Saturday 31 December 2011

Sama Tapi Tak Serupa

Assalamualaikum.
Salam Persahabatan.

Tengahari tadi aku pergi opis kejap.
Ada benda nak kena siapkan sikit.
Badan memang kat opis tapi jiwa kat Summit USJ.
Akademi Taipan ada buat Tournament Bowling kat sana.
Ingat nak join tapi apakan daya hajat tak kesampaian.

Selesai kerja kat opis tadi
aku pergi minum2 dengan kawan aku kat Foodcourt Presint 16.
Kami borak2 kosong je.
Macam2 cerita la keluar sebab dah lama tak jumpa.
Maklumlah masing2 sibuk.
Aku tahu dia sibuk kerja kat opis.
Dia pun tahu aku sibuk dengan kerja dan bisnes.
Dia ada jugak cerita yang dia sekarang ni dia tengah sibuk ulang alik hospital
jumpa doktor pakar sebab dia selalu sakit kepala.
Mula2 ingatkan migrain rupanya bukan.
Doktor masih belum dapat sahkan lagi penyakit sebenar dia.
Sama je macam kes aku dulu.
Sampai kena buat CT Scan dan MRI tapi masih tak dapat detect sakit apa.
Cuma syukur la sekarang dah sihat.
Mungkin sebab aku amalkan minum garam buluh (atas kehendak Allah juga).
So aku syorkan la dia try garam buluh ni dulu.
Nak tahu tak dia cakap apa??

"Ini yang aku malas nak jumpa kau ni.
Aku dah agak dah mesti aku kena punya hari ni.
Aku ni jenis cepat kesian bila tengok orang promote2 produk kat aku.
Kalau aku beli pun bukan sebab aku nak sangat.
Tapi sebab kesian je.
Mana ada orang bisnes nak cakap produk dia tak bagus kan.
Takpela Azhar kalau aku nak nanti aku call kau.."

Inilah yang keluar dari mulut dia.
Padahal aku baru cakap sikit je dia dah rasa aku nak perangkap dia.
Sukahati dialah.
Ada aku kisah??
Aku cuma nak bantu je sebab masalah dia dengan aku sama.
Tapi bila tengok dia dah macam tu terpulanglah.
Aku jawab simple je.
"Kalau kau beli pun aku tak kaya.
Kalau kau tak beli pun aku tak miskin.."

Kadang2 aku tak faham sebenarnya
dengan kebanyakan orang sebangsa dan seagama dengan aku ni.
Bukan semua la.
Maaf cakap berbeza dengan bangsa Ca Ya Nun Alif.
Mereka tak sekreatif dan sebijak kita agaknya.
Kita ni terlalu banyak berfikir.
Fikir macam2 pulak tu.
Orang tu nak kenakan kita.
Orang ni nak aniaya kita.
Orang tu nak tipu kita.
Orang ni nak amik untung kat kita.
Dan macam2 lagi la.

Jom layan.
Ini cerita 2 hari lepas.
Cuba bezakan sendiri.
Aku hantar garam buluh kat rumah jiran aku Ca Ya Nun Alif.
Dia dah habis 1 kotak ni kiranya dah masuk kotak kedua.
Tu pun dia order 2 kotak terus.
Cepat je habis padahal tak sampai pun 2 minggu dia beli haritu.
Rupa2nya sebab 1 family minum sebab tu la cepat habis.
Kebetulan kelmarin masa aku datang tu kawan dia pun ada.
Dia baru cakap sikit je terus kawan dia tu pun nak beli jugak.
Stok aku dah habis.
Esok baru nak pergi beli tu pun kalau stokis buka la.
Nampak tak perbezaan yang sangat ketara dari cara mereka berfikir.
Mereka takde la nak fikir macam2.
Keluar duit tak kisah janji sihat.
Cuma yang mereka ada cakap haritu
kalau ada kawan2 sebangsa mereka yang ada jual garam buluh ni kan senang.

Itulah semangat mereka.
Selagi ada mereka akan beli pada rakan sebangsa mereka dulu.
Mereka akan support rakan2 mereka dulu.
Tapi sebab dah takde la mereka beli kat aku ni.
Sebenarnya aku pun bukan nak menjual sangat.
Sebab itu bukan fokus utama aku.
Banyak benda lain aku nak kena buat.
Tapi sebab orang dah minta tolong then aku tolong je la.
Bukan susah mana pun.
Lagipun garam buluh ni memang bagus.
Ramai orang tercari2 mana nak beli.
Aku pulak memang tiap2 minggu pergi stokis.
So apa ada hal beli je la.

Akhir kata.
Aku mohon maaf andai ada keterlanjuran kata yang mengguris hati sesiapa.
Yang baik tu jadikan tauladan.
Yang tak baik tu jadikan sempadan.
Wallahualam.


Azam Tahun 2012

Assalamualaikum.
Salam untuk semua.
Terima kasih kepada yang masih sudi membaca blog ni.

Aikk lain macam je mukadimah kali ni.
Inilah namanya transformasi. Hahaha.
Azam tahun baru la lebih kurang.
Harap2 akan berterusan selamanya.

