Semalam aku tak sempat nak update blog.
Sibuk ke sana ke sini uruskan beberapa urusan kerja dan bisnes.
Tengahari semalam aku ke Presint 16 Putrajaya.
Jumpa CC Hamid dan 2 orang bakal rakan niaga dia.
Dua2 ni kerja kat opis aku sekarang.
Alhamdulillah dua2 ni positif.
Sorang cash dan sorang lagi nak pakai dana.
Mudah2an segalanya akan dipermudahkan.
Kemudian petang pulak lepas habis je kerja
aku terus bergegas ke Kuala Kangsar.
Ada 2 temujanji berasingan kat sana.
Kawan2 rakan niaga baru aku, Yusuf.
Hujan lebat sepanjang jalan.
Sampai sana pun dah agak lewat.
Solat asar dulu kat masjid ni.
Masjid Al Rizuan kalau tak salah aku nama dia.
Lepas tu baru pergi jumpa kawan Yusuf yang pertama.
Dekat Restoran Yus.
Dekat2 dengan Kolej Komuniti rasanya.
Pekena durian dulu sebagai motivasi.
Lepas tu baru mula share bisnes dekat sorang kawan Yusuf.
Dia kerja TNB.
Destinasi seterusnya ke Jili Cafe.
Dekat dengan Kolej Islam Darul Rizuan.
Ada 2 orang lagi kawan Yusuf nak jumpa kat situ pukul 8 malam.
Sebelum sampai sana kami singgah solat Maghrib dulu
kat Masjid dalam Kolej tu.
Masjid tu memang sangat cantik.
Kebetulan waktu aku sampai tu jemaah tengah baca Yassin.
Bukan main syahdu lagi Imam tu punya bacaan.
Sampai sekarang masih terngiang2 je kat telinga aku ni.
Alhamdulillah semuanya positif.
Mereka dah siap bawa dokumen yang diperlukan untuk urusan dana.
Selesai semua urusan lebih kurang pukul 10 malam.
Kami terus shoot balik ke opis aku.
Yusuf tinggalkan motor baru dia kat opis aku petang semalam.
Alhamdulillah sepanjang perjalanan balik langsung tak hujan.
Lebih kurang pukul 12.30 dah sampai Putrajaya.
Aku sendiri sampai rumah lebih kurang pukul 1 pagi.
Mudah2an segala urusan dipermudahkan.
Mudah2an segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment