Thursday, 1 December 2011

Kian Membara

Hari ni merupakan hari yang agak istimewa bagi aku.
Aku bertemu kembali leader merangkap trainer Akademi
yang paling banyak berjasa dalam hidup aku.
Dialah yang bertanggungjawab membuka peluang bisnes ni pada kakak aku
dan seterusnya pada aku.
Pada peringkat awal bersama Akademi,
dialah yang banyak membantu aku.
Dia yang banyak bimbing aku tanpa jemu.
Bagi galakan dan motivasi sepanjang masa
untuk aku terus berjuang dalam bisnes ni.
Dia sentiasa bersama aku tak kira ketika aku senang mahupun susah.
Ke sana ke sini bersama aku tak kira siang atau malam.
Dia sentiasa ada ketika aku perlukan dia.
Jasanya memang aku tak mampu nak balas sampai bila2.

Alhamdulillah aku bersyukur sangat2
tengahari tadi dapat jumpa dia semula.
Lebih setahun rasanya kami tak jumpa.
Dia agak sibuk dengan urusan kerja barunya.
Pukul 1 tengahari tadi dia ambil aku kat opis
dan kami terus ke Dengkil.
Port biasa aku lepak2 dengan rakan2 niaga aku.
 Inilah orang yang aku maksudkan.
Abg Hamizul.
Aikk kenapa Abg Nasir (bersama cap JTX 1000 nya) pun ada ni?? Hehehe.
Sebab Abg Nasir sebenarnya abg ipar kepada Abg Hamizul.
Kalau ikutkan aku dan Abg Nasir tak ada apa2 kaitan langsung dalam bisnes ni.
Aku bersama rakan2 niaga aku.
Dia bersama rakan2 niaga dia.
Tapi kami hari2 jumpa.
Dah macam adik beradik.
Berkongsi ilmu.
Bertukar2 idea.
Inilah kelainan dan kelebihan yang ada dalam Akademi Taipan.

Aku masih ingat lagi saat2 sebelum aku bersama Akademi.
Setelah diperkenalkan tentang peluang hebat ni,
aku ambil masa 8 bulan untuk berfikir.
Macam2 benda yang aku fikir.
Macam2 benda yang aku kaji.
Apa boleh buat aku ni memang jenis orang yang sangat negatif.
Hidup aku dikelilingi orang2 yang sama pemikiran macam aku.
Lebih suka dengar cerita negatif dari yang positif.
Lebih suka buka blog yang negatif dari positif.
Lebih suka search cerita yang negatif kat Google.
Lebih suka dengar orang jatuh dari orang bangkit.
Itulah aku 1 ketika dulu.
Kesian Abg Hamizul yang terpaksa train orang macam aku ni.
Aku memang dah banyak susahkan dia.
Agaknya mesti dia bosan layan karenah aku dulu.
Macam2 sumpah seranah dalam hati dia.
Aku je yang tak tahu.
Sebenarnya bukan tak tahu
cuma aku buat2 tak tahu.

Mula2 dulu aku ajak Abg Hamizul pergi SSM kat sebelah PWTC.
Aku jumpa seseorang untuk check profile syarikat.
Paid Up Capital, share dan macam2 lagi.
Beberapa hari lepas tu aku ajak Abg Hamizul pergi Jalan Kapar pulak.
Nak tengok betul ke bangunan syarikat tu betul2 wujud.
Bukan setakat tengok je,
aku siap ajak dia masuk dalam lagi
naik tingkat berapa entah aku pun tak ingat.
Jumpa syarikat tu punya officer.
Dan macam2 lagi la.
Kalau nak cerita sampai esok pun tak habis.
Yang penting sekarang aku dah buat pun bisnes ni.
Segala benda2 dan cerita2 negatif yang aku dengar dulu dah terungkai 1 per 1.
Bila fikir2 balik rasa rugi pulak masa 8 bulan yang aku duk fikir tu.
Habis macam tu je.

Apapun hari ni segalanya telah terbukti.
Sesiapa je berhak untuk berjaya dalam Akademi
asalkan ada kemahuan dari dalam diri.
Tak kira la orang baru mahupun orang lama
semuanya boleh berjaya.
TQ Abg Hamizul.
Aku yakin kemunculan dia bakal menaikkan lagi semangat rakan2 niaga aku.
Semangat nan kian membara.

Zaman dah berubah.
Kita pun kena berubah.
Aku sendiri pun kena berubah.
Orang kata tak minat nak berniaga sebab susah.
Kalau tak berniaga lagi la susah.
Lebih baik berniaga.
Kalau dah berniaga tu buat je sungguh2.
Buat sampai jadi.
Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Alang2 bersama Taipan biar sampai jadi Jutawan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...