Bila masuk tahun baru ni semua orang duk bercakap pasal azam tahun baru.
Impian baru.
Matlamat baru.
Serba serbi baru la.
Sebelum duk cerita pasal azam tahun baru,
azam tahun ni apa cerita??
Tercapai atau sebaliknya??
Kalau tercapai tahniah aku ucapkan.
Kalau tak tercapai tu bukan bererti tak akan tercapai sampai bila2.
Cuma mungkin kena lebih berusaha.
Lebih bertindak.
Tak cukup hanya dengan semangat je.

Kalau tercapai 50-50 macam mana pulak??
Ada ke tercapai 50-50.
Haha mestilah ada.
Contohnya.
Solat 5 waktu.
Kata dulu tak nak tinggal solat.
Tapi kejap solat kejap tak.
Kata dulu bila azan je nak terus solat.
Tak nak tangguh2.
Tapi kadang2 pakej jugak.
Solat Zohor pukul 4.20 lepas tu 4.30 terus solat Asar pulak.
Sekali wudhu je.
Kata dulu nak solat jemaah kat masjid/surau.
Tapi duk solat kat rumah je.
Ada lagi.
Kata dulu nak pakai tudung tutup aurat.
Tapi kejap pakai kejap tak.
Macam2 lagi la.
Maaf kalau ada yang terkecil hati.
Aku takde cakap siapa2 pun.
Sekadar mengingatkan diri aku yang selalu lupa.
Tapi jangan pulak bila aku tulis macam ni ada yang tak berani berazam.
Tak berani pasang impian.
Takut jadi 50-50.
Kalau kita betul2 azam dan buat sungguh2 mesti boleh punya.
Cabaran dan dugaan tetap ada.
Yang penting setiap kali diduga ingatlah Allah sentiasa bersama kita.
Berbalik pada cerita azam tahun baru.
Ada azam yang biasa2 je.
Ada azam yang luar biasa.
Sebagai manusia biasa sudah semestinya aku berazam untuk jadi yang lebih baik
dari tahun sebelumnya.
Contohnya macam yang aku tulis kat atas tadi la.
Sebagai ketua keluarga pulak
sudah pasti aku berazam untuk membimbing keluarga aku
supaya lebih dekat dengan Pencipta.
Aku nak jadi suami terbaik untuk isteri aku.
Nak jadi abah terbaik untuk anak aku.
Nak jadi anak terbaik untuk kedua orang tua dan mertua.

Tapi yang aku nak share ni azam aku bersama Akademi Taipan.
Impian dan matlamat aku untuk tahun 2012.
Tahun ni mungkin sedikit berbeza.
Aku dah set matlamat atau impian tahun baru aku dengan jelas sejelasnya.
4 kuadran.
Apa kena mengena 4 kuadran dengan matlamat dan impian aku??
Sebenarnya 4 kuadran ni bersamaan dengan 4 impian aku untuk tahun 2012.
Kuadran pertama aku mesti capai sebelum bulan April.
Kuadran kedua sebelum bulan Julai.
Kuadran ketiga sebelum bulan Oktober.
Dan kuadran keempat penutup 2012.
Ceciter apa impian2 tu??
Biarlah rahsia. Hehehe.
Yang penting aku dah bincang dengan mentor aku tentang2 impian2 aku ni.
Semua gerak kerja telah tersusun rapi.
Tinggal hanya perlu bertindak je.
InsyaAllah.

Hari Terakhir

Setiap yang hidup pasti akan mati.
Setiap permulaan mesti ada akhirnya.
Setiap pertemuan sudah tentu perpisahan penyudahnya.

Semalam merupakan hari terakhir CC Azmi kat opis aku.
Dia berjaya naik pangkat dan akan bertukar keluar ke bahagian lain minggu depan.
Sebut je CC Azmi orang akan ingat sekali CC Hamid.
Mereka berdua ni ibarat kembar tak seiras.
Ke mana pergi berdua je sejak 16 tahun dulu, kini dan selamanya.
CC Azmi ni pun merupakan salah seorang dari rakan rapat aku kat opis.
Juga merangkap rakan niaga aku dalam Akademi Taipan.
Selama aku bekerja di Putrajaya ni dialah yang banyak bantu aku.
Tak kira la dari segi kerja mahupun di luar bidang kerja.
Walaupun aku tak sampai 2 tahun di Putrajaya ni tapi kami agak kamceng la.
Dia ni jenis peramah gila (muka je nampak serius).
Kalau sehari dia takde kat opis tu kira sunyi la.
Mulut dia pulak jenis tak berhenti2 bercakap.
Ada je orang yang nak di usik especially wanita yang masih single.
Actually mula2 dulu aku confuse jugak tengok cara dia ni.
Habis semua orang dia nak borak walaupun baru 1st time jumpa.
Borak pulak macam dah 10 tahun kenal.
Aku sendiri pun hari pertama posting dulu,
dia la orang pertama yang datang kat tempat aku.
"Saya baru dapat call dari Dato' ni.
Kita ada meeting urgent sekarang jugak.
En Azhar standby je.
Kereta pun dah ada kat lobi."
Dalam perjalanan tu baru aku dapat tahu
rupa2nya aku dah kena culik ke kedai mamak Presint 8.
Pekena Maggi Goreng dia yang belanja. Hehehe.

