudah2an akan kekal bersemangat sampai ke hujung tahun nanti.
InsyaAllah.
Tak nak la hangat2 tahi ayam je.
Tak nak semangat seminggu 2 minggu je.
Lepas tu berkubur.

Sebelum ke USJ Taipan pagi tadi
aku sempat borak2 dulu dengan trainer merangkap Pengetua Akademi Taipan
Cikgu dan Mentor Kartini Mat Yaakob.
Ada la beberapa perkara yang kami bincangkan.
Fokus paling utama untuk menjayakan semua rakan niaga aku
yang baru mahupun yang lama.
Nak pastikan mereka layak ke Vietnam.
Dan macam2 lagi.
Dekat setengah jam jugak la borak.
Lepas tu aku terus ke USJ Taipan untuk Bisnes Preview pagi ni.
Sebelum tu ambil rakan niaga dulu kat Putrajaya.
Sampai USJ tadi pun lebih kurang pukul 10 pagi.
Kalau ikutkan banyak tempahan barang yang aku nak beli kat stokis.
Tapi malangnya stokis tutup pulak.
Esok atau lusa la kena repeat balik.
Aku tak dapat stay sampai habis Bisnes Preview tadi
sebab dah ada temujanji kat Summit USJ pukul 12 tengahari.
Selesai urusan kat situ aku ke Bukit Jalil pulak.

Sampai rumah tadi pun dah pukul 3 petang.
Lepas solat Zohor terus keluar balik.
Asalnya nak bawa isteri aku pergi klinik
sebab kebelakangan ni dia kerap tak sihat.
Tapi klinik tutup la pulak.
Doktor tengah pergi bawa anak2 bercuti sempena cuti sekolah.
(aku tahu pun sebab tengok gambar dia kat FB tadi)
Terus kami tukar plan.
Aku bawa anak isteri jalan2 beli2 barang sikit.
Nanti aku share kemudian.
Yang menariknya masa jalan2 tu
aku dapat 1 berita gembira dari CC Hamid.
Rezeki datang di saat2 akhir.
Allah buka pintu rezeki dia di saat dia sendiri betul2 tak sangka.
Mungkin inilah janji dari Allah
kerana dia tidak pernah berhenti berusaha.
Dia tidak pernah putus asa menghadapi segala dugaan dan cabaran.
Tahniah CC Hamid.
Vietnam dalam genggaman.
Kalau esok stokis buka kita settlekan esok jugak.
InsyaAllah.

Abg Nasir (bersama cap JTX 1000 nya), Abg Karim dan Danny


Sabahan - Leader2 Hebat


Saturday 26 November 2011

Muharram

Muharram.
Bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah).
Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib
kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi.
Pada asasnya Muharram membawa maksud "diharamkan"
iaitu Allah melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.
Namun larangan tersebut ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah : 91).
Sejak itu umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian
tanpa terikat dengan larangan berkenaan.

Peristiwa2 penting :
~ 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
~ 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Peristiwa2 pada 10 Muharam :
~ Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
~ Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
~ Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan.
~ Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
~ Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
~ Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
~ Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
~ Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
~ Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
~ Laut Merah terbelah 2 untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
~ Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
~ Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
~ Hari pertama Allah menciptakan alam.
~ Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
~ Hari pertama Allah menurunkan hujan.
~ Allah menjadikan 'Arasy.
~ Allah menjadikan Luh Mahfuz.
~ Allah menjadikan alam.
~ Allah menjadikan Malaikat Jibril.
~ Nabi Isa diangkat ke langit.

Antara amalan2 disunatkan pada bulan Muharam seperti :-
~ Berpuasa. 
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
~ Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
~ Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar
~ Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib

Udang Sebalik Batu

Alhamdulillah.
Aku baru je sampai rumah.
Awal pagi tadi aku dah keluar.
Ada 2 temujanji berasingan.
Kali ni dengan kawan2 aku sendiri.
Pukul 9 pagi jumpa kawan 1 sekolah kat Warung Bunian.
Kali ke-3 aku ke situ.
Sentiasa ramai orang walaupun musim2 cuti macam ni.
Dah alang2 sampai situ tak sah kalau tak pekena nasi lemak dam roti canai dia.
Tapi takde hal la.
Pagi2 lagi aku dah layan rutin harian aku dulu
Lactolite dan Garam Buluh sebelum keluar rumah.
Sistem pencernaan aku amat sempurna sekarang. Hehehe.
Selesai urusan kat situ aku terus ke Dengkil pulak.
Jumpa kawan 1 UiTM kat Restoran Sri Manis.
Nak makan memang dah tak larat.
So lepak2 je la sambil layan teh tarik.

