Saturday 25 August 2012

Bisnes Cuci Kereta

Ni cerita sehari sebelum hari raya.
Baru teringat nak share.
Aku pergi cuci kereta kat port biasa area Taman Equine.
Punya la banyak kereta.
Maklumlah esoknya nak raya.
 
 
Servis kat sini cepat la compared to tempat lain.
Yang penting bersih.
1 kereta 4 orang punya kerja.
2 orang basuh.
2 orang lagi lap dan vacum.
Sebab tu la cepat.
 
Yang aku nak share ni aku sempat la kacau salah sorang dari pekerja dia.
Nama dia Kumar.
Saja aku tanya dia dah berapa lama kerja sini??
Bos bayar gaji berapa 1 hari??
Dia kata gaji ikut kereta.
1 kereta 1 orang dapat RM1.
Biasa 1 hari 30 kereta.
Kalau hari cuti lagi banyak.
 
Kepala otak aku ni dah tak ada lain.
Terus buat kira2 sepintas lalu. Hehehe.
Kata la minimum 1 kereta RM8.
Kalau 30 kereta 1 hari bermakna RM240.
Sebulan RM7,200.
Ini aku kira minimum la.
Aku yakin mesti lebih punya.
Tolak gaji pekerja 4 orang RM3,600.
Ada baki bersih RM3,600.
Belum tolak sewa dan bayar api air.
 
Agak2 berbaloi tak??
Pandangan masing2.
Pada aku ok la.
Kata la bersih dalam tangan RM3,000.
Duduk rumah je dapat RM3,000 ok apa.
Dalam masa yang sama boleh fokus benda2 lain.
Kita ni (aku la) nak dapat RM3,000 bagai nak gila la buat "kerja untuk bos" kat opis.
Bukan kat opis je kadang2 sampai kena bawa balik rumah.
Itu belum campur kena maki hamun lagi.
Hahaha terima je la.
Makan gaji.
Pilihan aku sendiri.
 
Azhar
010-2207181
 

3 comments:

  1. Sedara.. mmg nmpk mcm senang jd nos tapi sbnrnya tdk semudah itu. Bos kena pastikn operasi bisnes comply undang2. Klu guna pkerja tmptn, kena carum epf & socso. Pekerja ading perlu ada permit. Premis operasi plk kena comply dgn undang2 pbt. Dan mcm2 lg sbnrnya. Dari masa ke semasa mmg ada je penguatkuasa agensi ketajaan dtg buat pemeriksaan. Akaun perlu direkod sebaiknya utk urusan dgn lhdn & kastam. Klu bos tkda pengalmn @ ilmu ttg nk maka kena gajikn admin staff yg akn meningkatkn kos & risik kesilapn yg bos kena tanggung.
    Apa2 pun kena buat research secukupnya. Saya ucapkn selamat maju jaya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...