Sebut je nama CC Azmi kat opis tu memang semua orang akan kenal.
Semua orang tahu dia ni jenis macam mana.
Suka belanja orang.
Dia memang tak pernah berkira especially bab makan.
Kadang2 sampai ada orang suka ambil kesempatan kat dia.
Aku memang selalu la keluar breakfast atau lunch dengan dia.
1 benda yang aku kagum setiap kali keluar makan
dia tak pernah lupa tapau untuk anak2 buah dia.
Murah rezeki dia.

Alhamdulillah bila dia mula bersama Akademi Taipan,
aku berpeluang kenal dia dengan lebih rapat.
Sedikit sebanyak aku kenal peribaadi dia macam mana.
Kadang2 dia yang cerita sendiri.
Banyak la benda yang aku belajar dari pengalaman hidup dia.
Kadang2 bila tengok cara dia bergaul, bergurau atau bercakap
orang boleh salah interpret.
Kalau tengok luaran je orang boleh cakap macam2 pasal dia.
Tapi kalau kenal betul2 hati budi dia,
actually dia ni salah seorang insan yang memang aku respect la. 
Keep it up bro.

Semalam aku banyak la spend masa dengan dia.
Maklumlah last day.
Aku nak belanja dia breakfast.
Aku siap suruh pilih je tempat mana dia nak "taruk".
Last2 dia pilih Desa Pinggiran Putra je.
Itupun senyap2 dia dah bayar dulu.
Dia jugak yang belanja.

Tengahari pulak dia keluar duit beratus2 ringgit
belanja semua anak buah dia Nasi Ayam pulak.
Dekat 40 orang jugak rasanya.
Tapi termakbul la hajat dia.
Semalam dapat hadiah LCD TV dari kami.
Tak sabar2 dia nak balik awal semalam.
Nak tengok TV katanya. Hehe.

Tapi petang semalam sebelum balik
kami sempat jugak lepak sekejap kat Anjung.
Buat kali terakhir katanya.
Tapi aku tak rasa la macam tu.
Kami tetap akan selalu jumpa sebab urusan bisnes.
Tambah pulak dia pindah opis bukan jauh mana pun.
Parking kereta pun masih lagi sebelah2 walaupun lain opis. Hahaha.
Yang penting petang semalam aku dapat belajar 1 menu baru dari dia.
Terkejut aku dengar masa dia order semalam.
"Roti Jantan Bawang"
Haha kenapa nama macam tu??
Roti apa tu??
Tanya la dia sendiri.
Segan nak tulis kat sini. Hehehe.

Kepada CC Azmi.
Selamat Maju Jaya.
Terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar.
Apapun.
Bertemu kita di Pentas Bukit Jalil 2012.

Friday 30 December 2011

Maharaja Lawak Mega

Malam ni aku tak ke mana2.
Nak layan Maharaja Lawak Mega dengan anak isteri.
Isteri aku bukan main excited.
Siap minta tapau makanan lagi petang tadi.
Nak buat kunyah2 sambil layan MLM katanya.
Kunyah tak kunyah sangat la.
Sebab yang dia minta tu bukan kacang Ngan Yin atau Pagoda.
Dia nak Kenny Rogers lengkap dengan side ordernya sekali. Hahaha.

Alhamdulillah petang tadi jalan langsung tak jem.
Dari opis aku terus ke Jaya Jusco Taman Equine tapau makanan tu.
Sempat jugak la shopping2 barang2 dapur sikit dan solat Asar kat sana.
Sebelum pukul 7 dah sampai rumah.
Padahal keluar opis pun dah pukul 6 lebih.
Kalau hari2 macam ni kan best.

Agak2 siapa yang menang MLM malam ni??
Bagi aku yang dah masuk final ni kira semua dah menang la.
Bukan senang nak masuk final.
Tapi kalau tanya aku mana yang terbaik.
Pada aku Boboi.
Itu pandangan aku je.
Osbon pun layan jugak.
Tak kisah la siapa yang menang pun.
Yang penting aku just nak enjoy the show.

Muhasabah


Muhasabah.
Inilah salah satu tajuk yang dibincangkan dalam agenda meeting kat opis aku semalam.
Macam2 idea dan pendapat yang diutarakan.
Semuanya benar2 belaka.

Cuma yang betul2 membuka minda aku
bila ada sorang bos ni mula bercakap tentang pendapat dia secara spontan.
Katanya muhasabah ni mengingatkan kita pada umur kita hari ni.
Setiap hari umur kita semakin meningkat.
Bererti semakin dekat kita kepada hari kematian
yang sememangnya tarikh keramat tu telah ditetapkan dari azali lagi.
Cuma kita je yang tak tahu bila.
Semakin panjang usia kita semakin dekat pula kita dengan ajal.
Maka sebaiknya kita muhasabah diri setiap hari.
Apa kebaikan atau keburukan
yang kita telah lakukan hari ni, semalam atau hari2 sebelumnya.
Yang buruk harus diperbaiki.
Yang baik harus ditambahbaik dari masa ke semasa.
Itulah lebih kurang pengertian muhasabah diri baginya.
Saya memang setuju dengan penuh2 (kata salah sorang ahli mesyuarat berbangsa India).

