Salam Aidiladha.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1432H.
Mudah2an kita semua beroleh rahmat sempena hari mulia ni.
Hari Raya Aidiladha juga disebut sebagai Hari Raya Korban.
Sejarah ada menceritakan mengenai 3 peristiwa korban
yang berlaku pada zaman Nabi Adam, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad.
Pada zaman Nabi Adam
korban dilaksanakan oleh anaknya Qabil dan Habil.
Korban Habil diterima Allah kerana keikhlasan dan ketaatannya
manakala Qabil sebaliknya.
Sehingga Qabil membunuh Habil atas dasar dendam kesumat.
Sejarah mengatakan inilah pembunuhan pertama yang berlaku
semenjak bumi didiami manusia.
Kemudian pada zaman Nabi Ibrahim.
Baginda bermimpi mendapat perintah dari Allah untuk menyembelih anaknya Ismail.
Disebabkan keikhlasan dan ketaatannya pada perintah Allah
anaknya itu digantikan dengan seekor Kibasy.
Dan pada zaman Nabi Muhammad
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang membenci engkau, dialah yang terputus (daripada mendapat perkara yang diingininya).”
(Surah al-Kauthar, ayat 1-3)
Semoga kita semua mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang telah dilalui sebelum ni.
Sebagai manusia biasa kita mesti ikhlas dalam melakukan sesuatu
seperti yang ditekankan dalam ibadah korban.
InsyaAllah.
Di sini aku nak ambil kesempatan untuk ucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha
Selamat Hari Raya Aidiladha
buat semua rakan2 yang mengenali diri aku
dan buat semua umat Islam seluruh dunia.
dan buat semua umat Islam seluruh dunia.
Mudah2an kita semua diberi kesempatan untuk merasai kenikmatan hidup
pada Aidiladha yang akan datang.
No comments:
Post a Comment