Terus terang aku cakap niat jumpa mereka ni nak lepak2 je.
Maklumlah dah lama tak jumpa.
Rupa2nya mereka yang ada udang di sebalik batu.
Yang sorang tu nak jumpa aku sebab nak bagi kad kahwin dia
dan berminat nak tahu serba sikit pasal bisnes yang aku buat.
Memang rezeki dia la.
Confirm honeymoon kat Vietnam.
Yang sorang lagi tu pulak nak promote insurans kat aku.
Dia buat part time jual insurans.
Full time sebagai Auditor di salah sebuah syarikat yang agak besar di Malaysia.
Isteri bekerja dan anak nak masuk 3 orang.
Rasanya gaji dia je dah lebih RM5,000 sebulan
tapi masih mencari pendapatan tambahan.
Itulah desakan hidup namanya.
Malangnya dia jumpa aku agak sedikit terlewat.
Aku dan family dah ada insurans lain.
Cuma apa yang aku boleh bantu
kalau ada kawan2 nak cari insurans nanti aku akan kenalkan kat dia.

Agenda tengahari ni aku nak pergi kenduri kahwin.
Kat area rumah aku ni je.
Sekarang tengah duk tunggu isteri aku bersiap.
Mana la tahu2 kot2 pengantin ni pun nak honeymoon kat Vietnam jugak.
Boleh la risik2 tanya.
 

Salam Maal Hijrah

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam.
1 Muharam 1433 Hijrah bersamaan 27 November 2011.
Alhamdulillah kita telah dipilih oleh Allah
untuk diberi peluang bernafas dan menikmati nikmat2 hidup di dunia ini.
Lihatlah berapa ramai rakan2 kita yang telah kembali kepada Allah sepanjang tahun lepas.
Gunakanlah peluang yang Allah berikan ini sebaik2nya. 
Berlalunya tahun 1432 Hijrah.
Sudah pasti segala kenangan dan peristiwa yang telah berlaku
akan kekal abadi di hati dan sanubari.
Dan mudah2an apa yang kita impikan setahun yang lepas
kini telah menjadi kenyataan.
Apa azam tahun baru kita kali ni??

Jom sama2 kita baca doa akhir tahun pada akhir waktu asar
atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah iaitu hari ni.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Doa Akhir Tahun ialah :
Maksudnya :
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami,
apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini terhadap hal-hal yang Engkau larang aku untuk melakukannya dan aku masih belum bertaubat.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya.
Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku,
tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat atas kelalianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.
Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian atas apa yang Engkau ridhai
dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu.
Maka aku memohon kepada-Mu.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia
agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah.
Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengaruniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun pula,
InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan
dan godaan syaitan sepanjang tahun tersebut.
 Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Doa Awal Tahun ialah :
Maksudnya :
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami,
Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim.
Yang awal dan atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang berlimpah
dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dari-Mu disepanjang tahun ini
dari syaitan dan para pembantunya dan dari bala tentaranya
dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan
dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu
Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Inilah Lumrah

Inilah lumrah.
Harga barang naik memang dah agak dah.
Bila naik kita pulak nak marah2.
Kalau marah2 pun bukan ada faedah
Harga tetap takkan murah.

Sekarang mana ada barang yang murah.
Setiap minggu harga berubah2.
Kalau musim raya lagi la susah.
Serba serbi tak ada yang murah.
Tengok berita TV3 pun dah naik menyampah. 

Gaji nak naik bukan main susah.
Bentang sana sini tak sudah2.
Kos sara hidup senang pulak bertambah.
Belanja keperluan harian lagi la meriah.
Nak berbelanja pun kena lebih berhemah.
Duk tekan calculator entah berapa kali dah.
Kalau tak nanti sendiri yang parah.