Secara peribadi.
Aku memang setuju sangat dengan idea yang diberikan.
Tak kira la apa orang nak kata
tapi sekurang2nya aku dapat 1 ilmu baru yang sangat menginsafkan.
Tambah lagi nak masuk tahun baru ni.
Semakin hampir kita kepada tahun kematian.

Thursday 29 December 2011

Dah Buat Passport??

Cepat betul masa berjalan.
Sedar tak sedar hari untuk terbang ke
Holland, Belgium, Umrah dan Vietnam dah semakin hampir.
Pasti warga Akademi Taipan semua tengah semangat berkobar2.
Maklumlah melancong percuma.
VIP trip pulak tu.
Bawa duit pun untuk shopping je.
Selain tu semua ditanggung sepenuhnya.

Sekarang ni pun aku dengar dah ramai yang dah start buat persiapan.
Beli barang itu beli barang ini.
Tak nak buat kerja last minute takut ada yang terlepas pandang nanti.
Shopping2 jugak.
Yang penting passport jangan lupa buat pulak pada yang belum ada tu.
Sekarang dah murah RM100 je kalau tak salah aku.
Pergi buat cepat2.
Boleh dapat on the spot je.

Aku ingat lagi dulu masa aku mula2 bersama Akademi Taipan.
Aku qualified 2 tiket ke Paris.
Punya la excited tak tahu nak cakap macam mana.
Maklumlah 1st time nak melancong luar negara.
Percuma pulak tu.
Sampai la 1 hari tu aku dapat call dari HQ minta fax muka depan passport.
Haha baru teringat yang passport tak buat lagi.
Esoknya terus amik Emergency Leave sebab aku dan isteri nak pergi buat passport
kat Imigresen dalam Metro Kajang tu.
Nak dijadikan cerita
terjumpa pulak Cikgu Dan Mentor Faridah Mohd Ali dan suami dia kat sana.
Tapi mereka bukan nak buat passport la.
Meraka nak tambah apa entah sebab passport mereka dah penuh
sebab banyak sangat dapat melancong percuma dengan Akademi.
Entah berapa puluh negara dah mereka pergi agaknya aku pun tak tahu.

Kepada sesiapa yang akan terbang 2012 ni standby la ye.
Jangan jadi macam aku pulak.
Atau yang dah lama tak terbang ke kena tengok2 jugak.
Mana la tahu kot dah expired.
Especially kepada sesiapa yang baru je bersama Akademi
tak kira la minggu lepas ke semalam ke atau tadi ke,
pergi la terus buat passport cepat2.
Sebab Vietnam memang dah confirm dalam tangan.

Wednesday 28 December 2011

Tak Paksa @ Terpaksa

28 Disember 2011.
Tinggal beberapa hari je lagi menjelang tahun baru.
Syukur ke hadrat Allah
kerana kita semua masih dipinjamkan nyawa untuk hidup di dunia ni.

Alhamdulillah hari ni macam2 benda yang dapat aku selesaikan.
Waktu kerja duk siapkan kerja.
Waktu luar kerja pulak sibuk dengan aktiviti2 biasa.

Tengahari tadi aku bawa bakal rakan niaga ke EasyRHB Presint 15 Putrajaya.
Kemudian kami lunch di Dengkil.
Ramai orang kata macam jauh je nak ke sana.
Tapi bagi aku dekat je.
Mungkin sebab dah biasa.
Lagipun tadi aku memang dah niat nak cuci kereta kat sana.
Dah lama sangat tak cuci rasanya.

Lepas kerja petang tadi aku terus ke Jaya Jusco Taman Equine.
Kali ni di A&W tingkat bawah tu.
Appointment pukul 6 petang. 
Dia datang tadi bersama bakal isteri dia.
InsyaAllah kalau takde aral hujung Januari nanti majlis mereka.
Aku doakan semoga mereka bahagia selamanya.
Sebenarnya aku pun tak pasti adakah ni masa yang sesuai
untuk aku share peluang bisnes ni pada dia.
Maklumlah majlis kahwin dah tak lama lagi.
Mesti banyak benda nak kena fikir.
Banyak benda nak kena buat.
Ikutkan hati aku nak tunggu lepas dia kahwin nanti je.
Tapi dia yang minta aku share bisnes ni hari ni.
Nak cari side income katanya.
Senang bila dah kahwin nanti.

Ini semua dah ditentukan.
Pasrah je la.
Dah selesai share dah pun.
Buat apa nak fikir2 lagi.
Lepas ni biar mereka je yang fikir sama ada nak buat atau tak.
Aku takkan paksa mereka sebab aku sendiri pun tak suka dipaksa.
Kalau kena paksa2 ni memang aku takkan buat punya la kecuali SBPA.
Suka sign, tak suka pun kena sign.
Setuju sign, tak setuju pun kena sign.
Nak tak nak kena la sign.
Inilah namanya paksa rela. Hehehe.

