Monday, 7 November 2011

Esok Dah Kerja

Salam Lebaran.
Hari ni 11 Zulhijjah 1432H.
Kalau ikut kalendar Islam hari ni genap usia anak aku 2 tahun.
Aku dan isteri dah berusaha untuk bagi yang terbaik buat Aidil.
Aku tak pernah berhenti berdoa pada Allah
semoga kelak anak aku akan jadi anak yang soleh
anak yang menjaga agamanya
anak yang memelihara solatnya
anak yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidupnya.
Itu harapan aku.
Semoga Allah perkenankan permintaan aku tu.

Itu cerita pasal akan datang.
Cerita pasal hari ni pulak.
Hari ni cuti umum.
Cuti ganti sebab raya semalam jatuh pada hari Ahad.
Setakat ni aku belum ada apa2 program lagi.
Lepak kat rumah je layan Aidil tengok tv.
Sambil2 tu duk perabis baca buku mana2 yang tak habis lagi.
Sekarang tengah layan buku pasal Donald Trump.
Memang best la.
Dia pun dulu takut gagal waktu mula2 nak berniaga.
Dia pun pernah jatuh beberapa kali
tapi dia terus bangun sampai jadi macam sekarang ni.
Baru aku sedar rupa2nya aku ni tak jauh beza la dengan dia. Hehehe
Sambil baca buku ni aku duk standby jugak.
Kot2 ada panggilan aku terjah je.
Aku ada jugak call kawan2 aku tapi majority balik kampung.
Semalam memang ramai la rakan2 niaga dan bakal rakan niaga call.
Semuanya tanya pasal dana.
Aku ingatkan nak jemput aku datang beraya kat rumah. Hehe
Tapi kalau jemput pun aku tak sempat nak pergi.
Semalam aktiviti raya penuh dari pagi sampai tengah malam.
Pukul 1 pagi baru aku sampai rumah.

Esok dah start kerja.
Kalau ikutkan temujanji aku pun dah penuh esok.
Ramai sangat yang nak pergi Vietnam.
Maklumlah free.
Kalau kena bayar aku rasa ramai yang tak nak ambil tahu.
Tengahari, petang dan malam esok memang dah ada plan.
Harap2 semuanya tak cancel last minute la.

Okay lah.
Selamat kembali bertugas.
Pada kawan2 yang plan nak balik dari kampung hari ni
berhati2 la di jalanraya.
Kalau rasa ngantuk rehat dulu.
Tak payah nak laju2.
Aku doakan agar semuanya akan berada dalam keadaan yang selamat.
Amin.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...