Wednesday, 21 December 2011

Korban Masa

Lately ni rasa macam dah lama je tak update blog.
Bukan tak nak update.
Tapi masa lapang tu macam semakin berkurang.
24 jam sehari tu penuh dengan macam2 aktiviti yang aku kena buat.
Kalau waktu kerja tu dah tentu la sibuk dengan kerja.
Jangan kata nak update blog,
nak bukak Maybank2u pun duk tertangguh berhari2. Hehehe.

Luar waktu kerja pulak aku berniaga.
Buat Overtime dengan Akademi Taipan.
Memang best la.
Kerja tak tension.
Kerja tak stress.
Takde bos.
Kitalah bos kepada diri kita sendiri.
Yang ada hanyalah pemimpin.


Biasanya aku update blog lepas2 maghrib macam tu.
Itupun kalau takde demo la.
Cuma kebelakangan ni memang selalu ada.
Kalau tak pun aku update tengah2 malam sikit sebelum tidur sekejap.
Cuma kebelakangan ni anak aku ni asyik merengek je tak reti nak tidur awal.
Pukul 4 pagi tu kira awal la kalau dia tidur.
So nak tak nak terpaksa la layan dia.
Dah macam2 cara aku dan isteri buat untuk kasi dia cepat mengantuk sebelah malam
tapi semuanya tak berjaya.
Walaupun sampai dia berjalan pun dah terhoyong hayang.
Sampaikan dinding yang tak bergerak tu pun dilanggarnya.
Tapi dia tetap tak nak tidur jugak.
Aku pun tak tahu apa masalah dia sebenarnya.

Biasanya lepas selesai urusan aku dengan Dia
dalam kul 3 atau 4 pagi macam tu,
aku akan amik masa sikit untuk update blog.
Tapi memandangkan dah penat melayan anak aku yang tak tidur2 tu
so lepas solat je aku terus sambung tidur balik sampai Subuh.
Itupun kalau dia dah tidur la.
2 hari lepas sampai ke Subuh dia tak tidur2.

Tapi takpe la.
Mungkin ini semua ujian Allah buat aku dan isteri.
Cuma kena banyak2 bersabar je la.
Setiap pengorbanan menuntut kesabaran.
InsyaAllah sehari 2 ni aku akan dapat tune balik.
Semuanya akan kembali seperti sedia kala.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...