Apapun segala keputusan bergantung pada mereka berdua.
Mudahan2 mereka akan buat keputusan yang tepat.
Sekali mereka kata nak,
"Welcome to Vietnam"

Dari Mana Nak Ke Mana

Lepas kerja semalam aku terus ke Seri Kembangan.
Serba salah jugak nak tinggalkan opis sebab tengah ada kerja sikit.
Tapi tak boleh nak buat apa dah pun sebab kerja dah stuck.
Officer incharge pun dah balik.
Call tak jawab2.
So aku pun gerak jugak la.
Lagipun aku tak boleh nak buat kerja sebab PC aku ada orang nak pakai.
(Alasan je tu. Hehehe) 

Iwan dan Asyraf (bukan nama sebenar).
Aku jumpa mereka di Restoran Al-Rizwath lebih kurang pukul 6 petang.
Takde cerita lain yang kami bincangkan selain dari
bisnes bisnes dan bisnes.
Sebelum pukul 7 kami dah balik sebab aku nak kena standby.
Malam ada appointment di Kota Damansara pulak.

Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan lancar.
Di Kota Damansara aku jumpa Kak Yati dan pasangannya.
Selesai urusan di sana aku terus ke USJ Taipan pulak.
Ada Bisnes Preview Akademi Taipan 181.
Aku sampai sana pun dah lewat.
Lebih kurang pukul 10.30 baru sampai.
CC Hamid dah sampai dulu.
Sempat shopping macam2 barang lagi kat stokis.
Setahu aku dia pun tengah sibuk yang teramat kat opis.
Terkejut jugak bila tiba2 muncul.

Apapun tahniah la pada yang hadir.
Sure terbakar habis bila terkena penangan pakar motivasi Akademi Taipan
Cikgu Dan Mentor Faridah Mohd Ali.
Khabarnya hari Khamis ni jam 8.45 malam dia ada bagi 1 slot khas secara percuma.
Tajuknya "Dari Mana Nak Ke Mana".
Siapa free datang la dengar sendiri.
Pasti tak menyesal punya.

Tuesday 27 December 2011

Bina Impian

Tengahari tadi aku ke Serdang Perdana.
Teman sorang rakan niaga aku pergi showroom Honda.
Nak bina impian baru katanya.
Maaf la aku terpaksa rahsiakan nama dia.
Dia yang minta nama dia dirahsiakan kat sini atas sebab2 tertentu.

Honda Insight.
Harga On The Road lebih kurang RM100,000.00.
Memang smart la.
Tambah pulak Hybrid kan.
Memang sesuai la.
Inilah impian barunya setelah impian lama berjaya dicapai.
Ni view dari dalam.
Smart jugak.
Bau kereta baru yang aku tak boleh tahan tu.
Terkenang masa mula2 aku beli kereta yang aku pakai sekarang ni.
Aku beli dulu pun kat sini jugak la.
Amboi.
Siap nak tengok bateri lagi.
Memang confirm nak beli ni.
Alamakkk.
Bila masuk je gambar ni terus kantoi.
Tengok topi je dah tahu siapa gerangan si pembelinya. Hehehe.
Terbaeekk bro.
Beli je.
Yang penting no plat 181.

Kahwin Diri Sendiri??

Tajuk macam pelik.
Tapi pada aku ni 1 benda yang agak menarik untuk kita muhasabah diri.

Sahabat2 pembaca sekalian (kalau ada yang baca la).
Cuba kita tanya soalan ni pada diri kita sendiri.
Dan jawab dengan ikhlas.
Adakah aku sanggup mengahwini diri aku sendiri??

Dalam erti kata lain.
Jika aku berjumpa dengan seseorang (iaitu diri aku sendiri)
yang mempunyai karakter, kelakuan dan sikap seperti yang aku miliki hari ini,
adakah aku sanggup mengahwininya??

So apa jawapan Anda??
Sejujurnya masa kali pertama aku ditanya soalan ni jawapan aku "Mungkin".
Aku sendiri pun terkejut dengan jawapan aku tu.
Kenapa "Mungkin".
Aku sendiri tak yakin ke dengan diri aku sendiri.
Tak cukup baik ke aku selama ni.
Kenapa bukan jawapan aku
"Mestilah" atau "Tentu Sekali" atau "Sudah Semestinya".

Apa yang aku boleh lakukan untuk tukar jawapan aku tu
dari "Mungkin" kepada "Mestilah" atau "Tentu Sekali" atau "Sudah Semestinya"??

Kaedah ni sangat menarik.
Jom kita gunakan soalan2 yang sama tapi dalam keadaan yang berbeza.
Mahukah aku menjadi kawan aku??
Bolehkan aku mempercayai diri aku sendiri??
Dapatkah aku mencintai diri aku sendiri??
Adakah aku akan mengarah diri sendiri??
Adakah aku suka ibu/bapa seperti aku??
Mahukah aku mempunyai anak seperti aku sendiri??

Untuk lebih mudah faham kita tukar lagi soalan tu dalam format lain.
Sanggupkah aku mengambil diri aku sebagai kawan??
Adakah aku akan mempercayai orang seperti aku??
Bolehkan aku menyayangi orang seperti aku??
Bolehkah aku bekerja dengan orang seperti aku??
Dan lain2 lagi.

Aku duk tersengih sorang2 mengenangkan jawapan2 dari soalan2 tu.
Kesimpulannya.
Kita semua adalah insan biasa yang banyak kelemahan.
Tentu sekali kita akan menjadi insan yang lebih baik
jika kita dapat melakukan sedikit perubahan pada tabiat dan kelakuan kita.
Jom berubah.
Berusaha melakukan perubahan untuk memperbaiki diri.
Tranformasi.

