Monday, 21 November 2011

Antara Hidup Dan Mati

Ada 1 kisah yang agak menarik untuk dikongsikan.
Kisah tentang seorang perenang
yang terpaksa bergelut dalam 1 acara lumba renang yang sengit.
Lebih sengit dari perlumbaan renang dalam temasya sukan bertaraf dunia.
Menjadi bertambah sengit kerana disertai oleh berjuta2 perenang.
Masing2 terpaksa melalui 1 lorong yang sangat sempit
sebelum sampai ke destinasi penamat.
Pemenang hanya seorang
iaitu perenang pertama yang sampai ke destinasi akhir.
Dan hanya pemenang je yang akan hidup.
Yang lain semuanya akan mati.
Tiada peluang kedua bagi yang gagal ke garisan penamat.
Sekaligus perlumbaan ni adalah 1 perjuangan.
Perjuangan antara hidup dan mati.
Siapa yang tiba dulu ke destinasi penamat
dialah Juara.
Juara yang akan membawa pulang hadiah berupa "sebiji telur".

Siapakah Juara dalam perlumbaan tersebut??
Juara itu adalah KITA.
Kita dipilih untuk tiba di garisan penamat terlebih dahulu
berbanding para perenang yang lain.
Bersyukurlah kerana kita dipilih sebagai Juara.
Setibanya kita di garisan penamat,
dengan ketentuan Yang Maha Kuasa
bermulalah proses kejadian seorang insan.
Bermulalah proses kejadian manusia.
Tinggallah kita dalam rahim ibu.
Sebuah alam yang gelap untuk 1 tempoh masa yang ditentukan.
Pada hujung tempohnya
kita akan ditendang keluar ke alam yang terang.
Dan lahirlah seorang Juara.
Juara di bumi Allah.
Kelahiran diiringi suara tangisan Sang Juara.
Teringat aku antara kata2 Dr Hamka.
"Semasa kita dilahirkan ke dunia ni, kita menangis dan orang lain ketawa.
Hendaknya semasa kita di ambang maut,
biarlah orang lain pula yang menangis kerana sedih hendak berpisah dengan kita
sedangkan kita pula ketawa.
Ketawa kerana kita sudah betul2 bersedia menghadapi mati selepas puas hidup di dunia."

Sedar atau tidak
kita dihantar ke dunia ni sebagai seorang Juara.
Kita dilahirkan untuk menjadi insan yang cemerlang.
Persoalannya kenapa kita tidak cemerlang??
Kenapa masih ada yang tidak cemerlang??
Kerana
kita tidak pernah berfikir untuk jadi cemerlang.
Akibatnya
kita tidak pernah berusaha untuk mencapai kecemerlangan.
Wallahualam.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...