28 Disember 2011.
Tinggal beberapa hari je lagi menjelang tahun baru.
Syukur ke hadrat Allah
kerana kita semua masih dipinjamkan nyawa untuk hidup di dunia ni.
Alhamdulillah hari ni macam2 benda yang dapat aku selesaikan.
Waktu kerja duk siapkan kerja.
Waktu luar kerja pulak sibuk dengan aktiviti2 biasa.
Tengahari tadi aku bawa bakal rakan niaga ke EasyRHB Presint 15 Putrajaya.
Kemudian kami lunch di Dengkil.
Ramai orang kata macam jauh je nak ke sana.
Tapi bagi aku dekat je.
Mungkin sebab dah biasa.
Lagipun tadi aku memang dah niat nak cuci kereta kat sana.
Dah lama sangat tak cuci rasanya.
Lepas kerja petang tadi aku terus ke Jaya Jusco Taman Equine.
Kali ni di A&W tingkat bawah tu.
Appointment pukul 6 petang.
Dia datang tadi bersama bakal isteri dia.
InsyaAllah kalau takde aral hujung Januari nanti majlis mereka.
Aku doakan semoga mereka bahagia selamanya.
Sebenarnya aku pun tak pasti adakah ni masa yang sesuai
untuk aku share peluang bisnes ni pada dia.
Maklumlah majlis kahwin dah tak lama lagi.
Mesti banyak benda nak kena fikir.
Banyak benda nak kena buat.
Ikutkan hati aku nak tunggu lepas dia kahwin nanti je.
Tapi dia yang minta aku share bisnes ni hari ni.
Nak cari side income katanya.
Senang bila dah kahwin nanti.
Ini semua dah ditentukan.
Pasrah je la.
Dah selesai share dah pun.
Buat apa nak fikir2 lagi.
Lepas ni biar mereka je yang fikir sama ada nak buat atau tak.
Aku takkan paksa mereka sebab aku sendiri pun tak suka dipaksa.
Kalau kena paksa2 ni memang aku takkan buat punya la kecuali SBPA.
Suka sign, tak suka pun kena sign.
Setuju sign, tak setuju pun kena sign.
Nak tak nak kena la sign.
Inilah namanya paksa rela. Hehehe.
Apapun segala keputusan bergantung pada mereka berdua.
Mudahan2 mereka akan buat keputusan yang tepat.
Sekali mereka kata nak,
"Welcome to Vietnam"
No comments:
Post a Comment