Monday 26 December 2011

Takut Apa??

Pagi tadi aku ada 2 bisnes appoinment.
1 kat Serdang dan 1 lagi kat Bdr baru Bangi.
Nampak gaya macam ok tapi tengok la macam mana esok.

Cuma yang menarik perhatian aku masa appoinment kat Bdr Baru Bangi tu.
Dia ni stranger.
Aku kenal dia masa isi petrol kat Shell area sana 2 bulan yang lepas.
Nampak gaya dia memang minat dengan apa yang aku share pagi tadi.
Maklumlah dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang ni,
mana boleh nak bergantung dengan makan gaji je.
Mesti kena ada side income sikit2.
Percaya la cakap aku.
Orang2 atasan dalam kerajaan pun walaupun gaji dah 5 angka sebulan,
masih ada bisnes luar.
Cuma ramai orang tak tahu je.
Dari sekarang lagi mereka dah prepare.
Senang bila dah bersara nanti.
Mungkin mereka sedar pencen mereka tu pun tak cukup sebenarnya.

Berbalik pada cerita kawan aku tadi.
Dia ni sebenarnya memang minat nak berniaga tapi dia takut.
Dia bukan takut gagal.
Dia bukan takut rugi.
Dia cuma takut kawan2 tak boleh terima dia nanti.
Kawan2 melarikan diri dari dia.
Itu yang dia takut rupanya.

Apa nak kisah orang nak kata apa.
Bukan kita buat benda tak baik pun.
Aku memang faham sangat apa yang dia fikirkan tu
sebab aku pun dah lalui benda tu.
Pedulikan je la.
Kalau kawan2 nak lari biarkan je.
Kalau betul tu kawan dia mesti support kita sampai berjaya.
Bukan lari dari kita.
Kalau mereka lari pun mungkin sebab mereka ingat kita nak aniaya mereka je.
Padahal mereka tak faham apa sebenarnya yang kita buat dan kita perjuangkan.
Tapi jangan la disebabkan nak jaga hati mereka,
sampai kita sanggup nak gadaikan masa depan keluarga kita sendiri.
Kalau kita dalam kesempitan nanti agak2 mereka nak bantu ke??
Kalau kita tengah susah nanti agak2 mereka nak ke datang jumpa kita??
Lagi mereka lari ada la.

Pada aku buat je.
Fokus untuk diri sendiri dan keluarga.
Biarlah mereka nak lari.
Dalam Akademi nanti akan ramai yang mari.
Yang positif2 belaka.
Yang ikhlas bantu kita sampai berjaya.
Percayalah.
InsyaAllah.

Sekolah Nak Mula

Semalam aku ada la share bisnes pada sorang kawan aku ni kat Serdang.
Lepas dah selesai semua tu kami borak2 kosong je.
Dia duk bercerita pasal belanja anak2 nak naik sekolah ni.
Itu mahal ini mahal.
Itu tak cukup ini tak cukup.
Aku pun tak boleh nak komen sangat la sebab aku tak rasa apa yang dia rasa.
Anak aku kecik lagi.
Tak sekolah pun lagi.
Tapi memang pun sekarang ni.
Sana sini duk cerita pasal musim sekolah dah nak mula.
Pening kepala katanya.
Duit duit duit.

Ini bukan aku kata.
Kawan2 aku yang kata.
Average sorang anak kurang2 kena ada RM1,000 bila nak naik sekolah ni.
Tu sorang.
Kalau ada 2 ke 3 orang anak macam mana.
Itu baru sekolah2 biasa.
Belum cerita sekolah2 yang tak berapa nak biasa.
Tapi ok apa.
Kan baru dapat RM100 untuk sorang anak yang bersekolah.

Aku tiba2 teringat ada 1 pagi tu aku tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O.
Kalau tak salah dalam minggu lepas la.
Tetamu dia ni seorang pakar apa entah.
Wanita la tapi nama aku tak ingat.
Bukan main emosional lagi dia bila ada orang kata RM100 tu tak cukup.
Dia kata kita semua kena bersyukur sebab dapat RM100 tu.
Kalau ikutkan itu lebih dari cukup.
Dengan syarat jangan la beli barang2 sekolah yang branded2.
Ikut kemampuan masing2.
Any comments??
Kalau aku no komen la sebab anak masih belum sekolah lagi. Hehehe.

Bila cakap pasal duit RM100 tu,
aku nak cerita apa yang aku dengar pagi jumaat lepas.
Aku pergi minum pagi dengan 2 orang rakan opis aku.
Dia kata baru2 ni pergi ambil RM100 tu kat sekolah anak dia kat Presint 16.
Lepas tu terus pergi beli buku2 wajib seperti list yang sekolah tu dah bagi.
Baru beli setengah je dari list tu duit dia dah habis RM76.
Ada la baki lagi RM24.
Agak2 baki RM24 tu cukup ke nak beli sepasang baju dan kasut sekolah yang takde brand.
Tapi takkan nak beli sepasang je.
Kurang2 kena 2 pasang.
Beg sekolah dan lain2 tu belum kira lagi.
Wallahualam.