Apa lagi nak buat pun dah tak tahu dah.
Berjimat sudah.
Ikat perut sudah.
Tengok poket tetap menggelabah.
Zaman sekarang semua dah berubah.
Harapkan gaji memang la parah.
Buat apa nak bising2 duk cari siapa yang salah.
Daripada duk bising lebih baik sendiri berubah.
Kalau ada rezeki lebih kan Alhamdulillah.
Rezeki dalam Akademi rezeki dari Allah.
Cuma perlu usaha je jangan mengalah.
Pendek kata buat ajelah.
Pasti hidup akan berubah.
InsyaAllah.




Friday 25 November 2011

Ulangtahun 2 Cucu

Petang semalam aku ke rumah abah kat Pandan Indah.
Bawa anak dan isteri aku sekali.
Abah ada buat majlis doa selamat sempena
ulangtahun kelahiran ke-2 untuk 2 orang cucu dia.
Anak abg aku Aqeef
dan anak aku Aidil.
Aqeef lahir 20 November 2009
dan Aidil lahir 28 November 2009.
Beza 8 hari je.

Semalam takde jemput siapa2 pun.
Anak beranak je.
Tapi abg aku last minute tak dapat nak join sebab kena balik Johor.
Ada urusan mengejut.
So abah jemput la adik bongsu dia sekeluarga datang join sekali.
Makanan tak habis nanti sebab masak banyak.
Kebetulan rumah Mak Usu aku tu pun area2 situ je.
So sekejap je dia boleh sampai.
Aku datang bawa Satay Willy.
Akak aku pulak bawa KFC.
Makanan yang dimasak pun boleh tahan jugak banyaknya.
Ada pulut kuning.
Ada nasi impit dan kuah kacang.
Ada kari ayam tua.
Ada sup tulang.
Ada bubur sum sum.
Buah2an dan macam2 lagi la.
Gendang gendut tali kecapi.
Kenyang perut suka hati.
Suka hati diri termotivasi. Hehehe.
Alhamdulillah.
TQ abah.
Semoga kita semua akan lebih diberkati dan dimurahkan rezeki.
InsyaAllah.
Malam tadi aku sampai rumah pun dah tengah malam.
Lepas solat terus tumbang tak ingat dunia.




Apa Nak Jadi??


Ini semua lumrah dalam perjalanan hidup aku.
Berdepan dengan manusia yang punya macam2 kerenah dan ragam.
Banyak benda yang aku nak cerita sebenarnya.
Mulut ni memang rasa nak cerita.
Tapi hati ni pulak rasa macam tak perlu.
Wallahualam.
Semua dah besar panjang.
Masing2 boleh fikir sendiri.
Sama2 la kita ambil iktibar mana2 yang patut.
Yang baik jadikan tauladan.
Yang kurang baik jadikan sempadan.

Sebenarnya aku seronok dan bersyukur sangat2
sebab kebelakangan ni macam2 orang yang aku dapat jumpa.
Pengalaman ni sedikit sebanyak mengajar aku untuk lebih matang dalam berfikir.
Lebih matang dalam menilai seseorang.
Manusia ni ada macam2 kerenah.
Macam2 karakter.
Kadang2 tu boleh buat aku tak lena tidur duk fikir pasal mereka.
Fikir kenapa mereka jadi macam tu?
Fikir betapa pelikya perangai mereka tu?
Fikir apa faedah yang mereka dapat kalau buat macam tu?
Fikir apa sebenarnya yang ada dalam fikiran mereka agaknya?

