Hari ni jadual agak penuh.
Dari awal pagi aku keluar
dan baru kejap tadi ni sampai rumah.
Kejap lagi ni nak keluar balik ada temujanji kat The Mines.
Kalau ikutkan badan macam tak berapa nak larat.
Tapi semangat punya pasal aku akan pergi jugak la.
Tambah pulak dapat suntikan baru.
Azam tahun baru.
Matlamat baru.
Semangat baru.
Mudah2an akan kekal bersemangat sampai ke hujung tahun nanti.
InsyaAllah.
Tak nak la hangat2 tahi ayam je.
Tak nak semangat seminggu 2 minggu je.
Lepas tu berkubur.
Sebelum ke USJ Taipan pagi tadi
aku sempat borak2 dulu dengan trainer merangkap Pengetua Akademi Taipan
Cikgu dan Mentor Kartini Mat Yaakob.
Ada la beberapa perkara yang kami bincangkan.
Fokus paling utama untuk menjayakan semua rakan niaga aku
yang baru mahupun yang lama.
Nak pastikan mereka layak ke Vietnam.
Dan macam2 lagi.
Dekat setengah jam jugak la borak.
Lepas tu aku terus ke USJ Taipan untuk Bisnes Preview pagi ni.
Sebelum tu ambil rakan niaga dulu kat Putrajaya.
Sampai USJ tadi pun lebih kurang pukul 10 pagi.
Kalau ikutkan banyak tempahan barang yang aku nak beli kat stokis.
Tapi malangnya stokis tutup pulak.
Esok atau lusa la kena repeat balik.
Aku tak dapat stay sampai habis Bisnes Preview tadi
sebab dah ada temujanji kat Summit USJ pukul 12 tengahari.
Selesai urusan kat situ aku ke Bukit Jalil pulak.
Sampai rumah tadi pun dah pukul 3 petang.
Lepas solat Zohor terus keluar balik.
Asalnya nak bawa isteri aku pergi klinik
sebab kebelakangan ni dia kerap tak sihat.
Tapi klinik tutup la pulak.
Doktor tengah pergi bawa anak2 bercuti sempena cuti sekolah.
(aku tahu pun sebab tengok gambar dia kat FB tadi)
Terus kami tukar plan.
Aku bawa anak isteri jalan2 beli2 barang sikit.
Nanti aku share kemudian.
Yang menariknya masa jalan2 tu
aku dapat 1 berita gembira dari CC Hamid.
Rezeki datang di saat2 akhir.
Allah buka pintu rezeki dia di saat dia sendiri betul2 tak sangka.
Mungkin inilah janji dari Allah
kerana dia tidak pernah berhenti berusaha.
Dia tidak pernah putus asa menghadapi segala dugaan dan cabaran.
Tahniah CC Hamid.
Vietnam dalam genggaman.
Kalau esok stokis buka kita settlekan esok jugak.
InsyaAllah.
Abg Nasir (bersama cap JTX 1000 nya), Abg Karim dan Danny
Sabahan - Leader2 Hebat
No comments:
Post a Comment