Syukur la.
Sekurang2nya aku boleh ambil iktibar dari pengalaman kawan2.
Aku kena bersedia dari sekarang.
Tak lama lagi giliran aku pun akan tiba.
Jangan tunggu dah terhantuk baru nak terngadah.
Masa tu dah tak guna.
Nasi pun dah jadi bubur.
Wah macam2 peribahasa dah keluar ni.
Entah betul entah tidak aku pun tak tahu.
Janji ada bunyi kira ok la tu. Hehe.

Aku Hanya Merancang


Syukur Alhamdulillah.
Masih dipanjangkan umur untuk terus menikmati kehidupan
di dunia yang sementara ni.

Harini lebih kurang pukul 3.30 pagi tadi aku dah bangun.
Buat apa2 yang patut.
Lepas tu macam biasa buka laptop duk tengok apa2 info
kot2 ada yang aku ketinggalan sepanjang semalam.
Tiba2 rasa lapar pulak sebab duk tengok gambar Nasi Goreng Istimewa
dengan Murtabak Diraja kat blog Cikgu dan Mentor Faridah Mohd Ali.
Nak cari pagi2 buta ni memang tak dapat la.
Tak dapat makan pun takpe.
Dapat tengok gambar pun jadi la.

Apa aktiviti harini??
Macam2 benda yang aku dah rancang.
Mudah2an akan terlaksana.
Tak berani nak cakap lebih takut jadi macam semalam.
Sebelah pagi sepatutnya aku nak ke USJ Taipan.
Bakal rakan niaga baru aku pun dah tunggu kat Presint 15
sebab tak tahu jalan nak ke USJ.
Last2 lain pulak jadinya.
Aku yang ada emergency tak dapat nak pergi ambil dia.
Tapi syukur la dia masih positif.
Memang sangat minat berniaga.
Tambah pulak baru dapat durian runtuh RM10,000 katanya.
Tak tahu nak buat apa.
Kalau tak pandai guna dalam masa 1 hari pun dah boleh habis.

Semalam.
Macam2 benda yang aku buat.
Keluar awal pagi tengah malam baru sampai rumah.
Dari Ampang ke KLIA.
KLIA ke Serdang.
Serdang ke Putrajaya.
Putrajaya ke Ampang balik.
Lepas tu baru balik rumah.
Macam biasa la selain dari urusan bisnes aku sempat curi masa ke opis sekejap.
Nak kata sekejap pun tak jugak.
Lebih kurang 3 jam jugak la paling kurang.
2 hari berturut2 dah aku ke opis di hari2 cuti macam ni.
Harini tak sure lagi tengok keadaan macam mana nanti.

Sebelah siang sibuk kerja dan berniaga.
Malam semalam pulak bersama keluarga.
Sempat pergi tengok wayang kat MBO, Galaxy Ampang.
Layan cerita Suatu Malam Kubur Berasap.
Orang nak belanja aku layan je la. Hehe.
Tapi tak boleh nak tengok sangat.
Anak aku pun duk sibuk buat show sekali kat dalam panggung tu.
Orang bercakap dia pun nak bercakap.
Orang gelak dia pun ikut gelak.
Tapi bila orang diam dia tak nak pulak diam.

Ok lah nanti sambung kemudian.
Azan subuh pun dah berkumandang.

Assalamualaikum.

Sunday 25 December 2011

Garam Buluh

Baru2 ni ada jugak kawan2 aku tanya garam buluh tu apa??
Apa fungsinya??
Orang ada penyakit kencing manis boleh guna ke garam buluh ni??
Dan macam2 soalan lagi.


Kalau ikutkan aku minum garam buluh ni tak sampai pun sebulan.
Tapi semenjak aku minum ni memang nampak perubahan la.
Aku kurang penat atau letih.
Nak bangun pagi pun senang je tak macam dulu.
Mata dah bukak tapi kena relax 5 minit dulu baru boleh bangun dari katil.
Cuma perubahan yang paling ketara sekali
aku dah lama tak kena sakit kepala.
Kalau dulu boleh kata setiap minggu mesti ada sekali.
Pergi klinik je amik ubat dapat MC.
Baru2 ni pun masa aku bawa isteri aku pergi klinik,
doktor tu pun pelik tengok aku tak minta stok ubat sakit kepala macam biasa.
Dah tak sakit kepala lagi ke sekarang??
Alhamdulillah la.
Semuanya atas kehendak Allah.
Aku cuma usaha je.


Asalnya aku beli dulu untuk hadiahkan kat abah aku je.
Dia kerap sakit kaki.
Kadang2 tu tahu2 bengkak je kaki dia dua2 belah.
Abg Din yang syorkan bagi abah aku cuba garam buluh tu.
Tu yang aku beli tu.
Alhamdulillah memang dah nampak perubahan yang sangat ketara.
Abah dah boleh berhenti makan ubat2 atau pil2 yang lain.
Dia hanya minum garam buluh je sekarang.
Dah nak masuk kotak yang ketiga dah.
Kawan2 dia pun ramai yang dah cuba.

