Tuesday 1 November 2011

Tirai November

Alhamdulillah.
Pembuka tirai November.
Tengahari tadi aku sempat berkongsi peluang pada 2 orang rakan sepejabat aku.
Aishah dan Fiza.
Kak Yanti yang ajak mereka.
Kami jumpa di Presint 16 Putrajaya.
Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah dulu kat Kak Yanti.
Hari ni close Bio Zone Food cash.
Memang hebat.
Seperti biasa tugas aku hanya berkongsi peluang je.
Nak buat atau tak terpulang pada mereka berdua.
Kami dalam Akademi tak pernah paksa sesiapa.
Aishah dah 6 tahun berkhidmat di tempat aku bertugas.
Sekarang tengah sarat mengandung.
InsyaAllah pertengahan Disember ni akan melahirkan cahaya mata baru.
Fiza pulak baru berkhidmat di tempat aku lebih kurang 3 bulan.
Dia pun tengah mengandung jugak.
InsyaAllah akan melahirkan cahaya mata pada Jun tahun depan.
Tahniah la aku ucapkan pada mereka berdua.
Rezeki dan anugerah yang paling berharga dari Allah.
Aku doakan semoga mereka berdua selamat melahirkan cahaya mata yang sihat.
Wahh berlumba2 kawan2 aku sekarang ni duk tambah anak.
Alhamdulillah bertambah lagi umat Muhammad di bumi Allah ni.

Apapun aku tetap akan bantu mereka
kalau mereka berminat untuk bersama Akademi.
Inilah platform yang paling sesuai kalau mereka nak mula berniaga
demi menambah pendapatan keluarga.
Cuba kita bayangkan kalau mereka berniaga jual apa2 la kat luar sana.
Bila dah bersalin nanti dah tentu gerai kena tutup buat sementara.
Kalau nak harapkan orang lain jalankan perniagaan mereka memang takde la.
Berbeza dengan Akademi.
Kalau mereka bersalin nanti pun Akademi masih boleh bantu mereka.
Kita boleh berniaga dan berkongsi peluang kat mana2 je.
Tak perlu ada kedai atau gerai.
Itulah kelebihan yang ada dalam Akademi Taipan.
Kami akan membantu sesiapa je yang sudi dibantu.
Mudah2an mereka berdua akan terus positif
untuk memperoleh 9/10 rezeki yang Allah janjikan.
InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...