Thursday, 3 November 2011

Meniru

Kenapa kali ni aku nak cerita pasal meniru?
Sebab dalam kepala otak aku ni ada 1 persoalan yang masih belum terjawab.
Persoalan yang lebih mencabar berbanding soalan2 waktu exam dulu.
Jom sama2 kita buka minda
Terutamanya kepada ahli2 pemikir yang punya banyak masa untuk berfikir
yang punya banyak masa untuk mengkritik
dan yang punya banyak masa untuk mencari kesalahan orang lain.
Pandangan dari mereka ni yang sangat diperlukan.
Apakah halal duit gaji yang kita dapat hari ni
hasil dari kita meniru masa kita belajar dulu?
Kawan aku yang tanya soalan ni kat aku minggu lepas.
Sampai ke sudah aku belum ada jawapannya.
Yang ada cuma pandangan je.
Betul atau tak tu wallahualam.

Cuba kita ingat2 balik.
Waktu sekolah rendah dulu pernah tak kita meniru waktu exam?
Padahal bukan ada carry2 mark pun macam kat universiti.
Tapi tetap meniru jugak.
Jelas perbuatan meniru dalam exam tu salah.
Buat dosa kering je.
Kata la kita dapat keputusan cemerlang 4A (sekarang dah 5A)
diselangi dengan perbuatan meniru tu,
sah2 result yang kita dapat tu pun dicemari dengan perbuatan yang tak berapa nak halal.
Lepas tu dengan result UPSR yang cemerlang tu
dapat pulak sekolah menengah yang bagus.
Sah2 percentage yang tak berapa nak halal tadi pun bawa sekali.

Kat sekolah menengah dah lain cerita.
Berapa ramai yang hantar report eksperimen tanpa meniru?
Kalau meniru dah tambah lagi percentage yang tak berapa nak halal tu.
PMR dan SPM tak perlu nak cerita la.
Mungkin memang susah sikit nak meniru.
Tapi tak mustahil kalau masih ada yang meniru.
Tak semestinya meniru dalam dewan exam je.
Luar dewan pun ada jugak yang meniru.
Siap2 letak buku dalam tandas.
Yang tengah duk baca blog ni jangan salah faham pulak ye.
Ni semua bukan pengalaman aku.
Tapi pengalaman kawan aku. Hehe

Lepas tu dengan A's yang banyak tu dapat pulak masuk universiti.
Lagi bertambah2 la percentage tu.
Bila ada assignment kita duk copy paste je kawan punya.
Bukan kata waktu final exam je,
yang kuiz tiap2 bulan tu pun dah tentu ada yang duk meniru.
Tak kira lagi yang tiru tandatangan untuk kedatangan tu.
Carry mark beb semua tu.
Anugerah dekan tiap2 semester.
Graduate dengan CGPA 4.00.
Ambil gambar tak hengat la waktu konvo.
Siap menangis2 lagi dengan keluarga dan sanak saudara.
Tapi tak sedar dalam CGPA tu agaknya entah berapa banyak pulak
pointer yang tak berapa nak halal.

Dengan CGPA tu pulak kita terpilih untuk bekerja.
Tak kira la jawatan besar atau jawatan kecil.
Dah nyata kita dapat kerja tu hasil dari percentage yang tak berapa nak halal tu
a.k.a meniru masa sekolah sampai la ke universiti.
Persoalannya bersih sangat ke duit gaji yang kita dapat sekarang
duit yang kita bagi anak bini makan
duit yang kita bagi kat mak ayah kita tiap2 bulan.
Wallahualam.

Abistu Azhar kau tu tak pernah meniru ke waktu exam dulu??
Pernah.
Tapi aku meniru masa ujian je.
Masa exam betul2 aku tak meniru. Hehehe




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...