Saturday, 5 November 2011

Ada Berita Baik

Seawal jam 7.30 pagi tadi aku dah keluar rumah.
Destinasi pertama ke Kajang Mewah.
Jumpa Yusuf untuk urusan bakal rakan niaga baru dia.
Tahniah Yusuf.
Ternyata dugaan yang dilalui dapat diatasi dengan mudah
kerana dia tidak keseorangan.
Dia bersama Akademi Taipan.

Selesai urusan di situ aku terus ke Kg Abu Bakar Baginda.
Dekat area bank yang banyak2 tu.
Ada potential buyer nak jumpa.
Tapi kini dah berubah.
Mungkin akan jadi potential bisnes partner.
InsyaAllah.

Kemudian aku ke Seri Kembangan.
Cuci kereta yang dah hampir 2 minggu tak cuci.
Bukan tak nak cuci tapi tak berkesempatan nak pergi.
Lagipun sekarang musim hujan.
Kalau cuci pun sekejap je dah kotor balik.

Lepas tu aku ke Restoran Al-Azwath pulak.
Jumpa Abg Nasir.
Dia minta tolong semak dana perniagaan rakan sepejabat dia.
Tahniah bang.
Memang rezeki la tu.
Selain tu kami duk bincang 1 benda baru yang agak menarik.
Aku yakin bakal rakan2 niaga mesti teruja kalau dapat tahu benda ni.
Tapi untuk lebih yakin betul atau tak
aku terus call Angie tadi.
Dia lebih arif.
Yestzaa memang betul apa yang kami sangkakan.
Tak sabar rasanya nak war2kan pada semua rakan niaga aku.
Tengah duk bincang tadi CC Hamid pulak call nak jumpa aku.
Nak ambil borang dana untuk bagi pada bakal rakan niaga dia petang ni.
Tahniah CC Hamid.
Gembira je muka CC Hamid semenjak dua menjak ni.
Maklumlah dah minum air Bio Aura. Hehehe.
Tadi pun CC Hamid beli lagi tiket anugerah 19hb ni.
Nak bawa kawan2 lain katanya.
Wah mana tahu rezeki dia dapat bawa balik Jongkong Emas kan.

Ni aku baru sampai rumah.
Nak rehat kejap.
Jap lagi nak keluar balik.
Cari bekalan akhirat pulak.
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...