Cuma apa yang betul2 aku tak faham sekarang ni
kenapa la ada manusia yang hati tu tak berapa nak wangi.
Aku dan kawan2 aku semua ni cuma insan kerdil
yang sedang berusaha mencari rezeki di bumi Allah ni.
Kami ni bukannya pergi merompak, mencuri atau menipu orang sana sini.
Yang nak duk dengki tu kenapa??
Kalau ada yang tak kena tu cakap la terus terang.
Habis cerita.
Bukan susah pun.
Buat apa nak berlakon?
Bukan boleh dapat award Pelakon Terbaik pun.
Depan cakap lain belakang cakap lain.
Depan senyum belakang kutuk.
Depan puji belakang keji.
Depan bukan main lembut bahasa.
Belakang tikam hidup2.
Sampai bila nak ikut aku senyap2??
Aku baru nak pergi jumpa dia dah pergi dulu.
Kalau aku yang dapat jumpa dulu
dia pulak tetap akan pergi jumpa kemudian
Kalau aku cerita A sampai Z
dia pulak akan tambah sampai segala huruf yang tak wujud pun keluar.
Kalau yang dia cerita tu betul takpe lagi.
Ini entah apa yang dia auta.
Dari orang nak jadi tak nak.
Dari orang suka jadi tak suka.
Kalau betul niat dia nak bantu kawan2
buat apa nak baling batu sembunyi tangan.
Sampai bila nak hidup dengan kucar-kacirkan orang lain.
Sampai bila asyik nak duk jatuhkan orang lain.
Sampai bila nak tengok orang lain jangan berubah macam dia.
Sampai bila nak sakit hati tengok orang lain berjaya.
Mulut kata aku seronok dan tumpang bangga dengan kejayaan kau.
Tapi dalam hati kata alah dia ni tak lama la tu.
Sikit hari lingkup la.
Hello!!!!!
Wake up!!!!!
Ingat kejayaan tu boleh datang tiba2 ke??
Kena usaha beb.
Kena berkorban masa, tenaga dan wang ringgit.  
Bukan mudah nak berjaya.
Bukan senang nak senang.
Tapi kalau nak susah pulak senang je.
Nak jadi bos besar kat opis pun berapa tahun kena belajar kat Universiti.
Berapa banyak duit dia habis.
Berapa tahun pulak dia kena kerja cari pengalaman.
Nak jadi Dr pun kena ada PHD.
Tapi kalau PHD (Perasaan Hasad Dengki) jawabnya jadi doktor syok sendiri la.
Apa salahnya kalau tengok kawan2 berjaya tu,
kita tadah tangan berdoa
semoga mereka tu akan lebih berjaya bukan sahaja di dunia
malah di akhirat kelak.
Semoga kita pun 1 hari nanti akan sama2 berjaya macam mereka.
Kan cantik macam tu.
Lebih cantik daripada duk fitnah orang tu
fitnah orang ni tak tentu pasal.

Aku bukan apa.
Orang lain berlumba2 nak bantu kawan2 untuk sama2 berjaya.
Yang penting kena jujur dalam berkongsi peluang.
Dan ikhlas dalam memberi bimbingan.
Atleast dapat jugak pahala.
Tapi dia duk berlumba2 nak jatuhkan kawan2.
Fitnah sana sini.
Biar sampai sama2 gagal macam dia.
Bukan dapat pahala tapi duk tambah dosa je.

"Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang2 yang beriman, supaya kamu berjaya"
(An-Nur 24 : 31)

Wednesday 23 November 2011

Leukemia

Jam 2.30 pagi tadi
isteri aku terima sms dari seorang kawan dia.
Khabarnya baru dapat tahu yang dia ada penyakit leukemia.
Dalam masa terdekat ni akan menjalani pembedahan.
Aku dan isteri tak tahu nak cakap apa.
Macam tak percaya pun ada.
Tengok dia sihat walafiat je.
1 malam tadi kami tak nyenyak tidur duk fikir pasal dia.
Macam mana la kalau perkara yang sama jadi pada kami.
Mudah2an dijauhkan la.

Lepas habis kerja petang tadi aku dan isteri pergi jumpa dia kejap.
Nampak dia tak seceria selalu.
Muka pun pucat je.
Banyak fikir agaknya.
Dia ada tanya kami ada tak cara nak tolong dia.
Ubat2 ke??
Produk2 kesihatan ke??
Tempat2 yang dia boleh pergi berubat ke selain dari perubatan moden??
Bab tu memang kami tak berapa tahu la.
Apa lagi nak cerita pasal ubat2 atau produk2 kesihatan yang berkaitan dengan leukemia.
Tapi kalau nak aku cerita pasal Bio Aura, Bio Zone Food dan Premium Beautiful
InsyaAllah yang tu aku tahu la.
Tapi syukur la tengahari tadi aku sempat jugak borak dengan mentor aku
Faridah Mohd Ali.
Dia syorkan ambil Celgynic, Chorella dan Spirulina.
Nak cerita tak pandai so aku tunjuk je katalog tebal
yang aku baru beli kat stokis minggu lepas.
Dalam tu memang detail la.
Tak sangka pulak dia terus nak beli.
Siap terus transfer duit online
minta tolong beli seberapa segera.
Premium Beautiful je dia kata nanti dulu.
Yang lain dia nak.
Celgynic, Bio Aura dan Bio Zone Food memang dah ada dalam kereta aku.
Yang lain2 tu aku try pergi beli esok.
Malam ni tak boleh nak lari sebab dah janji nak jumpa member bank.
Pada dia sekarang wang ringgit mungkin perkara ke-2.
Yang paling penting kesihatan anak2 dia yang 3 orang tu.
Memandangkan dia ibu tunggal
so tanggungjawab dia agak besar la pada anak2 dia.
Kalau boleh dia nak anak2 dia sentiasa sihat.
Dia tak nak anak dia pun ada penyakit di kemudian hari nanti.
Dia akan cuba jaga kesihatan anak2 dia sebaik yang mungkin.
Bak kata orang
mencegah itu lebih baik dari merawat.