Nak tahu tak macam mana proses buat garam buluh ni??
Jom kita belajar sains jap.
Garam bulum ni garam semulajadi.
Tak sama dengan kebanyakan garam kat luar sana yang melalui pemprosesan kimia.
Proses tu menyebabkan kandungan natrium jadi lebih tinggi
dan pengambilan jangka masa panjang boleh memudaratkan kesihatan.
Berbeza dengan garam buluh.
Ia dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai sumber.
Garam ni diperolehi daripada air laut
yang kaya dengan tenaga bijih2 bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping
yang terletak di Pantai Barat Korea.
Garam semulajadi ni dimasukkan ke dalam buluh yang berusia 3 tahun
kemudian ditutup dengan tanah liat.
Dimasukkan dalam relau bagas dan dibakar dengan pokok pine
sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk.
Proses pembuatannya telah menyingkirkan bahan berbahaya terhadap badan
seperti logam berat dan bahan kimia.
Dan dalam masa yang sama meningkatkan nilai nutrisinya
serta mengekalkan kandungan natrium yang sangat rendah.
Sebab tu la orang ada penyakit kencing manis pun boleh minum garam buluh ni.
Ia tak mempengaruhi tekanan darah.

Macam tu la lebih kurang ceritanya.
Kalau ada siapa2 yang berminat nak cuba call/sms je aku.
010-2207181.
Aku boleh kasi try je dulu 1 sachet tak payah bayar apa2.
Kalau rasa bagus dan nak order 1 kotak baru bayar. Hehe.
1 kotak ada 40 sachets.
Nak jadi macam aku pun boleh kasi orang tua kita try dulu. Haha.

Selamat mencuba.

Saturday 24 December 2011

Tak Lama Lagi

Muhammad Aidil.
Satu2nya anak aku buat masa ni.
Pada aku dialah antara sumber inspirasi aku.
Sumber kekuatan aku untuk terus berjuang memperbaiki kehidupan.

Kali ni aku saje nak post gambar Aidil hari Ahad lepas
waktu kami ke Batu Pahat.
Buat kenangan je.
Mana la tahu kot aku tak panjang umur.
Ada jugak la kenangan untuk Aidil tengok2 bila dia dah besar nanti.
Gambar Aidil tidur dalam kereta selepas kekenyangan.
Pekena Nasi Goreng Ayam yang tak berapa sedap
kat Restoran Jejantas Ayer Keroh.

Muka tak puas hati sebab kena kejut bangun dari tidur.
Masa ni baru sampai Batu Pahat.
Merajuk punya pasal semua orang dia tak nak dekat.

Baru nak senyum sikit bila atuk dia umpan coklat Toblerone dari Langkawi.
Baru la nak mula bercakap.
Kalau tak duk muncung je.

Amboiii...
Siap gelak besar lagi bila atuk dia tolong buka coklat tu.
Buku pun dia campak tepi je.
Mama dan abah dia nak pergi mana pun dia tak amik port dah.

Aidil masih bersama Tobleronenya.
Orang lain sibuk baca doa tapi dia sibuk makan.
Yang aku dengar dia duk amin je doa yang orang baca tu
sambil mulut mengunyah.

Aidil bersama Samsung Galaxy Tab.
Gaya macam dah biasa je.
Padahal bukan buat apa pun.
Sekadar layan lagu Alif Ba Ta dia je kat Youtube.

Ini la mainan baru Aidil
bila aku dan isteri lupa nak bawa mainan dia dari rumah.

Wah dapat gift lagi
sempena birthday sepupu dan makcik aku.
Kali ni mulut penuh dengan kek pulak.

Dah rupa apa dah senget je kat kepala tu.
Tak kisah la janji dia enjoy.

Inilah antara gambar2 yang aku sempat snap.
Kenangan seharian Aidil di Batu Pahat.
Dalam masa terdekat ni nak bawa dia berjalan sangat memang tak berapa sempat.
Kadang2 syok jugak tengok kawan2 bawa keluarga pergi bercuti sana sini
sempena Cuti Krismas dan tahun baru ni.
Tapi apa boleh buat dah nama pun saya yang menurut perintah.
Yang masih tak tahu nak sign atau tak Skim Bodek Pegawai Atasan (SBPA) tu.

Berbalik pada cerita cuti tadi.
Aku memang tak boleh nak cuti buat masa ni sampai la 5 Januari 2012 nanti.
Hari kerja dah tentu tak boleh cuti.
Hari cuti pun kena datang kerja.
Ni pun kejap lagi InsyaAllah aku akan ke opis nak setelkan beberapa perkara.
Tapi tak boleh nak lama sangat sebab tengahari aku ada demo kat KL.

Takpe la Aidil.
Lepas 5 Januari nanti abah amik cuti panjang.
Kita pergi bercuti puas2.
Lokasi pun dah ada kat dalam kepala ni.
Sebab baru2 ni ada orang nak jumpa.
Kawan lama aku masa kecik2 kat kem dulu.
1 blok dengan aku.
Sekarang dia duduk nun jauh di sana.
Berminat nak tahu pasal Akademi katanya.
Tu pun sebab dia duk follow blog ni.
TQ ye sis.
Tahun depan kita jumpa.
Bunyi macam lama lagi tapi tak sampai 2 minggu pun lagi.
Dah alang2 ke sana wajib bawa anak isteri sekali.
Alang2 bercuti terus kat sana.
InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...