Aku dan isteri sebenarnya tak tahu nak bantu dia macam mana.
Tengok dia kusut je kami nak cakap lebih2 pun tak berani.
Kami cuma bagi dia semangat je.
Kena lebih tabah dan sabar.
Kami doakan mudah2an dia cepat sembuh
dan kembali ceria seperti sedia kala.
Semoga Allah memudahkan segala urusannya.


Tuesday 22 November 2011

Rambut Sama Hitam

Hari ni hari pertama aku kerja lepas cuti 3 hari.
Rasa pelik je pagi tadi jalan langsung tak jem.
Baru aku teringat sekarang tengah cuti sekolah tu yang tak jem.
Sebelum 7.30 pagi aku dah sampai opis.
Alang2 dah awal tu aku amik kesempatan la
pergi minum dengan Abg Nasir kat Dengkil.
Ambil semangat dia.
Curi aura positif dia.
Aku suka lepak2 dengan dia bukan apa.
Aku tengok cara dia ni relax je.
Kalau ada masalah pun macam takde masalah.
Sentiasa positif.
Entah bila dia nak negatif aku pun tak tahu.
Pada aku tu la kelebihan dia yang susah nak jumpa pada orang lain.
Tengahari tadi aku ke Restoran Yusuf Presint 9 Putrajaya.
Ada temujanji dengan kawan Riduwan.
Nama dia Man.
Kerja sebagai Pemandu Kenderaan kalau tak salah aku.
Umur dah 38 tahun tapi muka nampak muda je.
Anak dah 3 orang.
Alhamdulillah tu semua rezeki dari Allah.
So macam mana respon dia pada peluang perniagaan yang aku tunjuk tadi??
Maaf la aku rasa mulai hari ni
lebih baik aku tak payah cerita pasal respon mereka yang aku jumpa.
Dia positif ke dia negatif ke biar kami je yang tahu.
Cukup la sekadar cerita serba sedikit latar belakang mereka.
Kalau cerita tu mendatangkan faedah atau pengajaran kepada yang baca
then boleh la cerita sikit2.
Tapi kalau tak nak cerita langsung pun boleh je.
Bergantung pada keadaan.
Manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain2.
Kadang2 hati pun hitam.
Lebih teruk lagi kalau hati tu ada virus.
Virus yang boleh memudaratkan orang lain.



Hajat Termakbul

Syukur Alhamdulillah.
Termakbul jugak hajat untuk buat haji dan umrah arwah mak.
Dah lama kami adik beradik dan abah nak uruskan.
Akhirnya tercapai jugak.



Sedar tak sedar dah 11 tahun arwah mak pergi.
Walaupun tempoh masa tu dah lama
tapi kenangan saat akhir dengan arwah mak masih segar dalam ingatan.
Rasa macam baru semalam je arwah mak pergi.

Aku berdoa moga roh mak dicucuri rahmat
dan sentiasa dalam keadaan tenang di sana.
Ini je yang kami mampu lakukan
selain dari amalan2 lain yang boleh mendatangkan menfaat pada arwah mak.

Syukur pada Allah
kerana dengan izinNya kami dapat naikkan haji dan umrah arwah mak.
Semoga dengan izinNya lagi
aku pulak dapat tunaikan haji untuk diri sendiri.
Lebih indah kalau dapat pergi bersama isteri dan keluarga aku.
InsyaAllah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...